Kebodohan LGE makin terserlah

Mustahil hapus kemiskinan dalam setahun: Penganalisis

BUKIT MERTAJAM: Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa Pakatan Rakyat akan menghapuskan kemiskinan tegar dalam tempoh setahun di negeri ini sekali lagi dilihat sebagai tindakan populis yang bertujuan menarik sokongan rakyat.

Hakikat itu dianggap banyak pihak sebagai ‘mustahil’ kerana tiada program konkrit untuk membasmi kemiskinan tegar yang disusun sejak lima bulan pakatan itu memerintah Pulau Pinang.

Penganalisis politik, Dr Sivamurugan Pandian, menyifatkan tempoh setahun itu adalah terlalu singkat untuk pemimpin negeri ini merealisasikan impian itu kecuali jika mereka mempunyai pelan atau strategi hebat.

Ketika dihubungi, pensyarah Pusat Pengajian Sains Sosial Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, setakat ini masyarakat hanya didendangkan dengan pelbagai dakwaan skandal kerajaan lalu tetapi tiada pula pelan tindakan mereka untuk membawa Pulau Pinang terus ke depan.

“Sejak lima bulan lalu, apa yang saya dengar ialah mereka hanya mengeluarkan pelbagai cerita yang didakwa sebagai kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi tidak pula saya dengar atau baca pelan tindakan mereka untuk memperbaiki kehidupan rakyat,” katanya.

Dalam debatnya dengan Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon di Kuala Lumpur malam tadi, Lim berkata kerajaan BN masih tidak berjaya menghapuskan kemiskinan tegar walaupun lama memerintah di negeri ini.

Katanya, kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang akan menghapuskan kemiskinan tegar itu dalam tempoh setahun. – Bernama

Advertisements

4 Responses

  1. Seperti Ulasan Pakar2 sebelum ini,

    Saiz kepala LGE kecil & tidak seragam kengan purata saiz kepala menteri-menteri lain.

    Bukanlah bermaksud kita menghina orang bersaiz kepala kecil, tetapi Tuhan menjadikan seseorang ada tujuan. Nabi bersabda ‘kerja yang sesuai untuk seseorang itu, ialah kerja yang bila dia buat, dia akan selesa’

    “Kepala LGE kecil, & otaknya tak mampu menyimpan kapasiti fakta.

    Memang tak sesuai jadi Menteri &
    jawatan pencacai lebih layak untuknya.

    Jln yang tebaik utk popular ialah kutuk & hasut orang.

    Untuk jadikan Malaysia aman, jalan terbaik carilah kerja lain. Jual mee ke?, buka kedai motor @ jadi engineer.”

  2. Lagi baik itu LGE bukak toilet bagi nama ‘Anuar Ibrahim’. Mesti laku macam kedai gunting ‘Anuar Ibrahim’ di permatang pauh

  3. LGE ni sebenarnya akauntan, sbb tu die suka dgn nombor2 ni…memang 50 tahun tu lama, abis nak buat macam mana ekonomi ni bersifat dinamik, bukan statik je dari tahun ke tahun. Untung niaga hari ni lom konfem sama dengan esok, ntah2 rugi.
    Xpelah, aku respek klau LGE ni klau betul dia leh settlekan masalah 50 tahun dlm setahun je. Tapi klau x settle dlm setahun, jgn bagi alasan plak. sabotaj la per la…

  4. Cina lawan Cina..

    Melayu hilang tanah 999 tahun di Perak..

    Angkara sape ni? Melayu juga kan??

    Sebab ape bagi kat mereka tu..??
    Atau sebab mereka dah buat perjanjian ngan Anuar.. Cina bagi duit kepada Anuar untuk kempen PKR.. anuar janji pula bagi tanah 999 tahun.

    atau.. Anuar minta duit kempen dari DAP dan DAP minta perjanjian tanah di perak selama 999 tahun..

    yang tersungkur?… bangsa Anuar gak (tidakkah anuar berbangsa melayu?)

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: