Khalil Ibrahim gelar pelajar UiTM sebagai “otak belacan”

Marah sungguh saya apabila mendapat maklumat Khalil Ibrahim sekali lagi mencerca dan menghina pelajar UiTM. Walaupun saya bukan bekas pelajar UiTM tetapi apabila ada orang Melayu yang menghina pelajar UiTM di hadapan bukan Melayu, saya memang cukup marah.

Dilaporkan bahawa Khalil Ibrahim memang tidak puas hati dengan tindakan pelajar UiTM yang mengadakan demokrasi dihadapan pejabatnya baru-baru. ini Khalil Ibrahim makin bertambah tidak puashati apabila ada ura-ura untuk mendakwanya kerana membuat kenyataan bodoh mengenai UiTM sebelum ini.

Dilaporkan bahawa seorang ahli PKR yang kini bertugas sebagai setiausaha ADUN Selangor tidak puas hati dengan keceluparan mulut khalid. Ahli PKR tersebut tidak puas hati kerana dia juga merupakan lepasan UITM yang mempunyai keputusan yang baik.

Setiausaha ADUN PKR itu dilaporkan memberitahu Khalil Ibrahum secara sinis menghina pelajar-pelajar UITM dihadapan rakan-rakan exco yang bukan Melayu. Apabila ditanya tentang percubaan reaktor UITM dan pelajar-pelajar UITM untuk mendakwa khalid di mahkamah kerana cuba mengugat keistimewaan orang Melayu mengenai kuota 10%, khalid secara spontan menjawab:

‘PELAJAR-PELAJAR UITM TU OTAK BELACAN, DIA NAK BUAT APA SILAKAN’ !

Kenyataan Khalil itu kemudiannya disahut dengan gelak ketawa oleh exco-exco bukan Melayu sambil minum.

Apakah yang dimaksudkan oleh Khalil Ibrahim apabila menyindir pelajar-pelajar UiTM itu sebagai otak belacan. Adakah ingin mengatakan bahawa lulusan UiTM adalah lulusan IPTA bertaraf kampung (merujuk belacan) dan juga membawa maksud sebagai graduan yang berkualiti kampung?

Advertisements

12 Responses

  1. Bukan semua pelajar UiTM Otak belacan, memang tidak dinafikan ada segelintir tapi bukan semuanya, seperti juga pusat2 pengajian tinggi yang lain.

    Saya tidak bersetuju dan menentang cadangan Khalil tersebut, tapi bukanlah dengan cara demonstrasi / mengulas lebih2 kerana itu cuma cadangan beliau. sesiapa juga berhak bagi cadangan. dan kita berhak menentang. tapi biarlah kita bidas dengan cara yang sepatutnya.

    dengan mengadakan demonstrasi, seolah2 sengaja membayangkan bahawa kita memang kuat melatah dan mempunyai mentaliti yang rendah sehinggakan sekadar “cadangan” pun tidak boleh terima.

    kita boleh bidas sebenarnya. lagipun khalid langsung tidak punya kuasa apa2 untuk menentukan / mbuat keputusan untuk UITM.

    keputusan 100% di tangan UITM. so apa kecoh2.

  2. apakah perasaan & pendirian anda wahai x-pelajar UITM yg menyokong Parti PAS & PKR???..

  3. pelajar uitm ‘otak belacan’ yg dimaksudkan oleh kalid brahim adalah setiausaha ADUN pkr sendiri. mungkin sebab s/usaha tu tak pandai bekerja atau tak reti membuat keputusan sendiri sebab itulah kalid kutuk dia didepan rakan2 pakatannya. Oleh itu pelajar2 uitm jgn lah terasa hati sebab bukan anda yg kalid maksudkan.

  4. Btul tuh takapalah…
    khalid mengata staff sendiri…
    biasalah kroni..

  5. Jika budak UiTM otak belacan, apa ke halnya dengan exco-exco, pemimpin dan pengikut Pakatan Rakyat (+ BN pun) yang lupa asal usul sampai sanggup menggadai survival bangsa sendiri? Rujuk dasar Meritokrasi (10% di SBP/MRSM/Matriks), PPSMI, usul mengurangkan org Melayu dalam b.siswa JPA, dasar penternakan babi, kes Majlis Peguam, IFC dan banyak lagiiiiii………). WAHAI PEMIMPIN, INGATLAH SEBUAH HADIS RASULULLAH S.A.W. TENTANG BETAPA SETIAP PEMIMPIN AKAN DITANYA TENTANG KEPEMIMPINANNYA DI AKHIRAT NANTI? Ingat juga doa orang yang zalim dan teraniaya lantaran dosa/dasar salah pemimpin….dan ingat asal usul……

  6. memang le sesetengah pelajar UITM tu otak belacan sebab tak tau makna pelajar dengan staff sendiri ape yang kalid goblok tu cakap ikut aje …ini lah refomasi pengikut PKR

  7. Saya yg bukan Uitm pun tahu student UITM ada kelebihan sendiri.

    Kekurangan tu mana2 U pun ade gak..

    aparaa..

  8. Saya kurang setuju dgn kotung..memang khalid tak boleh buat apa2 tapi bagi saya kita tidak boleh bersikap biarkan aje si tanggang tu bercakap menghina bangsa sendiri. Kita tak boleh sekadar memandang apa yg dia katakan adalah pendapat dia sorang, kalau saya yg kata mungkin boleh biat derk aje.. tapi bila pemimpin yg bercakap begitu, kita kena paham maksud sebenar, apa yg tersirat, bknkah ini menunjukakn apa yg ada dlm kepala dan hati dia jadi kita kena melihat pemimpin begini tidak boleh dibiarkan terus berkuasa sebab nanti akan mrosakkan dan merugikan anak bangsa sendiri, kalau begitulah mentaliti pemimpin ini, maka seharusnya kita memikirkan apakah wajar kita terus membiarkan dia berada ditempat itu(MB). MB memang tak kuasa dlm UITM tapi dgn kepala dan pemikiran dia yg begitu, apkah jaminan yg dia tidak akan merugikan anak bangsanya dlm apa2 keputusan yg dia akan ambil dlm pentadbiran negeri. Bagi saya ini yg harus kita lihat.. cuba tgk2 keptusan yg pernah dia buat, bukankah lebih memihak kepada kaum bukan bumi, kes babi, kes pungutan derma, kes perlantikan kroni2nye (opp… kroni tak salah kata pas so ok lah.. takde kes) dan lain2 kes.. ini yg merisaukan kita..

  9. Sebab student uitm buat bantahan tentang idea buduh kalid nie, si kalid sanggup melabelkan budak2 uitm sbg “otak belacan”….

    Kenapa dia x labelkan kaki2 pukol PKR kt permatang pauh tuu sbg “otak belacan”??? Mereka (kaki pukol PKR) lah yg seharusnya diberikan gelaran tersebut kerana memukol jurugambar + perempuan yg x bersalah….

  10. Ehh… bukankah org yg buat kerja pukul memukul ni bukan org PKR ker? Azmin yg cakap kat parlimen.. tak mengaku selagi belum dibuktikan… pirahhh…. benggang juga rasa. taknak mengaku lagi… ni maknanya pemimpin buta mata tak nampak, buta hati taknak mengakui.. bukankah lebih elok memgakui kesilapan, minta maaf dan ambil tindakan utk memperbetulkan keadaan, baru nampak kita ni parti bertangungjawap.. kalau begini sikap pemimpin PKR, nyata dan jelas PKR parti yg tidak bertanggungjawap, tidak berani memikul tgjawb, tidak ada keiklasan nak memperbetulkan kesilapan diri, angkuh dan sombong seolah2 mereka tidak akan buat silap, mereka maksum, begitu juga sikap mereka bila ahli exco mereka ditahan BPR, mati2 tak mengaku lepas tu lebih buruk lagi perangai terus menuduh dan mnyalahkan BPR, kata ini rancangan menjatuhkan PKR.. bukankah ini kerja org tak mahu bertanggungjawap, lari dari masalah, pindah kesalahan kepada org lain.. maka adalah wajar kita memikirkan semula sokongan kpd PKR. Apakah sebenarnya mereka ini layak utk diangkat menjadi pemegang amanah, pemegang kuasa utk mentadbir dan menguruskan rakyat.. hal kecikpun takleh nak pikul apatah lagi tangungjawap yg lebih besar.. mampukah?

  11. Kalau boleh kata UITM otak belacan,

    Kita boleh kata “Kalid otak BABI”. tak salah,
    Kerana perkara pertama yang menjadi agenda beliau selepas menang:

    WAWASAN BABI Selangor,-bersama Hasan Ali. Siang, malam hari2 pagi petang memikirkan bagaimana nak majukan babi.

  12. buat takapalah,

    yang Khalid sebutkan “otak belacan” itu adalah “PELAJAR-PELAJAR” UiTM, bukan utk seorg “PELAJAR” (setiausaha ADUN PKR sahaja)..so, mmg patut pun mereka terasa, saya selaku ex-student pun amat terasa..

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: