PAS mesti pastikan Anwar Kalah jika mahu Hadi Awang menjadi PM ke-6

Anwar sibuk mencanangkan bahawa dia adalah bakal Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (baca syaitan) berjaya membentuk kerjaan dengan majoriti mudah. Kejayaan Anwar membeli ahli Parlimen mata duitan dan gila kuasa akan menwujudkan semua kerajaan yang paling korup dalam sejarah negara Malaysia. Ini kerana Anwar telah “main belakang” dalam usaha membentuk kerajaannya.

Sejak Pilihanraya kecil Permatang Pauh, tidak lekang daripada mulut Anwar anak Ibrahim ini menyatakan bahawa dia adalah selayak-layaknya menjadi Perdana Menteri.

Ramai pengikut dan pemimpin PAS yang tidak senang dengan ceramah-ceramah dan dakwaan oleh Anwar yang dia telah diterima oleh semua pemimpin Pakatan Rakyat (baca syaitan) untuk menjadi Perdana Menteri, Hakikatnya, PAS tidak pernah mengatakan persetujuan bahawa Anwar patut menjadi Perdana Menteri. Pada Muktamar PAS baru-baru ini, kedengaran suara-suara dalam PAS yang mahu presiden PAS menjadi Perdana Menteri.

Jika pengikut dan penyokong PAS ingin melihat presiden mereka iaitu Hadi Awang menjadi Perdana Menteri, mereka sepatutnya memastikan bahawa Anwar tewas dalam pilihan raya kecil ini.

Jika benar pada 16/09/2008, terdapat lebih 30 ahli parlimen mata duitan dan gila kuasa yang akan melompat parti masuk Pakatan Rakyat, maka hanya Lim Kit Siang dan Hadi Awang yang layak menjadi Perdana Menteri. Ini kerana secara automatiknya, Azizah selaku Presiden PKR tidak layak dilantik sebagai Perdana Menteri. Kegagalan Anwar anak Ibrahim memenangi pilihanraya Permatang Pauh menambahkan lagi peluang Hadi Awang dilantik sebagai Perdana Menteri.

Jika calon untuk Perdana Menteri hanya terdiri daripada Hadi Awang (PAS), Lim Kit Siang (DAP) dan mungkin Azmin Ali (PKR), peluang untuk Hadi Awang menjadi Perdana adalah amat besar.

Saya yakin Ahli Parlimen Melayu dalam Pakatan Rakyat akan lebih memihak untuk melantik Hadi Awang sebagai Perdana Menteri berbadnung Lim Kit Siang kafir harbi.

Jadi, saya menyeru pengikut PAS yang betul-betul ingin melihat pemimpin PAS menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 agar menolak Anwar anak Ibrahim di Permatang Pauh.

Saya sebagai orang yang tidak berparti dan memperjuangkan bangsa Melayu Islam lebih suka pemimpin PAS menjadi Perdana Menteri berbanding Anwar anak Ibrahim yang merupakan proksi Yahudi dan US. Sekurang-kurangnya, saya yakin PAS tidak mudah dijadikan alat oleh kafir harbi seperti Anwar anak Ibrahim. Saya cuma risau sekiranya PAS diperkudakan oleh DAP kafir harbi sahaja jika menjadi Perdana Menteri tetapi saya harap PAS akan berubah menjadi lebih matang dan berpandangan jauh sekiranya diberi peluang memerintah Malaysia.

Advertisements