Kerajaan Boneka Selangor ‘curi’ 30% wang peruntukan JAIS untuk disedekah kepada agama lain

Peruntukan JAIS untuk agama lain?

SHAH ALAM 23 Ogos – Kerajaan campuran Selangor berhasrat menggunakan 30 peratus daripada RM140 juta yang diperuntukkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) setiap tahun untuk disalurkan kepada pembangunan agama lain di negeri ini.Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, cadangan kerajaan pakatan pembangkang berkenaan dilihat sebagai satu cubaan untuk menghapuskan hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam di negeri ini.

Katanya, kerajaan negeri tidak sepatutnya mengganggu peruntukan JAIS yang disalurkan untuk pembangunan agama Islam yang merupakan agama rasmi di negara ini.

Menurut beliau, PKR dan DAP dilihat cuba menyamaratakan kedudukan agama Islam dengan agama lain di negara ini.

“Sekiranya mereka mahu salurkan peruntukan kepada agama lain, mereka boleh gunakan peruntukan di bawah Pejabat Menteri Besar. Paling tidak pun, mereka boleh cari sumber kewangan lain termasuk memotong elaun Exco bukan Islam sekiranya perlu.

“Bagi saya, jangan kacau peruntukan JAIS ini kerana ia dibuat mengikut peruntukan Perlembagaan yang menetapkan Islam adalah agama rasmi. Malah, majoriti rakyat Selangor terdiri daripada orang Melayu dan Islam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohamad Ezam Mohd. Nor mendakwa seorang Exco Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu kerajaan negeri menyalurkan 30 peratus peruntukan JAIS kepada agama lain dalam satu mesyuarat mingguan Exco sebulan yang lalu.

Cadangan berkenaan merupakan kali ketiga kerajaan campuran negeri cuba mencabar kedudukan Perlembagaan Persekutuan selepas mencadangkan supaya kuota 10 peratus Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera dan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebelum ini.

Menurut Mohamad Ezam, beliau bimbang dengan cadangan berkenaan kerana kerajaan negeri di bawah pimpinan PKR, DAP dan Pas itu dilihat cuba memberi ruang kepada pihak lain untuk mempersoalkan hak dan keistimewaan orang Melayu serta agama Islam.

Malah beliau berkata, cadangan sedemikian perlu diberi perhatian serius kerana ia mirip kepada usaha-usaha Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sentiasa berusaha untuk mengkaji semula perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada itu, Mohamad Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, turut menggesa orang Melayu supaya sedar bahawa tindakan kerajaan negeri itu boleh menggugat kedudukan serta hak mereka di negara ini.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: