“Percanggahan ketara” dalam kes liwat Anwar anak Ibrahim

Terdapat banyak ulasan-ulasan yang dikeluarkan oleh pengikut PAS totok dan PKR kental yang mempersoalkan kes liwat Anwar anak Ibrahim. Jadi, marilah sama-sama kita mengkaji “percanggahan” yang diwar-warkan oleh penyokong setia Anwar anak Ibrahim.

1. Mereka mempersoalkan bahawa tarikh liwat yang dinyatakan oleh Saiful adalah salah. Memang diakui bahawa Saiful tersasul semasa menyebut tarikh pada bulan Ogos. Berapa ramai daripada kita yang pernah tersasul tarikh. Ramai orang yang saya kenal termasuk pegawai tertinggi yang berpengalaman berpuluh tahun dalam MNC pun tersasul tarikh apabila membuat “presentation” yang penting. Inikan pula si saiful yang baru berusia 23 tahun.

Contoh yang lebih baik ialah apabila orang nak menikah. Bercinta dah lebih 7-8 tahun, tetapi apabila berdepan dengan tok kadi boleh lupa nama bakal isteri. Sampai terpaksa akad nikah 3-4 kali. Ini memang contoh tipikal bagi kita umat Islam. Tapi, apa yang penting Saiful telah membetulkan tarikh tersebut semasa melakukan sumpah tersebut. Jadi ini tidak menjadi isu langsung.

2. Kononnya terdapat perbezaan antara tarikh yang dinyatakan oleh Saiful dalam sumpah itu dengan laporan polis yang dibuatnya. Mari kita kaji perkara tersebut:

Ini adalah salinan sumpah laknat Saiful yang boleh didapati di laman web ini.

” Wallahi Wabillahi Watallahi ….Saya, Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim pada 26-6-08 iaitu pada tarikh tersebut Dato Seri Anwar IBrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta atas pengakuan ini maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat “–
—————————————————-

Ini pula laporan polis yang pernah disiarkan dalam laman web ini:

“Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim – Ketua Umum PKR.”

Laporan polis bernombor 4350/08 Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur ini telah dibuat pada 28 Jun 2008 pukul 5.45 petang di Hospital Kuala Lumpur oleh Mohd Saiful Bukhari bin Azlan pemegang mykad 850706-01-5687.
———————————————————-

Dalam laporan dan sumpah tersebut, menyebut tarikh yang sama, iaitu Anwar Ibrahim pernah meliwat Saiful pada 26/06/2008. Dalam sumpah laknatnya, Saiful tidak menyatakan bahawa 26/06/2008 adalah kali terakhir dia diliwat. Ini tidak juga bermakna bahawa Saiful pertama kali atau kali terakhir diliwat oleh Saiful pada tarikh tersebut. Dalam sumpah itu, tidak dinyatakan samada ianya yang pertama atau terakhir, tetapi ramai penyokong tegar Anwar cuba memanipulasikan fakta bahawa ianya bermaksud pertama kali diliwat. Hakikatnya, sumpah Saiful itu adalah secara amnya telah berlaku aktiviti liwat oleh Anwar anak Ibrahim pada tarikh tersebut.

3. Suka-sama-suka liwat atau siapa rogol siapa adalah satu lagi kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar anak Ibrahim sendiri. Semasa pertuduhan diibacakan oleh mahkamah ke atas Anwar tidak pernah dinyatakan secara jelas atau sah dakwaan Anwar mengenai suka-sama-suka liwat. Ianya hanya dimanipulasi oleh Anwar untuk meraih sokongan penyokong tegarnya yang rendah IQ bagi mempersoalkan jika ianya suka-sama-suka kenapa hanya dia yang didakwa. Apa yang saya nampak, Saiful sentiasa konsisiten dengan dakwaannya. Sila rujuk semula sumpah dan laporan polis Saiful, kedua-duanya dengan jelas menyatakan bahawa dia diliwat secara tidak rela.

4. Ramai yang mempersoalkan kenyataan Najib mengenai tarikh Saiful datang menemuinya dengan dakwaan liwat. Dibawah adalah keratan akhbar mengenai isu ini.

KUALA LUMPUR 3 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Mohd. Saiful Bukhari Azlan telah menemui beliau untuk mengadu hal bahawa dirinya diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim…..

Timbalan Perdana Menteri berkata, Mohd. Saiful berjumpa di rumahnya beberapa hari sebelum dia membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

‘‘Saya mula-mula tak berapa yakin dan skeptikal, sama ada cerita ini benar ataupun tidak, jadi saya serah kepada dia dan serah kepada polis untuk menentukan apa-apa tindakan selanjutnya…..

Ditanya bagaimana keadaan Mohd. Saiful ketika pertemuan itu, Najib yang percaya pemuda itu memilih untuk menemui beliau kerana mengenali pegawai khasnya (Khairil Anas Yusof), berada dalam keadaan trauma dan ketakutan serta ‘seram sejuk.’
———————————————————

Apabila Saiful menemui Najib dia mendakwa telah diliwat oleh Anwar Ibrahim 2-3 hari sebelum membuat laporan polis pada 28/06/2008. Ini bermakna bahawa Saiful memberitahu bahawa dia pernah diliwat berkali-kali oleh Anwar anak Ibrahim iaitu sebelum 26/06/2008. Kali terakhir Saiful diliwat ialah 26/06/2008 iaitu selepas Saiful menemui Najib dan kemudian Saiful membuat laporan polis pada 28/06/2008. Sekali lagi ianya konsisten.

5. Saiful diliwat pertama kali apabila disoal oleh wartawan. Apabila menjawab soalan wartawan adakah dia pertama kali diliwat. Ianya bukan bermaksud bahawa pada 26/06/2008 adalah kali pertama dia diliwat. Apa yang cuba disampaikan oleh Saiful ialah Anwar adalah orang pertama yang pernah meliwatnya. Kenyataan Saiful ini dibuat adalah bertujuan untuk membersihkan namanya yang dikatakan “gay” oleh pengikut Anwar anak Ibrahim. Jadi sekali lagi tiada percanggahan disini. Ianya bermaksud bahawa Anwar anak Ibrahim adalah manusia pertama yang pernah meliwatnya dan bukan bermaksud pertama kali diliwat pada 26/06/2008.

Berikut adalah sedutan soalan tersebut:
Wartawan: Ada yang kata lebih daripada sekali.
Mohd Saiful: Itu saya akan beri keterangan di mahkamah.
Wartawan: Betul kamu buat pemeriksaan di Pusrawi?
Mohd Saiful: Itu saya akan jawab di mahkamah.
Wartawan: Kenapa pada mulanya kamu pergi ke Hospital Pusrawi?
Mohd Saiful: Itu keterangan di mahkamah nanti.
Wartawan: Tapi betul Saiful pergi ke Pusrawi hari itu?
Mohd Saiful: Keterangan di mahkamah. Saya akan bagi keterangan. Dan iyalah, saya bukan seperti Datuk Serri Anwar Ibrahim ingin melaksanankan media trial, jadi saya akan memberikan keterangan saya dan bekerjasama semasa di mahkamah nanti.
Wartawan: Ini kali pertama kamu diliwat?
Mohd Saiful: Ya, pertama kali.

6. Ada yang mempersoalkan kenapa Saiful yang muda dan gagah berusia 23 tahun boleh diliwat oleh Anwar anak Ibrahim yang berusia 61 tahun. Saya rasa pertama kali Anwar meliwat Saiful apabila membuat Saiful ke luar negara. Saiful yang mungkin tidak pernah keluar negara sudah tentu berasa terhutang budi kepada Anwar apatah lagi dia hanyalah “coffee boy”. Dengan ketrampilan Anwar yang tampak berkarisma dan sentiasa menjadi pujaan Saiful, maka apabila Anwar “slow talk” maka Saiful menjadi serba salah untuk menolak permintaan Anwar tersebut. Tambahan pula, Saiful berada di luar negara dan tidak tahu ke mana hendak mengadu perkara tersebut. Jika berlaku di Singapura atau Hong Kong, aktiviti homeseks ini telah diterima secara tidak langsung disana. Jadi, Anwar menggunakan kelebihannya dan kelemahan Saiful pada masa itu untuk menguasai Saiful dan seterusnya berjaya meliwat Saiful. Jadi, tidak timbul isu gagah perkasa atau tidak yang pasti semasa perkara tersebut berlaku, minda Saiful amat lemah sekali sehingga berjaya dikuasai oleh Anwar.

Kenapa penyokong tegar PAS, tidak menyoal kenapa ramai perempuan IPTA bertudung yang berzina sehingga melahirkan anak luar nikah. Kenapa mereka ini dengan rela mengadaikan diri mereka kepada kekasih mereka. Kenapa gadis yang mempunyai cukup didikan agama dan berjaya dalam akedmik ini tidak melawan semasa kejadian tersebut. Hakikatnya sama, mereka lemah iman dan tergoda dengan nafsu dan tiada kaitan dengan sama ada mereka mempunyai didikan agama yang cukup dan minda yang pintar ataupun tidak.

Beruntung sungguh Saiful ini, walaupun hanya “coffeboy” dia dapat layan an yang cukup istimewa daripada majikannya. Bukan hanya dibawa ke luar negara dan tinggal di hotel mewah, malah Saiful mampu pula tinggal di kondominium mewah yang hanya mampu didiami oleh mereka yang berpendapatan RM5 ribu ke atas. Tidak cukup dengan itu, dia juga mempunyai majikan yang cukup prihatin kerana sentiasa mengambil berat tentang dirinya dengan meliwati… ops melawatinya selalu.

Majikan orang lain tidak prihatin seperti Anwar ini, anda mungkin pernah membuat jamuan besar-besaran untuk meraikan sesuatu upacara. Tidakkah anda rasa kadang-kadang agar susah untuk majikan anda memenuhi jemputan anda. Majikan anda mungkin lebih sibuk daripada Anwar yang merupakan Ketua Umum Pakatan Rakyat kerana mereka sentiasa tidak dapat memenuhi undangan anda.

Advertisements

16 Responses

  1. Salam.

    mereka memang nak media trial.

    mahkamah nanti segala-galanya akan terjawab. penyokong2 PAS tu takleh tunggu ka. kan sabar tu separuh dari iman.

    pasal apa depa ni terburu2 semacam. pilihanraya ke 13 pun takleh nak tunggu. tak sabar. nak kerajaan yg didirikan oleh katak-katak juga.

  2. Just wonder why as a MUSLIM,Anwar and family and their MUSLIM supporters BERMATI-MATI mempertahankan Raja Petra,BAla and Dr Mynamar when they make a PERAKAUAN BERSUMPAH but accused Saiful a liar when he make a PERAKAUN BERSUMPAH WITH HIS GOD’S NAME?? Why?? Maybe he doesnt believe ALLAH’s way??..

  3. Just wonder kenapa anwar,keluarga dia dan semua penyokong da yg beragama islam bermati-matian mempertahankan PERAKUAN BERSUMPAH BALA,RAJA PETRA,DR MYANMAR tetapi menafikan sekeras-kerasnya PENGAKUAN BERSUMPAH yang dibuat oleh SAIFUL dengan nama ALLAH??
    Adakah mereka lebih percaya PENGAKUAN BERSUMPAH Mahkamah daripada PENGAKUAN BERSUMPAH dengan nama ALLAH??

  4. Yeah just wait you … I’ll wait…
    I believe eventually Anwar will be cleared and declared innocent.

    And I am very eager to wait on what will happened to people like Badawi, Najib, Khairy, Musa Hassan, Patail, Syed Hamid, Hishamuddin and of course saiful when PR takes over the government… Just wait

  5. Bila nafsu menguasai diri… hilang segala pedoman… apatah lagi nafsu tamakkan kuasa… raja segala nafsu… semua diredahnya..

  6. hello kuning merah,
    dah jelas PKR amalkan politik balas dendam. x sabar nak tgk apa jd kat musuh2 politik anwar bila beliau dah berkuasa. sedangkan nabi yg kena hadapi peperangan, patah gigi, kena rejam batu masa kat taif, kena baling dgn najis pun x balas dendam pd penduduk mekah lepas baginda takluk mekah. ni si buar yg baru lebam biji mata dah gila nak balas dendam. kalau guru kencing berdiri, murid kencing berlari. perumpamaan ni sesuai utk penyokong2 PKR.

  7. nasib baik aku tak kenal mamat kuning merah nie..
    Kalau tak mmg aku pon tunggu..

    Aku nak tenggok mamat pendendam macam dier nie..

    Nier contoh rakyat Malaysia yang Xboleh pakai..
    Sifat Dendam dan buruk hati..

  8. […] 19, 2008 Ikuti artikel oleh antidap.wordpress.com -disini- atau baca terus […]

  9. setuju dgn iskandar…kekadang tergelak jgak bila dgr dolak dalih si Brader Anwar Bin Ibrahim…makin lama makin merapu…

  10. EDISI KANTOI NIE..CAMNER BOLEH JUMPA NAJIB MONGOLIA 25HB UNTUK MENGADU KENA LIWAT..SEDANGKAN SI SAYFOOL KENA LIWAT 26 HB?!?!?!-p/s : teringin nak tengok juak-juak UMNO kasi komen tentang perkara ini…ADA SAPA BERANI KAA???

  11. DDos
    Itu semua nanti saya bagi keterangan di mahkamah

  12. DDos.. merah kuning… hang ni cuba pikir sikit… takpayah nak saiful ke najib ke sapa2 yg lebih tinggi belajr dari kawan ni… kawan yg belajar sekolah atap ni tolong jawap… hang tak dgr ke saiful kata dia kena liwat beberapa kali bermakna sebelum 25 atau 26 dia dah kena liwat… hah… ni cth konsistennya cerita saiful… paham ka? 26 tu last…. kat msia.. ada org nampak dia kat kondo.. anwar kat kondo… kat oversea… siapa tahu? hahahaha…. mai gelakkan mamat ni… sapa yg kantoi???????

  13. washad, itu semua nanti saya bagi keterangan di mahkamah

  14. Of course semua orang tahu Anwar ni pandai berdolak dalik dan menggunakan strategi-strategi yang mungkin di pelajari daripada mahaguru-mahagurunya pertapaanya.

    Kepada Merah Bin Kuning

    Sudah tentunya idola anda sudah mempersiapkan fakta-fakta yang boleh memperbodohkan mahkamah syariah dan mahkamah sivil akan tetapi dapatkah beliau memperbodohkan mahkamah Allah ???

    Janganlah kerana taksub kepada seseorang anda diperbodohkan ….

    Keadilan semestinya harus di tegakkan akan tetapi jangan kerana keadilan kita di tikam dari belakang …

  15. haha kalo geng dia Raja Petra bersumpah takpa..tapi kalo Saiful bersumpah takbley plak!

    biasala politik pembangkang..apa kerajaan BN buat smua salah.tapi kalo depa buat smua boleh.

    aku suka mengingatkan mungkin pakatan politik kotor Khairy-Anwar..jangan lupa Pak Lah tolong Anwar dulu.berhati-hati dengan tali² barut US ni.

  16. Persatuan Ulamak Malaysia Pulau Pinang (PUM PP) merujuk kepada isu sumpah (mubahalah) yang telah dilafazkan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan (pendakwa – mudda’i) berhubung pertuduhan liwat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.

    PUM PP berpandangan adalah tidak wajar mempolitikkan isu sebegini dan pihak-pihak tertentu yang menggunakan nama Islam dan Syariah untuk kepentingan tertentu harus berhenti sama sekali dari berbuat demikian.

    PUM PP menyarankan agar isu ini diselesaikan mengikut peraturan dan Syariat Islam sepertimana yang digariskan dalam undang-undang Syariah Islam jika benar pihak terbabit ikhlas mahu menyelesaikannya mengikut lunas-lunas Islam.

    PUM PP menyatakan pendirian bahawa bersumpah dengan memegang al-Quran tidak ada dalam tradisi dan Syariat Islam dan tidak wajar dicampur-adukkan dalam sumpah yang dilakukan itu.

    PUM PP juga menyatakan bahawa pendakwa (Saiful) tidak ada keperluan untuk melafazkan sumpah memandangkan beliau adalah di pihak yang membuat pertuduhan.

    Dalam Syariat Islam, kes ini diklasifikasikan sebagai kes Hudud (dalam bab zina) dan pendakwa wajar membawa bukti mengikut Syarak bahawa perlakuan liwat berlaku dan perkara ini akan dibicarakan di mahkamah selaras kaedah feqah ‘al bayyinah alal mudda’i wal yaminu ala man ankara’ ? pihak pendakwa perlu mengemukakan bukti (empat orang saksi) manakala yang menafikan dikehendaki bersumpah.

    Pada asasnya, Islam meletakkan peraturan yang jelas bagi memungkinkan keadilan dicapai melalui proses kehakiman dan pembuktian terlebih dahulu sebelum sebarang sumpah dilafazkan. Sumpah sebegini tidak wajar dilaksanakan sebelum proses kehakiman diselesaikan.

    Perkara yang berlaku ini akan memberi kesan buruk antara lain kepada perlaksanaan sistem kehakiman Syariah di Malaysia apabila pada masa akan datang pelbagai pihak boleh menggunakan ini sebagai ‘precedent’ bagi mendahulukan sumpah terutama dalam kes li’an sebelum proses kehakiman dapat dilakukan.

    Proses pembuktian dan pengadilan akan diketepikan dan pihak yang bersalah boleh memilih untuk menggunakan sumpah (yang tidak memerlukan pembuktian) bagi menyelamatkan diri dari penghukuman.

    PUM PP menyeru semua pihak agar tidak menggunakan nama Islam dan Syariah tanpa mengikuti peraturan Syariah yang sebenarnya bagi tujuan politik ‘Machiavelli’ mahupun kepentingan peribadi.

    PUM PP juga menyeru agar beberapa ulama dan agamawan untuk merujuk dan menerima pandangan ulama dan pakar lain sebelum membuat apa-apa kenyataan yang bakal memburukkan keadaan dan tidak memungkinkan proses keadilan dan penghakiman dapat dilaksanakan dengan sempurna di negara.

    Dalam hal ini dan apa juga masalah semua pihak digesa untuk merujuk kepada prinsip ta’awun seperti mana yang ditekan oleh al-Quran.

    Penulis adalah Yang Dipertua PUM PP

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: