Pastikan Anwar Ibrahim tewas dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh jika anda sayangkan agama, bangsa dan negara!!

Saya menyeru semua penyumbang setia artikel di antidap.wordpress.com agar meluangkan masa untuk menulis artikel berkualiti mengenai sejarah buruk dan jelek Anwar anak Ibrahim ini.

Saya bukan hendak bermain politik atau menyokong UMNO di Permatang Pauh. Objektif saya ialah memastikan manusia yang bertopengkan syaitan seperti Anwar dan merupakan agen DAP kafir harbi (US, Yahudi dan DAP) ini dihalang daripada memasuki Dewan Rakyat.

Ini kerana jika Anwar berjaya memenangi Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, maka dia akan menggunakan wang yang akan disalurkan oleh Yahudi dan US melalui syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB). Wang-wang daripada Yahudi dan US yang ingin melihat kejatuhan kepimpinan umat Islam ini akan dibawa masuk sebagai satu bentuk pelaburan untuk mengaburi mata rakyat. Hakikatnya ianya adalah salah satu cara “money laundering” untuk membeli ahli-ahli parlimen BN yang mata duitan.

Tidak dinafikan juga ada juga di kalangan ahli-ahli BN bukan Melayu dan bukan Islam akan mengambil peluang ini untuk melompat parti demi menguatkan bangsa mereka serta mula menuntut segala hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera dihapuskam. Mereka akan mengambil kesempatan daripada pepecahan bangsa Melayu dan umat Islam untuk menghancur kita. Ini tentunya didalangi oleh DAP kafir harbi yang sememang sejak awal penubuhan mereka anti Melayu dan Islam. Mereka ini sememangnya tidak pernah senang dengan kemajuan yang telah dicapai oleh bangsa Melayu dan agama Islam sejak kemerdekaan.

Seterusnya, jika Anwar anak Ibrahim ini berjaya membayar ahli-ahli parlimen BN untuk membentuk kerajaan baru dengan majoriti mudah.Kemudian, Anwar akan mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri yang baru. Maka, kita akan melihat bertapa kejinya manusia bernama Anwar anak Ibrahim ini menggunakan politik wang demi kepentingan peribadi. Dengan wang daripada Yahudi dan US ini, Anwar akan membentuk kerajaan paling korup kerana kerajaan dibentuk menggunakan ahli-ahli parlimen mata duitan yang sanggup menggadaikan segalanya.

Anwar anak Ibrahim ini akan mula melantik di kalangan pemimpin DAP kafir harbi memegang jawatan penting seperti Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Pertahanan, Menteri Pendidikan dan Menteri Dalam Negeri. Dengan jawatan penting ini, DAP kafir harbilah yang sebenarnya menguasai negara Malaysia. Mereka akan meminda dan menggubal polisi pendidikan yang baru, memastikan lebih banyak peruntukan untuk pembangunan agama selain Islam dan bukan Melayu.

Seterusnya, mereka akan menggunakan kuasa yang ada sebagai Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri untuk melemahkan angkatan tentera dan polis supaya mereka tidak memberontak. Ini termasuk melantik golongan bukan Melayu pro-DAP kafir harbi untuk memegang jawatan penting dalam kedua-dua badan beruniform itu. Mereka akan mula mengurangkan peruntukan dan menjual asset-asset penting yang dilihat mungkin dapat digunakan untuk mengulingkan kerajaan boneka DAP yang dipimpin oleh Anwar anak Ibrahim.

Anda tentu tertanya-tanya kenapa Anwar selaku Perdana Menteri akan membiarkan perkara ini berlaku? Hakikat yang sebenarnya semua rahsia Anwar anak Ibrahim ini berada dalam tangan Karpal Singh semasa dia menjadi peguambela Anwar dalam perbicaraaan kes liwat yang terdahulu.

Sememangnya, DAP kafir harbi ingin Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana dengan rahsia yang dipegang oleh Karpal, dia akan menjadi PM boneka sahaja. Anwar akan menjadi PM boneka yang takut rahsia sebenar yang dipegang Karpal terbongkar. Sifat Anwar yang suka menjadi popular dikalangan rakyat memudahkan lagi DAP kafir harbi menguasai dan memperkudakan Anwar. DAP melihat Anwar adalah pemimpin Melayu yang mudah diperbodohkan kerana kelemahan IQnya serta sikapnya yang terlalu gelojoh untuk menjadi pemimpin no 1 Malaysia dengan apa cara sekali pun.

Ini sebenarnya percaturan dan strategi yang telah lama dirancang oleh DAP kafir harbi. Mereka sedar amat mustahil untuk mereka menguasai Malaysia sekiranya bangsa Melayu dan umat Islam bersatu. Satu-satunya cara untuk menguasai politik di Malaysia ialah dengan memastikan pepecahan bangsa Melayu. Mereka mempelajari perkara yang sama daripada Yahudi yang berjaya menguasai Palestin kerana rakyat dan pemimpin mereka berpecah. Begitu juga, Amerika berjaya menguasai Iraq dengan menggunakan alasa kekejaman Saddam Hussien untuk meraih sokongan daripada rakyat Iraq. Lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan Iraq hari ini, dan cara yang sama sedang digunakan oleh DAP kafir harbi untuk menguasai Malaysia.

Anda mungkin tertanya-tanya mengenai pemimpin PAS. Tidak mungkin PAS akan hanya berdiam diri melihat keadaan ini. PAS yang hanya menang 16 kerusi Parlimen hanya akan ditawarkan jawatan Menteri yang tidak penting seperti Menteri Belia dan Sukan serta Menteri Perpaduan Rakyat dan Wanita. Dengan jawatan di kementerian yang tidak penting ini, tiada apa yang dapat dilakukan oleh PAS untuk memulihkan keadaan. Sikap sesetengah pemimpin PAS seperti MBB Nizar dan Hassan Ali yang gilakan kuasa akan menyebabkan PAS semakin goyah dan akan berlaku pepecahan di dalam PAS sendiri. Antara mereka yang benar-benar ingin berjuang atas nama Islam dan pemimpin yang gilakan kuasa seperti MBB Nizar dan Hassan Ali.

PAS yang mungkin tidak puashati dengan keadaan itu dan cuba keluar daripada Pakatan Syaitan… opps Pakatan Rakyat. Tetapi disebabkan PR sudah makin kuat dengan sokongan MP bukan Melayu daripada BN yang melihat kejayaan DAP kafir harbi mengawal dan membonekakan Anwar Ibrahim serta melakukan banyak pembaharuan yang memihak kepada bangsa dan agama mereka. Saya tidak hairan jika MP daripada Gerakan, MIC dan MCA akan turut sama menyertai Pakatan Rakyat kerana desakan oleh pengikut mereka yang mudah terpengaruh dengan dakyah DAP. Kejayaan DAP mengubah dasar dan polisi yang selama ini hanya dalam mimpi sahaja Gerakan, MIC dan MCA serta parti komponen bukan Islam Sabah dan Sarawak sekiranya mereka terus berada dalam BN.

Pada masa tersebut, Pakatan Syaitan… ops Pakatan Rakyat tidak akan hairan jika PAS yang hanya memenangi 16 kerusi Parlimen meninggalkan mereka. Jika ini berlaku, maka DAP kafir harbi telah berjaya menguasai politik Malaysia sepenuhnya. Mereka akan mula meminda dan menggubal mana-mana perlembagaan yang memihak kepada agama Islam, bangsa Melayu, bahasa Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu. Pada ketika itu, orang Melayu Islam hanya dapat berputih mata kerana tidak dapat berbuat apa-apa pun. Jika hendak melakukan pemberontakan tentera pun mungkin akan susah kerana DAP kafir harbi sudah pasti akan meminta bantuan Singapura, US dan Yahudi untuk membantu mereka mengekang kebangkitan pihak tentera.

Oleh sebab itulah, saya merayu agar setiap umat Islam dan orang Melayu berjuang memastikan Anwar anak Ibrahim ini gagal dalam Pilihanraya kecil Permatang Pauh. Anda boleh menyumbang dengan menulis artikel yang berguna dan menggunakan antidap.wordpress.com sebagai medium untuk menyampaikan idea anda.

Dengan bantuan teknikal dan pengalaman yang mendalam dalam bidang IT, antidap.wordpress.com sentiasa mendapat tempat pertama dalam senarai enjin pencarian (search engine). Jika anda tidak percaya cubalah menggunakan “keyword” tertentu dan anda pasti melihat bahawa antidap.wordpress.com akan tersenarai ditempat teratas. Terima Kasih diucapkan kepada Hang Lekir.

Advertisements

21 Responses

  1. Saya bersetuju dengan pandangan ini.Anwar merupakan tali barut yahudi, beliau ini sama seperti Ahmad Chalabi si Kurdis, Ahmad Chalabi dapat peruntukan USD1.2 sebulan utk biayai kempen melawan Sadam.Bila Sadam kalah Ahmad Chalabi disumbat kedalam penjara Amerika.Anak-anak gadis Kurdis diperkosa dan menjadi pelacur, lelakinya menjadi barua Amerika Yahudi.Anwar ini lebih dahsyat lagi, tidak ada yang tidak boleh, asalkan cita-citanya berjaya.Beliau akan jadi PM 5 atau 10 tahun.Lepas tu Lim Guan Eng atau Jagjit Singh atau Melayu kaki arak dan judi jadi PM. Islam pada Anwar hanyalah alat untuk memuaskan nafsu. Anwar bukanlah bijak dan bahkan beliau takut mengajar tingkatan 6 semasa di yayasan anda dahulu. Marilah kita solat hajat, mohon Allah jauhkan umat Islam dari malapetaka dan bencana akibat fitnah Anwar dan memohon dari Allah agar Anwar dan saiful mendapat taufik dan hidayah serta petunjuk dari Allah swt.

  2. Ketika ini fikiran menjadi buntu, andainya saya adalah pengundi di Permatang Pauh pasti disaat ini saya berada disana mencari semua saudara mara, rakan taulan agar dapat bersama2 berjuang utk bangsa melayu demi agama islam. Seharusnya Anwar Ibrahim ditelanjangkan supaya semua saudara mara dapat melihat siapa dia sebenarnya. Semua bukti yg ada tentang sifat sebenar Anwar Ibrahim mesti didedahkan. Ezam atau Nalla mesti tunjukkan bahawa mereka tidak tidak bercakap bohong dgn gembar gembur mereka selama ini. Saudara Chanra juga harus tampil kedepan. Kemukakan bukti yg anda ada. Ini bukan bertujuan mengumpat tetapi demi kepentingan ummah. PAS telahpun menghalalkan pengaiban sebegini maka hari ini UMNO dan semua jenteranya seharusnya melangkaui prinsip yg selama ini didokong utk tidak mengaibkan org lain. Pada saudara2 pengundi di Permatang Pauh, kami org melayu umat islam seluruh Malaysia bergantung kepada saudara saudari di sana. Buatlah pertimbangan sewajarnya. Ingatlah ini adalah peluang keemasan utk memberikan mesej yg sejelas jelasnya kepada Pakatan Pembangkang bhw org2 Malaysia tidak mahu pengkhianat bangsa menjadi pemimpin. Andai ini yg dilakukan oleh saudara/ri pengundi Permatang Pauh, saya dgn rendah hati menabik hormat kepda semua anak permatang pauh..

  3. kita kena sedarkan sebilangan orang2 Melayu yang berakal pendek/ berfikir jangka pendek sahaja.

    Mereka ini agak lemah, terpengaruh dan gagal menilai:

    -Orang yang ikhlas @ orang jahat yang berpura2 ikhlas.

    -Pembunuh licik negara Nuar ini, bakal merosakkan negara, tetapi sudah tentu dirinya terselamat.

    Di harap Allah akan menunjukkan kuasanya. Marilah berdoa kepada Allah. Jika Nuar ini menang sekalipun -rancangan jahat menjadi PM dan menggadai Malaysia ke tangan US akan gagal.

    PAS- yang celik dan ada Internet cek betul2 siapa Nuar ni-

    Marilah sama2 menolak panyangak ini. Keluar dari pakatan jika pakatan itu memihak kepada syaitan. Nuar Jangan lupa- Manusia tidak hidup di dunia sahaja.

    Nantikan pembalasan-NYa.

  4. 1. kenapa ramai kawan baik anwar atau orang kuat anwar keluar PKR??? -tentu ada sebab.harap dedahkan sebelum september.paklah ni slow la..mungkin pakatan KJ-DSAI,yg pasti di dalangi amerika

    2. anda lupa,nanti bila PR menang, PAS juga ditawarkan Menteri Kebudayaan (KEKKWA).tak apa menang sorak saja janji jadi menteri!

    3. sudah pasti,Menteri Pendidikan/Menteri Kewangan/Menteri Perdagangan Antara Bangsa/Menteri Undang2 (JPM mcm Zaid Ibrahim),Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan akan dipegang DAP kafir harbi laknatullah..smua menteri penting akan dapat DAP,PAS hanya dapat menteri sampah;tapi takkan dapat menteri pertahanan,dalam negeri,sbab susah sket la agong nak bagi.

    4. timbalan menteri 2 atau 3 dari bangsa berlainan,kononnya adil.waktu tu barula PAS nak lompat.nak sebut negara Islam pun dah tak laku! dah parlimen pun paling sikit.kalo lompat tak lama lagi hilang beberapa negeri,skarang ni Penang saja jadi milik Cina

    5. nasi suda menjadi bubur dah masa tu.bila Malaysia mengorak ke arah Singapura baru.Melayu ditindas secara haluuuusss.

    6. nak ulang 13 mei?nak kerahkan orang melayu+Rejimen Askar Melayu Diraja? Amerika datang tolong,Singapura tolong.sekali lagi kita dijajah..400 tahun lagi baru merdeka,tupun nanti kena kongsi dengan indon pulak..hhaha

    7. saya menyeru semua yg sayangkan melayu,jom kita komen/lawati blog yang pro pembangkang.blog limkitsiang misalnya.sedarkan mereka,biar kita ramai..tak guna cakap saja..kerahkannnnn

    ps;(logo PAP sama warna dengan logo DAP)

  5. marilah kita sama-sama berdoa setiap kali lepas solat agar tanahair ini aman, orang Melayu & Islam selamat dan terpelihara dari tipu daya syaitan yang berupa jin dan manusia, jantan & betina. Amin.

  6. Aku bekas penyokong kuat DSAI dulu.Masa mula dia dituduh dan dipecat pada 1998 tiga hari aku pening kepala & demam memikirkan. Mustahil fikir aku!Ramai rakan aku cuba yakinkan aku tapi aku masih tak percaya. Mustahil Anwar… lakukan!Aku masih skeptikal.Tapi selepas PRU 12 , 100% aku amat yakin seyakin yakinnya. memang dia bersalah Aku buat bandingan : Nik Aziz dgn pengikut2nya sembahyang ramai2 distadium Sultan Mohamad minta kemenangan PAS dlm PRU12 -termakbul. Tapi yg menghairankan aku Nik Aziz lah juga orangnya yg mengimamkan solat kumpulannya ditempat yg sama untuk membuktikan Anwar tak salah tapi tak di dimakbulkan Allah.Kenapa yer Anwar dijatuhkan hukuman & melalui berbagai masalah tapi DrM tetap tegap.Nak kata Allah tak terima doaNik Aziz takkan pula kot ! tentu Allah lebih mengetahui. Wallahualam

  7. Assalamualaikum. Pada asalnya saya bukanlah penyokong mana-mana pihak. Dalam konteks politik Malaysia saya mempunyai pelbagai tanggapan mengenai Anuar. UMNO adalah parti yang pada asalnya memperjuangkan Malaysia yang merdeka. Tanpa parti ini mungkin kita masih di jajah oleh Inggeris. Kenapa kita di jajah oleh Inggeris?????

    Inilah persengketaan melayu pada satu masa dahulu hingga sanggup meminta bantuan portugis menyerang bangsa sendiri yang tidak sependapat.

    Bukan mempersoalkan siapa yang betul. Untuk memenangi politik kadang-kadang orang sanggup melakukan apa sahaja. Kenapa Mahathir begitu di benci oleh Amerika dan Yahudi? Mengapa Anuar begitu di sayangi Yahudi? Kerana hubungan mereka dengan yahudi tak sama.

    Lihatlah kenapa Pakistan menjadi rakan baik yahudi? Kerana Musyaraf baik dengan Amerika.Tapi lihatlah Iran dan Iraq yang begitu benci kepada Amerika. Mereka ini sangat di geruni yahudi. Kenapa Iraq di tawan? Kerana orang Islam yang memberi pangkalan kepada Amerika untuk di serang.

    Tuduhan meliwat Anwar adalah suatu yang berat. Tak sepatut di canang. Kalau dia salah atau pun tak, tak perlu dia dimalukan. Tapi ingat! Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin yang bertiup. Contoh adakah penghisap dadah yang tak mengaku menghisap dadah, kemudian cerita yang sama masih muncul.

    Mahathir saya tak suka sebab terlalu tegas. Sampai John Horward pun kata Tun keras kepala. Singapura yang baik ngan Yahudi benci betul ngan Mahathir. Tapi Anwar ramainya Yahudi suka. Mungkin dia akan membawa Yahudi memasuki agama Islam. Mustahil? Tidak bukan? Renunglah mata pemimpin kita. Kalau orang yang memang bersih hatinya Allah akan tunjuk kebenaran.

    Pengundi Permatang Pauh akan terus menyokong Anwar betul atau salah tak kirala sebab dia orang situ. Malula kalau orang Permatang Pauh. Kalau anda ada anak yang membuat salah naluri tentu akan mempetahankan darah daging kita.

    Dalam pemerhatian dan kajian saya, Orang Melayu mudah melihat sesuatu pada jangka masa pendek tanpa melihat sejarah.Kenapa terlalu sibuk pada Politik? Kenapa semuanya perlu bergantung kepada Kerajaan. Kemajuan atau tak sesuatu bangsa bukanla pada pemerintah semata, tapi lebih pada usaha rakyat tu sendiri. Itu sebab Cina lebih maju. Kita patut berjihad dalam bidang ekonomi dan mencari teknologi baru untuk Islam menguasai semula dunia.

    Bukan fitnah memfitnah. Ingat jugak orang UMNO cubalah tegakkan cara hidup Islam sebenar. Pemimpin wanita cubalah bertudung dan menjadi contoh. Tapi ingat yang bertudung pun belum tentu beriman dan masih melakukan dosa.

    Apa kata hudud di teruskan. Kita nak tengok orang mencuri di potong tangannya. Buat betul-betul.Kita tengok apa akan Amerika dan yahudi kata pada kita.

    Akhir sekali Politik adalah mainan. Tapi jangan kawan dengan orang yang kawan ngan Yahudi, sebab Allah SWT laknat orang Yahudi. JANGAN JADI PENYOKONG KEPADA ORANG YANG BERKAWAN DENGAN BANGSA YANG DILAKNAT ALLAH SWT.

  8. amir,
    yahudi sampai kiamat akan memerangi islam.

    tanda akhir kiamat, muncul dajal bermata satu. sebelum tu keluar 30 dajal kecil. yang mana masa dajal berkuasa, mampu mengeringkan air.

    do some homework on freemason, involvement zionist dan ‘six sisters’, 6 syarikat minyak utama dunia yang controlled by freemason.
    1998 soros, one of freemason prominent figure dah menyebabkan ekonomi jatuh, negara2 macam indonesia ‘telah dikeringkan airnya’, nilai rupiah susut lebih 60% dan sekarang terpaksa tunduk kepada IMF, yang dalangnya adalah freemason / pasukan dajal kecil.
    2008 pasukan dajal kecil ni buat lagi, kali ini dengan manipulate harga minyak dunia, sekali lagi negara2 kecil ‘dikeringkan airnya’.

    kenapa tun mahathir tidak sekali2 mahu tunduk kepada IMF? lihat saja indonesia. kenapa anwar suka dengan IMF? dengan wolfwitz? kenapa lambang PKR bermata satu?

    sesungguhnya kiamat itu sudah sangat dekat. tanda2 kecil semua dah keluar. saya percaya sekarang adalah masa dajal2 kecil, sebelum keluarnya dajal yang utama.

    jangan kerana marahkan paklah yang tidur, negara terjual kepada yahudi dan bangsa lain.

  9. ye.. apakah kebetulan lambang PKR bermata satu atau gerak daya oleh Allah SWT utk dijadikan peringatan oleh Allah SWT kepada umat Islam di Malaysia. hanya Allah yg tahu namum sebagai manusia yg dikurniakan akal oleh Allah SWT adalah lebih baik kita melihat perilaku penasihat PKR dan semua tindakan beliau, hubungan dgn negara Amerika yg sesetengah ulama telah menafsirkan sebagai Dajjal.. Semoga org2 PAS mengkaji perbuatan Anwar Ibrahim ini dan membuat kesimpulan yang sewajarnya dari sudut pandangan tanpa ada kepentingan politik.. Kita tidak mahu kesimpulan dan kebenarannya di buat bila keadaan telah terlambat.. ayuhlah pencinta agama yg mempunyai access dan keupayaan.. buatlah kajian, fikirlah masak2 sebelum memberi sokongan membabi buta.

  10. Sekarang ni kalau pengikut DSI tak boleh fikir lagi tak tahu la apa nak dikata.dah terang-terang DSI tak boleh jadi PM,kalau boleh masa DR M memerintah mesti dia dah ganti DR M.akan tetapi macam2 musibah menimpa DSI dari sini kita dah boleh lihat samaada DSI baik atau tidak,jikalau DSI orang baik pasti perjalanan politik dia di Rahmati Allah dan diberi laluan mudah,tetapi sebaliknya yang terjadi.Marilah kita semua fikir kenapa bermacam masalah timbul menimpa beliau.Marilah kita memilih pemimpin yang MEMBELA BANGSA DAN AGAMA

  11. Pelajar dan guru sebuah sekolah agama di Pulau Pinang pernah berdoa agar DSAI dihancurkan satu ketika dahulu sebelum DSAI ditangkap berkaitan dengan kes liwat. Mereka tidak sengaja solat hajat memohon agar orang yang menghalang pembelian tanah untuk membesarkan sekolah mereka dihukum Allah. Sangkaan mereka perbuatan ini adalah mainan orang kafir tetapi akhirnya diketahui bahawa hal ini disebabkan DSAI marah dan membatalkan projek itu kerana hal pembelian tanah itu dinyatakan oleh DSNajib yang ketika itu Menteri Pendidikan. Beliau berpendapat beliaulah yang sepatutnya menyatakan khabar yang baik itu sebagai anak Pulau Pinang.

  12. kalau tuan2 sayang agama bangsa dan negara singkirkan anwar laknattullah dari memori kepala masing-masing…kerana dia lah org melayu dalam malaysia huru-hara…kerana dia la HINDRAF berani pijak kepala…kerana dialah Bar Council dah bersikap kurang ajar…kerana dia lah org melayu masih mundur…

    masa dan tikanya akan tiba…
    Peristiwa lama akan kembali jua
    awas bangsa melayu bukannya hina
    ‘Peluru’ akan menggila tak kira siapa…

    dan jangan di hina KETUANAN MELAYU DAN AGAMA ISLAM…..
    kelak binasa jua……

  13. saudara ku sekalian, kita semua tahu bahawa DSAI adalah syaitan bertopengkan manusia. beliau pandai memainkan peranan dalam politik, cuba saudara fikirkan kenapa beliau tergesa gesa untuk bertanding. ini adalah kerana kes liwat yang telah didedahkan oleh saudara saiful, secara tak lansung DSAI akan mengambil kesempatan keatas tuduhan ini.
    Sedarlah Wahai Umat Melayu
    bahawa DSAI adalah Dajal yang akan memecahkan Umat MELAYU

  14. Anwar ni sebenarnya adalah agen Illuminati peringkat tertinggi yang digunakan untuk regime change di Malaysia, sesuai dengan agenda New World Order. Secara ringkas, dia ni dah kena blackmail oleh Jesuits dan menjadi hamba abdi Jesuits. Sila baca buku Vatican Assassins oleh Eric Phelps, dan buku2 lain mengenai kejahatan Jesuits sepanjang zaman dan cita2 Jesuits nak takluk dunia melalui, antaranya, sistem education. Anwar ni dulu dapat ijazah kehormat daripada Jesuit university Ateneo de Manila, dan saya dah dapat trace kegiatan Anwar ni dengan kumpulan Jesuits ni. Semua ni untuk tujuan Vatican kuasai dunia. Dan Anwar sendiri diberikan penghormatan sebagai profesor di universiti Jesuit bernama Georgetown University di Washington. Anwar bersekongkol dengan Jesuits termasuk kerjasama dengan Father Thomas Michel (Jesuits Indonesian Provinnce, angkat vow /sumpah Jesuit di Jogjakarta). Thomas Michel ni buat PhD pasal Ibnu Taimiyya – kerana Jesuits nak hapuskan ajaran suci tasawwuf. Sekarang Thomas Michel merupakan ketua pejabat Islam di Vatican dan dia sedang hancurkan Islam dari dalam – yang mana Anwar adalah agen Jesuit.

    Jadi sama2 lah kita bongkar agenda Jesuit ini yang didalangi oleh Anwar di Malaysia!

    Hidup Melayu, Hidup Islam!!!

    Angela

  15. antara buku2 lain – anda boleh download dari internet jika masih ada. buku vatican assassins tu dah kena block.

    The Secret History of the Jesuits by Edmond Paris – buku ini masih available dalam be ntuk pdf.

    Baca juga tulisan2 Avro Manhattan, Mallachi Martin, dan banayk lagi!

    Bangun bangsaku!

    Angela

  16. askm w.b.t
    saudara yg sama bangsa dgn ku dn yg sama agama dgn ku…
    rakan2 ku yg bkn islam dn yg bukan sesama bangsa dgn ku…

    sy tertarik membaca article tuan dlm laman blog ini dn komen pembaca2nya skali

    namun begitu,tidak adillah kalau hanya mendengar drpd sebelah pihak..krn kita negara yg brdemokrasi..

    persoalan sy adalah…
    >mengapa isu perkauman ditiupkn sgt kencang dlm laman blog ini..saudara seolah2 berfikiran spt knk2 krn kita negara malaysia merupakn negara yg memiliki berbilang bangsa dn agama…seolah2 saudara ingin mengatakn hanya kaum malayu shj yg ada dimalysia dn kaum2 lain seolah2 pendatang haram..jgn berfikiran kolot saudara2 ku dn rakan2 ku…
    tidak adillh kalau kita menjaga kepentingan org melayu shj..bagaimana dgn kaum2 lain..nk biarkn mati cmtu shj..???dn seolah2 saudara sengaja bangkitkn soal perkauman utk terjadinya semula peristiwa 13 mei 1969…

    >jika benarlh anwar ejen yahudi, sy minta saudara buktikn dn fakta2 yg kukuh bahawa anwar ejen yahudi dn ejen amerika…myb saudra akn beri tntg kenyataan akhbar2 israel tntg anwar PM in waiting atau hubungan anwar dgn paul wolforitz…ttp kukuh ke fakta tu saudara..??mohon penjelasan

    >kalau benarlh anwar mendapat funding drpd amerika @ yahudi(israel)..takkan la ceramah yg dianjurkn oleh DSAI tiada air minuman utk para hadirin yg datang..mmg anwar org yg tidak berharta…saham..?? tidak ada…khairy..??? ada..??? sendiri fikir… duit2 kempen yg dpt itu pun hasil drpd sumbangan org ramai…BN..?? duit mana pkai…?? duit rakyat kew..??

    >kalau benar BN nk tegakkn bangsa melayu…bagaimana dgn nasib org melayu dlm malaysia…?? paklah ckp xpe sbb org melayu msih cukup mkn…tp bagaimana dgn ekonomi org melayu…?? pengusaha2 kecil org melayu akn tutup sbb ekonomi yg lembab dlm malaysia dn kadar kenaikan harga barang yg melonjak tinggi…dn sy ingin tekan disini…kalau selangor robohkn semua bangunan bukan islam dn bukan melayu…bangunan apa je yg tinggal…??? tabung haji…??? disini kita dpt lihat..umno memerintah 50 tahun tidak bersungguh2 utk mengangkat martabat bangsa melayu…

    sy..tidak cukup masa yg berckp panjang..apa2 e-mel pada sy…

  17. AYUH RAKAN2 DAN SAHABAT, SAUDARA SEISLAM, TAULAN SEBANGSA… MASA TINGGAL 3 HARI LAGI UTK BERUSAHA MENGHALANG ANASIR JAHAT DARI MENGUASAI PERSADA POLITIK NEGARA. KALAU ANWAR IBRAHIM TEWAS DIPERMATANG PAUH, SEKURANG KURANGNYA LANGKAH MEREKA AKAN TERBANTUT SEKETIKA MEMBERIKAN SEDIKUT MASA UTK KITA MEMPERGIATKAN USAHA MENGHANCURKAN AGENDA YAHUDI, KAFIR2 HARBI MEROSAKKAN NEGARA DAN ISLAM DI TANAH AIR TERCINTA INI…

  18. mari kita sama2 buat solat hajat utk kemenangan umno…..insyallah allah sentiasa membantu hamba2nya….
    hidup melayu hidup malaysia…
    tanah tumpah darah ku

  19. Bagi yang buta, mereka tidak akan melihat dunia yang terang di hadapan mata. Terlalu banyak maklumat yang ada mengenai Anwar dan kegiatannya. Tetapi penyokong Anwar tetap buta hati dan tidak akan mengaku kelemahan Anwar. Mereka tetap yakin dengan Anwar dan mereka akan menolak apa sahaja yang dibentangkan dihadapan mata mereka. Ini saya telah lihat sendiri banyak kali. Bagi mereka yang suka mencari maklumat, perkara ini tersangat lumrah, dan kebenaran akan terseralah. Saya bukan pro atau against, tapi saya ikut mana yang betul. Bagi mereka yang terlalu buta hati, kamu akan buta selama2nya, atau kamu mahu lihat sendiri apa yang akan terjadi sedangkan semua itu akan sudah terlambat.

    Anwar tu senior sikit la kat sekolah saya! Jangan nak temberang pasal Anwar. Kalau kita cakap benar, tidak siapa yang percaya. Jadi kalau ada yang taksub dengan Anwar, silakan lah dengan ketaksuban anda yang tidak berasas sama sekali.

    Tidak guna dibentangkan segala fakta kalau tidak mahu percaya. Tetapi kalau mahu sendiri yang cari maklumat dan bersedia untuk berfikiran terbuka dan sanggup mengubah persepsi, barulah kebenaran akan terbit di hati.

    Saya dah jumpa terlalu banyak orang Anwar yang taksub. Tak guna cerita. Tanya Anwar sendiri kenapa dia bersekongkol dengan NWO leaders. Go and find the information, it is available.

    Angela

  20. kenapa DSAI disokong? beliau boleh disamakan dengan hitler, sukarno kerana mereka bertiga pandai cakap. Hilter boleh gegas dunia dengan peperangan pertama, sukarno dengan gangyang malaysia. DSAI dengan apa? kita tengok apa yang akan jadi dengan melayu sebab beliau bukan melayu asli. Tanya orang penang apa orang panggil ayah dia. Biasa kalau orang melayu panggil pak ibrahim tapi ayah DSAI orang panggil nana ibrahim. Apa maksud nana. Jadi tak heran kerana kuasa nak jadi No. 1 sanggup gadai melayu. Penat lelah orang melayu tubuh UTM sekarang UITM untuk anak melayu senang2 dia nak bagi orang cina dan india masuk UITM. Menanggis Dato abdullah ayub dan arshad ayub. Orang berdua ini yang naikan UITM. Tanya DSAI beberapa ramai KTAR Kolej ambil orang melayu belajar kat situ. Selamat maju jaya DSAI hancurkan melayu

  21. Kpad Algiereez, saudar melihat suara2 penulis dan komen pembaca sebagai berbaur perkauman, sperti kata saudara pengendali blog ni, kita tidak racist, kita tidak menolak kehadiran dan sumbagan kaum lain, kita berkerjasama, kita mengakui mereka adalah warga negara, apa yg kita pertahankan adalah hak kita sebgai penduduk kaum pribumi, kita tak boleh bagi semua kpd kaun yg dulunya datang bertamu, kalau mreka tidak mahu mengiktiraf kita sebagai tuan punya yang asal, apakah kita mesti terus merelakan ia? Tgk apa jadi pada penduduk pribumi di US? Org yg mendakwa mereka tidak racist, tapi pernahkah diorang ada presiden negro? Obama? tgklah nanti.. Tuan cuba lihat apa berlaku di fiji? natijahnya bila hak kaum peribumi dipingirkan. Hari ini saya tidak nampak apa2 halangan tuk kaum lain berjaya, bahkan realitinya mereka lebih berjaya, kita tidak dengki atau hasad dgn kejayaan mereka bahkan kita juga menumpang kejayaan mereka. Kit menetang mereka yg tidak mahu melihat kaum melayu maju dgn bantuan kerajaan. Salahkah kita meminta sedikit kelebihan sbagai tuan punya asal, salahkah? Tidak layakkah? zalimkah? Islam itu adil, islam itu tidak zalim, islam mewajibkan kita mempertahankan hak, Melayu itu beradab, melayu itu lembut dan suka keamanan, meraikan tetamu, tetapi kalau kepala diinjak, melayu rela kering darah dibadan, mati berkalang tanah dari menjadi dayus. Harap saudara Algiereez faham ini… saya juga pada dasarnya tidak senang hati melihat perlakuan sesetengah pemimpin UMNO yg ada hari ini, tapi pemimpin lain lagi teruk kesudahan yg mereka cipta dari perbuatan mereka, saya lebih suka jika mereka yg membenci kepimpinan sesetengah pemimpin UMNO brsama2 masuk ke UMNO dan berusaha membuang pemimpin2 yg merosakkan negara. Hanya dgn menjdai ahli UMNO anda ada peluang menjatuhkan pemimpin pembawa lumpur.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: