Anwar financed by Soros to destory Malaysia economy in 1997

The Case of Malaysia
by Alexandra Perebikovsky

1.Soros financed a large portion of this hot money. He began his attack on the Thai and Malaysian currencies in February of 1997 “with a zeal I haven’t seen since the successful assault on several European currencies around three years ago” according to one analyst.

2 Through speculation in futures markets, Soros’ Quantum Fund leveraged $1.2 trillion. He took short positions against the Thai baht, the Philippine peso, the Indonesian rupiah, and the Malaysian ringgit, sending these currencies falling by 40-70%, collapsing stock markets, and wiping out currency reserves. The breaking point was in July of 1997 when the Thai baht was forced to float, with greater than 20% devaluation, after the government had unsuccessfully
spent over $15 billion trying to defend the currency. The IMF austerity conditions imposed on these nations following the collapse drove their economies back 15-20 years in their potential for development and their standard of living.

3.On September 20, 1997, Malaysian Prime Minister Tun Dr. Mahathir Bin Mohammed stood before the IMF and defi1antly spoke out against the looting  policies of the British Empire:

“We in Malaysia laughed at the suggestion that our country  would follow the fate of Mexico. . . . But now we know better. We know why it was suggested that Malaysia would go the way of Mexico. We know now that even as Mexico’s economic crash was manipulated and made to crash, the economies of other
developing countries, too, can be suddenly manipulated and forced to bow to the great fund managers who have now come to be the people to decide who
should prosper and who shouldn’t.”

4.Dr. Tun Dr. Mahathir launched his own attack against speculator George Soros, calling him a “moron.”

5.In September 1998, Dr. Tun Dr. Mahathir shocked the world by declaring sovereign currency controls on the Malaysian ringgit, pegging their currency to a fixed exchange rate against the dollar, and thereby effectively ending the speculators ability to loot the country through currency speculation.
Soros, and the entire western financial oligarchy, went berserk, claiming that Dr. Tun Dr. Mahathir’s actions against IMF orthodoxy would bring damnation down upon his country. In fact, as was later obvious to all, his defense of the nation’s sovereignty saved the population from the devastation suffered by every other nation that had been subjected to Soros’ butcher knife.

5.Following Malaysia’s break with globalization, London launched an even nastier operation to create an internal crisis in Malaysia. Anwar Ibrahim was the deputy prime minister and chosen heir to Tun Dr. Mahathir; he became the target to carry out the Empire’s brutal operation.Anwar was later kicked out of his post as deputy prime  minister because he “lacked the moral standards required” to lead the nation. Financed by Soros and his cronies through the Open Society Foundation, Anwar pro-ceeded to launch a campaign to bring down the government of Malaysia. He portrayed himself as a freedom fighter and champion of free market society, denouncing the new government’s protectionist economic policies and accused them of carrying out a conspiracy to destroy him. Meanwhile, Soros’ Human Rights and Open Society organizations played their part in labeling Tun Dr. Mahathir as the “last of the old-line Asian authoritarians” and showed Anwar as the “reformer” trying to free the people of Malaysia. The western media, including the Wall Street Journal, continued to fuel the turmoil in Malaysia, saying: “The sacking Wednesday night of Malaysian Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim signaled the end of a battle for the soul of an important
nation. . . .

Politik baru YB J

PAGI itu resah YB Josephine, yang lebih mesra dengan panggilan YB J sukar dikawal. Sepanjang perjalanan menuju ke Dewan Perhimpunan Warga Cha di ibu kota, fikirannya terganggu. Tuduhan bahawa dia anti-Islam dan anti-Melayu sungguh-sungguh menghantui perasaannya sejak malam tadi lagi. Entah mengapa baru sekarang dia begitu, dia sendiri tidak tahu. Dia juga tidak pasti sama ada pemandunya, Ahmad, menyedari gelora jiwanya ketika itu. Kalau dia tahu pun, peduli apa, YB Josephine berbisik sendirian.

Pemandu itu memang sedia maklum pendirian politiknya tentang kepentingan kaumnya vis a vis orang Melayu. Dan dia tahu Ahmad menghormati pendiriannya, walaupun dilihat anti- Melayu, anti-Islam sebagai hak asasi tinggal dalam sebuah negara demokrasi. Bukankah kebebasan asasi itu dijamin oleh Perkara 5 hingga Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Tetapi YB J akui demokrasi ada yang tidak sempurna dan kerap disalahgunakan oleh pihak yang berkuasa. Tetapi hakikat itu tidak menghalang rakyat menempatkan pembangkang di Dewan Rakyat. YB Josephine adalah salah seorang daripadanya.

Ah, tudahan dia anti-Islam, anti-Melayu tuduhan yang melulu bentak YB J seolah-olah mahu menyedapkan dirinya.. Ia juga tuduhan yang tidak berasas, hati kecilnya bersuara lagi. Dia meyakinkan dirinya bahawa kenyataankenyataan yang dibuatnya atas nama pelbagai kaum untuk memperjuangkan kepentingan kaumnya, bukan sesuatu yang rasis. Amensty International, organisasi hak asasi antarabangsa akan menyetujuinya. Begitu juga dengan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ketua Pembangkang, di Parlimen pun tidak pernah menganggapnya rasis. Yang menganggapnya rasis hanya orang Melayu di dalam Parti Orang Melayu (POM).

“Aku juga bukan anti-Islam. Aku bukan anti Melayu,” pujuk hati YB J yang sudah dua penggal bergelar YB itu, mewakili Parti Bertindak Rakyat. Parti itu dianggotainya sejak berada di kampus lagi, walaupun Akta Universiti dan Kolej Universiti melarang para siswa membabitkan diri secara langsung dalam mana-mana organisasi siasah. Lagi pun penguatkuasaan undang-undang itu sekadar melepas batuk di tangga. Lebih dari itu, ia adalah satu lagi undang-undang lapuk, kata YB J.

Kata hatinya lagi: “Aku sekadar memperjuangkan kepentingan kaum aku, sama seperti pemimpin Melayu dalam POM memperjuangkan kepentingan bangsanya, sama seperti pemimpin Parti Orang Islam (POI) berjuang untuk bangsa menggunakan wajah Islamnya.”

Malah YB J berasakan kelantangannya memperjuangkan kepentingan kaumnya itulah yang telah membantunya menang kali kedua kerusi Parlimennya. Kali ini dengan majoriti yang lebih besar lagi. Apa yang membanggakan dia adalah perjuangan yang dianggap anti-Melayu dan anti-Islam itu kini turut disokong pengundi-pengundi Melayu di kawasan pilihan rayanya itu. Pada mulanya dia sendiri terkejut apabila dimaklumkan sebahagian besar pengundi Melayu yang merupakan 20 peratus keseluruhan pemilihan berdaftar dalam kawasan Parlimen Alam Maya telah memangkahnya.

Ini satu perkembangan luar biasa. Tidak mungkin mereka menyokong aku, bisik hatinya. Tetapi apabila dimaklumkan oleh para pekerja parti bahawa pengundi Melayu di semua peti undi telah beralih arah mendokongnya, dia menerimanya dengan fikiran terbuka. Baguslah kalau orang Melayu menerima perjuangan Malaysia Barunya.

Tidak puas hati bermonolog dengan perasaannya, YB J secara spontan berpaling kepada Ahmad, pemandunya yang sejak tadi tekun dengan tugasnya.

“Kamu fakir saya anti-Islam, anti-Melayu?”

Pertanyaan

Ahmad yang sudah menghampiri usia bersara itu tidak menjawab, seolah-olah dia tidak mendengar pertanyaan itu. Matanya tertumpu ke jalan raya. Tugasnya adalah untuk mempastikan YB J selamat ke majlis yang ingin dihadirinya. Dan tiba tepat pada waktunya. Majlis itu penting kerana YB J akan mengadakan dialog dengan generasi muda seketurunan dengannya yang belajar di luar negara tetapi kebetulan berada di tanah air kerana bercuti. Ahmad sendiri tidak pasti sama ada pelajar yang pernah mempersendakan lagu Negara Ku sewaktu menuntut di sebuah universiti di Seberang Laut turut berada dalam kelompok itu. Kalau pun ada, pemandu YB J tidak ambil pusing. Budak itu memang kurang ajar. Ada ke patut Malaysia dianggap sebagai Negara Kuku (ejaan Inggerisnya cuckoo) yang bermaksud gila. Dan kreativiti digunakan untuk menghalalkan perbuatan biadapnya itu. Cuma Ahmad berfikir kalau semua orang dibiarkan menghina lagu Kebangsaan dengan lirik yang memperlekehkan kehidupan orang Islam, dan atas nama kreativiti, maka kesannya terhadap perhubungan kaum adalah negatif.

Ahmad tidak tahu apakah yang sebenarnya mengganggu bosnya itu sejak dari tadi lagi. Dia jarang begitu. Ahmad dapat mengesan YB J lain macam sahaja pagi itu. Dia dapat membaca keresahan dan kegelisahan YB J. Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena walaupun apa yang sebenarnya berkocak di dalam diri YB J dia tidak pasti. Sepanjang ingatan Ahmad, YB J juga tidak pernah berbual dengannya tentang politik, apa lagi tentang isu-isu semasa – kecuali memberi arahan yang ada kaitan dengan perjalanan atau jadual kerja. YB J juga tidak bertanya sama ada dia mengundi pom atau parti apa pada pilihan raya yang lalu.

Lazimnya, sepanjang perjalanan, baik ke pejabat atau majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi yang lain, YB J akan menghabiskan masa membaca akhbar atau membelek-belek fail. Tetapi pagi itu YB J lain macam sahaja. Dia kelihatan resah. Gelisah. Fikirannya juga seolah-olah tidak menentu. Apa yang dibuat serba tak kena. Sekejap dia membelek ucapan utama yang akan disampaikan sebentar lagi menghuraikan gagasan Politik Baru Malaysia Baru yang dipeloporinya. Sekejap dia membelek akhbar-akhbar yang memang menemani YB J ke mana juga dia pergi.

Ahmad cuba mencongak mungkin keresahan YB J ada kaitan dengan suhu politik negara sedang panas ketika itu. Bahangnya terasa di mana-mana. POM sendiri sedang menghadapi pergolakan yang hebat berkait dengan kepimpinannya. Pertarungan kepentingan puak-puak di dalam parti sedang mengambil tempatnya. Kalaulah tidak kerana kedudukan politik kerajaan agak lemah selepas kehilangan majoriti dua pertiga, sudah lama Operasi Lalang, seperti yang pernah dibuat pada 1987, dilaksanakan, agaknya. Mungkin juga tidak kerana di bawah kepimpinan sekarang, kerajaan mengambil sikap yang lebih liberal terhadap para pengkritiknya.

Ahmad juga terfikir mungkin perasaan YB J terganggu dengan tindakan kalangan yang tidak diketahui siapa mereka melempar bom petrol ke rumah keluarga ahli Parlimen Sepohon Beringin, Su Lan. Barangkali, fikir Ahmad, YB J, bimbang kejadian yang sama boleh menimpa diri atau keluarganya.

Mana tahu selepas keluarga Su Lan, bosnya YB J pula yang menjadi mangsa. Dan yang dilempar itu bom betul-betul. Meletup pula. Tidakkah nahas YB J. Sekonyong-konyong Ahmad terbayang kejadian letupan bom berani mati yang berlaku di Damsyik, Syria yang ditonton menerusi Buletin Utama di TV3 beberapa hari lalu. Kalau kejadian yang sudah menghiasi kehidupan harian di Iraq, Israel, Tebing Barat, Gaza atau Afghanistan itu menular di negara ini, alangkah malangnya bumi bertuah ini. Minta disimpang malaikat 44, Ahmad berkata sendirian di dalam hatinya.

Tetapi fikir Ahmad, amaran kalau tidak diendahkan berbahaya. Dia teringat apa yang diceritakan berlaku pada 13 Mei 1969. Bapanya menceritakan dalam tragedi selepas pilihan raya umum pada 10 Mei itu, orang Cina dan Melayu berbunuh-bunuhan. Perjuangan yang mahu menafikan hak-hak istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera lain yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, tidak dapat diterima oleh mereka. Kata-kata kesat dan menghina orang Melayu oleh para penyokong parti-parti pembangkang sewaktu berarak meraikan kemenangan besar di Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama lain pada pilihan raya 1969 itu tidak dapat ditelan oleh orang Melayu. Parang yang terbiar tumpul selama ini diasah tajam. Dalam keadaan itu tercetuslah pergaduhan yang dahsyat menyebabkan Parlimen digantung dan pemerintahan darurat diisytiharkan. Negara diletakkan di bawah perintah berkurung. Ahmad sendiri belum lahir ketika itu. Tidak lama selepas itu, peralihan kuasa berlaku daripada Tunku Abdul Rahman kepada timbalannya, Tun Abdul Razak.

“Mat, saya ni anti-Melayu dan anti-Islam ke?,” YB J secara mendadak mengulang semula pertanyaannya apabila tiada jawapan daripada pemandunya.

Ahmad, yang sejak tadi membisu seribu bahasa selamba menjawab: “Mungkin tidak YB.” Dia memberi jawapan berlapik. Maksudnya: Mungkin tidak, mungkin ya bergantung pada mata yang menilai.

“Apa maksud kamu mungkin tidak.”

” Ini soal persepsi YB. Persepsinya begitulah. Hakikatnya YB tidak membenci Melayu tidak juga membenci Islam. YB sekadar memperjuangkan kepentingan kaum YB. Tidak salah YB berbuat demikian. Kalau YB tidak memperjuangkan kepentingan kaum YB sendiri, siapa lagi. Tetapi cara YB itu barangkali disalahertikannya.”

“Maksud kamu?” Tanya YB J yang masih belum jelas lagi.

Bergantung

“Yalah, ia bergantung pada mata yang memandang. Bukan sahaja di kalangan orang Melayu, tetapi di kalangan bukan Melayu. YB kena ingat di kalangan bukan Melayu pun bukan semuanya menerima politik baru Malaysia baru YB. Kalau tidak masakan parti satu kaum seperti Parti Orang Cina (POC) masih boleh bertahan.”

“Apa maksud kamu. Saya tidak begitu jelas?”

“Yalah bagi YB perjuangan YB adalah pelbagai kaum. Tetapi dalam tindak tanduk, perjuangan pelbagai kaum YB itu tidak tertonjol. YB mahu menghapuskan tulisan jawi dan ganti dengan tulisan Cina . Bagi mereka itu bukan perjuangan pelbagai kaum. Ia perjuangan satu kaum. Kalau benar pelbagai kaum, YB patut mempertahankan tulisan jawi.” Ahmad memberanikan diri untuk memberikan pandangannya.

Mengesan bosnya ingin mendengar pandangannya lagi, Ahmad berkata: “Patutnya kalau YB benar-benar ingin menjadi pejuang pelbagai kaum, kepentingan orang Melayu jangan diketepikan sewaktu mengetengahkan kepentingan kaum Cina. YB perjuangkan kepentingan kedua-duanya sekali. Penerimaannya saya pasti berbeza. YB akan dilihat sebagai mahu menjaga kepentingan kaum YB, tetapi pada waktu yang sama tidak menafikan hak orang Melayu.”

Itu perjuangan POM dan POC, dengus YB J di dalam hatinya. Bosan aku dengan Si Ahmad ini, dia berkata sendirian. Aku penganjur politik baru dan tidak mahu terikat dengan kerangka politik lama, katanya lagi kepada dirinya.

Perbualan YB J dengan pemandunya habis di situ sahaja. Dia tidak mahu lagi mendengar pandangan karut pemandunya. Dia mahu terus melayan perasaan: Aku percaya pada Politik Baru Malaysia Baru, tegas YB J pada dirinya. Setiap warganegara, tanpa mengira apa keturunan mereka patut diberi hak yang sama mengikut undang-undang. Tidak ada bangsa yang patut diberi layanan istimewa. Tidak ada warga yang patut diberi darjat atau kelas kedua. Kita semua orang Malaysia.

YB J enggan melayan Ahmad lagi. Sebaliknya, dia membelek akhbar Utusan Malaysia yang secara rasmi diboikot oleh partinya. Perhatiannya tertumpu pada artikel berjudul Jangan Padam Rekod Negara yang ditulis oleh seorang generasi muda Cina yang menolak tesis politik baru Malaysia baru.

Ah, satu lagi propaganda yang memperlekehkan kaum aku, dengus hati YB J. Jangan-

jangan yang menulis artikel ini orang Melayu. Mereka masih menganggap kaum aku sebagai berketurunan pendatang. Tidak guna punya generasi baru. Dengus YB J. Bisik hatinya lagi: Betullah dulu nenek moyang aku berhijrah ke bumi bertuah ini untuk mencari kekayaan, membebaskan diri mereka daripada kemiskinan dan keperitan hidup di China. Itu dulu. Generasi Cina sekarang sudah menjadi warganegara Malaysia dan mereka hendaklah dilayan seperti warganegara Malaysia..

Dikejutkan

Sedang YB J asyik dengan lamunannya, dia dikejutkan dengan suara pemandunya yang memaklumkan, “Kita sudah sampai YB.”

Menunggu dia di luar ialah para penganjur dialog yang bakal berlangsung. Salah seorang daripada mereka membuka pintu kereta YB J, bersalaman dengannya dan memperkenalkannya dengan ahli jawatankuasa penganjur yang lain. Diiringi oleh mereka, YB J dibawa ke pentas. Menurut kiraannya ada 500 orang di dalam dewan pagi itu. Dia bangga dengan kehadiran begitu ramai anak bangsanya yang ingin bertemu dengannya. Apa yang lebih membanggakan YB J ialah mereka belajar luar negara dengan biayai sendiri, bukannya bantuan kerajaan.

Selepas ucapan-ucapan aluan oleh pengerusi penganjur selesai, YB J dijemput untuk memberi ucapannya. Inilah detik-detik yang ditunggu-tunggu oleh YB J. Gagasan politik baru Malaysia barunya akan dihebahkan kepada dunia bebas. Dia teringat buku Kee Thuan Chye yang berjudul 8 Mac The Day Malaysian Woke Up. Momentum rakyat Malaysia atau lebih tepat lagi warga bukan Melayu Malaysia yang sudah jaga dari lena itu mesti ditingkatkan. Pagi itu dia berazam untuk berbuat demikian.

Tetapi tanpa diketahui oleh YB J, di kalangan 500 orang generasi muda yang hadir pada pagi itu ada yang tidak setuju dengan pandangan politiknya itu. Salah seorang daripada mereka berazam untuk membetulkan penyimpangan politik YB J dengan caranya yang tersendiri.

Apabila YB J bangun untuk menuju ke rostrum ucapan, seorang anak muda dari belakang pentas berjalan tenang menuju ke arahnya. YB J tersenyum kepadanya. Dia menyangka anak muda seketurunan dengannya ingin mengiringinya ke rostrum atau bersalaman dengannya.

YB J menghulurkan tangan. Tiba-tiba YB J tergaman dan berdiri kaku. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Tergenggam erat pada tangan anak muda yang seolah-olah mahu membalas salam tangan yang dihulur itu ialah sepucuk pistol jenis Revolver yang betul-betul diajukan ke arah dada YB J.

Tanpa berkata apa-apa, anak muda itu melepaskan beberapa das tembakan. Salah satu daripadanya tepat mengenai jantung YB J. Dia rebah ke lantai.

Para hadirin menjadi panik. Mereka yang berada di atas pentas turut tergamam melihat apa yang berlaku. Kejadian menjadi hiruk-pikuk dan tidak terkawal. Pihak penganjur yang tidak menduga kejadian malang itu berlaku, tidak tahu berbuat apa-apa. Beberapa orang anggota polis berpakaian preman yang menjadi tetamu yang tidak diundang dalam majlis itu, meluru ke arah pentas. Rakan-rakan mereka yang berpakaian seragam yang berkawal di luar juga bergegas masuk ke dewan.

Tetapi belum sempat mereka berbuat apa-apa, kedengaran beberapa das tembakan lagi. Kali ini yang rebah adalah anak muda itu sendiri.

Apabila pihak polis tiba di tempat kejadian, kedua-dua mereka – YB J dan anak muda yang berpakaian kemas itu, sudah tidak lagi bernyawa.

Sewaktu pemeriksaan dibuat ke atas mayat anak muda yang tidak dikenali itu, terselit sehelai nota yang ditaip rapi, ditulis dalam bahasa Kebangsaan.

Ia berbunyi: YB Josephine adalah ancaman terhadap keharmonian. Lebih baik riwayatnya ditamatkan supaya masyarakat berbilang kaum boleh tinggal aman damai di negara bertuah ini. Saya berkorban untuk masa depan.

RATU ANJING; YANG MELENGKING ITU

RATU ANJING; YANG MELENGKING ITU
– (Panggak Binasa Terlajak Kata)

I
Ratu anjing itu pun melengking, menyalak galak mengasah taring,
setelah lepas tersepit pengancing, lalu keluar dari akal yang sinting,
munci; Wajah yang sering berpaling dan sanggah yang polang-poling
menunjuk telunjuk berkait kelinking.
Makhluk juga; Takdirnya dia … anjing
tabiat ‘bagai melihat bayang di air yang bening’.

II
Masyarakat anjing itu pun riuh menyambut pulang seorang tokoh
dari paksina kedaksina gamat gemuruh menggoncang tulang-tulang tanpa roh
pameo pusaka dari benua jauh, panggak yang terlanjur angkuh,
alibi ‘telur tembelang’ di hari ketujuh, telah jatuh ke wajah ratu yang selingkuh
menggadaikan kabilah mudah diperbodoh

III
Suci suatu subuh itu terganggu, salak anjing antara azan yang syahdu
melihat kelibat siluman dan hantu, tawakal muazin menuju nawaitu
tertip titipan taqwa pada yang satu
biarkan ratu anjing itu menyalak waktu, bukit bukau tetap jitu
gunung-ganang tetap padu, manusia perlu berakal dan berilmu

IV
Alam maya bukan mutlak milik kita
dipinjamkan cuma sementara
dipentas ini kesempatan bersama
berjuta makhluk berbagai rupa
ketentuan anjing-anjing juga ada

V
Kok anjing biar menyalak
kok bukit diar berpuncak
kok terasa menyelar bijak
bumi juga tempat berpijak
padah kata bila kata terlajak

Dr Ibrahim Ghaffar, Bukit Kapar
Selangor. 22 September 2008

Azan, jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya

Oleh Zaini Hassan (Utusan)

JANGANLAH anggap apa yang saya tulis ini sebagai rasis atau berunsur perkauman. Dalam suasana negara yang dipenuhi dengan isu sensitif perkauman sekarang, tulisan ini hanyalah sebagai satu ingatan kepada kita semua, terutamanya umat Islam.

Saya amat tertarik untuk merujuk kepada kenyataan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Khir Toyo yang membangkitkan mengenai ”ada usaha oleh pihak tertentu (di Selangor) yang cuba menasihatkan pihak masjid dan surau supaya tidak menggunakan pembesar suara semasa melaungkan azan”.

Bagi saya petikan itu pelik bunyinya. Bagi saya ia juga amat serius. Tidak pernah dalam sejarah 51 tahun merdeka, rakyat Malaysia sedang menghadapi situasi seperti itu. Selama ini kita – Melayu, Cina, India, Sikh dan lain-lain bangsa dan agama tidak pernah bercakap mengenai perkara itu. Kita hormat antara satu sama lain. Soal agama Islam terpelihara secara suci di dalam Perlembagaan negara. Justeru, petikan semacam itu tidak pernah terlintas langsung atau termimpi akan diucapkan.

Kini, ia berlaku. Ya benar, Dr. Khir bukan buat cerita mengarut. Ia benar-benar berlaku di Selangor. Orang Pas, yang kini mula menguasai jawatankuasa masjid dan surau di situ pun tercengang. Orang UMNO yang masih lagi menganggotai jawatankuasa surau dan masjid pun terkejut.

”Sampai macam itu sekali tindakan mereka,” kata seorang AJK sebuah surau di Shah Alam kepada saya Jumaat lalu. Beliau ialah sahabat lama saya, yang kami bertemu selepas solat Jumaat, lalu mengajak saya bersembang.

Sembang punya sembang, tiba-tiba beliau menyentuh mengenai soal suraunya. Katanya, kira-kira tiga bulan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Selangor, seorang Exco kerajaan negeri itu, yang juga seorang Ahli Parlimen dari parti DAP membuat kunjungan ke suraunya. Yang peliknya, YB wanita itu datang pada waktu sebelum subuh.

Tanpa rasa malu-malu atau rasa bersalah, dia menasihatkan pengurusan surau itu supaya tidak melaungkan azan dengan kuat menggunakan pembesar suara, terutama pada waktu subuh. Katanya, ”hasil tinjauannya” pada waktu subuh itu, cuma ada imam, bilal dan dua tiga orang sahaja makmum.

”Kalau ada macam itu jangan kasi bangun oranglah (dengan azan)…” katanya kepada imam yang ada di situ.

Semua yang ada terus ‘terkedu’. Mereka berpandangan antara satu sama lain. YB yang baru tiga bulan menjadi Yang Berhormat itu tahukah apa yang dia cakap. Tidak sensitif langsungkah? Tidak sedarkah dia, kira-kira 90 peratus penduduk di kawasan itu ialah orang Melayu beragama Islam.

Jika diambil pendekatan isu yang berlaku sekarang, saya ingin bertanya, siapakah yang rasis? Siapakah yang perkauman? Dr. Khirkah, sayakah yang menulis Cuit ini? Atau, YB wanita berkaca mata itukah?

Sambil menulis kolum ini, saya menelefon seorang rakan saya, yang juga seorang YB dalam Pakatan Rakyat. Dia mengakui memang berlaku. Hasil perbualan saya, beliau berkata: ”…bukan teruk lagi, dah jadi kurang ajar”.

Persoalan saya lagi, mengapa situasi seperti ini sudah mulai berlaku. Saya tidak mahu mengulas lanjut, biarlah pembaca budiman membuat analisis dan pernilaian sendiri.

Nak dijadikan cerita, tindakan YB wanita itu tidak habis di situ saja. Dia juga, dikatakan sedang ‘memaksa’ Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menurunkan semua tulisan jawi di semua papan tanda jalan di Kuala Lumpur.

Sekali lagi ini cerita benar. Ia disahkan sendiri oleh rakan saya, YB dari Pakatan Rakyat itu. Sebagai ganti untuk menurunkan tulisan jawi itu, dia menuntut dinaikkan tulisan Cina dan Tamil bersama-sama tulisan rumi.

”Yang ekstremnya, YB wanita itu siap bawa ‘sample’ berserta spesifikasi papan tanda jalan tulisan Cina dan Tamil itu untuk ditunjukkan kepada pegawai DBKL,” kata rakan saya itu lagi.

Seperti yang saya tanya di atas tadi, tidak sensitifkah YB wanita itu? Jawapan saya ialah, dia memang sengaja tidak mahu sensitif.

Melihatkan kepada senario ini, barulah kita tahu, siapa sebenarnya yang ‘menyuapkan’ ke mulut Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mengenai cadangan supaya diambil 30 peratus peruntukan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk digunakan bagi kegunaan agama-agama lain. Sekarang kita juga tahu siapa yang ‘memegang tali’ untuk menyuruh Khalid membuat kenyataan supaya pintu UiTM dibuka kepada 10 peratus penuntut bukan Melayu.

Yang jelas kita semua tahu, siapakah orang itu yang ‘berkobar-kobar’ membangkitkan isu babi Sepang, sebaik saja dia melangkah kaki menduduki bangunan SUK Selangor, tempoh hari.

Dan, sekarang baru kita juga tahu, suasana bercelaru yang sedang berlaku – yang terbaru mengenai isu perkauman atau rasis itu memang dirancang – secara sengaja, oleh pihak-pihak tertentu yang mahu melihat suasana negara dan rakyat Malaysia tidak tenteram.

Akhir kalam, semoga Allah menyelamatkan kita semua. Amin

Kerajaan Boneka Selangor ‘curi’ 30% wang peruntukan JAIS untuk disedekah kepada agama lain

Peruntukan JAIS untuk agama lain?

SHAH ALAM 23 Ogos – Kerajaan campuran Selangor berhasrat menggunakan 30 peratus daripada RM140 juta yang diperuntukkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) setiap tahun untuk disalurkan kepada pembangunan agama lain di negeri ini.Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, cadangan kerajaan pakatan pembangkang berkenaan dilihat sebagai satu cubaan untuk menghapuskan hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam di negeri ini.

Katanya, kerajaan negeri tidak sepatutnya mengganggu peruntukan JAIS yang disalurkan untuk pembangunan agama Islam yang merupakan agama rasmi di negara ini.

Menurut beliau, PKR dan DAP dilihat cuba menyamaratakan kedudukan agama Islam dengan agama lain di negara ini.

“Sekiranya mereka mahu salurkan peruntukan kepada agama lain, mereka boleh gunakan peruntukan di bawah Pejabat Menteri Besar. Paling tidak pun, mereka boleh cari sumber kewangan lain termasuk memotong elaun Exco bukan Islam sekiranya perlu.

“Bagi saya, jangan kacau peruntukan JAIS ini kerana ia dibuat mengikut peruntukan Perlembagaan yang menetapkan Islam adalah agama rasmi. Malah, majoriti rakyat Selangor terdiri daripada orang Melayu dan Islam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohamad Ezam Mohd. Nor mendakwa seorang Exco Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu kerajaan negeri menyalurkan 30 peratus peruntukan JAIS kepada agama lain dalam satu mesyuarat mingguan Exco sebulan yang lalu.

Cadangan berkenaan merupakan kali ketiga kerajaan campuran negeri cuba mencabar kedudukan Perlembagaan Persekutuan selepas mencadangkan supaya kuota 10 peratus Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera dan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebelum ini.

Menurut Mohamad Ezam, beliau bimbang dengan cadangan berkenaan kerana kerajaan negeri di bawah pimpinan PKR, DAP dan Pas itu dilihat cuba memberi ruang kepada pihak lain untuk mempersoalkan hak dan keistimewaan orang Melayu serta agama Islam.

Malah beliau berkata, cadangan sedemikian perlu diberi perhatian serius kerana ia mirip kepada usaha-usaha Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sentiasa berusaha untuk mengkaji semula perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada itu, Mohamad Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, turut menggesa orang Melayu supaya sedar bahawa tindakan kerajaan negeri itu boleh menggugat kedudukan serta hak mereka di negara ini.

PPPIM akan serah memorandum minta projek ternakan babi Selangor dibahas di parlimen

PETALING JAYA 23 Ogos — Pergerakan Perpaduan Islam Malaysia (PPPIM) akan menyerahkan memorandum bantahan 13 perkara kepada kerajaan yang antara lain mengandungi usul supaya projek ternakan babi berpusat di Kuala Langat, Sepang Selangor dibahaskan di Parlimen.

Pengerusi PPPIM, Datuk Zulkifli Mohamad berkata beliau akan menyerahkan memorandum itu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz Isnin ini.

Beliau berkata, antara lain memorandum itu juga meminta supaya projek itu dipindahkan ke lokasi yang lebih sesuai dan bukan di kawasan yang menempatkan penduduk, berdekatan dengan rumah ibadat, sekolah dan laut.

“Saya ingin jelaskan di sini bahawa, pihak PPPIM tidak membantah projek itu tetapi cuma menentang pemilihan lokasinya kerana ia terletak berdekatan dengan kawasan peranginan antarabangsa (Sepang Gold Coast) dan Litar Lumba Antarabangsa F1, ini yang akan kami perjuangkan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, PPPIM juga telah melantik satu Panel Peguam yang diketuai oleh ahli jawatankuasa MMKMM, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman untuk mengkaji kemungkinan mendapatkan perintah mahkamah supaya mengeluarkan arahan kepada semua penternak babi di Sepang agar dipindahkan segera.

Katanya, pada 6 Ogos lepas, PPPIM bersama-sama wakil Majlis Muafakatan Melayu Kebangsaan (MMKMM) menyerahkan memorandum yang sama kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melalui Setiausaha Politik Menteri Besar tetapi sehingga kini belum ada sebarang jawapan diterima.

Memorandum yang sama juga telah diserahkan kepada wakil Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 20 Ogos lepas dan PPPIM sedang menunggu perkenan tuanku untuk menghadap, katanya.

Isu projek ternakan babi berpusat itu hangat diperkatakan selepas kerajaan negeri Selangor yang kini ditadbir Pakatan Rakyat meluluskan projek ternakan babi berpusat secara moden bernilai RM100 juta di Ladang Tumbuk, Kuala Langat di Sepang, Selangor pada April lepas.

Projek itu bagaimanapun terus mendapat bantahan banyak pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), penduduk kawasan sekitarnya yang rata-rata beragama Islam kerana khuatir akan mencemar alam sekitar di kawasan itu yang terletak berdekatan pantai. – Bernama

Nama ALLAH dijual demi kepentingan politik kepada Paderi Kristian

Bekas Naib Presiden PKR, Nalakurappan dedahkan Siapa Anwar Sebenarnya

Kebodohan LGE makin terserlah

Mustahil hapus kemiskinan dalam setahun: Penganalisis

BUKIT MERTAJAM: Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa Pakatan Rakyat akan menghapuskan kemiskinan tegar dalam tempoh setahun di negeri ini sekali lagi dilihat sebagai tindakan populis yang bertujuan menarik sokongan rakyat.

Hakikat itu dianggap banyak pihak sebagai ‘mustahil’ kerana tiada program konkrit untuk membasmi kemiskinan tegar yang disusun sejak lima bulan pakatan itu memerintah Pulau Pinang.

Penganalisis politik, Dr Sivamurugan Pandian, menyifatkan tempoh setahun itu adalah terlalu singkat untuk pemimpin negeri ini merealisasikan impian itu kecuali jika mereka mempunyai pelan atau strategi hebat.

Ketika dihubungi, pensyarah Pusat Pengajian Sains Sosial Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, setakat ini masyarakat hanya didendangkan dengan pelbagai dakwaan skandal kerajaan lalu tetapi tiada pula pelan tindakan mereka untuk membawa Pulau Pinang terus ke depan.

“Sejak lima bulan lalu, apa yang saya dengar ialah mereka hanya mengeluarkan pelbagai cerita yang didakwa sebagai kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi tidak pula saya dengar atau baca pelan tindakan mereka untuk memperbaiki kehidupan rakyat,” katanya.

Dalam debatnya dengan Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon di Kuala Lumpur malam tadi, Lim berkata kerajaan BN masih tidak berjaya menghapuskan kemiskinan tegar walaupun lama memerintah di negeri ini.

Katanya, kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang akan menghapuskan kemiskinan tegar itu dalam tempoh setahun. – Bernama

Surat terbuka kepada Ahli Parlimen Bagan

SALAM sejahtera buat Ahli Parlimen Bagan, Pulau Pinang iaitu YB Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Saya adalah pengundi berdaftar di kawasan Parlimen Bagan yang mana telah dimenangi oleh pihak tuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 Mac lalu. Syabas saya ucapkan atas kejayaan tersebut walaupun saya tidak ‘memangkah’ tuan.

Malam semalam (20 Ogos 2008), tuan telah berdebat dengan mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon di dalam Debat Perdana di Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya mengikuti siaran langsung tersebut dari awal hingga akhir. Ternyata tuan adalah komited untuk memerintah Pulau Pinang dengan konsep CAT.

Saya sebagai penduduk dan pengundi dalam kawasan Parlimen tuan amat teruja apabila tuan mengatakan dengan tegasnya (berulang kali) akan menghapuskan (bermaksud tiada sama sekali) miskin tegar dalam masa satu tahun sahaja setelah berkuasa berbanding dengan kerajaan terdahulu iaitu kerajaan BN (Barisan Nasional) walaupun telah diberi mandat selama 50 tahun.

Harap maaf jika saya tersilap dengar semasa siaran lansung tersebut, tetapi sila ‘rewind’ semula siaran tersebut jika tuan tidak berkata sedemikian. Jika diambil kira jangkamasa dari hari pertama tuan mengambilalih kuasa hingga kini telah berlalu 5 bulan.

Tentunya banyak perkara yang tuan hendak lakukan sebagai memenuhi janji-janji semasa kempen pilihan raya terdahulu. Tetapi saya lebih berminat dengan janji tuan pada malam tadi semasa berhujah dalam debat tersebut iaitu menghapuskan miskin tegar. Di sini ingin saya utarakan beberapa soalan berkaitan:-

Apakah definasi miskin tegar pada pihak tuan dan apakah jumlah pendapatan minimum isi rumah yang akan dikatakan di bawah paras miskin tegar pada tuan? Ini adalah perlu untuk difahami agar tidak berlaku konflik berkaitan definasi dan angka berkaitan miskin tegar.

Apakah komitmen tuan terhadap menghapuskan miskin tegar ini telah bermula? Jika ia telah bermula, di manakah ianya dimulakan?

Adakah komitmen tuan untuk menghapuskan miskin tegar itu di seluruh negeri Pulau Pinang atau di kawasan Parlimen yang tuan wakili sahaja?

Apakah langkah-langkah yang akan tuan ambil untuk memastikan mereka yang tergolong dalam kategori ini akan dibantu dari segi kewangan atau moral?

Apakah kaedah pembancian yang akan tuan gunakan untuk mengenal pasti golongan ini agar mereka ini benar-benar dibantu dan tidak tersasar dari projek tuan ini?

Sebagaimana yang kita tahu rakyat Pulau Pinang ini berbagai kaum, kaum manakah sasaran utama tuan? Adakah kaum lain akan terlepas pandang atau semua kaum akan menerima bantuan sama rata?

Dapatkah tuan melakukannya hanya dalam masa satu tahun sahaja atau tuan hanya berkata untuk mengambil hati? Tetapi apa yang saya perhatikan tuan telah mengulangi perkara tersebut lebih dari sekali dan tentunya ia umpama janji dan komitmen dari tuan.

Tahukah tuan bahawa di kawasan Parlimen yang tuan wakili terdapat ramai golongan yang boleh dikategorikan sebagai miskin tegar? Jika tuan melawati kawasan-kawasan kampung dalam Parlimen tuan, pasti akan terjumpa mereka ini. Saya tahu mana-mana kawasan yang kelihatan daif tetapi berada dalam bandar Butterworth. Tentu tuan pernah terdengar nama Ujung Batu, Kampung Acham, Lorong Kubor, Kampung Perlis, Sungai Nyior, Jalan Mengkuang, Raja Uda dan beberapa lagi kampung yang terletak dalam bandar Butterworth.

Alangkah baiknya jika langkah-langkah untuk menghapuskan miskin tegar ini dimulakan di kawasan Parlimen yang tuan wakili dahulu. Pastikan tiada sesiapa pun yang terlepas pandang atau tertinggal dalam projek tuan ini di kawasan Parlimen Bagan sebagai batu asas atau ukuran kejayaan projek tuan ini. Diharap tuan akan bekerja umpama DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT dan bukan MENANAM TEBU DI BIBIR SAHAJA.

Akhir sekali ingin saya katakan bahawa saya akan memantau dari jauh berkaitan perkara ini dan akan memaklumkan secara terbuka jika terdapat apa-apa kepincangan dari niat baik tuan ini iaitu MENGHAPUSKAN MISKIN TEGAR.

COMPETENCY, ACCURACY, TRANSPARENCY

Sekian, terima kasih.

NAMJAHA6

Pengundi Parlimen Bagan