PAS mesti pastikan Anwar Kalah jika mahu Hadi Awang menjadi PM ke-6

Anwar sibuk mencanangkan bahawa dia adalah bakal Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (baca syaitan) berjaya membentuk kerjaan dengan majoriti mudah. Kejayaan Anwar membeli ahli Parlimen mata duitan dan gila kuasa akan menwujudkan semua kerajaan yang paling korup dalam sejarah negara Malaysia. Ini kerana Anwar telah “main belakang” dalam usaha membentuk kerajaannya.

Sejak Pilihanraya kecil Permatang Pauh, tidak lekang daripada mulut Anwar anak Ibrahim ini menyatakan bahawa dia adalah selayak-layaknya menjadi Perdana Menteri.

Ramai pengikut dan pemimpin PAS yang tidak senang dengan ceramah-ceramah dan dakwaan oleh Anwar yang dia telah diterima oleh semua pemimpin Pakatan Rakyat (baca syaitan) untuk menjadi Perdana Menteri, Hakikatnya, PAS tidak pernah mengatakan persetujuan bahawa Anwar patut menjadi Perdana Menteri. Pada Muktamar PAS baru-baru ini, kedengaran suara-suara dalam PAS yang mahu presiden PAS menjadi Perdana Menteri.

Jika pengikut dan penyokong PAS ingin melihat presiden mereka iaitu Hadi Awang menjadi Perdana Menteri, mereka sepatutnya memastikan bahawa Anwar tewas dalam pilihan raya kecil ini.

Jika benar pada 16/09/2008, terdapat lebih 30 ahli parlimen mata duitan dan gila kuasa yang akan melompat parti masuk Pakatan Rakyat, maka hanya Lim Kit Siang dan Hadi Awang yang layak menjadi Perdana Menteri. Ini kerana secara automatiknya, Azizah selaku Presiden PKR tidak layak dilantik sebagai Perdana Menteri. Kegagalan Anwar anak Ibrahim memenangi pilihanraya Permatang Pauh menambahkan lagi peluang Hadi Awang dilantik sebagai Perdana Menteri.

Jika calon untuk Perdana Menteri hanya terdiri daripada Hadi Awang (PAS), Lim Kit Siang (DAP) dan mungkin Azmin Ali (PKR), peluang untuk Hadi Awang menjadi Perdana adalah amat besar.

Saya yakin Ahli Parlimen Melayu dalam Pakatan Rakyat akan lebih memihak untuk melantik Hadi Awang sebagai Perdana Menteri berbadnung Lim Kit Siang kafir harbi.

Jadi, saya menyeru pengikut PAS yang betul-betul ingin melihat pemimpin PAS menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 agar menolak Anwar anak Ibrahim di Permatang Pauh.

Saya sebagai orang yang tidak berparti dan memperjuangkan bangsa Melayu Islam lebih suka pemimpin PAS menjadi Perdana Menteri berbanding Anwar anak Ibrahim yang merupakan proksi Yahudi dan US. Sekurang-kurangnya, saya yakin PAS tidak mudah dijadikan alat oleh kafir harbi seperti Anwar anak Ibrahim. Saya cuma risau sekiranya PAS diperkudakan oleh DAP kafir harbi sahaja jika menjadi Perdana Menteri tetapi saya harap PAS akan berubah menjadi lebih matang dan berpandangan jauh sekiranya diberi peluang memerintah Malaysia.

Advertisements

8 Responses

  1. “Maka bala-Nya dijelmakan- ANwar. akibat sikap pemimpin yang lalai & mengantuk”

    Tiada siapa boleh nafikan: MASYARAKAT STABIL
    Keamanan dan keseimbangan ekonomi dicapai selama ini hasil kerjasama PELBAGAI KAUM Malaysia di bawah BN.

    Usaha pelaburan asing ke Malaysia, mewujud industri mcm HICOM dsb., menegakkan/menggaji guru2, universiti, perkhidmatan awam, polis, hospital,SEKOLAH?

    Menurut Anwar:
    BN dan UMNO zalim 50 tahun memerintah, DEB korup dsb; Satu petanda pemerintahan tidak adil Anwar masa depan. Mana boleh orang korup 50 tahun, memajukan diri. Allah turun bala akibat ketidakadilan.UMNO dulu pembela bangsa dan agama kini ‘hakmilik’ golongan elit memperjuang hak2 golongan elit. Kesimpulan

    “Anwar adalah bala”

    yang dijelmakan akibat kezaliman pemimpin lalai, tetapi

    “bukanlah pilihan PM bagi Malaysia”

    Dr. Mahathir tak memerlukan ‘bala’ untuk bertindak kerana dia ingat ayat2 Allah.

    “bangsa itu perlu merubah nasibnya” –LALU MEWUJUDKAN HALATUJU MAJU KADEPAN, MENJADI LEBIH BAIK & BERJAYA.

    CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG- kepada seluroh ahli masharakat. Bukan kepada SCOMI dan KHAIRI.

  2. Saya juga adalah sebahagian dari rakyat yg sedang bergelut dgn kekacaun dlm pimikiran bila mendengar, membaca dan meneliti perkhabaran didlam blog blog yg ujud hari ini.. Disebalik Cerita kelembikan PakLah, wujud juga cerita kelebihan PakLah, disebalik cerita keburukan khairi ada juga terselit kebijakanya.. tapi dlm cerita Anwar Ibrahim.. sya tidak nampak kebaikannya.. yg ada kehebatannya memutar belit dan menjual minyak angin membohongi rakyat dgn tawaran harga minyak akan diturunkan.. Saya secara peribadinya memang tak suka PakLah terus jadi PM, saya juga tidak seronok melihat Najib jadi PM tapi saya risau dan dan amat takut kalau Anwar jadi PM. Risau nasib anak bangsa, risau nasib agama islam.

  3. washad,kita serupa! tambah satu lagi,saya risau jika DAP jadi PM (memang takkan jadi)..tapi sbnarnya saya risau (baca kita semua) akan risau bila DAP mintak portfolio Menteri-Menteri penting macam Pendidikan,Kewangan,Perdagangan dsb..pada masatu,PAS nak dapat PM pun belum tentu…..dah kerusi parlimen paling sikit tak payah nak kelentong orang kampung nak jadi PM,tak payah berangan.entahkan dapat portfolio menteri sampah…tidak dapat tidak PKR akan jadi PM,itupun kalo Anwar menang (sudah pasti)..harap penyokong PAS pecah undi,undilah calon AKIM..

    jangan biarkan Hidden Hand menguasai Malaysia melalui telunjuk AS yg menyokong kuat Anwar

  4. Anwar jadi PM maka makin byk lah kes liwat dilaporkan dlm akhbar…..punca nya bila buat x de bukti…kalau kes rogol ada gak nmpk perut besar ada isi…he!he!he!

  5. Kalaulah perkara terburuk berlaku, dan aku terpaksa memilih antara Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Lim Kit Siang, sudah tentulah HADI AWANG yang aku pilih bagi menjamin Islam dan Ummah.

    Tapi kalau Hadi Awang sendiri sanggup memperjudikan Islam dengan memilih Anwar macamana?

    Anwar kalau sekali dapat naik, ingat dia mcam Paklah? Lepas semua orang buat kerja masing2, Pak Lah tak kacau.

    Kalau Dr M tu dikatakan diktator, aku lihat Anwar berganda2 dari itu. Dr M dikatakan diktator sebab disiplin yang ketat dan pemantauannya yang teliti. Tapi Anwar ni nampaknya lain. Belum jadi PM pun dah nampak degil semacamnya. Ni ka orang yang dikatakan nak bagi ketuanan pada rakyat?

    10% bilangan Melayu di UITM pun sanggup dikurangkannya.

    Sumpah mubahalah sanggup ditolaknya tak hiraukan penyokong2nya yg mati2 ingatkan dia berani bersumpah.

    Demokrasi Amrika sanggup dibawanya ke Malaysia.

    Nak sebut pun tak larat dah.

    Tak tau la apa bala yg nak menimpa kita ni nanti. Penyokong2 dia macam zombie dah, tak nampak apa yg lain.

  6. abang rem58.. saya tak risau lim kit siang atau lim guan eng jadi PM sebab tak itu tak mungkin berdasarkan perlembagaan satakat yg saya tahu depa tak boleh jadi pm. Yg kita bimbang kalau melayu penjual bangsa yg jadi pm. Bila penjual bangsa ini jadi PM maka pembeli bangsa pulak akan mengambil peluang mengubah keadaan dan perlembagaan negara agar mereka dapat peluang utk menjadi PM, juga dgn kuasa membeli mereka, mereka akan membeli hak2 org melayu islam dan bumiputra dari pemegang kuasa (PM dan rakan AP) yg memang penjual bangsa. Akhirnya anak2 bangsa kita, cucu2 kkta akan menangung kesengsaraan diatas kenaifan kita hari ini… nauzubiilah..

  7. Kepada semua yg minat mengikuti perkembagan politik negara..

    seruan saya jadilah pejuang islam bukan pejuang politik. tak kiralah jika anda duduk dalam UMNO, PAS atau PKR…

    Saya tak kisah siapa pun jadi PM malah Lim Guan Eng sendiri pun jadi PM saya redha asalkan dia menerima perundangan islam.

    jangan pertikaikan dia islam atau tidak sebab kalau kita faham pembentukan negara islam ianya berlaku tidak berasaskan kepada idea pemimpim tetapi kepada nilai amanah sahaja.

    Jadi PM ni kalau ikut islam mudah sebab PM nie kerja dia sebagi petugas dan pegang amanah.. tak payah pecah kepala macam pak lah atau mahadir…

    yang jadi susahnya bila kita tak pakai islam maka susahlah kita nak perah otak fikir macamana nak buat… tetapi kalau awal-awal lagi kita kata islam tak sesuai maka jadi kafir harbilah..jawapnya. nak tau bagaimana cara yg benar maka carilah ilmu bagaimana nabi muhamad memperluaskan pembukaan negara islam kepada negara yg bukan islam… jadinya Samy Vellu sekalipun kalau nak jadi PM sudah pasti saya sokong kalau dia menerima apa yg islam anjurkan… senang jer jangan pening kepala.. kalau nak lagi relaks bawak pergi belajar macamana nak tadbir cara islam yg sudah tentu menguntungkan orang islam dan orang bukan islam yg paling beruntung kalau dia menyedari bahawa cara islam adalah menguntungkan mereka. sekian

  8. PAkCik warga emas.. ada yg saya setuju tapi ada yg saya tak bersetuju, saya setuju pemimpin mesti meletakan islam ditempat pertama sebagai addin.. yg saya tak setuju bila pakcik kata tak kesah siapapun jadi PM.. dalam islam, bolehkah kita biarkan org bukan islam jadi ketua? Maksud saya dlm kontek dan keadaan negara kita sekarang.. lainlh kalau takde org islam yg layak. Hari ini politik yg menentukan pemegang kuasa pemerintah jadi utk perjuangkan agama maka tidak dapat lari dari berjuang dgn wadah politik, memang dakwah boleh perjuangkan tanpa politik tetapi politk tidak boleh ditinggalkan, Politk itu satu dari cabang atau aspek yg melengkapkan agama, kalau politik diasingkan maka tidak syumul lah agama islam. Satu lagi, apakah jaminan yg org nonmuslim bila diangkat menjadi PM akan terus memelihara kedaulatan agama? apakah sikap yg ditujukan oleh pemimpin DAP hari ini menunjukkan mereka mendaulatkan islam? tindakan hindraf? majlis peguam? PKR? adun2 DAP? Inilah yg kita ingin ingatkan kpd bangsa dan umat islam. Kalau kafir yahudi itu bileh dilantik menjadi pemimpin dan kuasa memrintah umat islam, mengapa Allah memberi amaran tentang yahudi ini? Pasti ada sesuatu kalau tidak tuhan tidak akan memberi amaran kepada kita, jgn kerana hanya lim guang eng sebut pasal aml makruf nahi mungkar, kita terus memberikan 100% keprcayaan pd dia.. simpan sikit kewaspadaan.. takut dikaburi pandangan.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: