Bertindak ganas Penyokong PKR serang jurugambar, maki hamun pada penamaan calon P. Pauh


Oleh ZULKIFLI JALIL dan ABDUL MUIN SAPIDIN

BEBERAPA penyokong PKR menyerang kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki penyokong BN sebelum memukul dan merampas kamera jurugambar akhbar New Straits Times, Mohamed Sairen Mohamed Nahfis yang cuba merakamkan insiden itu padahari penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Pematang Pauh, semalam.


BUKIT MERTAJAM 16 Ogos – Hari penamaan calon pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh hari ini dicemari insiden ganas dan kempen agresif para penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Di Lebuh Raya Kulim-Butterworth berdekatan pusat penamaan calon Institut Perguruan Tuanku Bainun (IPTB) di sini, dua jurugambar termasuk seorang dari agensi berita asing dibelasah oleh sekumpulan penyokong parti itu ketika kedua-duanya sedang membuat liputan.

Dalam insiden kira-kira pukul 1.30 petang itu, jurugambar akhbar New Straits Times, Mohamed Sairen Mohamed Nahfis, 26, dan Halim Berbar, 28,dari HBL Press News, Perancis, bukan sahaja teruk dipukul malah mangsa kehilangan kameranya yang dilarikan kumpulan terbabit.

Kejadian itu berlaku sejurus selepas berakhir proses penamaan calon yang mana para penyokong PKR bertindak mengepung dan menyerang sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki oleh penyokong BN.

Mohamed Sairen yang menyaksikan kejadian itu cuba merakamkan insiden tersebut dari atas kenderaan berkenaan kemudiannya turut diserang.

Terdahulu, tindakan provokatif dapat dilihat apabila penyokong PKR membanjiri perkarangan pusat penamaan calon dengan mereka menghamburkan kata-kata kesat seperti ‘anjing, barua dan anak haram’ ke atas para penyokong dan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang mengiringi Datuk Arif Shah Omar Shah.

Antara yang turut dilemparkan kata-kata nista itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Tindakan agresif penyokong PKR itu bertentangan dengan jaminan Setiausaha PKR Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim pada 3 Ogos lalu yang meminta pengikut parti itu menjaga perlakuan mereka termasuk memberi layanan yang baik kepada semua petugas media sepanjang kempen pilihan raya tersebut.

Perilaku tidak bertanggungjawab penyokong PKR tidak berhenti setakat itu sahaja apabila pagi ini sekumpulan lelaki yang memakai baju-T berlogo parti tersebut tanpa segan silu meraba sekumpulan ahli Puteri UMNO malah bertindak liar meludah mereka.

Kejadian kira-kira pukul 10 pagi ketika anggota Puteri itu sedang menuju ke pusat penamaan calon hampir mencetuskan pergaduhan di antara penyokong kedua-dua parti tetapi keadaan tegang itu dapat dikawal oleh pasukan polis yang bertugas.

Najib yang mengulas insiden ganas penyokong PKR itu menyatakan rasa kesal sambil menyifatkan mereka tidak menghormati undang-undang sedia ada.

Nada sama turut disuarakan oleh Shahrizat yang menganggap pengalaman beliau melewati laluan menuju ke pusat penamaan calon hari ini sebagai bukan sahaja menakutkan malah memalukan.

‘‘Mereka mencarut, maki hamun dan buat isyarat lucah terhadap kaum wanita dan ibu.

‘‘Malu saya apabila ada ibu dan bapa yang bawa anak kecil juga melihat perlakuan itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad berkata, kejadian penyokong PKR meraba ahlinya tidak sepatutnya berlaku terutama membabitkan penyokong Melayu beragama Islam.

‘‘Ini belum apa-apa lagi dah tunjukkan kekasaran. Budaya samseng di kalangan pemuda pembangkang sudah ada, pada hal ini baru hari penamaan calon.

‘‘Kumpulan lelaki yang meraba dan meludah jentera Puteri UMNO itu kena hormat dan melindungi golongan wanita, bukannya melakukan perkara tidak senonoh,” katanya.

Advertisements

4 Responses

  1. Reformasi!!!Reformasi!!! semoga Anwar Ibrahim memenangi Parlimen Permatang Pauh..AMIN YA ALLAH…

  2. Reformasi dah basi!!! Semoga Nuar anak Brahim kecundang! Buat rosak orang Melayu je!Kaulah penyebab Melayu makin lemah.Pasai nak kuasa apa saja hak Melayu kau sanggup korbankan! Saifulmasi…..!!!

  3. memanglah mereka pengikut (DSAI (MB) meraba punggung perempuan sebab ketua suka punggung

  4. semuga tuhan tidak mengizinkan keinginan nuar anak brahim menang…kalau menang selamatkan lah anak2 jantan kamu dari nuar dan anak2 dara kamu dari pengikutnya carilah cawat besi untuk menyelamat..

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: