Surat terbuka kepada Ahli Parlimen Bagan

SALAM sejahtera buat Ahli Parlimen Bagan, Pulau Pinang iaitu YB Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Saya adalah pengundi berdaftar di kawasan Parlimen Bagan yang mana telah dimenangi oleh pihak tuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 Mac lalu. Syabas saya ucapkan atas kejayaan tersebut walaupun saya tidak ‘memangkah’ tuan.

Malam semalam (20 Ogos 2008), tuan telah berdebat dengan mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon di dalam Debat Perdana di Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya mengikuti siaran langsung tersebut dari awal hingga akhir. Ternyata tuan adalah komited untuk memerintah Pulau Pinang dengan konsep CAT.

Saya sebagai penduduk dan pengundi dalam kawasan Parlimen tuan amat teruja apabila tuan mengatakan dengan tegasnya (berulang kali) akan menghapuskan (bermaksud tiada sama sekali) miskin tegar dalam masa satu tahun sahaja setelah berkuasa berbanding dengan kerajaan terdahulu iaitu kerajaan BN (Barisan Nasional) walaupun telah diberi mandat selama 50 tahun.

Harap maaf jika saya tersilap dengar semasa siaran lansung tersebut, tetapi sila ‘rewind’ semula siaran tersebut jika tuan tidak berkata sedemikian. Jika diambil kira jangkamasa dari hari pertama tuan mengambilalih kuasa hingga kini telah berlalu 5 bulan.

Tentunya banyak perkara yang tuan hendak lakukan sebagai memenuhi janji-janji semasa kempen pilihan raya terdahulu. Tetapi saya lebih berminat dengan janji tuan pada malam tadi semasa berhujah dalam debat tersebut iaitu menghapuskan miskin tegar. Di sini ingin saya utarakan beberapa soalan berkaitan:-

Apakah definasi miskin tegar pada pihak tuan dan apakah jumlah pendapatan minimum isi rumah yang akan dikatakan di bawah paras miskin tegar pada tuan? Ini adalah perlu untuk difahami agar tidak berlaku konflik berkaitan definasi dan angka berkaitan miskin tegar.

Apakah komitmen tuan terhadap menghapuskan miskin tegar ini telah bermula? Jika ia telah bermula, di manakah ianya dimulakan?

Adakah komitmen tuan untuk menghapuskan miskin tegar itu di seluruh negeri Pulau Pinang atau di kawasan Parlimen yang tuan wakili sahaja?

Apakah langkah-langkah yang akan tuan ambil untuk memastikan mereka yang tergolong dalam kategori ini akan dibantu dari segi kewangan atau moral?

Apakah kaedah pembancian yang akan tuan gunakan untuk mengenal pasti golongan ini agar mereka ini benar-benar dibantu dan tidak tersasar dari projek tuan ini?

Sebagaimana yang kita tahu rakyat Pulau Pinang ini berbagai kaum, kaum manakah sasaran utama tuan? Adakah kaum lain akan terlepas pandang atau semua kaum akan menerima bantuan sama rata?

Dapatkah tuan melakukannya hanya dalam masa satu tahun sahaja atau tuan hanya berkata untuk mengambil hati? Tetapi apa yang saya perhatikan tuan telah mengulangi perkara tersebut lebih dari sekali dan tentunya ia umpama janji dan komitmen dari tuan.

Tahukah tuan bahawa di kawasan Parlimen yang tuan wakili terdapat ramai golongan yang boleh dikategorikan sebagai miskin tegar? Jika tuan melawati kawasan-kawasan kampung dalam Parlimen tuan, pasti akan terjumpa mereka ini. Saya tahu mana-mana kawasan yang kelihatan daif tetapi berada dalam bandar Butterworth. Tentu tuan pernah terdengar nama Ujung Batu, Kampung Acham, Lorong Kubor, Kampung Perlis, Sungai Nyior, Jalan Mengkuang, Raja Uda dan beberapa lagi kampung yang terletak dalam bandar Butterworth.

Alangkah baiknya jika langkah-langkah untuk menghapuskan miskin tegar ini dimulakan di kawasan Parlimen yang tuan wakili dahulu. Pastikan tiada sesiapa pun yang terlepas pandang atau tertinggal dalam projek tuan ini di kawasan Parlimen Bagan sebagai batu asas atau ukuran kejayaan projek tuan ini. Diharap tuan akan bekerja umpama DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT dan bukan MENANAM TEBU DI BIBIR SAHAJA.

Akhir sekali ingin saya katakan bahawa saya akan memantau dari jauh berkaitan perkara ini dan akan memaklumkan secara terbuka jika terdapat apa-apa kepincangan dari niat baik tuan ini iaitu MENGHAPUSKAN MISKIN TEGAR.

COMPETENCY, ACCURACY, TRANSPARENCY

Sekian, terima kasih.

NAMJAHA6

Pengundi Parlimen Bagan

Advertisements

3 Responses

  1. Dari apa yg saya dengar hanya separuh kerana lewat balik dari masjid, Guan Eng hanya menyalahkan pemerintahan yg lalu dan dengan rasa egonya menyalahkan orang lain. Kita harus ingat bahawa satu jari menunjukan kesalahan kpd orang lain, empat jari akan menunjukan kesalahan kpd kita. Bukan perkara mudah untk menhapuskan kemiskanan tegar, ia harus dibuat kajian daripada mana puncanya kemiskanan tegar. Adakah ia bemula dari kemalasan manusia yg malas untuk berkerja (hanya pandai berpolitik saja) atau ia turun temurun dari bapa turun ke anak. Atau kurangnya bantuan dari kerajaan untuk memberi taklimat dan nasihat bagi mengatasi kemiskinan ini. Kalau kita lihat P.Pinang sebuah negeri industeri tentu banyak peluang perkerjaan dan perniagan untuk rakyat. Dimana silapnya. Adakah perkerjaan hanya untuk rakyat Indonesia, Burma, Banggalades atau lain negara. Pada pandangan hanya dengan pendidikan saja dapat menghapuskan kemiskinan ini. Anak-anak orang miskin hendaklah diberi perhatian dan bantuan lebih dalam pendidikan. Dengan memperuntukan bantuan bagi kelas tambahan di kampung-kampung dan mana anak-anak mereka yg berjaya dalam apajua perperiksaan hendaklah di tempatkan diasrama penuh, seterusnya ke universiti. Apabila sudah berjaya barulah mendapat perkerjaan yang baik dengan pendapatan yg tinggi.

  2. Bila disebut kemiskinan, pada saya sepatutnya org p.pinang dah tak ade yg miskin.. Kami org2 kelantan ni, ramai yg pergi kesana mencari rezeki, kalau LGE kata nak buat dlm setahun, saya rasa memang boleh kalau kena caranya.. sebab kerajaan BN dan buat tapak 50 tahun jadi semuanya dah ada, dah tersedia maka kerajaan baru cuma teruskan dgn sedikit agresif.. kenal pasti sebab utama, golongan penyumbang statistik miskin tegar.. apapun kita sama2 lihat ia berlaku atau hanya bertanam tebu dibibir sajaa..

  3. Ahli feng-shui cakap,

    Kepala LGE kecil, & otaknya tak mampu menyimpan kapasiti fakta.

    Memang tak sesuai jadi Menteri &
    jawatan pencacai lebih layak untuknya.

    Jln yang tebaik utk menang ialah kutuk & hasut orang.

    Untuk jadikan Malaysia aman, jalan terbaik carilah kerja lain. Jual mee ke?, buka kedai motor @ jadi engineer.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: