Insyallah, Kerajaan Boneka DAP di Perak bakal Tumbang!!

Sahabat seperjuangan sekalian, banyak-banyakkan berdoa dan solat hajat kerana kerajaan boneka DAP di Perak bakal tumbang. Ini berikutkan penahanan 2 orang exco kerajaan negeri Perak berikutan salahlaku rasuah wang dan rasuah seks yang dilakukan mereka.

Kedua-dua exco itu dikatakan daripada PKR telah ditahan oleh BPR atas tuduhan rasuah melibat project bernilal RM 180 juta di Seri Iskandar Perak. Mereka dikatakan menerima rasuah sehingga lebih RM 100 ribu seorang.

Jika kedua-dua ini didapati bersalah setelah dibicarakan, maka Pakatan Rakyat tidak lagi mempunyai majoriti mudah di Perak. Ini akan membolehkan BN membentuk kerajaan negeri yang baru.

Sama-samalah kita berdoa agar kerajaan boneka Perak ini tumbang. Mungkin ini salah satu petanda BALA yang diturunkan ALLAH kepada pemimpin Pakatan Rakyat (Anwar anak Ibrahim) yang takut bersumpah laknat.

Anda sekarang boleh lihat sendiri bertapa gelojohnya pemimpin PKR yang baru memegang kuasa tidak sampai enam bulan tetapi telah menerima rasuah hingga ratusan ribu ringgit.

Advertisements

9 Responses

  1. Insyaallah….kebenaran akan terserlah sikit hari lagi….

  2. sama2 dokan DAP tumbang..komunis harus diusir dari bumi Malaysia…walau dgn darah sekalipun…

  3. cuba kita tengok web didominasi PR, dgn pantas MB Perak dan juak-juaknya berkata, itu baru penahanan, baru direman, belum tentu salah. Oh…jika exco PR yang ditangkap atau ahli PR bantai orang, baru kena tangkaplah, belum tentu salahlah….b.mana ulasan mereka jika Exco atau Menteri kena tangkap? Heboh sedunia! Betul tak kawan-kawan?

  4. Ya Allah selamatkan lah negara kami, bangsa kami dan agama kami dari musuh-musuh Islam. Sekiranya kerajaan PR di negeri Perak ini bersifat khianat dan tidak benar2 menperjuangkan agama Islam seperti yang dilaung dan dijanjikan oleh mereka maka Ya Allah engkau tariklah kuasa mereka dan serahkan kepada yang benar2 berhak. Amin.

  5. betul tu bentayan.. mereka selalu tidak adil dalam menghukumi orang..kalau orang umno atau bn yang kena.. cepat cepat kutuk dan di caci di dalam ceramah..tetapi kalau batang hidung sendiri yang kena,, macam macam dalih yang diberi..

  6. Yea itulah yang ditunggu oleh orang Perak. Jika kerajaan Pakatan Rahsia berjaya di tumbangkan maka ia satu rahmat kepada orang warga Perak. Jijik melihat MBB Nizar memerintah seumpama pembaca berita di TV yang mana skripnya di tulis oleh kafir harbi …

  7. Dulu Yb nizar bila ditawar untuk bekerjasama sesama saudara islam ditolak mentah2…la ni apa nak jadi…kita selalu mendengar orang yang tamak akhirnya kan kerugian juga…

  8. Tuhan Maha mengetahui,
    Ini balasan kpd barisan pemimpin Pakatan di Perak, terlalu angkuh, sombong apabila ditawar Tajol Rosli apabila BN dpt memerintah Perak akan dikekalkan Nizar sebagai MB beliau terlalu angkuh akan terus bersama Pakatan forever and ever….malah isterinya membuat posting menyatakan beliau GELI HATI apabila Tajol menawarkan post MB kepada Nizar! apa nak geli saya pun tak tahu . Org kata mereka suami isteri tergolong org yg kuat pegangan ugama tak kan begitu sekali menghina org BN. Sekurangnya cakap ada lah alas sedikit kalau teruk sekali bencinya kpd BN , org Bn islam juga sama melayunya kalau kafir lainlah.

  9. seandainya memang ketentuan Allah kerjaan negeri perak balik kepada BN UMNo, saya mendoakan agar kerajaan BN UMNO menjadi lebih baik dari dahulu, diharapkan segala keburukan dan kesilapan lampau tidak diulangi, berkhidmatlah demi agama, bangsa dan tanahair seiklas hati, buanglah segala sifat dan kelakuan yg tak elok dulu.. jadilah insan pejuang sebaik mungkin, jadilah cth kepada perubahan dlm UMNO BN, berikan imej baru kepada UMNO… Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: