Laporan Perubatan Saiful daripada Pusrawi: Usaha terdesak RPK/Anwar

Sumber http://mykmu.net
Oleh: Dr. Muzi

Pada pandangan saya usaha RPK dan puak-puak PKR menimbulkan isu laporan perubatan Saiful di Pusrawi hanya sebagai usaha terdesak, untuk PRE-EMPT apa sahaja kemungkinan yang akan wujud apabila Pihak Hospital mengeluarkan laporan mereka yang merupakan sebuah laporan RASMI, yang akan diterima oleh MAHKAMAH.

Usaha, RPK dan PKR ini hanya sebagai satu PUBLIC PLOY dengan niat untuk mencetuskan DILEMA dan mengukuhkan teori KONSPIRASI mereka dikalangan rakyat dan penyokong parti mereka.

Di dalam bidang PERUBATAN, di dalam senario dinegara kita, MAHKAMAH akan bergantung kepada laporan perubatan yang disahkan oleh Hospital KERAJAAN.
Apa-apa laporan yang dikeluarkan selebihnya oleh mana-mana pengamal perubatan, contohnya SWASTA akan dianggap sebagai sebuah laporan bagi SECONDARY OPINION (pandangan kedua).

Ini di perkukuhkan dengan kenyataan Kementerian Kesihatan hari ini 29/7/08 di mana Kementerian akan hanya bersandarkan kepada Laporan Perubatan yang diberikan oleh para doktor di Hospital Kuala Lumpur.

Berbalik kepada apa yang dikatakan sebagai laporan perubatan Saiful yang dikeluarkan oleh Pusrawi.

Adakah ia sebuah laporan perubatan?

Apa yang dikeluarkan dan dipaparkan oleh RPK hanya nota ringkasan pesakit yang dirawat di A&E ataupun Klinik Pesakit Luar sesebuah hospital atau klinik. Ia tidak menepati langsung ciri-ciri sebuah laporan perubatan yang mempunyai FORMAT nya yang tersendiri.

Ia kekurangan dari aspek formaliti dan juga aspek KETERPERINCIAN yang diharapkan di dalam sebuah laporan perubatan.

Adakah doktor yang membuat laporan perubatan tersebut , mempunyai kepakaran yang diperlukan untuk mengeluarkan sesebuah laporan perubatan untuk dipersoalkan di MAHKAMAH?

Pada pengamatan saya, doktor tersebut hanyalah seorang PEGAWAI PERUBATAN biasa yang bertugas di unit kecemasan/klinik pesakit luar PUSRAWI. Beliau tidak mempunyai sebarang kelayakan untuk melakukan sebarang pemeriksaan untuk mengesahkan samada SAIFUL disahkan di SODOMI atau pun tidak.

Laporan perubatan beliau jika dibawa ke mana-mana mahkamah seluruh dunia akan dipersoalkan KREDIBILITI, kerana beliau bukan seorang yang pakar di dalam BIDANGnya.

Laporan perubatan untuk mengesahkan samada SODOMI sah berlaku ataupun tidak , hanya layak diketengahkan oleh mereka yang AHLI di dalam bidangnya iaitu PAKAR FORENSIC ataupun sekurang-kurang PAKAR PEMBEDAHAN.

Maka
laporan perubatan yang dikeluarkan oleh seorang pegawai perubatan biasa
di Pusrawi tidak langsung mempunyai sebarang kredibiliti jika
dihujahkan di Mahkamah berbanding dengan laporan perubatan RASMI dari
pakar-pakar yang AHLI di dalam bidangnya.

Apakah rumusan yang dikeluarkan oleh laporan perubatan PUSRAWI?

Mana-mana nota pesakit ataupun laporan perubatan jika kita masih mahu menganggap apa yang dikeluarkan RPK ini sebagai sebuah laporan perubatan, ia mestilah mempunyai rumusan ataupun konklusi.

Di dalam nota pesakit yang dikeluarkan oleh Pusrawi ini rumusannya terletak di bahagian terakhir iaitu di ruang DIAGNOSIS.

Apa yang dimaksudkan oleh DIAGNOSIS?

Diagnosis merupakan apa yang difikirkan oleh doktor sebagai kebarangkalian yang paling layak untuk seseorang yang mendapatkan rawatan di sesebuah hospital atau klinik.

contohnya:

Seorang pesakit ke klinik dengan muntah-muntah dan cirit-birit, setelah di periksa dan dilakukan penyiasatan yang sepatutnya, Doktor mungkin akan mencapai konklusi, dan menulis di nota pesakitnya:

Diagnosis: Gastroenteritis

Begitu jugalah dengan doktor yang merawat dan memeriksa Saiful di PUSRAWI , beliau juga sudah tentu akan mencapai sesuatu konklusi setelah merawat dan memetiksa pesakitnya.

Mari kita lihat apa konklusi beliau di dalam nota pesakitnya mengenai Saiful:

Dalam laporan beliau di nota pesakit beliau setelah memeriksa Saiful, tertera : DIAGNOSIS: TO RULE OUT ASSAULT-SODOMY, advised to go to hospital.

Apa yang dimaksudkan TO RULE OUT ASSAULT-SODOMY?

TO RULE OUT di dalam bidang perubatan bermaksud: Kemungkinan berlaku tetapi perlu disahkan…

Bermakna konklusi doktor tersebut di dalam nota pesakitnya bermaksud:

KEMUNGKINAN SERANGAN/GANGUAN SEKSUAL-SODOMI, DINASIHATKAN ke HOSPITAL untuk PEMERIKSAAN dan RAWATAN LANJUT.

Disini tidak harus saya tekankan, tiada langsung di dalam KONKLUSI beliau yang mengatakan pada bila-bila masa, tiada SODOMI ke atas SAIFUL.

Pertanyaan saya , dimana RPK mendapat konklusi tersebut, sedangkan doktor tersebut tidak langsung membuat rumusan sedemikian rupa seperti yang dinayatakan oleh RPK?

Adakah RPK ambil sekerat-sekarat berdasarkan kepada keputusan pemeriksaan fizikal terhadap Saiful pada muka surat satu nota pesakit tersebut?

Mengapa RPK langsung tidak menyentuh KONKLUSI doktor tersebut di muka surat 2 nota pesakit tersebut.

Kerja ambil sesuatu sekerat-sekerat ini adalah kerja orang orang yang mahu mencetuskan kekeliruan kepada masyarakat.

Disini dahulu penerangan saya mengenai laporan perubatan Saiful….selebihnya jika ada isu isu berbangkit akan saya terangkan di dalam komentar-komentar seterusnya.

not noticed any PR bleed
– Tiada pendarahan PR (per rectal/rectum) dikesan.

Adakah ini boleh disamakan dengan ‘tiada liwat’?

Terpulanglah kepada pandangan masing-masing. Mahu cakap ada pendarahan baru ada liwatkah, ada liwat yang tidak mengakibatkan pendarahankah, terpulang.

Doktor hanya mencatat apa yang beliau nampak. Apa status kesahihan laporan? Juga belum tahu.

Yang kita sama-sama sudah tahu, pesakit meneruskan tindakan untuk membuat laporan polis walaupun setelah menayangkan duburnya yang tiada pendarahan per rectal. Setakat ini sahaja yang kita sudah tahu.

Diagnosis: TRO Assault (sodomise)
– Diagnosis: untuk menentusahkan serangan (liwat)

Rawatan: Advise to go to the gov. hosp. (plan to do police report.)

– Rawatan: Menasihatkan (pesakit) untuk pergi ke hospital kerajaan (bagi membuat pemeriksaan lanjut). (Pesakit) bercadang untuk membuat laporan polis.

Itu sahaja.

Jadi macamana pula ‘Penerangan Laporan Perubatan Saiful’ yang dihebahkan di laman Suara KeADILan Online mengatakan ayat:

TRO Assault (sodomise) Advise to go to the gov. hosp. (plan to do police report.)’

maknanya:

To rule out assault or sodomy. Pemeriksaan membuktikan pesakit tidak diliwat.’?

Siapakah yang boleh membuat kesimpulan sehingga begini dengan berdasarkan semata-mata daripada laporan tersebut? Adakah beliau doktor? Atau doktor fiksyen House?

Jika beliau sememangnya seorang doktor, nasihat saya kepada beliau: minta tolong berfikir dengan tenang dahulu
sebelum melaksanakan apa-apa tindakan yang boleh memalukan profesion pengamal perubatan dengan menambah-nambah perkara yang tiada dalam laporan.

Untuk menghakimi: bukan tugas kita. Ia tugas para hakim, peguam dan juri.

Tenesmus x 1/52
– Masalah/kesakitan ketika membuang air besar x satu minggu

Apa yang boleh disimpulkan daripada kenyataan ini?

1. Pesakit mengalami masalah/kesakitan ketika membuang air besar bermula seminggu yang lepas;

2. Pesakit diliwat bermula seminggu yang lepas;

Terpulanglah  mana satu. Jika mahu diteliti laporan bahawa kononnya pesakit diliwat kali terakhir pada 26 Jun 2008 sebelum membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, boleh juga membuat kesimpulan bahawa:

1. Sebarang pendarahan akibat liwat sudah tidak dapat dikesan setelah dua hari; atau

2. Pendarahan akibat liwat mustahil tidak dapat dikesan walaupun setelah dua hari berlalu;

Jadi banyak kesimpulan boleh dibuat. Terpulang.

Kesimpulan tidak semestinya menghadirkan fakta. Setakat ini fakta yang kita tahu:

1. Pesakit membuat pemeriksaan duburnya di PUSRAWI pada 28 Jun 2008;

2. Pesakit kemudiannya membuat pemeriksaan duburnya di Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun 2008;

3. Pesakit kemudiannya membuat laporan polis;

4. PUSRAWI tempat di mana pesakit membuat pemeriksaan pertama bukanlah milik kerajaan.

Advertisements

Perjanjian Pangkor II – Bukti Nizar hanya MB Boneka DAP

Perjanjian Pangkor 2 ini ditandatangi antara Nga Kor Ming (Pengerusi DAP Perak) dengan Nizar Jamaluddin. Lihatlah apa yang telah berlaku sekarang bila Karpal Singh (Pengerusi DAP) telah mula berani mencabar Sultan dan tidak menghiraukan lagi undang undang.

Perjanjian Pangkor merupakan satu perjanjian yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 antara Sir Andrew Clarke di pihak Inggeris dan Raja Abdullah ibni Sultan Ja’afar Mua’azzam Shah.

Perjanjian ini memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri Perak. Dengan perjanjian ini ianya telah membuka kepada campur tangan Inggeris secara rasmi dalam urusan negeri Melayu. Perjanjian ditandatangan di atas kapal HMS Pluto.

Kemudian, Gabenor Sir Andrew Clarke berani bertindak menjalan dan menurunkan Sultan Ismail yang bersemayam di Tanjong Belanja, Parit dari pangkat Sultan dan membenarkan Sultan

Ismail memakai gelaran “Sultan Muda” dengan memberi pencen seribu ringgit tiap-tiap bulan. Che Ngah Ibrahim tidak lagi diakui sebagai pemerintah Larut. Ini kesan Perjanjian Pangkor yang pertama. Apa pula Perjanjian Pangkor 2?

Ianya adalah surat perjanjian antara DAP dan wakil PAS bagi membolehkan PAS menjadi Menteri Besar di Perak. Menurut beberapa orang penyokong PAS, Nizar Jamaluddin (MB Perak) telah tandatangan surat ini secara terpaksa. Di kalangan pemimpin PAS yang tahu tentang surat perjanjian ini enggan mengulas lanjut tentang perjanjian ini kerana ianya memalukan pihak PAS sendiri.

Antara isi kandungan Perjanjian Pangkor 2 ialah:

1) Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak tidak boleh menyebut Perak akan menjalankan pemerintahan Islam.

2) Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh menyebut mana mana terma yang berkaitan dengan PAS atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan lain lain lagi.

3) Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh membuat keputusan sendiri sebagai kuasa MB sebaliknya semua perkara yang ingin dibuat perlu diperakukan oleh semua Exco Perak terlebih dahulu.

4) Pembahagian Exco yang diputuskan adalah 6 wakil Exco DAP, 3 wakil Exco PKR dan 1 wakil PAS. DAP juga menuntut Speaker DUN Perak dari wakil DAP.

Perjanjian Pangkor 2 ini ditandatangi antara Nga Kor Ming (Pengerusi DAP Perak) dengan Nizar Jamaluddin. Lihatlah apa yang telah berlaku sekarang bila Karpal Singh (Pengerusi DAP) telah mula berani mencabar Sultan dan tidak menghiraukan lagi undang undang.

Apa yang Nizar buat? Hanya berdiam diri kerana sudah terikat dengan perjanjian? Kalau Dato’ Hishamuddin boleh mohon maaf kerana hunus keris, mengapa Karpal Singh yang hina Sultan ini tidak boleh mohon maaf? Bukankah tindakan Karpal ini lebih racist dari itu? Mana dia Ketua Pembangkang dalam Pakatan Rakyat? Kenapa tidak tegur pun Karpal Singh ini

ADUN PR Selangor tunduk menyembah Speaker DUN DAP kafir harbi

Oleh Wan Jailani Razak

Pakatan Rakyat kritik kerajaan negeri sebelumnya selepas gagal tunai janji manifesto pilihan raya

MENGIKUT fakta, atas nama keadilan dan kesamarataan yang cuba diperjuangkan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melayu kini tunduk memberi hormat kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dilantik daripada kalangan bukan Melayu.

Adun (DAP-Sungai Pinang), Teng Chang Khim kini berkuasa penuh dalam DUN Selangor selaku Speaker walaupun beliau pernah digantung daripada menghadiri persidangan DUN negeri itu kerana keengganan beliau ‘meminta maaf secara sopan’ berikutan insiden membuang buku ‘Peraturan-Peraturan Tetap’ ke dalam bakul sampah pada persidangan dewan, 2005.

Itu sudah menjadi lipatan sejarah kerana Teng selepas mengangkat sumpah sebagai Speaker DUN Selangor yang baru, menggantikan Tan Sri Onn Ismail pada 22 April lalu mengakui perlu banyak bersabar dan mendengar keluhan semua pihak sama ada daripada pihak pembangkang atau kerajaan.

Kini Teng adalah wakil rakyat bukan Melayu pertama menjadi Speaker DUN di negeri beraja. Bukan membangkitkan isu perkauman tetapi inilah realiti apabila Melayu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas sedia berkongsi pentas pentadbiran bersama DAP untuk berbahas dalam apa juga usul pada persidangan DUN, meskipun membabitkan ketuanan Melayu.

Itu belum mengambil kira perbahasan oleh Adun yang mewakili kerajaan negeri dalam mengemukakan idea bagaimana mereka dapat terus memajukan Selangor yang sudah berstatus negeri maju tanpa meminggirkan kepentingan Melayu.

Masyarakat Melayu beragama Islam seterusnya diajak berfikir berikutan pandangan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali terhadap Islam Hadhari.

Katanya, Islam Hadhari tidak diperlukan di Selangor kerana ajaran Islam diamalkan di negara ini lengkap dan menyeluruh daripada segala aspek.

Sehubungan itu, kerajaan negeri mengarahkan semua masjid dan surau di Selangor tidak lagi menjalankan program Islam Hadhari dan pegawainya juga tidak dibenarkan menyentuh soal itu dalam khutbah Jumaat.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad menyifatkan tindakan Selangor menolak sebarang bentuk dan program berkaitan Islam Hadhari sebagai naif dan hanya retorik politik untuk menindas pemikiran rakyat.

Katanya, langkah itu diambil kerajaan Selangor bagi memenuhi agenda Pakatan Rakyat terutama Pas kerana Islam Hadhari diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memecah dakwaan parti itu sebagai satu-satunya parti memperjuangkan Islam di negara ini.

Walaupun Selangor mengharamkan masjid dan surau mengadakan khutbah atau ceramah yang menyentuh mengenai Islam Hadhari, mereka tidak boleh menguatkuasakan sebarang undang-undang untuk menahan sesiapa yang melanggar arahan itu.

Kuasa berkenaan terletak pada tangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mempunyai hak atas urusan masjid dan surau di negeri itu.

Bagaimanapun, kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, yang Kerajaan Pusat menerusi Jakim akan meneruskan pemberian peruntukan RM24 juta kepada kerajaan Selangor bagi menjalankan program keagamaan di negeri itu, sepanjang tahun ini, wajar melegakan penganjur program berbentuk keagamaan.

Peruntukan berkenaan yang sudah ditetapkan tidak akan ditarik balik walaupun kerajaan Selangor tidak memerlukan sebarang bentuk program Islam Hadhari di negeri itu.

Apa yang berlaku sejurus PR memerintah Selangor juga pasti menimbulkan tanda tanya masyarakat Melayu berikutan isu ladang ternakan babi yang dicetuskan wakil DAP, Teresa Kok ketika penduduk Selangor masih terkejut dengan kekalahan Barisan Nasional (BN) di lima negeri.

Projek ternakan babi secara moden bernilai RM100 juta yang akan dibina berhampiran tanah perkuburan Islam di Sepang dilihat mempunyai konspirasi tersembunyi dan cubaan menghalau orang Melayu dari kawasan berkenaan oleh pihak tertentu.

Kebimbangan itu pernah disuarakan Mohd Nakhaie yang berpendapat pelaksanaan projek di Kampung Tumbuk Darat, perlu dikaji sebelum dilaksanakan dengan mengambil kira sensitiviti umat Islam yang majoriti tinggal di situ.

Beliau tidak nampak kepentingan babi kepada masyarakat sehingga haiwan itu perlu diternak secara besar-besaran kerana sensitiviti setiap kaum lebih penting dan perlu sentiasa dijaga daripada sibuk mengejar keuntungan hasil jualan babi.

“Kita bimbang projek ternakan babi ini agenda pihak tertentu untuk kuasai kawasan Sepang yang strategik. Ini konspirasi semata-mata dan dilakukan hanya untuk menghalau orang Melayu keluar dari kawasan itu,” katanya.

Malah, banyak pihak mempersoalkan kenapa projek itu tidak dilaksanakan di kawasan penempatan Cina seperti di Pulau Ketam jika kerajaan Selangor benar-benar ikhlas mahu menjaga kepentingan orang Melayu.

Dalam konteks keusahawanan Melayu pula, usahawan Selangor pernah mengusulkan kepada kerajaan negeri supaya mengatasi isu persaingan antara syarikat milik kerajaan dengan syarikat Bumiputera.

Mereka perlu menjadi pembimbing, pembantu dan rakan kongsi kepada syarikat Bumiputera dan bukannya pesaing. Ini bagi membantu syarikat kecil yang baru mula bertapak dalam arena perniagaan.

Setiausaha Kehormat Gabungan Persatuan Usahawan Melayu Selangor (Gapums), Othman Ismail berkata, usahawan Selangor banyak menghadiri pelbagai program anjuran pelbagai persatuan perniagaan agar mereka lebih dekat dengan kerajaan dan dapat memberi pandangan, maklum balas dan idea secara terus kepada kementerian, terutama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

“Ketika Perdana Menteri membentangkan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang lalu, ramai bertepuk tangan tetapi sebahagian mereka yang bertepuk tangan itu belum faham dengan apa yang akan dilakukan dalam pentas baru ini.

“Saya berpendapat pentas RMK-9 bukan satu gelanggang untuk perebutan tender dan kontrak kerajaan, sebaliknya ia adalah satu dasar yang dirancang untuk rakyat negara ini mengubah kualiti kehidupan dengan matlamat tertentu dan berpegang teguh kepada peradaban di samping melonjakkan ekonomi negara,” katanya ketika dihubungi.

Dalam konteks penyatuan orang Melayu menerusi pendidikan, Kesatuan Pelajar-Pelajar Melayu Selangor (KPPMS) bertekad untuk terus memperkasa pertubuhannya bagi memastikan matlamat menjadi peneraju mendidik anak bangsa cemerlang akademik tercapai.

Sehubungan itu, Presidennya, Datuk Dr Mat Yasir Ikhsan ketika dihubungi berharap semua peringkat pimpinan tidak mengira parti harus bersama memberi perhatian khususnya dalam meningkatkan mutu pendidikan.

“KPPMS ada menggubal dasar ke arah kecemerlangan Melayu membabitkan peranan yang perlu dilakukan semua peringkat pimpinan Melayu dan kami yakin pembabitan pimpinan dari peringkat atas hingga akar umbi akan memberi kesan cukup baik kepada agenda menangani apa juga isu dalam bidang pendidikan.

“Pemimpin sekarang bagaimanapun dilihat terlebih fokus kepada politik sedangkan ekonomi dan pendidikan perlu diberi lebih perhatian.

Seharusnya apa juga langkah diambil kerajaan harus bermatlamat untuk meningkatkan sistem penyampaian pendidikan dan kecemerlangan,” katanya.

Justeru, katanya, campur tangan politik dalam bidang pendidikan tidak seharusnya berlaku.

Persidangan DUN Selangor sebelum ini dianggap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sebagai gagal membincangkan perancangan kerajaan negeri dalam membangunkan Selangor, apatah lagi dalam soal membabitkan kepentingan Melayu.

Katanya, rakyat yang mengharapkan kerajaan negeri membentangkan perancangannya dalam sidang DUN kecewa kerana apa yang diharapkan tidak berlaku, malah mereka belum jelas dengan apa yang hendak dilaku
kan oleh kerajaan negeri.

“Apabila kerajaan negeri gagal menyatakan perancangannya selepas 100 hari memerintah Selangor, maka ia memilih untuk mengkritik kerajaan negeri sebelumnya, mengungkit pelbagai keputusan dan tindakan yang diputuskan melalui prosedur yang betul.

“Tindakan mencari kesalahan kerajaan BN juga adalah untuk menutup kegagalan kerajaan negeri yang baru melaksanakan banyak janji dalam manifestonya,” katanya.

Persoalannya kini, adakah selepas 100 hari membentuk kerajaan, pemimpin PKR, Pas dan DAP masih gagal menukar mentaliti dari pembangkang kepada kerajaan?

Penulis ialah Ketua Biro Berita Harian Selangor

DAP kafir harbi tunjuk belang kuasai pentadbiran Perak

Oleh Ridzuan Yop dan Shamsul Kamal Amarudin

Kerajaan Pakatan Rakyat selama 100 hari belum ada agenda besar, lebih bertumpu kepada ceramah

SELEPAS 100 hari Pakatan Rakyat (PR) memerintah kerajaan negeri Perak, apa yang berlaku? Yang nyata, pentadbiran kerajaan negeri sekarang, seolah-olah dikuasai dan dilaksanakan mengikut kehendak DAP yang menjadi parti dominan dalam PR dan bukannya mengikut hala tuju Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

Malah, satu lagi perubahan ketara ialah semakin banyak ceramah politik yang semakin menjadi-jadi dan dilakukan hampir setiap malam.

Hakikatnya, banyak pihak melihat kerajaan negeri yang baru ini belum membawa perubahan atau berjaya menetapkan hala tuju yang konkrit bagi membawa kemakmuran dan pembangunan kepada rakyat negeri itu yang memilih mereka pada pilihan raya umum lalu.

Pada masa sama, rata-rata juga berpendapat tidak adil untuk menilai kemampuan kerajaan negeri yang baru ditubuhkan dalam tempoh itu, kerana 100 hari adalah satu tempoh masa singkat berbanding masa diambil kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sudah memerintah Perak sejak 11 penggal lalu.

Namun, pemerhati politik berpendapat 100 hari adalah tempoh penting kepada sesuatu kerajaan negeri yang baru dalam merangka satu hala tuju yang konkrit untuk tempoh lima atau 10 akan datang.

Walaupun mereka baru mengambil alih tugas mentadbir negeri, rata-rata pemimpin kerajaan negeri yang ada sekarang berpengalaman sebagai barisan pembangkang yang sebelum ini mempunyai pelbagai cadangan.

Dalam mentadbir kerajaan negeri sekarang ahli Exco DAP dilihat lebih dominan kerana mereka mempunyai enam ahli Exco berbanding Pas (dua) termasuk Menteri Besar, manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiga.

Berbanding ketika pentadbiran BN, Umno memegang tujuh portfolio Exco termasuk Menteri Besar, manakala MCA (dua), Gerakan (satu) dan MIC (satu).

Maka, jelaslah sedikit sebanyak kuasa orang Melayu dalam mentadbir kerajaan negeri sekarang sudah mula terhakis dan wujud kebimbangan mungkin berlaku beberapa keputusan yang jika tidak diperhalusi akan merugikan orang Melayu sendiri.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu, BN menang 29 kerusi dengan Umno menang 28 kerusi dan MCA satu, manakala DAP menang semua 18 kerusi yang ditandinginya, sementara Pas dan PKR masing-masing menang enam dan tujuh kerusi.

Bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, berkata walaupun sudah 100 hari memerintah, sehingga kini rakyat belum melihat agenda besar dibawa oleh kerajaan negeri selain mengungkit apa yang disifatkan sebagai kelemahan kerajaan negeri yang lalu walaupun mereka sehingga kini belum dapat membuktikannya.

Beliau yang juga Adun Pangkor berkata, berdasarkan laporan dan tindakan kerajaan negeri sekarang, rakyat kini turut tertanya-tanya dan keliru siapa sebenarnya menjadi ketua kerajaan dan menguasai kerajaan negeri.

Katanya, ada pihak melihat pentadbiran kerajaan negeri sekarang dikuasai dan dilaksanakan mengikut kehendak DAP yang menjadi parti dominan dalam PR dan bukannya mengikut hala tuju Menteri Besar.

Dr Zambry berkata, maklum balas diterima daripada rakyat terhadap pemerintahan kerajaan negeri setakat ini ialah satu-satunya perubahan besar berlaku di Perak, cuma ceramah politik yang semakin menjadi-jadi dan dilakukan hampir setiap malam.

“Penilaian ini dibuat hasil maklum balas daripada penyokong BN, pengundi atas pagar dan pengundi yang mengambil keputusan menyokong PR pada pilihan raya umum lalu.

“Menteri Besar memberi alasan ia dilakukan untuk memberi penerangan kepada rakyat berhubung dasar yang diambil kerajaan negeri tetapi maklum balas yang saya terima ialah ceramah yang diadakan lebih tertumpu kepada mengutuk individu politik tertentu dan parti politik lawan,” katanya.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff, berkata dalam tempoh 100 hari ini, beliau belum nampak ada perubahan besar dalam pemerintahan kerajaan negeri kecuali pertukaran kerajaan daripada BN kepada PR.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, sehingga kini belum ada agenda besar yang ditunjukkan kerajaan PR untuk rakyat Perak bagi menunjukkan ia berlainan atau lebih baik daripada kerajaan negeri lalu.

“Bagaimanapun, situasi Menteri Besar daripada Pas yang bukan majoriti boleh survive menunjukkan apa yang dikatakan sebagai kerapuhan ikatan kerjasama dalam PR tidak lagi boleh terpakai. Agak menakjubkan juga kerajaan negeri ini boleh terus bertahan walaupun kerjasama itu membabitkan dua parti yang terlalu ekstrem dalam ideologi politik masing-masing,” katanya.

Dr Mohammad Agus berkata, rakyat secara umum tidak menganggap Melayu kehilangan kuasa politik di Perak kerana melihat kedudukan Menteri Besar yang masih disandang orang Melayu dan kewujudan institusi kesultanan Perak yang mendapat kepercayaan penuh rakyat untuk menjadi pelindung mereka.

Malah, katanya, sudah sampai masanya bagi semua pihak melihat kuasa politik Melayu dalam konteks lebih luas iaitu kuasa politik yang kembali kepada rakyat.

“Soal Melayu hilang kuasa bukan saja diperkatakan di Perak tetapi juga di Selangor tetapi kedua-dua kerajaan negeri ini sehingga kini terus `survive yang secara tidak langsung menunjukkan orang Melayu yakin dengan kemampuan pemimpin dua kerajaan itu.

“Cuma di Perak rakyat masih tertunggu-tunggu agenda besar yang akan dilaksanakan untuk kesejahteraan mereka,” katanya.

Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Ramlah Adam, berkata Adun DAP menguasai banyak Exco penting dan membuat keputusan penting kerajaan negeri Perak sekarang.

“Pas pula terlalu minoriti untuk menjadi tenaga penting dalam kerajaan negeri dalam memperjuangkan agenda Melayu/Islam manakala agenda PKR pula hampir sama dengan DAP.

“Bukan bermakna kita bersifat perkauman tetapi dalam keadaan orang Melayu masih ketinggalan dalam ekonomi dan meritokrasi serta wujud peruntukan dalam perlembagaan mengenai hak orang Melayu, kita tidak tahu siapa yang akan membawa agenda perjuangan Melayu selain Umno,” katanya.

Dr Ramlah memberi contoh, tindakan kerajaan negeri mengadakan pilihan raya bagi pemilihan ketua kampung sebenarnya boleh memecah-belahkan lagi perpaduan di kalangan orang Melayu peringkat akar umbi sedangkan pada masa sama perpaduan orang bukan Melayu semakin kuat bagi mengemukakan tuntutan yang kelihatan semakin banyak dipenuhi.

Beliau bagaimanapun berkata, tempoh 100 hari mungkin terlalu singkat untuk melihat kesannya terhadap kuasa politik orang Melayu tetapi masyarakat Melayu di Perak perlu berfikir untuk tempoh empat tahun lagi pemerintahan PR.

Dr Ramlah berkata, dalam beberapa siri kunjungannya ke Perak beberapa minggu lalu, beliau melihat orang Melayu masih kukuh menyokong Umno hanya di kalangan mereka yang berusia 40 tahun ke atas atau sudah lama berjuang dalam parti itu.

Justeru, katanya, jika Umno mahu memastikan kuasa politik orang Melayu kembali di Perak, parti itu perlu bekerja keras bagi menarik minat golongan muda kembali menyokong parti itu dan memastikan ahli Umno sedia ada tidak ‘bertempiaran seperti anak ayam kehilangan ibu.’

Pengerusi Dewan Muda Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Perak, Saiful Adli Mohd Arshad, pula berkata kini wujud kebimbangan di kalangan usahawan Melayu ekoran dasar kerajaan negeri yang baru lebih menjurus kepada pemberian hak dan peluang sama rata ekonomi yang jelas bertentangan dengan perlembagaan yang menyebut mengenai hak istimewa orang Melayu.

“Kami sudah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Menteri Besar bulan lalu tetapi beliau sendiri tidak dapat menjanjikan apa-apa agenda baru terutama berkaitan rancangan membangunkan usahawan muda.

“Malah, sehingga kini banyak timbul keadaan ketidakpastian darip segi perniagaan bukan saja di kalangan usahawan Melayu malah ekonomi Perak secara keseluruhan,” katanya.

B
eliau berkata, pihaknya belum mendengar ada rancangan baru yang akan dilaksanakan kerajaan negeri sebaliknya boleh dikatakan dalam keadaan `teraba-raba’ mengekalkan kerajaan selain lebih bersifat mentadbir perancangan kerajaan negeri yang lalu.

“Saya rasa mungkin tempoh 100 hari terlalu singkat untuk membuat penilaian terhadap kerajaan negeri yang baru, mungkin kita boleh beri masa 200 hari lagi,” katanya.

Orang Melayu dalam kerugian

MOHD. ZAIDI ABDULLAH
Ketua Penyelidik, Akademi ‘Ulum Pondok dan Pencerahan Tamadun, Shah Alam, Selangor.

SETELAH pilihan raya lalu, penulis meninjau ke Perak, Kedah, Melaka, Pulau Pinang, Johor, Selangor, Negeri Sembilan. Apabila pakatan pembangkang dapat menguasai Pulau Pinang, Selangor dan Perak tanpa pakatan yang mantap maka pelbagai perkara melibatkan hak-hak bumiputera dan umat Islam serta segala tuntutannya tidak dapat ditunaikan dengan baik.

Jika sebelum ini Pas merupakan pejuang penentang kemungkaran maka kini kritikan mereka terhad kerana hormat persefahaman dalam pakatan. Jika bertegas dengan pendirian, Pas mungkin boleh tersingkir daripada pakatan.

Pakatan dalam erti kata yang sebenar masih tidak mantap. Namun, ‘mungkin’ mereka boleh bersepakat.

‘Mungkin’ merupakan perkataan berkebarangkalian maka boleh mengundang ketidakstabilan. Setakat ini, teorinya DAP dengan PKR, manakala Pas dengan PKR. Yang menjadi jambatan tengahnya ialah PKR.

Jika Pas ingin meneruskan pakatannya maka ia perlu meliberalkan sikap dan pendekatan atau mengabaikan tanggungjawab agama yang dulu sememangnya diperjuangkan tanpa kompromi terhadap UMNO. Ini merupakan kejayaan PKR dan DAP terhadap Pas. Di sinilah politik tawar-menawar sedang berlaku. Akhirnya, jika ini berterusan maka Islam apa yang akan muncul di Malaysia nanti?

PKR pula merupakan ahli pelbagai ras dan agama. Sudah tentu setiap aktiviti Islam secara rasmi yang dilakukan oleh PKR akan diketahui bukan Islam. Di Malaysia, belum pernah terdapat kejayaan yang berpanjangan bagi parti yang keanggotaannya pelbagai ras dan agama.

DAP misalnya dulu dianggotai juga orang Melayu tapi kini didominasi bukan Muslim. Akhirnya, secara praktisnya, trend politik bukan Muslim mendasarinya.

Barisan Nasional (BN) pula kebanyakan parti komponen bersifat politik bangsa dan kemudiannya membentuk kata sepakat sehingga BN memiliki ‘perlembagaan’ sendiri. Pakatan pembangkang yang tanpa perlembagaan tersendiri boleh dikatakan sebagai kerajaan campuran atas dasar hendak memerintah sahaja dan kaedah ini belum pernah terbukti memperoleh kejayaan seperti yang berlaku di negara-negara lain. Biasanya kerajaan campuran akan berpecah atau menukar anggota masing-masing. Trend ini tidak pasti membawa kestabilan.

Boleh dikatakan pada masa ini politik pakatan sedang menyesuaikan diri kerana ketidaksangkaan mereka menang mengejut. Tapi, dalam politik apa-apa boleh terjadi. Boleh dikatakan bahawa trend ini sebagai percubaan hendak berbaik. Jika berjaya okay tetapi sebaliknya, apa kita boleh buat – kata sebahagian mereka. Kalau tidak berjaya, maka padah bagi umat Islam di Malaysia.

Umat Islam di Malaysia hanya hebat di pentas politik sahaja tapi dari segi ekonomi tidak kira sama ada Pas atau UMNO terpaksa terima apa sahaja tauke-tauke Cina tentukan. Unsur kemalaysiaan semakin terhakis. Perlembagaan Malaysia boleh dikatakan tidak dihormati malah tidak diketahui semua rakyat.

Saya bersetuju apa yang dinyatakan oleh Raja Dr. Nazrin Shah pada 21 Jun, di Kuala Kangsar. “Jangan sampai terima nasib terpaksa musafir di bumi sendiri.”

Apa yang berlaku di dalam UMNO dan komponen BN merupakan masalah bagi semua parti. Kelemahan UMNO jika benar berlaku maka merupakan pemecahan perwakilan Melayu dalam pembuatan keputusan.

Begitu juga, bukan Melayu. Beralihnya undi MCA, MIC dan Gerakan kepada DAP merupakan ketidakstabilan. Tetapi, yang nyata undi Cina kepada Cina mungkin dalam nada yang majoriti. Di sini, juga tidak menguntungkan secara Perlembagaan seperti berlaku krisis pemilihan menteri besar akibat tiada yang menang majoriti di Perak dan Selangor.

Bagi isu ini, saya cadangkan jika tiada parti yang menang dengan majoriti mudah maka sultanlah yang layak menentukan.

Apabila berlaku perbezaan pendapat kecil dalam pemilihan menteri besar di Perak merupakan satu isyarat bahawa pemimpin parti yang terlibat pada masa itu tidak memahami perlembagaan Perak. Ini amat mendukacitakan. Mungkin kini mereka tahu tetapi mungkin ada lagi mereka yang tidak ambil tahu.

Apabila Cina dan Melayu berpecah maka sekali lagi akan menimbulkan masalah pemerintahan kerana Perlembagaan Malaysia secara khususnya memperuntukkan kuasa khas kepada bumiputera dan Islam. Maka krisis Perlembagaan akan berlaku juga. Atau adakah ada yang sanggup meminda demi kepentingan masing-masing.

Adakah api dalam sekam akan meletup? Oleh itu kita kena ambil perhatian supaya urusan pentadbiran negara tidak dicampuri urusannya oleh kuasa besar dunia akibat perbalahan sesama sendiri.

MELAYU, Jangan jadi macam Si Tanggang

SAYA amat tertarik dan terharu membaca titah Raja Muda Perak, Raja
Dr. Nazrin Shah menerusi muka depan akhbar Mingguan Malaysia siaran 22
Jun 2008.

Saya baca berulang-ulang kali, pada fikiran saya titah baginda sarat dengan nasihat yang paling berguna kepada bangsa Melayu.

Titah tersebut mencakupi pelbagai hal yang wajar diikuti orang-orang
Melayu jika mereka mahu menjadi kuat. Sejak akhir-akhir ini ramai orang
Melayu yang lupa diri di dalam banyak hal.

Tidak payahlah saya mengulangi kata-kata Raja Nazrin. Tetapi yang
penting Melayu jangan jadi Si Tanggang, baru jadi nakhoda sudah lupa
ibunya yang terperuk di hulu kampung.

Contohnya mereka melupakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang memberi
ruang dan peluang kepada mereka bangun daripada kancah lingkaran ganas
kemiskinan.

Dulu hidup mereka ‘haprak’ (meminjam bahasa Dr. Mahathir Mohamad)
tetapi setelah berjaya menongkat menara ganding dan memegang jawatan
tinggi, DEB dikatakan tidak berguna dan mesti dihapuskan.

Malah mereka bersatu dengan orang yang menganut falsafah ‘Malaysian
Malaysia’ untuk menguburkan DEB. Inilah yang pernah Dr. Mahathir sebut,
orang Melayu yang mudah lupa.

Ada yang bongkak walaupun kejayaan belum setinggi mana, hidung lebih tinggi daripada pucuk kelapa.

Mereka berkata, kejayaan mereka atas usaha sendiri bukan pertolongan
daripada kerajaan. Sedangkan kerajaan telah menyediakan ruang, peluang
dan suasana yang baik untuk mereka meningkat maju.

Fenomena kesombongan ini dapat kita lihat kepada golongan usia
pertengahan Melayu yang menidakkan jasa-jasa kerajaan malah sanggup
bersekongkol menjatuhkan kerajaan yang paling berjasa kepada rakyat.

Titah baginda juga menyebut, jangan mudah bermusuh dengan kawan dan jangan mudah berbaik dengan lawan.

Ini dapat kita lihat apabila Parti Islam Se-Malaysia (Pas) yang
sanggup berdakap dengan DAP walaupun pemimpin DAP sampai bila pun tidak
akan menerima konsep negara Islam.

Tetapi kerana seronok mendapat jawatan-jawatan penting, prinsip Pas sudah menjadi debu yang berterbangan ditiup angin.

Titah Raja Muda Perak amat berkesan di hati. Semoga ia dapat memberi
peringatan kepada kita semua agar jangan lekas lupa diri, sombong dan
bongkak terutama kepada anak bangsa sendiri.

Kalau diberi amanah memerintah, maka berhati-hatilah. Jangan membuang bangsa sendiri.

DR. GUNAWAN MAHMOOD

Kuala Lumpur

BUKAN hendak mengungkit semula isu yang telah sejuk tetapi faktanya
isu-isu seperti hasrat menggugurkan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru
(DEB) oleh kerajaan campuran Pulau Pinang, penternakan babi dan
kebenaran mendirikan gereja di Selangor belum ada kata pemutus yang
muktamad.

Saya lihat isu-isu tersebut bagaikan disapu di bawah permaidani
sahaja. Persoalan utama yang belum dihuraikan sepenuhnya ialah
bagaimana kedua-dua isu tersebut boleh timbul?

Jawapannya mudah. Bila orang Melayu lemah, situasi ini diambil kesempatan sepenuhnya oleh orang lain.

Saya adalah seorang kakitangan swasta dan berusia 35 tahun. Mungkin saya diklasifikasikan profesional kelas menengah.

Di tempat kerja saya dan di kawasan persekitaran, ramai yang
sebaya. Bila bercerita pasal politik memang nombor satu. Namun ia
sekadar cakap sahaja, tindakannya tiada.

Saya hairan mengapa ramai golongan muda Melayu sebaya dengan saya tidak sensitif kepada isu-isu yang berkaitan bangsa kita.

Ini berbeza dengan generasi muda kaum lain. Pantang sikit soal sekolah aliran dibangkitkan, maka melentinglah mereka.

Bila disentuh soal kuota ke universiti, mereka juga akan lantang
bersuara. Tetapi generasi muda profesional Melayu bagaimana? Sibuk
bercinta sahajakah?

Saya bukan perkauman walaupun saya arif mengenai label ultra-Melayu
yang cepat dilontarkan orang jika kita bersuara mengenai hak Melayu.

Jadi mengapa generasi muda Melayu membisu? Buat seperti tidak ada apa-apa atau buat-buat tidak tahu?

Perkara ini terlintas di fikiran saya tatkala membaca laporan titah
ucapan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah pada satu majlis di Kuala
Kangsar, Perak pada Sabtu lalu.

Baginda bertitah, anak bangsa yang telah berjaya, janganlah
berperangai seperti Si Tanggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu
mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga
memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh,
hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan
tempat bergantung.

Apakah sikap membisu profesional muda Melayu itu dalam
mempertahankan hak bangsa Melayu boleh disifatkan sebagai petanda sikap
keterbukaan orang Melayu masa kini mengenai konsep Malaysia untuk orang
Malaysia?

Atau sebenarnya mereka prihatin. Cuma tidak menyangka dalam
kesungguhan mereka menentukan arah tuju politik negara, mereka lupa
undi mereka juga telah mengakibatkan orang bukan Melayu begitu berkuasa
dan berani pada hari ini.

Lagipun, bila kita mengundi Pakatan Rakyat untuk berkuasa di lima
negeri, saya percaya tiada pengundi Melayu yang memberi mandat kepada
parti-parti tersebut untuk menghakis, menghapus dan memadamkan hak
bangsa Melayu. Tidak sama sekali.

SLAMAT ABDULLAH

Shah Alam, Selangor

Tanah Melayu di Selangor juga akan tergadai ke tangan DAP kafir harbi!!

Status hak milik tanah: Selangor ikut Perak?

SHAH ALAM 28 Jun – Kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR),
DAP dan Pas Selangor mungkin mengikut langkah Perak yang berhasrat
memberi status hak milik kekal 999 tahun kepada penduduk yang mendiami
lot-lot tanah di kampung baru di negeri itu.

Bagaimanapun, status hak milik kekal di Selangor adalah untuk tempoh
selama-lamanya berdasarkan akta tanah di negeri itu, berbeza dengan
Perak sehingga 999 tahun sahaja.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan
Penyelesaian Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah berkata, kerajaan
negeri masih mengkaji perkara tersebut sebelum membuat sebarang
keputusan.

“Selangor boleh melaksanakan seperti cadangan kerajaan Perak tetapi akta tanah di kedua-dua negeri adalah berbeza.

“Di Perak, hak milik kekal adalah selama 999 tahun tetapi di
Selangor untuk selama-lamanya,” katanya ketika dihubungi di sini hari
ini.

Ean memberitahu, sekiranya ia menjadi kenyataan, sebanyak 42 buah
kampung baru di seluruh Selangor akan terlibat yang majoritinya
penduduk kaum Cina.

Beliau bagaimanapun tidak pasti jumlah keseluruhan penduduk terlibat.

Selain kaum Cina katanya, kampung baru di Selangor turut diduduki oleh kaum India dan orang Melayu.

Cadangan untuk memberi status hak milik kekal lot-lot tanah kampung
baru di Perak diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad
Nizar Jamaludin ketika menggulung usul di Dewan Undangan Negeri (DUN),
kelmarin.

Bagaimanapun cadangan kerajaan pakatan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak itu mendapat bantahan pelbagai pihak.

Ia menimbulkan persoalan kerana dilihat lebih bermotifkan politik
kerana pada masa yang sama, kerajaan negeri hanya merancang memberikan
status hak milik 99 tahun kepada penduduk di Rancangan Kampung Tersusun
(RKT).

Di seluruh negeri Perak, terdapat 60,000 penduduk di kampung baru
dengan kira-kira 80 peratus kaum Cina. Kawasan RKT pula terdiri
daripada 73,703 penduduk dengan pecahan 44.02 peratus Melayu, Cina
(37.93 peratus) dan India (18.05 peratus).