Orang Melayu dalam kerugian

MOHD. ZAIDI ABDULLAH
Ketua Penyelidik, Akademi ‘Ulum Pondok dan Pencerahan Tamadun, Shah Alam, Selangor.

SETELAH pilihan raya lalu, penulis meninjau ke Perak, Kedah, Melaka, Pulau Pinang, Johor, Selangor, Negeri Sembilan. Apabila pakatan pembangkang dapat menguasai Pulau Pinang, Selangor dan Perak tanpa pakatan yang mantap maka pelbagai perkara melibatkan hak-hak bumiputera dan umat Islam serta segala tuntutannya tidak dapat ditunaikan dengan baik.

Jika sebelum ini Pas merupakan pejuang penentang kemungkaran maka kini kritikan mereka terhad kerana hormat persefahaman dalam pakatan. Jika bertegas dengan pendirian, Pas mungkin boleh tersingkir daripada pakatan.

Pakatan dalam erti kata yang sebenar masih tidak mantap. Namun, ‘mungkin’ mereka boleh bersepakat.

‘Mungkin’ merupakan perkataan berkebarangkalian maka boleh mengundang ketidakstabilan. Setakat ini, teorinya DAP dengan PKR, manakala Pas dengan PKR. Yang menjadi jambatan tengahnya ialah PKR.

Jika Pas ingin meneruskan pakatannya maka ia perlu meliberalkan sikap dan pendekatan atau mengabaikan tanggungjawab agama yang dulu sememangnya diperjuangkan tanpa kompromi terhadap UMNO. Ini merupakan kejayaan PKR dan DAP terhadap Pas. Di sinilah politik tawar-menawar sedang berlaku. Akhirnya, jika ini berterusan maka Islam apa yang akan muncul di Malaysia nanti?

PKR pula merupakan ahli pelbagai ras dan agama. Sudah tentu setiap aktiviti Islam secara rasmi yang dilakukan oleh PKR akan diketahui bukan Islam. Di Malaysia, belum pernah terdapat kejayaan yang berpanjangan bagi parti yang keanggotaannya pelbagai ras dan agama.

DAP misalnya dulu dianggotai juga orang Melayu tapi kini didominasi bukan Muslim. Akhirnya, secara praktisnya, trend politik bukan Muslim mendasarinya.

Barisan Nasional (BN) pula kebanyakan parti komponen bersifat politik bangsa dan kemudiannya membentuk kata sepakat sehingga BN memiliki ‘perlembagaan’ sendiri. Pakatan pembangkang yang tanpa perlembagaan tersendiri boleh dikatakan sebagai kerajaan campuran atas dasar hendak memerintah sahaja dan kaedah ini belum pernah terbukti memperoleh kejayaan seperti yang berlaku di negara-negara lain. Biasanya kerajaan campuran akan berpecah atau menukar anggota masing-masing. Trend ini tidak pasti membawa kestabilan.

Boleh dikatakan pada masa ini politik pakatan sedang menyesuaikan diri kerana ketidaksangkaan mereka menang mengejut. Tapi, dalam politik apa-apa boleh terjadi. Boleh dikatakan bahawa trend ini sebagai percubaan hendak berbaik. Jika berjaya okay tetapi sebaliknya, apa kita boleh buat – kata sebahagian mereka. Kalau tidak berjaya, maka padah bagi umat Islam di Malaysia.

Umat Islam di Malaysia hanya hebat di pentas politik sahaja tapi dari segi ekonomi tidak kira sama ada Pas atau UMNO terpaksa terima apa sahaja tauke-tauke Cina tentukan. Unsur kemalaysiaan semakin terhakis. Perlembagaan Malaysia boleh dikatakan tidak dihormati malah tidak diketahui semua rakyat.

Saya bersetuju apa yang dinyatakan oleh Raja Dr. Nazrin Shah pada 21 Jun, di Kuala Kangsar. “Jangan sampai terima nasib terpaksa musafir di bumi sendiri.”

Apa yang berlaku di dalam UMNO dan komponen BN merupakan masalah bagi semua parti. Kelemahan UMNO jika benar berlaku maka merupakan pemecahan perwakilan Melayu dalam pembuatan keputusan.

Begitu juga, bukan Melayu. Beralihnya undi MCA, MIC dan Gerakan kepada DAP merupakan ketidakstabilan. Tetapi, yang nyata undi Cina kepada Cina mungkin dalam nada yang majoriti. Di sini, juga tidak menguntungkan secara Perlembagaan seperti berlaku krisis pemilihan menteri besar akibat tiada yang menang majoriti di Perak dan Selangor.

Bagi isu ini, saya cadangkan jika tiada parti yang menang dengan majoriti mudah maka sultanlah yang layak menentukan.

Apabila berlaku perbezaan pendapat kecil dalam pemilihan menteri besar di Perak merupakan satu isyarat bahawa pemimpin parti yang terlibat pada masa itu tidak memahami perlembagaan Perak. Ini amat mendukacitakan. Mungkin kini mereka tahu tetapi mungkin ada lagi mereka yang tidak ambil tahu.

Apabila Cina dan Melayu berpecah maka sekali lagi akan menimbulkan masalah pemerintahan kerana Perlembagaan Malaysia secara khususnya memperuntukkan kuasa khas kepada bumiputera dan Islam. Maka krisis Perlembagaan akan berlaku juga. Atau adakah ada yang sanggup meminda demi kepentingan masing-masing.

Adakah api dalam sekam akan meletup? Oleh itu kita kena ambil perhatian supaya urusan pentadbiran negara tidak dicampuri urusannya oleh kuasa besar dunia akibat perbalahan sesama sendiri.

Advertisements

Tanah Melayu di Selangor juga akan tergadai ke tangan DAP kafir harbi!!

Status hak milik tanah: Selangor ikut Perak?

SHAH ALAM 28 Jun – Kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR),
DAP dan Pas Selangor mungkin mengikut langkah Perak yang berhasrat
memberi status hak milik kekal 999 tahun kepada penduduk yang mendiami
lot-lot tanah di kampung baru di negeri itu.

Bagaimanapun, status hak milik kekal di Selangor adalah untuk tempoh
selama-lamanya berdasarkan akta tanah di negeri itu, berbeza dengan
Perak sehingga 999 tahun sahaja.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan
Penyelesaian Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah berkata, kerajaan
negeri masih mengkaji perkara tersebut sebelum membuat sebarang
keputusan.

“Selangor boleh melaksanakan seperti cadangan kerajaan Perak tetapi akta tanah di kedua-dua negeri adalah berbeza.

“Di Perak, hak milik kekal adalah selama 999 tahun tetapi di
Selangor untuk selama-lamanya,” katanya ketika dihubungi di sini hari
ini.

Ean memberitahu, sekiranya ia menjadi kenyataan, sebanyak 42 buah
kampung baru di seluruh Selangor akan terlibat yang majoritinya
penduduk kaum Cina.

Beliau bagaimanapun tidak pasti jumlah keseluruhan penduduk terlibat.

Selain kaum Cina katanya, kampung baru di Selangor turut diduduki oleh kaum India dan orang Melayu.

Cadangan untuk memberi status hak milik kekal lot-lot tanah kampung
baru di Perak diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad
Nizar Jamaludin ketika menggulung usul di Dewan Undangan Negeri (DUN),
kelmarin.

Bagaimanapun cadangan kerajaan pakatan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak itu mendapat bantahan pelbagai pihak.

Ia menimbulkan persoalan kerana dilihat lebih bermotifkan politik
kerana pada masa yang sama, kerajaan negeri hanya merancang memberikan
status hak milik 99 tahun kepada penduduk di Rancangan Kampung Tersusun
(RKT).

Di seluruh negeri Perak, terdapat 60,000 penduduk di kampung baru
dengan kira-kira 80 peratus kaum Cina. Kawasan RKT pula terdiri
daripada 73,703 penduduk dengan pecahan 44.02 peratus Melayu, Cina
(37.93 peratus) dan India (18.05 peratus).

Majlis Peguam anjing salakan DAP kafir harbi mempersoalkan kontrak sosial selepas 50 tahun

RAMAI yang tertanya-tanya apa motif Majlis Peguam menganjurkan Forum
Kontrak Sosial bagi membincangkan ketuanan dan hak keistimewaan orang
Melayu.

Lagi pula apakah hak ahli-ahli panel seperti Dr. Mavis Puthucheary;
Dr. Kua Kia Soong dan Tommy Thomas untuk membincangkan isu-isu
berkaitan orang Melayu?

Sebab itu, ia dilihat sebagai cubaan pihak tertentu untuk mengambil
kesempatan daripada situasi politik ketika ini untuk melahirkan rasa
kurang senang terhadap orang Melayu yang merupakan kaum majoriti di
negara ini.

Pihak penganjur mendakwa perbincangan pada forum itu dilakukan
secara profesional dan rasional. Namun ia tidak dapat lari daripada
timbulnya rasa tidak puas hati yang boleh membawa kepada salah faham
dan akhirnya menjerumus kepada perkauman.

Bayangkan apa akan jadi apabila orang Melayu berkumpul dan
berbincang untuk menentukan hak-hak orang bukan Melayu tanpa ada wakil
mereka di dalamnya? Tentu pelbagai pihak akan tampil memprotes,
mengugut dan mendesak supaya dilakukan itu ini.

Sebagai orang Melayu pula apa akan mereka rasa apabila melihat dan
mendengar pakar-pakar sosial bukan Melayu duduk di atas pentas bercakap
soal hak mereka? Tentu ada akan merasa tercabar.

Selepas forum itu berakhir, apakah manfaatnya kepada orang Melayu
dan hubungan antara kaum di negara ini? Adakah semakin kukuh atau
sekadar menambahkan lagi kebencian dan kemarahan.

Bagi ahli-ahli panel bukan Melayu itu pula, ketika membuat
penyelidikan dan kajian sedikit sebanyak tentu ada perasaan bias
kalaupun tidak benci.

Kenapa hanya soal hak istimewa dan ketuanan Melayu sahaja
dibincangkan? Kenapa soal pencapaian orang Melayu sejak negara mencapai
kemerdekaan 50 tahun lalu tidak dibincangkan sama?

Walaupun hak keistimewaan orang Melayu tercatat dalam Perlembagaan namun orang Melayu tidaklah istimewa.

Selain memegang kuasa dalam politik, orang Melayu serba ketinggalan dalam bidang lain.

Kalau orang Melayu benar-benar istimewa dan diberikan segala
keistimewaan oleh kerajaan kenapa mereka hanya menguasai 18 peratus
sahaja ekonomi negara. Angka itu belum lagi ditolak ekuiti yang
dimiliki syarikat milik kerajaan (GLC).

Malah tengoklah dalam Majlis Peguam itu sendiri. Berapa kerat peguam
Melayu yang ada dan kaum mana yang lebih ramai jadi peguam? Malah
disebabkan tidak ada yang istimewa di kalangan orang Melayu maka Majlis
Peguam terpaksa mengambil panel bukan Melayu untuk membincangkan isu
Melayu.

Sebab itu, apabila sesuatu pertubuhan sama ada sosial ataupun
politik mahu bercakap atau membincangkan hal orang Melayu, ia perlu
dilihat secara menyeluruh. Bukan melihat kepada isu-isu yang terpilih
dan kemudiannya digembar-gemburkan seolah-olah kaum lain ditindas oleh
pemimpin-pemimpin politik Melayu. Sedangkan hakikatnya orang Melayu
dengan segala keistimewaan dan ketuanannya itulah yang paling
tertinggal dan terpinggir di negara ini.

Melayu dapat tanah pajakan 99 tahun, tapi DAP kafir harbi 999 tahun, INIKAH KEADILAN??

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

AWANG terkejut dengan hasrat kerajaan Perak mahu memberi status hak
milik tanah kekal 999 tahun kepada penduduk kampung-kampung baru negeri
itu.

Terdapat 60,000 penduduk kampung baru yang rata-ratanya kaum Cina di Perak. Persoalannya wajarkah status sedemikian diberi?

Persoalan lagi kenapa Rancangan Kampung Tersusun (RKT) di negeri itu hanya diberi hak milik 99 tahun dan bukannya 999 tahun?

RKT melibatkan 73,703 penduduk dengan pecahan Melayu (44.02
peratus), Cina (37.93 peratus) dan India (18.05 peratus). Mengapa
berbeza dengan kampung baru?

Selepas pengumuman Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin
mengenai hal itu, Selangor turut menyatakan hasrat untuk memberi hak
milik kekal kepada kampung-kampung baru.

Banyak persoalan berlegar di fikiran Awang terhadap langkah
tersebut. Apakah ia bermotif perkauman dan mungkinkah ini sebahagian
agenda DAP yang dilihat paling berpengaruh dalam kerajaan campuran
Perak dan Selangor?

Yang pasti jika rancangan tersebut diteruskan, ia akan mencetuskan isu dan masalah besar di kedua-dua negeri itu.

Awang – Takut MB jadi boneka.

Utusan tidak racist yang racist ialah DAP kafir harbi!!!

Utusan bela hak bangsa dianggap racist?

KEPUTUSAN kerajaan pakatan rakyat Pulau Pinang dan Perak memboikot
akhbar-akhbar terbitan Kumpulan Utusan merupakan sesuatu yang biasa. Ia
juga terjadi kepada akhbar-akhbar lain sekiranya tidak sesuai dengan
cita rasa seseorang atau kumpulan-kumpulan tertentu.

Tetapi alasan yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin Melayu kerajaan
pakatan rakyat bagi kedua-dua negeri itu agak luar biasa. Utusan
didakwa menggalakkan perkauman. Dengan memboikot akhbar-akhbar terbitan
Kumpulan Utusan orang-orang Melayu negeri Perak khususnya, tidak akan
terpengaruh dengan sikap Utusan yang racist.

Persoalannya apakah kerana Utusan memperjuangkan hak-hak Melayu maka ia didakwa racist.
Bagaimana pula dengan laman-laman web dan blog- blog yang semakin
lantang mempersoal apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu dan Islam.

Tidak mungkin pemimpin-pemimpin Melayu pakatan rakyat tidak membaca
laman-laman web serta blog-blog seperti ini. Takkanlah mereka tidak
sedikit pun kecil hati.

Sebagai anak jati Perak, lahir di sebuah kampung kecil (tidak jauh
dari kawasan Undangan Negeri yang diwakili Menteri Besar) dua tahun
selepas Jepun menyerah kalah, pengalaman penulis dengan golongan yang
lahir ketika Tanah Melayu mencapai kemerdekaan sudah tentu banyak
perbezaannya.

Begitu juga pengalaman penulis dan orang-orang kampung dengan akhbar keluaran Utusan Melayu. Ketika mula pandai membaca jawi (sekolah Melayu mengajar jawi dan rumi) Utusan Melayu sahajalah merupakan surat khabar yang ada dan dibaca orang budak-budak sekolah Melayu dan orang kampung penulis.

Penulis sendiri tidak pernah melihat akhbar-akhbar bahasa Inggeris.
Tidak ada seorang pun orang kampung penulis yang memahami bahasa
Inggeris di tahun-tahun 50-an. Setakat yes, no, alright tu adalah. Itupun ditiru dari filem-filem Hollywood yang ditayangkan di balai polis berdekatan kampung.

Selain daripada orang-orang Melayu terdapat dua tiga keluarga Cina yang juga membaca Utusan Melayu di kedai kopi Melayu (satu-satunya). Keluarga Cina ini tidak boleh membaca Cina kerana mereka belajar di sekolah Melayu.

Melalui Utusan Melayu penulis mula mengenali dan memahami
politik Malaya di kala umur masih terlalu muda. Utusan juga mengajar
penulis tentang politik antarabangsa khususnya masalah Palestin dan
Asia Barat.

Penulis masih ingat reaksi kami budak-budak kampung ketika
tercetusnya perang Terusan Suez tahun 56. Nama Presiden Nasser, meniti
dibibir kami.

Tidak dinafikan Utusan memainkan peranan cukup penting dalam rencana
semangat nasionalisme orang-orang Melayu. Malahan tidak kurang pula
orang-orang Melayu yang belajar politik melalui akhbar ini.

Kalau hendak dikatakan Utusan menggalakkan perkauman penulis agak
sangsi oleh kerana dasar syarikat Utusan dari dahulu hingga sekarang
tidak banyak berubah. Takkanlah usaha-usaha Utusan mewujudkan perpaduan
dan berjuang untuk hak-hak Melayu dianggap perkauman.

Bagaimana dengan akhbar-akhbar etnik lain yang membuat tuntutan
selain daripada memainkan isu sesuatu kaum tertentu. Tidakkah mereka
juga boleh dianggap perkauman.

Perjuangan Utusan terhadap orang- orang Melayu adalah satu realiti.
Ia diturunkan melalui tulisan, digambarkan melalui lukisan, cerpen dan
sajak-sajak. Hakikatnya Utusan melahirkan ramai sasterawan, budayawan
juga pejuang kemerdekaan.

Penulis masih ingat setiap hujung bulan ayah akan ke Taiping
mengambil gaji (bekerja sebagai buruh jalan enam kaki-jalan negeri).
Selain daripada daging kerbau dan lembu (daging tidak dijual di kampung
penulis dianggap bahan mewah) ayah akan membawa balik akhbar Utusan Melayu.

Sayang sekali generasi Melayu yang dilahirkan selepas merdeka tidak berpeluang membaca kartun bersiri Utusan Melayu iaitu Dol Keropok dan Wak Tempeh yang cukup menggelikan hati.

Di kala itu radio dianggap bahan mewah dan di kalangan orang Melayu
kampung penulis tidak sampai 10 buah rumah yang mempunyai radio.
Sesiapa yang tidak ada radio seperti penulis akan ke kedai kopi setiap
hari untuk membaca Utusan Melayu. Seringkali terpaksa menunggu sehingga orang dewasa habis membaca. Itulah hubungan erat penulis dengan Utusan Melayu.

Kerajaan pakatan rakyat tidak sepatutnya memboikot akhbar-akhbar
keluaran Utusan semata-mata tidak bersetuju dengan pendapat yang
disiarkan. Bukankah kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar menjadi
asas perjuangan pakatan rakyat.

Kebebasan bersuara bukan bermakna menganggap pendapat kita sahaja yang betul sementara orang lain semuanya salah.

Memboikot akhbar Melayu bermakna juga memboikot bahasa Melayu.
Paling malang kalau ia dengan niat menjahanamkan syarikat Melayu dan
perbuatan itu berpunca daripada perbezaan politik.

Tetapi usaha-usaha ini pasti akan sia-sia. Pegawai-pegawai kerajaan
masih boleh lagi membaca akhbar-akhbar keluaran Utusan dari Internet.
Pembaca yang tidak memahami bahasa lain dari Melayu akan terus membaca
akhbar-akhbar Melayu termasuk Utusan.

Sebenarnya kalau nak tahu hati budi musuh kita (kalau Utusan
dianggap musuh oleh kerajaan pakatan rakyat Perak dan Pulau Pinang)
dekatilah mereka. Kalau tidak mana nak tahu apa yang mereka (musuh)
lakukan.

Di Amerika Syarikat (AS) ada akhbar-akhbar yang menyokong Parti
Demokrat dan tak kurang pula yang menyokong Republikan. Tapi tidak
kedengaran pula boikot memboikot akhbar oleh mana-mana parti politik.
Jelas sekali kedewasaan mereka berpolitik.

Syabas!!! Kontrak Sosial: MTRK buat laporan polis

KOTA BHARU 4 Julai – Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) hari ini
membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas terhadap
Majlis Peguam yang menganjurkan debat membincangkan tentang kontrak
sosial dan ketuanan Melayu, Sabtu lalu.

Pengerusi MTRK Pasir Mas, Che Dollah Che Ismail berkata, tema yang
dibincangkan telah termaktub dalam perlembagaan dan tidak perlu
dipersoalkan oleh mana-mana pihak.

Beliau berkata, pihaknya percaya bahawa perbincangan isu tersebut
bertentangan atau melanggar Akta Hasutan 1948 dan perlu dikenakan
tindakan sewajarnya kerana ia menjejaskan keharmonian kaum.

“Tindakan mereka ini akan menimbulkan ketegangan dan tidak senang di antara kaum Melayu dan kaum lain di Malaysia.

”Kami melihat forum ini tidak membawa sebarang faedah dan akan
mencetuskan lebih banyak syak-wasangka di kalangan rakyat,” katanya
kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar ini hari ini melaporkan sebanyak 15 pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) termasuk persatuan seni mempertahankan diri dan kariah masjid
membuat laporan polis berhubung Forum Kontrak Sosial oleh Majlis Peguam
di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Ahad lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
berkata, beliau tidak nampak manfaat Majlis Peguam membincangkan hak
dan kedudukan kaum Melayu dalam forum anjuran badan itu.

Forum itu disertai beberapa ahli panel antaranya Pensyarah Sains
Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mavis Puthucheary;
Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dr. Kua Kia Soong dan peguam,
Tommy Thomas serta ahli akademik, Dr. Farish Noor.

Che Dollah menambah, tindakan segera perlu diambil supaya selepas ini tidak ada lagi pihak akan mempertikaikan kontrak sosial.

“Kita perlu menghormati apa yang termaktub dalam perlembagaan dan
tidak mengungkit-ungkit sehingga menimbulkan rasa kurang senang semua
pihak,” tegasnya.

DAP kafir harbi terus tunggang Nizar untuk hapuskan Ketuanan Melayu di Perak

Utusan terus dianiaya di Perak

IPOH 4 Julai – Kerajaan campuran negeri Perak meneruskan tindakannya memboikot akhbar Utusan Malaysia yang dituduhnya bersikap perkauman kerana memperjuangkan nasib orang Melayu.

Terbaru, kerajaan negeri yang ditunjangi DAP itu mengarahkan Majlis
Bandaraya Ipoh (MBI) supaya tidak mengeluarkan pelekat kereta percuma
kepada wakil media akhbar itu.

Sebelum ini, MBI mengeluarkan lima pelekat kereta kepada setiap agensi media massa termasuk Utusan Malaysia bagi kemudahan meletak kenderaan secara percuma.

Bahagian Perhubungan Awam dan Antarabangsa MBI dalam satu kenyataan
di sini hari ini menyatakan, kerajaan negeri telah mengarahkan pihak
majlis untuk mengeluarkan pelekat kereta percuma kepada semua pemberita
dan jurugambar media massa kecuali Utusan Malaysia.

”Oleh yang demikian, semua pemberita yang ingin memohon pelekat
kereta percuma MBI dikehendaki mengemukakan salinan geran kenderaan
masing-masing melalui ketua biro di mana mereka bertugas kepada Pejabat
Perhubungan Awam MBI bagi urusan selanjutnya,” kata kenyataan tersebut.

Kerajaan pakatan pembangkang di Perak sebelum ini mengeluarkan
arahan supaya semua jabatan kerajaan negeri tidak melanggan akhbar Utusan Malaysia keluaran Utusan Melayu (M) Berhad yang merupakan syarikat milik penuh orang Melayu pertama di negara ini.

Arahan memboikot akhbar Utusan Malaysia hanya dilakukan di dua negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang yang dikuasai DAP.

Tindakan kerajaan campuran Perak itu mendapat tentangan beberapa
pihak kerana dilihat sebagai halangan kepada kebebasan mendapatkan
maklumat.