PPPIM akan serah memorandum minta projek ternakan babi Selangor dibahas di parlimen

PETALING JAYA 23 Ogos — Pergerakan Perpaduan Islam Malaysia (PPPIM) akan menyerahkan memorandum bantahan 13 perkara kepada kerajaan yang antara lain mengandungi usul supaya projek ternakan babi berpusat di Kuala Langat, Sepang Selangor dibahaskan di Parlimen.

Pengerusi PPPIM, Datuk Zulkifli Mohamad berkata beliau akan menyerahkan memorandum itu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz Isnin ini.

Beliau berkata, antara lain memorandum itu juga meminta supaya projek itu dipindahkan ke lokasi yang lebih sesuai dan bukan di kawasan yang menempatkan penduduk, berdekatan dengan rumah ibadat, sekolah dan laut.

“Saya ingin jelaskan di sini bahawa, pihak PPPIM tidak membantah projek itu tetapi cuma menentang pemilihan lokasinya kerana ia terletak berdekatan dengan kawasan peranginan antarabangsa (Sepang Gold Coast) dan Litar Lumba Antarabangsa F1, ini yang akan kami perjuangkan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, PPPIM juga telah melantik satu Panel Peguam yang diketuai oleh ahli jawatankuasa MMKMM, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman untuk mengkaji kemungkinan mendapatkan perintah mahkamah supaya mengeluarkan arahan kepada semua penternak babi di Sepang agar dipindahkan segera.

Katanya, pada 6 Ogos lepas, PPPIM bersama-sama wakil Majlis Muafakatan Melayu Kebangsaan (MMKMM) menyerahkan memorandum yang sama kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melalui Setiausaha Politik Menteri Besar tetapi sehingga kini belum ada sebarang jawapan diterima.

Memorandum yang sama juga telah diserahkan kepada wakil Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 20 Ogos lepas dan PPPIM sedang menunggu perkenan tuanku untuk menghadap, katanya.

Isu projek ternakan babi berpusat itu hangat diperkatakan selepas kerajaan negeri Selangor yang kini ditadbir Pakatan Rakyat meluluskan projek ternakan babi berpusat secara moden bernilai RM100 juta di Ladang Tumbuk, Kuala Langat di Sepang, Selangor pada April lepas.

Projek itu bagaimanapun terus mendapat bantahan banyak pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), penduduk kawasan sekitarnya yang rata-rata beragama Islam kerana khuatir akan mencemar alam sekitar di kawasan itu yang terletak berdekatan pantai. – Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: