Peringatan Pesanan Ibu untuk Pak Lah : Kerjalah baik-baik, jangan selalu berbangga diri

Oleh: ZULKIFLI JALIL dan AZIMI MUSTAPHA (utusan).

KAILAN HASSAN mengucapkan rasa syukur selepas menyaksikan anaknya, Abdullah mengangkat sumpah dan menandatangani surat cara lantikan Perdana Menteri Malaysia kelima.

KEPALA BATAS 31 Okt. – “Kerjalah baik-baik, jangan selalu berbangga diri dan lupakan orang bawah,” itulah pesan Datuk Kailan Hassan kepada anak sulungnya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dilantik sebagai Perdana Menteri kelima.

Sambil mengucapkan syukur dan terima kasih kepada Tun Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana memilih anaknya sebagai pengganti, wanita berusia 80 tahun itu berkata, itulah harapan seorang ibu yang sentiasa mendoakan kesejahteraan anaknya.

Beliau yang tidak terlintas sama sekali Abdullah, 64, akan menjadi pemimpin nombor satu negara bagaimanapun bersyukur kerana anaknya menerima jawatan itu melalui peralihan kuasa yang tenang dan aman.

“Waktu dia jadi Timbalan Perdana Menteri pun, saya tak terlintas langsung dia nak jadi macam ini. Terima kasihlah kepada Dr. Tun Dr. Mahathir ambil dia jadi Perdana Menteri.

“Syukur juga peralihan berjalan tenang, tidak bergaduh. Itu yang saya rasa bagus,” katanya terharu.

Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis angkat sumpah Abdullah sebagai Perdana Menteri menerusi televisyen yang disiarkan secara langsung oleh TV3 di rumahnya di Jalan Perak dekat sini petang ini.

Abdullah yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 8 Januari 1999, diumumkan oleh Dr. Tun Dr. Mahathir, 78 sebagai penggantinya.

Ditanya adakah terdapat tanda-tanda awal waktu kecil bahawa Abdullah akan menjadi pemimpin besar pada hari ini, Kailan yang masih kuat ingatannya memberitahu: “Adalah… pernah waktu naik bas ke sekolah tu, orang cakap dia bersama dua kawannya akan menjadi pemimpin suatu hari nanti”.

Mengenai haluan Abdullah ketika kemelut politik pada tahun 1987 yang menyaksikan UMNO ketika itu berpecah kepada dua kumpulan, beliau berkata, kesetiaan Abdullah kepada UMNO tetap tidak berubah.

Selain Abdullah, Kailan mempunyai tiga orang lagi anak iaitu, Aminah, 62, Ibrahim, 56, dan Mohammad Tahir, 49, hasil perkongsian hidup dengan suaminya, Allahyarham Ahmad Badawi yang meninggal dunia pada 1977.

Abdullah yang mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara petang ini merupakan Perdana Menteri kelima selepas Dr. Tun Dr. Mahathir, Allahyarham Tun Hussein Onn, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Almarhum Tunku Abdul Rahman.

Semoga Tun sentiasa dalam limpah rahmat Allah SWT utk terus memandu rakyat ke arah kesejahteraan dunia dan akhirat.

Advertisements

Mangsa Homoseks Anwar Ibrahim

Anwar HOMO – Pengakuan Mangsa depan Ustaz Taib

Anwar HOMO – Pengakuan Mangsa depan Ustaz Taib

Hakim kes liwat percaya Anwar melakukannya cuma terpaksa membebaskannya kerana masalah teknikal

“To summarise our judgement , even though reading the appeal record we find evidence to confirm that the appelants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen BUT, the Federal Court could only convict Anwar and Sukma if the prosecution had successfully proved beyond reasonable doubt the alleged offences stated in the charges based on admissible evidence and in accordance with established principles of law. “

– Hakim Datuk Abdul Hamid Mohamad dan Tengku Datuk Baharuddin Shah Tengku Mahmud –

sumber

http://www.kehakiman.gov.my

Tabiat lama Anwar dah datang balik selepas berkuasa!!

Satu laporan polis telah dibuat terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa telah meliwat seorang pembantunya.

Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan tersebut dibuat.

Difahamkan Anwar telah menemui beberapa pemimpin parti dalam satu mesyuarat tergempar lewat malam ini.

Ia menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.

Sementara itu, Anwar dijangka membuat komen mengenai krisis tersebut dalam satu sidang akhbar esok.

Sidang akhbar itu dijangka diadakan selepas Anwar menemui semua ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR esok.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa atau terbabit dalam perbuatan liwat.
Laporan polis terhadap Anwar atas dakwaan liwat
Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman tersebut dan membebaskan Anwar.

Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.

Tuduhan Terhadap Anwar Benar

PETALING JAYA: Seorang lagi bekas orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S Nallakaruppan semalam, tampil membuat pendedahan mengenai pelbagai pembohongan yang pernah dibuat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Nallakaruppan yang kini Presiden Parti Bersatu India Malaysia, berkata, Anwar memang seorang yang hebat berkata-kata dan berpidato tetapi apa saja yang diucapkannya adalah tidak benar dan pembohongan semata-mata.

Malah, katanya semua tuduhan yang dilemparkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Anwar adalah benar, tetapi dia begitu licik memutarbelitkan semuanya untuk mengabui mata orang ramai sehingga dilihat tidak bersalah.

Nallakaruppan yang pertama kali tampil membuat pendedahan mengenai Anwar berkata, beliau tidak berniat menyerang peribadi penasihat PKR itu, tetapi sudah tidak tahan melihat rakyat terus tertipu dengan janji kosong yang hanya untuk memenuhi impiannya menjadi Perdana Menteri.

Kelmarin, bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Prof Dr Chandra Muzaffar membuat pendedahan mendakwa Anwar sebenarnya umpama sesumpah, kerana sentiasa boleh berubah imej mengikut keperluan kepentingannya.

Dr Chandra yang berkerusi roda dan pernah menjadi antara penyokong paling kuat Anwar, berkata beliau membuat pendedahan itu kerana tidak mahu rakyat terus terpedaya dengan helah bekas pemimpin terbabit.

Nallakaruppan juga mengakui Anwar seorang yang hebat berkata-kata, tetapi apa saja yang diucapkannya adalah tidak benar dan penipuan malah sering menukar semua kenyataan Dr Tun Dr. Mahathir untuk disampaikan kepada rakyat.

Beliau turut mendedahkan bagaimana Anwar menjadi pemimpin ‘de facto’ untuk PKR, walaupun ketika itu masih menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh dengan mengawal semua urusan parti menerusi isterinya yang juga Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Asyik-asyik penyokong DAP kafir harbi ajer yang dapat, Melayu bila nak tolong?

Pemberian dipersoal – Status hak milik tanah kekal 999 tahun kepada kampung baru di Perak

IPOH 27 Jun – Cadangan kerajaan pakatan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak untuk memberikan status hak milik kekal 999 tahun kepada penduduk yang mendiami lot-lot tanah di kampung baru di seluruh negeri ini menimbulkan persoalan kerana ia dilihat lebih bermotifkan politik.

Ini kerana, pada masa yang sama, kerajaan negeri hanya merancang memberikan status hak milik 99 tahun kepada penduduk di Rancangan Kampung Tersusun (RKT).

Di seluruh negeri Perak, terdapat 60,000 penduduk di kampung baru dengan kira-kira 80 peratus kaum Cina.

Sementara RKT terdiri daripada 73,703 penduduk dengan pecahan 44.02 peratus Melayu, Cina (37.93 peratus) dan India (18.05 peratus).

Cadangan untuk memberi status hak milik kekal itu dianggap sebagai luar biasa kerana kerajaan campuran Perak baru tiga bulan memerintah.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin ketika menggulung usul di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini hari ini berkata, rasional untuk memberi hak milik kekal dibuat berdasarkan prinsip keadilan dan ia mengikut apa yang dibenarkan oleh Kanun Tanah Negara.

Untuk itu katanya, beliau akan merujuk cadangan tersebut mengikut Kanun Tanah Negara atau mana-mana perundangan yang dibenarkan.

“Ini tertakluk kepada keputusan dan pertimbangan yang akan dibuat oleh kerajaan negeri dan juga kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang,” katanya

Ekoran itu, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir (BN-Pangkor) bangun bertanyakan apakah rasional memberikan hak milik kekal kepada 60,000 lot tanah tersebut.

Katanya, adakah ia berdasarkan faktor ekonomi iaitu bagi membolehkan tanah itu dicagar untuk tujuan perniagaan atau ia lebih berkait dengan isu politik demi menunaikan janji kerajaan negeri yang didominasi oleh DAP.

Zambry turut mempersoalkan kenapa hanya 60,000 lot di kampung baru itu sahaja disyorkan untuk diberikan status hak milik kekal 999 tahun.

“Kenapa tidak kepada semua tanah di Perak yang mempunyai penduduk tanpa mengira Melayu, Cina atau India,” katanya.

Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali (BN-Pengkalan Hulu) pula bertanya, jika kerajaan negeri jujur, semua tanah di Perak perlu diberikan geran kekal sama ada untuk tujuan pertanian atau industri.

Mohammad Nizar bagaimanapun enggan mengulas lanjut soalan daripada kedua-dua wakil BN itu.

Namun kepada soalan bertulis Datuk Hasbullah Osman (BN-Temenggor) sama ada RKT akan diberikan hak milik kekal, Mohammad Nizar berkata, lot-lot tanah di RKT akan diberikan status pajakan 99 tahun.

“Sama ada kampung tersusun akan diberi taraf tanah kekal seperti yang akan diberi kepada kampung baru, saya ingin menjelaskan bahawa kampung tersusun adalah berstatus pegangan pajakan selama 99 tahun.

“Sama ada hak milik pegangan kekal akan diberikan seperti yang akan diberikan kepada kampung baru adalah tertakluk kepada keputusan dan pertimbangan yang akan dibuat oleh kerajaan negeri dan juga kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang berkaitan,” katanya.

DAP harbi mula strategi pinggirkan Bahasa Melayu di Pulau Pinang

Syor papan tanda turut guna bahasa Mandarin, Tamil

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN

BUKIT MERTAJAM 27 Jun – Seorang ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Teoh Seang Hooi hari ini mencadangkan supaya semua papan tanda di jalan-jalan utama di negeri ini menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil selain bahasa Melayu.

Ketika mengemukakan cadangan itu dalam mesyuarat penuh MPSP di sini hari ini, beliau berkata, perubahan itu perlu dibuat bagi memberi kemudahan kepada para pelancong khususnya dari China yang ramai berkunjung ke negeri ini.

“Papan-papan tanda menggunakan bahasa Mandarin ini juga penting untuk memudahkan penduduk di kawasan-kawasan yang kebanyakannya dihuni oleh masyarakat Cina terutamanya di Bukit Mertajam,” katanya.

Yang Dipertua MPSP, Farizan Darus yang mempengerusikan mesyuarat itu kemudiannya menjelaskan bahawa penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda adalah selaras dengan peruntukan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan.

“Artikel 152 Perlembagaan dengan jelas menyatakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, saya fikir dalam konteks (papan tanda) ini adalah selaras dengan peruntukan itu,” jelasnya.

Seang Hooi yang juga bekas guru Bahasa Melayu kemudiannya mencelah dengan menegaskan, perlembagaan Persekutuan juga menyatakan bahawa penggunaan bahasa-bahasa lain juga digalakkan sejajar dengan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Katanya, cadangan itu bukan sesuatu yang ganjil untuk dilaksanakan memandangkan ia sudah dilakukan di sebuah bandar di Sarawak.

Mendengar kenyataan Seang Hooi itu, Farizan berkata, pihaknya akan mengajukan cadangan itu kepada kerajaan negeri terlebih dahulu untuk perbincangan lanjut.

Ketika ini, seorang lagi Ahli Majlis MPSP, Oon Neow Soon yang menyatakan persetujuan dengan cadangan tersebut, bangkit dan meminta Farizan menjelaskan secara terperinci bila perkara itu akan diajukan kepada kerajaan negeri.

Farizan kemudiannya memberi jaminan bahawa cadangan itu akan dibentangkan pada Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) bulan depa