Cabar Ulama/Pemimpin PAS bersumpah Mubahalah

Saya sudah bosan mendengar kenyataan-kenyataan tidak masuk akal daripada pemimpin PAS mengenai banyak isu dalam negara ini.

Untuk mengurangkan keserabutan saya dan umat Islam di Malaysia, saya mencabar ulamak dan pemimpin PAS bersumpah Mubahalah (sumpah laknat) dengan mengatakan bahawa mereka berjuang kerana agama Allah dan bukan kerana kepentingan peribadi dan kekuasaan politik. Mereka patut bersumpah bahawa mereka dan pengikut mereka akan di timpa bala bencana yang teruk sekiranya mereka ini menipu dan menggunakan agama Islam demi kepentingan politik yang sempit.

Saya ingin sekali melihat pemimpin PAS terutama sekali MBB Nizar dan Hassan Ali melakukan sumpah mubahalah ini.

Lebih baik lagi jika Nik Aziz, Hadi Awang dan Haron Din turut serta melakukan sumpah laknat ini. Saya berjanji jika pemimpin PAS ini melakukan sumpah laknat ini, saya akan menyokong perjuangan PAS dan akan memastikan laman web antidap.wordpress.com ini bebas daripada sebarang artikel yang mengkritik PAS.

Advertisements

13 Responses

  1. A’kum..

    Tu jadi pelik bila agama dah boleh kena spin dengan orang politik ni.

    Satu lagi nampak kalutnya orang2 ni bila kita secara terbuka membincangkan perselisihan pendapat dalam hukum Islam. Ustaz tu kata macam ni. Ustaz ni kata lain pulak.

    Bukankah dalam hal Anwar – Saiful ni ada 2 urusan dalam Islam.

    1. Mubahalah.
    2. Kes Mahkamah (Syariah).

    1. Mubahalah ni penyelesaian luar Mahkamah. Nak minta Tuhan sendiri yang selesaikan. Minta turun laknat bagi pihak yang bersalah. Sumpah itu sumpah mubahalah, bukannya sumpah mahkamah. Tak bolehlah bila cerita mubahalah, cerita macam prosedur mahkamah. Saksi dulu kah sumpah dulu kah.Kan kalut malut itu.

    Mubahalah tu satu, mahkamah syariah tu satu yang lain. Mubahalah tak perlu adanya qadi.

    Kes mahkamah syariah lainlah sumpahnya.
    Itu sumpah dalam mahkamah. Nak ada 4 saksi kah. Tidak perlukah. Kena ikut perbahasannya. Tetapi sumpah ada pemberatnya. Macam markahlah. Bila satu pihak dah bersumpah. Pihak satu lagi kena bersumpah untuk dapatkan pemberat yang sama. Yang ni ada qadi yang memutuskan.

    *Tapi tak perlulah Anti DAP frust sangat dengan depa ni. Mubahalah ni bukan perkara kecik. Cukuplah sumpah Saiful itu. Itu pun dah cukup berat dah. Kita tunggu Anwar saja. Yang lain tak payahlah.

  2. salam..maaf kalau mencela..tak d nafikan bahawa pengaruh DSAI memang kuat d kalangan rakyat..tp jng silap cuma kepda rakyat yg buta dan fantik dan keras hari saja..
    tp myg lucu sangat PAS sendiri dah kecik hati skg teramat terguris dek kena kencing olh org mcm ni..apa tdknya org lain mati2 buat web dan laman lidah rasmi khas buat pas tetiba saja dlm web tu semua cerita pasal anuar..
    ada sikit anuar sikit2 anuar ada saja kaitan terus anuar..so pasal parti pas sudah jadi anak tiri dlm harakadaily heheheh..kuat benor pengaruh anuar ni sampai ada kru khas dalam harakadaily tu..
    sampai skg kita tengok pas dah tegur dlm muktamar baru2 ini kenapa harakadaily asik cerita pasal PKR atau anuar? sian benor kan ,org lain cipta org lain pula dapat nama dan sanjungan..baik bungkus lah lama web harakadaily tu..muak tau hari2 buka semua cerita anuar saja..
    atau d cadangkan nama d tukar kepada penderhakadaily atau haraka PKR..sampai yg saya ni sendiri nak cari cerita pasal pas pun entah d mana sudah semua dlm harakadaily asik anuar saja..
    ada baiknya blog ini ulas sikit pasal hal ni…atau memang dah dtakdirkan pas akan berbagi dua kepada (PAS proanuar) dan (PAS biasa) dengar cerita pasai apa pengikut anuar ini byk pasal 65% ahli pas dah pindah parti kepada PKR beti kah tu..tak lama bunkus lah PAS d kemudian hari nanti..

  3. aku tak faham kenapa dengan UMNO yang berugama Islam dan sebangsa,, dia tolak untuk bekerjasama,,UMNO dikatakan munafiklah, parti kafirlah..tetapi dengan si DAP kafir harbi laknat tu, boleh pulak bersekongkol.Sanggup mereka bagi laluan kepada kafir harbi ni untuk hapuskan Islam di bumi Malaysia..adakah ini dikatakan satu perjuangan Islam?Kalaulah tak setuju dengan dasar Islam UMNO, tapi bukan sampai pi bersekongkol dengan kafir harbi laknat.Di dalam QUran pun Allah ada menyuruh RasulAllah unite dengan ahlulkitab atas dasar kepercayan bahawa Allah itu Tuhan satu dan mereka tidak mempersekutukannya…Kalau tak..tak boleh unite..Ni PAs,, menolak UMNO yang masih percayakan Allah itu satu, RasulAllah itu nabinya dan Islam itu agama yang benar… tetapi ditolak PAS untuk unite bersama demi menjaga maruah agama dan bangsa..malahan dia pi sekongkol plak dengan si kafir harbi laknatullah tu yang mahu Islam dihapuskan di bumi Malaysia ni..AStaghfiruAllah al 3athem..harap-harap Pas akan sedaq akan kesalahan besar mereka ini..

  4. Kalau Mahathir lah kena dakwa liwat,

    Nescaya Anwar, Nik Aziz, Haron Din, Hadi dbg, Ust Karpal, Ust Lim Kit akan memaksa Mahathir bersumpah.

    Macam kes kroni, kalau Nik Aziz takpa. Dia dianggap dewa. Macam Anwar.

    Saya Ulang:

    Kalau Mahathir lah kena dakwa liwat,

    Nescaya Anwar, Nik Aziz, Haron Din, Hadi dbg, Ust Karpal, Ust Lim Kit akan memaksa Mahathir bersumpah. Siang, malam penyokong2 nya akan mengeji sehingga Mahathir berani sumpah.

    Ulama??
    Ini lah yang menyebabkan orang2 Islam macam saya tak akan hormat PAS sampai bila2. Apakah Nik Aziz seorang sahaja ulama dalam dunia ini??

  5. Salam,

    Izinkan saya meluahkan apa yg terbuku didalam hati,

    Saya sejak kebelakangan ini merasa risau setiap saat. Apalah nak jadi dengan negara ini, nasib perjuangan Islam dan orang melayu. Jarum-jarum musuh dah masuk sampai ke hati puak-puak ni. Yang orang PASnya bercakap macam PKR, orang PKRnya bercakap macam DAP. Yang DAP masih DAP. Kesemuanya mengagungkan DSAI dan menganggap DSAI adalah segala-galanya.

    PAS sanggup mempertaruhkan Islam kerana kemaruk nak dapatkan kuasa. Tanpa ada kajian terperinci dan tanpa ada mandat dari rakyat sekalipun mereka sanggup bersubahat mengkhianati rakyat Malaysia dengan bersetuju tindakan DSAI untuk mempengaruhi 30 mp untuk melompat. Macam-macam alasan yang direka untuk menghalalkan matlamat mereka itu. Kerajaan zalimlah, kuasa rakyatlah, nak Malaysia barulah. Jika betullah terbentuknya kerajaan dengan cara itu, percayalah, kerajaan itu tidak akan menjadi sepertimana yang akan mereka idam-idamkan.

    Ini kerana sebelumnya mereka bertindak atas dasar fitnah. Dan mereka yang berserongkol dengan mereka kini bukanlah seperti yang mereka sangka. Kekuatan musuh sebenar itu gagal dibaca oleh PAS. PAS menyangka musuh itu UMNO, sedangkan musuh itu ada di kiri dan kanan PAS, sehingga ada yang telah masuk ke dalam jemaah PAS itu sendiri.

    Pimpinan PAS telah tertipu sehingga mereka sanggup untuk mengambil langkah yang sangat berisiko. Berisiko kepada perjuangan Islam dan nasib umat melayu. Mereka sanggup mengambil risiko dengan DSAI, walaupun terdapat kalangan jemaah sendiri telah sedar bahayanya dan telah memberikan peringatan tentang akibatnya.

    KEPADA PIMPINAN PAS, JIKA APA-APA TERJADI KEPADA NASIB UMAT ISLAM DAN AGAMA ISLAM DENGAN TERBENTUKNYA KERAJAAN JAHILIYAH BARU PADA 16 SEPT INI, ANTUM SEMUALAH YANG BERTANGGUNGJAWAB!! ANTUM YANG TELAH MEMBUAT PILIHAN!!

    Musuh telah bergerak dengan kadar yang pantas. Sedangkan PAS terus lalai dan lalai dan membiarkan diri ditipu. Saya ingin memperingatkan pimpinan PAS, strategi antum untuk berundur hanya sekiranya kerajaan baru itu tidak didominasi oleh Islam menunjukkan PAS sedang melakukan pertaruhan. PAS tidak dapat memikirkan apa akibat tindakannya sendiri. PAS hanya bertaklid kepada DSAI secara buta dan mempertaruhkan kedudukan agama Islam dan ummah di tangan DSAI. PAS gagal membaca strategi musuh.

    Adalah menjadi tanggungjawab kita pejuang-pejuang Islam dan ummah Melayu agar memperingatkan PAS akan akibat tindakan tersebut. Supaya kita tidak dipersalahkan di kemudian hari. Supaya mereka juga sedar kita telah memperingatkan.

    Bahayanya kerana, mereka tidak akan sedar kecuali bencana itu telah berlaku di depan mata. Pada ketika itu kesemuanya sudah terlambat. PAS akhirnya akan dipersalahkan pejuang-pejuang Islam sehingga kiamat.

  6. salam..

    kepada NUrun,

    semoga Allah memberkati akan luahan saudari sebagai seorang islam yang berfikir dengan akal dan iman..saya memang bersetuju dengan saudari..pAS harus sedar dan keluar daripada sekarang dan berusaha untuk menyelamatkan Islam daripada hilang terus di muka bumi malaysia ini..SEmoga Allah membantu kita ameen ..

  7. aku nangis pasal hal ni semua..takut melayu jadi cam melayu singapore…apa nak jadi nanti?

    dulu cakap mahathir firaun..skrang firaun baru lagi elegant nanti ada

    DSAI…dendam habis dia kat melayu nanti kita jadi cam bani israel yang di tindas teruk oleh firaun..Ingat si anwar tu nak bela melayu ka?PAS pun kena tipu..nampak sangat dia tak pandang PAS sebelah mata pun. PAS ego dan tapi pandai jaga diri sendiri.

    ya Allah slamatkan bumi ku bertuah..malaysia dari musuh agama MU ya Allah.

  8. opps dan tak pandai jaga diri*

  9. Pandangan Nurun,

    Yang orang PASnya bercakap macam PKR, orang PKRnya bercakap macam DAP. Yang DAP masih DAP…saya nak tukar Yang DAP ckp cam komunis, sepupu kepada PAP (singapore)..

    Haj Hadi termakan budi dgn Anwar that why dia bela anwar…diaorg nii bukannya x tahu perangai anwar, diaorg mmg tahu tapi demi kepentingan perut, politik, RM maka mereka sanggup mengadaikan semua tu…mana ada pemimpin PAS berjuang kerana Islam, jika org bawahan yg panjat pokok pasang bendera, naik basikal pergi dgr ceramah siap bagi derma lagi utk parti, yg nii mmg saya percaya diaorg mmg ikhlas utk islam tapi saluran belum tentu betul atau tidak…Parti PAS x bersalah tapi pemimpin PAS yg rakus, nafsu besar, memperalat islam, bertopengkan agama dgn serban, jubah & ayat al-quran…yg ikut sunah cuma serban & jubah yg lain hampeh!!..yg kencing berdiri pun ada, buruk betul..!!!!…cara percakapan melambangkan amalan dgn Allah…jika dok maki org mana amalan rasulullah ajar…ada ke Rasulullah ajar camtu????

    Nik Aziz masih lagi berdendam dgn UMNO, x habis2 mengungkit kisah2 lama semasa dlm perikatan…cara percakapan masih lagi ada sifat berdendam..elok ke seorg yg byk ilmu agama ada sifat camtu….

    apa yg PAS berdakwah utk masyarakat?..berdakwah politik ada tapi utk agama islam saya x nampak pun..18 tahun perintah kelantan satu masjid pun x buat…camana???..apa yg islam kat kelantan??..x bagi lesen judi tapi judi still ada lagi, (no ekor & snoker)..pelacuran pun ada, jgn terkejut pelacur pakai tudung, kalu x percaya pergi jln hamzah kat kota bharu…bohsia pun ada….”macam-macam ada”…x de beza KL dgn Kelantan dari segi maksiat…!!!

    disebabkan kebodohan pemimpin2 PAS that why PAS sentiasa di tipu oleh kawan2 PAKATAN..dulu PAS tumpang semangat 46 (barisan Alternatif) sekarang PAKATAN RAKYAT (PKR & DAP)…

    jika ikhlas berjuang demi agama islam dah lama ALLAH taala tolong…

    betul la org melayu mudah lupa, semasa Brader Anwar Bin Ibrahim didlm UMNO apa anwar x buat pd PAS, mcm2 anwar ckp tentang keburukan PAS…

    sejak anwar dibuang oleh mahathir maka tercetuslah permasalahan politik org melayu..org melayu berpecah belah…ekonomi negara huru hara…

    di permatang pauh jika anwar menang atau kalah anwar akan buat huru hara…tunggu & lihat!!!

  10. Saya nak menguatkan lagi apa yg CTK kata tentang maksiat di kelantan. Saya jamin pada saudara2 semua apa yg dikatakan oleh CTK adalah benar tidak ada yg tidak benar. Maksiat kat kelantan memang teruk.. anak2 muda remaja lebih tahu rasa dan harga setin arak dari harga setin tongkat ali org kampung, remaja pompuan bertudung kepala tapi ramai yg dah puas tupa2i menebuk. Buang bayi, rogol beramai2… dan apa juga jenis..
    Dakwah PAS cuma cakap pasal politk… 20 tahun kutbah sebut pasal politk.. utk nak namapk islam disebutnya siasah.. judi nombor kat depan pejabat majlis daerah ajer.. kenapa tak tutup aje kedai makan kedai telipon, workshops keta motor yg jadi agen nombor ekor? Bukan ke tu bawah kuasa majlis tempatan? Dakwah pasal hal hal lain diorang tak kesah.. dah ada Jakim, dah ada maik, buat apa diorang nak susah2.. itulah sikap pemimpin PAS… tu ADUN yg dlm kes cerai tu.. macamana sijil nikah boleh tak sah… jgn2 nikah pun tak sah… dok berzina la hukumnya.. tak dgr pun Bos dia tegur ke kasi nasihat ker… pegi bela ada lah… sipompuan isteri dia tu masa pru12 hari tu kena kurung brminggu takut dia dedahkan perangai buruk suaminya yg kononnya yb utk islam.. anak2 siap pergi warning lagi pompuan tu… ape ni? jgn dok kata pemimpin umno je.. pemimpian pas pun 2X5 je.. sebut pasal jalan hamzah.. memang ada pelacur yg siangnya bertudung… malam… paham sendirilah.. kerajaan kata itu semua pompuan siam… habih tu kalau pompuan siam tk payah ambil tindakan lah ya… takut org siam yg 2 3 ribu org tu tak undi PAS? pelangan2 tu sapa pak menteri besar? bukan rakyat kelantan ke? bukan rakyat MB ke? jalan hamzah tu kat wilayah golok ke?… dah lah… tok sah sibuk sgt nak bela Anwar anak Ibrahim tu… p la buat kerja yg patut… tu belum tgk lagi apa dah jadi dgn projek kerajaan negeri, skim kerjaan negeri dan tanah2 kerajaan negeri… balak kat hutan memang dah tak payah citer lah….
    Pemimpin UMNO pun sama lah jugak… berhentilah rebut kuasa… ini peluang utk anda dapatkan balik kepercayaan rakyat kelantan… masa rakyat yg di pinggirkan olej kerajaan PAS… buat baiklah… jgn dok bergaduh sebab nak jadi ketua bahagian , timbalan ke… jangan sampai pru13 nanti kuasa UMNO ttinggal tanda 2 nesan sahaja…
    Anak Ibrahim bapak nurul suami azizah tu… dah lah tak payah nak malukan diri sendiri lagi… taubat lah… org melayu semakin ramai yg biosan dgn anda….

  11. washad org kelantan ke?

    bila statement nik aziz ckp kelantan jadi cnth negeri islam aku tergelak besar…apa yg islam pun aku x tahu…PAS dapat bertahan kat kelantan hingga kini bukannya kerana PAS tu kuat tapi kerana UMNO yg lemah…berapa ramai yg buta al-quran? berapa ramai yg x solat? sebab tu kalau nak minta kerja dgn SUK kat kelantan solat salah satu kriteria yg wajib ada..sebab nik aziz tahu ramai org x solat…

    jika ada penyokong2 PAS kat sini cuba bagitahu apa yg PAS telah buat utk agama Islam selama memerintah kelantan….????

  12. WaShad anak jati kelantan.. Nik Aziz cuma tgk lakonan Husam Musa, Che Lah, Zul adun pulau chondong, fazly bin Uztaz hassan, belakang apa yg diorang buat? Cuba la tgk2 apa berlku dlm kooperasi2 tajaan kerjaan negeri.. semua kroni dan utk penyokong PAS sahaja, itupunpenyokong kuat sahaja kaki jolok dan tempel shj, yg kat kampung2 tak tahu ape2..tapi takpe… kroni tu tak salah… kata Nik Aziz sekarang.. dulu tak boleh skrg… takpa, takpa, itu amalan para sahabat… Pemimpin UMNO pun harap2 taubatlah… jgn dok berebut jawatan, rakyat kelantan memang kalau boleh nak tukar kerajaan, tapi kalau pemimpin umno dok kekal macam ni… rakyat yg nak tukar kerajaan lebih rela tunggu dlm kerajaan PAS. Bukan memilih yg terbaik tapi mana yang bukan terburuk, sapa yg kurang keburukan sebab nak cari yg baik dah susah nak jumpa..

  13. Aku setuju ngan statement Nurun, kerisauan mengenai kedudukan Islam tu sendiri. PKR dan DAP sekarang ni berpaksikan Anwar. PAS pun sama.

    Mungkin sedara2 sekalian memandang negatif pada PAS dan ada hujah2 sendiri. Tapi ramai pejuang2 Islam yang ikhlas berjuang dalam PAS. Mereka ni taknak jawatan apa pun, sanggup keluar duit sendiri, penat jerih untuk perjuangan Islam.

    Tup2.. pimpinan PAS dengan selambanya meletakkan nasib Islam dan perjuangannya pada Anwar. Seolah2 perjuangan Islam itu akan berada di kemuncak pada satu tarikh dalam bulan September.

    Apakah asasnya? Ilham malaikat? Ijmak ulama? Pandangan genius para fuqaha’? Wali-wali pecah rahsia kat ulama PAS?

    Tidak. Bahkan ianya ditentukan oleh 1 makhluk yang bernama Anwar bin Ibrahim.

    Sedangkan Anwar sendiri tidak pernah keluarkan kenyataan untuk memperjuangkan Islam. Sentimen sebaliknya adalah. Mungkin org2 PAS ni masih terkenang zaman Abimnya dulu. Kena tengok betul2 siapa dia sekarang ni.

    Bayangkan perjuangan zaman-berzaman pejuang2 Islam ini musnah dengan tindak-tanduk 1 makhluk ni. Hasilnya bukan negara Islam yang diidam-idamkan tapi sebuah negara sekular yang menjahamkan Islam dan Melayu.

    Siapa yang membuka jalan kehancuran itu? Siapa buka Kota Melaka kalau tidak dari dalam?

    Sedarlah PAS, perjudian yang anda lakukan sekarang. Walaupun saya tidak bersetuju dengan PAS, saya tidak sanggup membaca sejarah, dengan tertulis dengan jelas siapa yang membuka Kota Melaka, samada dibukanya itu secara sengaja atau tidak sengaja. Apatah lagi terteranya perkataan Parti Islam itu.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: