Bekas Naib Presiden PKR, Nalakurappan dedahkan Siapa Anwar Sebenarnya

Advertisements

Kebodohan LGE makin terserlah

Mustahil hapus kemiskinan dalam setahun: Penganalisis

BUKIT MERTAJAM: Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa Pakatan Rakyat akan menghapuskan kemiskinan tegar dalam tempoh setahun di negeri ini sekali lagi dilihat sebagai tindakan populis yang bertujuan menarik sokongan rakyat.

Hakikat itu dianggap banyak pihak sebagai ‘mustahil’ kerana tiada program konkrit untuk membasmi kemiskinan tegar yang disusun sejak lima bulan pakatan itu memerintah Pulau Pinang.

Penganalisis politik, Dr Sivamurugan Pandian, menyifatkan tempoh setahun itu adalah terlalu singkat untuk pemimpin negeri ini merealisasikan impian itu kecuali jika mereka mempunyai pelan atau strategi hebat.

Ketika dihubungi, pensyarah Pusat Pengajian Sains Sosial Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, setakat ini masyarakat hanya didendangkan dengan pelbagai dakwaan skandal kerajaan lalu tetapi tiada pula pelan tindakan mereka untuk membawa Pulau Pinang terus ke depan.

“Sejak lima bulan lalu, apa yang saya dengar ialah mereka hanya mengeluarkan pelbagai cerita yang didakwa sebagai kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi tidak pula saya dengar atau baca pelan tindakan mereka untuk memperbaiki kehidupan rakyat,” katanya.

Dalam debatnya dengan Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon di Kuala Lumpur malam tadi, Lim berkata kerajaan BN masih tidak berjaya menghapuskan kemiskinan tegar walaupun lama memerintah di negeri ini.

Katanya, kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang akan menghapuskan kemiskinan tegar itu dalam tempoh setahun. – Bernama

Surat terbuka kepada Ahli Parlimen Bagan

SALAM sejahtera buat Ahli Parlimen Bagan, Pulau Pinang iaitu YB Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Saya adalah pengundi berdaftar di kawasan Parlimen Bagan yang mana telah dimenangi oleh pihak tuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 Mac lalu. Syabas saya ucapkan atas kejayaan tersebut walaupun saya tidak ‘memangkah’ tuan.

Malam semalam (20 Ogos 2008), tuan telah berdebat dengan mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon di dalam Debat Perdana di Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya mengikuti siaran langsung tersebut dari awal hingga akhir. Ternyata tuan adalah komited untuk memerintah Pulau Pinang dengan konsep CAT.

Saya sebagai penduduk dan pengundi dalam kawasan Parlimen tuan amat teruja apabila tuan mengatakan dengan tegasnya (berulang kali) akan menghapuskan (bermaksud tiada sama sekali) miskin tegar dalam masa satu tahun sahaja setelah berkuasa berbanding dengan kerajaan terdahulu iaitu kerajaan BN (Barisan Nasional) walaupun telah diberi mandat selama 50 tahun.

Harap maaf jika saya tersilap dengar semasa siaran lansung tersebut, tetapi sila ‘rewind’ semula siaran tersebut jika tuan tidak berkata sedemikian. Jika diambil kira jangkamasa dari hari pertama tuan mengambilalih kuasa hingga kini telah berlalu 5 bulan.

Tentunya banyak perkara yang tuan hendak lakukan sebagai memenuhi janji-janji semasa kempen pilihan raya terdahulu. Tetapi saya lebih berminat dengan janji tuan pada malam tadi semasa berhujah dalam debat tersebut iaitu menghapuskan miskin tegar. Di sini ingin saya utarakan beberapa soalan berkaitan:-

Apakah definasi miskin tegar pada pihak tuan dan apakah jumlah pendapatan minimum isi rumah yang akan dikatakan di bawah paras miskin tegar pada tuan? Ini adalah perlu untuk difahami agar tidak berlaku konflik berkaitan definasi dan angka berkaitan miskin tegar.

Apakah komitmen tuan terhadap menghapuskan miskin tegar ini telah bermula? Jika ia telah bermula, di manakah ianya dimulakan?

Adakah komitmen tuan untuk menghapuskan miskin tegar itu di seluruh negeri Pulau Pinang atau di kawasan Parlimen yang tuan wakili sahaja?

Apakah langkah-langkah yang akan tuan ambil untuk memastikan mereka yang tergolong dalam kategori ini akan dibantu dari segi kewangan atau moral?

Apakah kaedah pembancian yang akan tuan gunakan untuk mengenal pasti golongan ini agar mereka ini benar-benar dibantu dan tidak tersasar dari projek tuan ini?

Sebagaimana yang kita tahu rakyat Pulau Pinang ini berbagai kaum, kaum manakah sasaran utama tuan? Adakah kaum lain akan terlepas pandang atau semua kaum akan menerima bantuan sama rata?

Dapatkah tuan melakukannya hanya dalam masa satu tahun sahaja atau tuan hanya berkata untuk mengambil hati? Tetapi apa yang saya perhatikan tuan telah mengulangi perkara tersebut lebih dari sekali dan tentunya ia umpama janji dan komitmen dari tuan.

Tahukah tuan bahawa di kawasan Parlimen yang tuan wakili terdapat ramai golongan yang boleh dikategorikan sebagai miskin tegar? Jika tuan melawati kawasan-kawasan kampung dalam Parlimen tuan, pasti akan terjumpa mereka ini. Saya tahu mana-mana kawasan yang kelihatan daif tetapi berada dalam bandar Butterworth. Tentu tuan pernah terdengar nama Ujung Batu, Kampung Acham, Lorong Kubor, Kampung Perlis, Sungai Nyior, Jalan Mengkuang, Raja Uda dan beberapa lagi kampung yang terletak dalam bandar Butterworth.

Alangkah baiknya jika langkah-langkah untuk menghapuskan miskin tegar ini dimulakan di kawasan Parlimen yang tuan wakili dahulu. Pastikan tiada sesiapa pun yang terlepas pandang atau tertinggal dalam projek tuan ini di kawasan Parlimen Bagan sebagai batu asas atau ukuran kejayaan projek tuan ini. Diharap tuan akan bekerja umpama DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT dan bukan MENANAM TEBU DI BIBIR SAHAJA.

Akhir sekali ingin saya katakan bahawa saya akan memantau dari jauh berkaitan perkara ini dan akan memaklumkan secara terbuka jika terdapat apa-apa kepincangan dari niat baik tuan ini iaitu MENGHAPUSKAN MISKIN TEGAR.

COMPETENCY, ACCURACY, TRANSPARENCY

Sekian, terima kasih.

NAMJAHA6

Pengundi Parlimen Bagan

Anwar sahut cabaran bersumpah?


Pemuda Pas Selangor cabar Anwar bersumpah

Oleh ABDUL YAZID ALIAS

SHAH ALAM 20 Ogos – Dewan Pemuda Pas Selangor mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melakukan sumpah laknat jika beliau di pihak yang benar.

Ketuanya, Sallehen Mukhyi berkata, ia merupakan langkah terbaik bagi bekas Timbalan Perdana Menteri itu untuk menyelesaikan masalah peribadinya sekali gus membersihkan namanya.

Beliau berkata, semua pihak harus menerima baik sumpah laknat bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang berbuat demikian kerana mahu menjaga nama baik diri dan keluarga.

“Terdapat dua cara untuk menyelesaikan kes ini sama ada pihak penuduh mengemukakan bukti kukuh di mahkamah atau tertuduh (Anwar) sendiri membuat pengakuan.

“Namun, sekiranya Anwar merasakan beliau tidak bersalah, beliau boleh membuat pengakuan di mahkamah ataupun membuat sumpah laknat… terpulang kepadanya,” kata Sallehen ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas desakan pelbagai pihak yang mahu Anwar, calon PKR dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, berhenti mempertikaikan sumpah laknat Mohd. Saiful yang dilafazkan pada 15 Ogos lalu.

Menurut Sallehen, tindakan Mohd. Saiful, 23, itu dapat dilihat sebagai salah satu cara yang memb

Guan Eng yang cakap merapu-rapu dan tanpa fakta

Saya tergelak besar apabila melihat debat antara Lim Guan Eng dan Koh Su Koon. Tergelak melihat kebodohan Lim Guan Eng cuba membuat tuduhan tanpa bukti dan asas langsung. Kebodohan dan kebiadapan Guan Eng terserlah apabila dia cuba membukti wujudnya skandal dalam pemberian tanah semasa kerajaan BN memerintah dahulu.

Tanpa bukti yang jelas, Guan cuba memanipulasikan fakta dengan tidak memberikan maklumat yang jelas dan sepenuhnya kepada rakyat. Guang Eng harbi ini jelas cuba menimbulkan kebencian orang cina dan india kepada bangsa Melayu dengan cuba mengaitkan kerajaan UMNO punca segala “skandal” tersebut. Tetapi, Koh Su Koon dengan tegas mengatakan bahawa Pulau Pinang diperintah oleh Kerajaan BN dan jika berlaku sebarang kesilapan ianya terpaksa ditanggung oleh BN.

Selepas penerangan demi penerangan yang jelas dan tepat serta tanpa memanipulasi fakta oleh Koh Su Koon, Guan Eng harbi ini kelihatan masih bodoh dan “blur” untuk memahaminya. Tanpa sebarang fakta yang jelas Guan Eng harbi ini kelihatan seperti pemimpin yang terlalu bodoh dan angkuh tidak bertempat. Dia dengan nada yang tinggi berterusan membuat tuduhan melulu dan melalok tanpa fakta seperti manusia gila akal.

Guan Eng harbi ini ditanya oleh “moderator” kenapa dia tidak membuat laporan polis dan BPR tentang dakwaannya tersebut. Jawapan yang tidak masuk akal daripada pemimpin DAP harbi ini ialah mereka tidak mempunyai cukup bukti untuk membuat laporan polis. Jadi, jika tiada bukti yang cukup kenapa diwar-warkan kepada umum. Jika disyaki berlaku penyelewangan, laporan polis/BPR harus dibuat. Bukan tugasnya untuk mencari bukti (a.k.a mereka bukti), ianya adalah tugas pihak polis dan BPR.

Kebodohan Lim Guan Eng harbi ini makin terserlah apabila ditanya oleh Koh Su Koon satu soalan yang terkena tepat padanya. Guan Eng yang terlalu bodoh sangat ini seolah-olah tidak faham soalan dan tidak langsung menjawab soalan tersebut. Dia masih dengan nada tinggi dan marah (seolah-olah dia yang dituduh menyelewang) membangkitkan isu yang sama. Saya hairan kenapa dia gagal menjawab soalan itu, mungkin kerana dia tidak faham Bahasa Melayu?

Koh Su Koon kemudiannya menegur Guan Eng yang “blur” itu dengan mengatakan dia lepaskan Guan Eng walaupun tidak menjawap soalannya atas sikap Koh Su Koon yang “gentlemen”.

Lim Guan adalah Ketua Menteri paling bodoh dan kelakar saya pernah dengar berucap. Dengan pertuturan bahasa Melayu yang lemah dan tidak fasih menyebabkan kebodohannya memang terserlah. Cara bercakapnya mengalahkan orang Myamar dan Bangladesh yang datang berkerja di Malaysia. Sebagai contohnya, bom jangka disebut oleh Guan Eng sebagai jangka bom. Banyak lagi kesalahan tatabahasa Melayu yang dilakukan oleh Guan Eng kafir harbi ini. Mungkin kerana kurang pengaulan dengan bangsa Melayu dan memandang rendah bahasa Melayu menyebabkan dia bercakap seperti orang luar yang baru belajar bahasa Melayu.

Sebagai soalan terakhir, pengerusi debat bertanya mengenai bagaimana usaha untuk meningkat mutu pengurusan tanah. Sekali kebodohanya terserlah kerana dia tidak langsung menjawab soalan tersebut dan sekali lagi merapu bercakap pasal tuduhannya yang tidak berasas itu. Tiada satupun fakta atau pendapat yang dikeluarkan oleh Lim Guan Eng harbi ini mengenai peningkatan mutu pengurusan tanah di Pulau Pinang.

Kesimpulannya, Guan Eng harbi ini tidak layak langsung menjadi Ketua Menteri kerana fakta-fakta berikut:

1. Kebodohannya amat ketara sekali sehingga ramai orang menonton debat itu ketawakannya. Tetapi dia tidak sedar kerana dia terlalu bodoh. Hairan sungguh kenapra ada orang yang menyokongnya.

2. Ketiadaan fakta bila berbahas. Semasa berdebat, tiada satu fakta yang jelas dan tepat. Semuanya bersifat umum dan tidak spesifik dan seolah-olah hanya cuba memanipulasikan isu.

3. Sikap perkaumannya jelas apabila dia dengan sengaja menggunakan kerajaan UMNO apabila cuba menuduh “skandal tanah” itu. Semua orang tahu bahawa Pulau Pinang dipimpin oleh Gerakan di bawah BN. Jelas dia cuba untuk memburukkan nama baik orang Melayu dengan tuduhan tidak berasas itu.

4. Pemimpin bodoh ini boleh meminta Koh Su Koon memberikan maklumat supaya dia boleh membuat tuduhan rasuah lagi. Bodoh sungguh Lim Guan Eng harbi ini kerana dia yang hendak membuat tuduhan tetapi meminta orang lain mencari bukti untuknya. Sepatutnya, dia yang membuat tuduhan itulah yang mencari buktinya.

6. Menipu rakyat dengan mengatakan bahawa tiada satupun fail yang ditinggalkan oleh kerajaan negeri BN selepas kekalahan mereka dalam PRU 12. Dia menipu dengan memberi maklumat palsu dan salah dengan mengatakan bilik Ketua Menteri kosong. Hakikatnya dijelaskan bahawa semua fail yang berjumlah beribu-ribu itu sememangnya tidak diletakkan dalam Ketua Menteri tetapi didalam Bilik Sulit yang dikhususkan khas untuk menyimpan fail. Kebodohanya jelas sekali lagi sini kerana bagaimanakah fail yang beribu-ribu naskhah itu boleh diletakkan dalam bilik ketua menteri? Tak kan hanya ketua menteri sahaja nak baca dan rujuk fail-fail tersebut.

7. Menipu rakyat dengan mengatakan bahawa kos yang penyelengaraan rumah rasmi ketua menteri ialah RM 300 ribu. Hakikatnya jumlah sebenarnya adalah hanya RM 10 ribu. Baru-baru ini juga Guan Eng harbi ini secara senyap-senyap berpindah ke kediaman rasmi ketua menteri. Dahulunya dicanang-canangkan betapa mulianya si kafir harbi ini kerana tidak mahu masuk rumah tersebut kerana jimatkan wang rakyat tapi rupa-rupanya hanya gimik politik semata-mata.

8. Sikap Guan Eng yang suka mencari salah orang dan menuduh orang lain membuktikan dia dan dap harbi masih belum bersedia untuk memimpin sebuah negeri apatah lagi negara. Selepas 5 bulan memerintah negeri, tiada satupun usaha untuk memajukan negeri tersebut malah banyak masa dihabiskan untuk mencari salah orang lain. Cara guan eng bercakap seolah-olah dia akan mencari kesalahan orang lain sampai ke lubang najis babi sekalipun. Jika sibuk dengan najis babi, macam mana hendak membangunkan negara. Baik guan eng ini masuk sahaja ke kandang babi, senang sedikit nak mencari salah orang.

Khalil Ibrahim gelar pelajar UiTM sebagai “otak belacan”

Marah sungguh saya apabila mendapat maklumat Khalil Ibrahim sekali lagi mencerca dan menghina pelajar UiTM. Walaupun saya bukan bekas pelajar UiTM tetapi apabila ada orang Melayu yang menghina pelajar UiTM di hadapan bukan Melayu, saya memang cukup marah.

Dilaporkan bahawa Khalil Ibrahim memang tidak puas hati dengan tindakan pelajar UiTM yang mengadakan demokrasi dihadapan pejabatnya baru-baru. ini Khalil Ibrahim makin bertambah tidak puashati apabila ada ura-ura untuk mendakwanya kerana membuat kenyataan bodoh mengenai UiTM sebelum ini.

Dilaporkan bahawa seorang ahli PKR yang kini bertugas sebagai setiausaha ADUN Selangor tidak puas hati dengan keceluparan mulut khalid. Ahli PKR tersebut tidak puas hati kerana dia juga merupakan lepasan UITM yang mempunyai keputusan yang baik.

Setiausaha ADUN PKR itu dilaporkan memberitahu Khalil Ibrahum secara sinis menghina pelajar-pelajar UITM dihadapan rakan-rakan exco yang bukan Melayu. Apabila ditanya tentang percubaan reaktor UITM dan pelajar-pelajar UITM untuk mendakwa khalid di mahkamah kerana cuba mengugat keistimewaan orang Melayu mengenai kuota 10%, khalid secara spontan menjawab:

‘PELAJAR-PELAJAR UITM TU OTAK BELACAN, DIA NAK BUAT APA SILAKAN’ !

Kenyataan Khalil itu kemudiannya disahut dengan gelak ketawa oleh exco-exco bukan Melayu sambil minum.

Apakah yang dimaksudkan oleh Khalil Ibrahim apabila menyindir pelajar-pelajar UiTM itu sebagai otak belacan. Adakah ingin mengatakan bahawa lulusan UiTM adalah lulusan IPTA bertaraf kampung (merujuk belacan) dan juga membawa maksud sebagai graduan yang berkualiti kampung?

Video Anwar kutuk Pelajar UiTM sebagai Bodoh