PPPIM akan serah memorandum minta projek ternakan babi Selangor dibahas di parlimen

PETALING JAYA 23 Ogos — Pergerakan Perpaduan Islam Malaysia (PPPIM) akan menyerahkan memorandum bantahan 13 perkara kepada kerajaan yang antara lain mengandungi usul supaya projek ternakan babi berpusat di Kuala Langat, Sepang Selangor dibahaskan di Parlimen.

Pengerusi PPPIM, Datuk Zulkifli Mohamad berkata beliau akan menyerahkan memorandum itu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz Isnin ini.

Beliau berkata, antara lain memorandum itu juga meminta supaya projek itu dipindahkan ke lokasi yang lebih sesuai dan bukan di kawasan yang menempatkan penduduk, berdekatan dengan rumah ibadat, sekolah dan laut.

“Saya ingin jelaskan di sini bahawa, pihak PPPIM tidak membantah projek itu tetapi cuma menentang pemilihan lokasinya kerana ia terletak berdekatan dengan kawasan peranginan antarabangsa (Sepang Gold Coast) dan Litar Lumba Antarabangsa F1, ini yang akan kami perjuangkan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, PPPIM juga telah melantik satu Panel Peguam yang diketuai oleh ahli jawatankuasa MMKMM, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman untuk mengkaji kemungkinan mendapatkan perintah mahkamah supaya mengeluarkan arahan kepada semua penternak babi di Sepang agar dipindahkan segera.

Katanya, pada 6 Ogos lepas, PPPIM bersama-sama wakil Majlis Muafakatan Melayu Kebangsaan (MMKMM) menyerahkan memorandum yang sama kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melalui Setiausaha Politik Menteri Besar tetapi sehingga kini belum ada sebarang jawapan diterima.

Memorandum yang sama juga telah diserahkan kepada wakil Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 20 Ogos lepas dan PPPIM sedang menunggu perkenan tuanku untuk menghadap, katanya.

Isu projek ternakan babi berpusat itu hangat diperkatakan selepas kerajaan negeri Selangor yang kini ditadbir Pakatan Rakyat meluluskan projek ternakan babi berpusat secara moden bernilai RM100 juta di Ladang Tumbuk, Kuala Langat di Sepang, Selangor pada April lepas.

Projek itu bagaimanapun terus mendapat bantahan banyak pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), penduduk kawasan sekitarnya yang rata-rata beragama Islam kerana khuatir akan mencemar alam sekitar di kawasan itu yang terletak berdekatan pantai. – Bernama

Advertisements

Nama ALLAH dijual demi kepentingan politik kepada Paderi Kristian

Bekas Naib Presiden PKR, Nalakurappan dedahkan Siapa Anwar Sebenarnya

Kebodohan LGE makin terserlah

Mustahil hapus kemiskinan dalam setahun: Penganalisis

BUKIT MERTAJAM: Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa Pakatan Rakyat akan menghapuskan kemiskinan tegar dalam tempoh setahun di negeri ini sekali lagi dilihat sebagai tindakan populis yang bertujuan menarik sokongan rakyat.

Hakikat itu dianggap banyak pihak sebagai ‘mustahil’ kerana tiada program konkrit untuk membasmi kemiskinan tegar yang disusun sejak lima bulan pakatan itu memerintah Pulau Pinang.

Penganalisis politik, Dr Sivamurugan Pandian, menyifatkan tempoh setahun itu adalah terlalu singkat untuk pemimpin negeri ini merealisasikan impian itu kecuali jika mereka mempunyai pelan atau strategi hebat.

Ketika dihubungi, pensyarah Pusat Pengajian Sains Sosial Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, setakat ini masyarakat hanya didendangkan dengan pelbagai dakwaan skandal kerajaan lalu tetapi tiada pula pelan tindakan mereka untuk membawa Pulau Pinang terus ke depan.

“Sejak lima bulan lalu, apa yang saya dengar ialah mereka hanya mengeluarkan pelbagai cerita yang didakwa sebagai kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi tidak pula saya dengar atau baca pelan tindakan mereka untuk memperbaiki kehidupan rakyat,” katanya.

Dalam debatnya dengan Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon di Kuala Lumpur malam tadi, Lim berkata kerajaan BN masih tidak berjaya menghapuskan kemiskinan tegar walaupun lama memerintah di negeri ini.

Katanya, kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang akan menghapuskan kemiskinan tegar itu dalam tempoh setahun. – Bernama