Anwar sahut cabaran bersumpah?


Pemuda Pas Selangor cabar Anwar bersumpah

Oleh ABDUL YAZID ALIAS

SHAH ALAM 20 Ogos – Dewan Pemuda Pas Selangor mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melakukan sumpah laknat jika beliau di pihak yang benar.

Ketuanya, Sallehen Mukhyi berkata, ia merupakan langkah terbaik bagi bekas Timbalan Perdana Menteri itu untuk menyelesaikan masalah peribadinya sekali gus membersihkan namanya.

Beliau berkata, semua pihak harus menerima baik sumpah laknat bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang berbuat demikian kerana mahu menjaga nama baik diri dan keluarga.

“Terdapat dua cara untuk menyelesaikan kes ini sama ada pihak penuduh mengemukakan bukti kukuh di mahkamah atau tertuduh (Anwar) sendiri membuat pengakuan.

“Namun, sekiranya Anwar merasakan beliau tidak bersalah, beliau boleh membuat pengakuan di mahkamah ataupun membuat sumpah laknat… terpulang kepadanya,” kata Sallehen ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas desakan pelbagai pihak yang mahu Anwar, calon PKR dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, berhenti mempertikaikan sumpah laknat Mohd. Saiful yang dilafazkan pada 15 Ogos lalu.

Menurut Sallehen, tindakan Mohd. Saiful, 23, itu dapat dilihat sebagai salah satu cara yang memb

Advertisements

16 Responses

  1. pada pendangan peribadi saya, bersumpah tidak akan menyelesaikan masaalah mahupun membersihkan nama beliau. malah mungkin membawa lebih banyak kontrevesi.

    kita lihat sahaja sumpah yang dilafazkan oleh saiful hanya menimbulkan lebih banyak kontrevesi dan kritikan daripada orang ramai malah oleh ulamak2 sendiri.

    Hanya pengadilan dan keputusan makamah yang telus sahaja yang boleh diterima akal oleh rakyat malaysia yang berbilang kaum dan majmuk.

  2. Jika Pemuda PAS boleh berkata sedemikian.. apatah lagi kami rakyat biasa..

    Kenapa anuar banyak dalih.. sejak dari dulu lagi?

  3. Kotung,
    Jika sdra perhatikan, ulama’ mempersoalkan kaedah sumpah tetapi tidak menafikan keikhlasan dan kebenaran org yg bersumpah.
    Sdra mengesyorkan perbicaraan di mahkamah sedangkan Anwar juga meragukan kewibawaan mahkamah.
    Bersumpah dgn nama Allah bukan sekadar utk menyakinkan rakyat malah satu cara ‘menyerah’ kpd Allah bagi menghakimi tuduhan ini.

  4. Kotung : “Hanya pengadilan dan keputusan makamah yang telus sahaja yang boleh diterima akal oleh rakyat malaysia yang berbilang kaum dan majmuk.”

    Masalahnya Anuar dan kuncu-kuncunya tidak mempercayai Mahkamah lagi .

  5. buat penyokong DSAI sedarlah bahawa DSAI memang suka ‘main belakang’…yang korang ni buta kayu apa pasai. DSAI ni lah yang memecahkan org melayu….kalau tak buat salah buat apa nak takut…org suruh sumpah ..pergi jerla sumpah..ALLAH SWT akan membantu hambanya yang terianaya…Yang hak tetap hak…Yang Bathil tetap Bathil….ALLAHUAKBAR!!!

  6. aku dah tak percaya anwar berahim lagi. bagi aku anwar merupakan ahli politik yg memecahbelahkan perpaduan dalam negara.

    kalau anwar ibrahim dan umumnya PKR tidak menghormati kontrak sosial.. sila lah keluar dari malaysia..

    MB (PKR) selangor cuba ganggu gugat UITM.. dan dengan bebal dan angkuhnya tidak mahu memohon maaf.. dasar pengkhianat bangsa..

    dari kes liwat… anwar banyak dolak dalih bila suruh bersumpah… nampak sangat takut nak bersumpah dan buktikan diri tak bersalah.. bila takut nak buktikan diri tak bersalah jawabnya memang dia bersalah..

  7. kepada Kotung,

    Sumpah mubahalah ini penyelesaian bukanlah dari manusia. Ianya dari Tuhan sendiri. Dua2 pihak minta laknat sekiranya bersalah. Bila laknat turun kepada satu pihak selesailah masalah negara kita.

    Ianya bukan penyelesaian dari manusia. Apa yg berlaku sekarang ni masalah persepsi. Yang sumpah tu dianggap berani atau penipu, yang tak bersumpah tu dianggap benar atau penakut.

    Penyelesaiannya belum timbul lagi dan Anwar juga belum bersumpah.

    Saya secara peribadi ingin melihat masalah ni selesai.

  8. org minta bersumpah dgn tujuan menyerahkan kpd Allah.
    Kotung kata keptusan hanya keputusan mahkamah di terima akal rakyat malaysia… ada kelakar sikit.. kena faham rakyat malysia yg kafir non muslim biar dan lantaklah diorang.. yg penting kita org islam.. org bkn islam dia bukan percaya pun.. jadi saranan sumpah itu adalah utk menyakinkan org islam, menyerahkan kepada tuhan.. bagi org islam penyerahan kpd tuhan Allah SWT adalah percara tertinggi.. dlm apa jua hal semuanya diserahkan kpd tuhan, smbahyang, puasa, amal makruf org islam menyerahkan kpd Allah menentukannya.. lainlah bagi org islam yg tak percaya kpd Allah dan janjinya. Maka kesimpulan bagi saya, jika org mempersoalkan tindakan saiful dan menahan Anwar dr bersumpah seolah2 mereka tidak percaya kpd Allah..

  9. Jika kite benar2 memegang kepada ajaran ISLAM…
    berSUMPAH adalah mungkin jalan terakhir…
    buat apa takut jika diri tuh benar2 bersih dan sejati…. bukti dahulu dgn cara ISLAM…kemudian baru selesai dimahkamah..

    yg peliknyer.. DSAI nie nak pulak pergi ke JAWI.. walaupun tahu JAWI tuh dibawah pentadbiran kerajaan BN… x takut dimanipulasi?

    BerSUMPAH plak x mahu…. byk btui alasan yg diberikan…. konon takut SUMPAH akan di manipulasi oleh org2 yg berkepentingan utk menjatuhkan DSAI…

    begitulah mainan politik kotor DSAI… yg bebalnyer… para penyokong2….

    moga2 disedarkan dan diberikan syafaat kepada mereka2 semua.. AMIN..

  10. Kalau betul Anwar nak bersumpah kite tengok je laaa… kalau betul dia berani dia buat la aku percaya di x berani punya buat sumpah seperti kenyataan Saiful tu caya la kalu sumpah pun ayat dah macam x kene kat diri dia punya dan keturunan dia orang mcm di ckp pandai la…..

  11. DSAI kata sumpah tak selesaikan masalah. Dia bagi contoh sumpah Sukma dan Munawar dalam mahkamah yang ditarik balik.

    Dia cuba campur adukkan proses mubahalah dengan proses mahkamah. Dia mungkin tahu orang akan keliru dan ingat mubahalah itu ada kaitan dengan mahkamah.

    Mubahalah lain, proses mahkamah lain. Nampak sangat dia yang lari dari mubahalah. Apa susah sangat, kalau dah benar tu bersumpah jelah, tak kira la laknat tu atas diri ke, keturunan ke, tapi kalau dah benar tu takda masalah. Saya kalau jadi DSAI saya bersumpah, kalau saya betul2 tak buat la benda tu. Kita nak selesaikan masalah negara ni. Once and for all.

  12. “sumpah Mohd Saiful juga adalah sah” sebagai sumpah di luar perbicaraan atau ‘alyamin qhairul qadhaiyah’ dan bukan sumpah ‘mubahalah’ ..”Mubahalah memerlukan persetujuan pihak kedua seperti yang dinyatakan dalam ayat 61 Surah Ali Imran,” Mengenai hukum memegang al-Quran ketika bersumpah, sumber dari kitab Fatwa Syarriah oleh bekas Mufti Mesir, Al-Sheikh Hasanin Muhammad Makhluf dan Sheikh Muhammad Abu Zuhrah dalam bukunya Fatawa al-Sheikh Muhammad Abu Zuhrah…

  13. Apa masalah si Nuar ni. takut !!

    Luangkan sedikit masa (tak sampai 5 minit) untuk berSumpah.

    Selesai masalah. Tutup buku, tutup cerita tak perlu buang masa buat ceramah tambah dosa.

    Lepas tu kita berSerah kepada ALLAH.
    Kenapa ? tak percaya pada ALLAH. nauzubillah.

    Tapi aku tak heran…

  14. Hi Kotung, tak kira apa agama anda…. kalau anda berpendapat hanya pengadilan dan keputusan makamah yang telus sahaja yang boleh diterima akal oleh rakyat malaysia yang berbilang kaum dan majmuk dan bukan dengan penyerahan kepada Allah…. lepas ni anda sembahyang dan berdoa je lah kat mahkamah. Bila mati, minta mahkamah kebumikan.

  15. pemimpin yang mengaku dapat sokongan luar,disegani di luar negara kononnya..bila berhadapan dgn saiful yg kita tidak pernah kenal yang muncul secara tiba2..terus gelabah..berdolak dalih..saiful dlm hal ini lebih berani..lebih berani menghadapi akibat..lebih berani hadapi tohmahan..tp malangnya penyokong PKR dah buta hati..amat malang bg penyokong2 PKR bertuankan pemimpin yang bacul..cakap berdegar2..tp penakut rupanya..

  16. Adakah bermubahalah itu boleh dipaksa-paksaan? Atau dengan kerelaan sendiri? Atau mubahalah itu bertujuan sekadar untuk ‘tontonan’ umum?Jangan pula mubahalah dijadikan untuk sohor-sohoran dalam media jagat pula.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: