“Percanggahan ketara” dalam kes liwat Anwar anak Ibrahim

Terdapat banyak ulasan-ulasan yang dikeluarkan oleh pengikut PAS totok dan PKR kental yang mempersoalkan kes liwat Anwar anak Ibrahim. Jadi, marilah sama-sama kita mengkaji “percanggahan” yang diwar-warkan oleh penyokong setia Anwar anak Ibrahim.

1. Mereka mempersoalkan bahawa tarikh liwat yang dinyatakan oleh Saiful adalah salah. Memang diakui bahawa Saiful tersasul semasa menyebut tarikh pada bulan Ogos. Berapa ramai daripada kita yang pernah tersasul tarikh. Ramai orang yang saya kenal termasuk pegawai tertinggi yang berpengalaman berpuluh tahun dalam MNC pun tersasul tarikh apabila membuat “presentation” yang penting. Inikan pula si saiful yang baru berusia 23 tahun.

Contoh yang lebih baik ialah apabila orang nak menikah. Bercinta dah lebih 7-8 tahun, tetapi apabila berdepan dengan tok kadi boleh lupa nama bakal isteri. Sampai terpaksa akad nikah 3-4 kali. Ini memang contoh tipikal bagi kita umat Islam. Tapi, apa yang penting Saiful telah membetulkan tarikh tersebut semasa melakukan sumpah tersebut. Jadi ini tidak menjadi isu langsung.

2. Kononnya terdapat perbezaan antara tarikh yang dinyatakan oleh Saiful dalam sumpah itu dengan laporan polis yang dibuatnya. Mari kita kaji perkara tersebut:

Ini adalah salinan sumpah laknat Saiful yang boleh didapati di laman web ini.

” Wallahi Wabillahi Watallahi ….Saya, Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim pada 26-6-08 iaitu pada tarikh tersebut Dato Seri Anwar IBrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta atas pengakuan ini maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat “–
—————————————————-

Ini pula laporan polis yang pernah disiarkan dalam laman web ini:

“Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim – Ketua Umum PKR.”

Laporan polis bernombor 4350/08 Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur ini telah dibuat pada 28 Jun 2008 pukul 5.45 petang di Hospital Kuala Lumpur oleh Mohd Saiful Bukhari bin Azlan pemegang mykad 850706-01-5687.
———————————————————-

Dalam laporan dan sumpah tersebut, menyebut tarikh yang sama, iaitu Anwar Ibrahim pernah meliwat Saiful pada 26/06/2008. Dalam sumpah laknatnya, Saiful tidak menyatakan bahawa 26/06/2008 adalah kali terakhir dia diliwat. Ini tidak juga bermakna bahawa Saiful pertama kali atau kali terakhir diliwat oleh Saiful pada tarikh tersebut. Dalam sumpah itu, tidak dinyatakan samada ianya yang pertama atau terakhir, tetapi ramai penyokong tegar Anwar cuba memanipulasikan fakta bahawa ianya bermaksud pertama kali diliwat. Hakikatnya, sumpah Saiful itu adalah secara amnya telah berlaku aktiviti liwat oleh Anwar anak Ibrahim pada tarikh tersebut.

3. Suka-sama-suka liwat atau siapa rogol siapa adalah satu lagi kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar anak Ibrahim sendiri. Semasa pertuduhan diibacakan oleh mahkamah ke atas Anwar tidak pernah dinyatakan secara jelas atau sah dakwaan Anwar mengenai suka-sama-suka liwat. Ianya hanya dimanipulasi oleh Anwar untuk meraih sokongan penyokong tegarnya yang rendah IQ bagi mempersoalkan jika ianya suka-sama-suka kenapa hanya dia yang didakwa. Apa yang saya nampak, Saiful sentiasa konsisiten dengan dakwaannya. Sila rujuk semula sumpah dan laporan polis Saiful, kedua-duanya dengan jelas menyatakan bahawa dia diliwat secara tidak rela.

4. Ramai yang mempersoalkan kenyataan Najib mengenai tarikh Saiful datang menemuinya dengan dakwaan liwat. Dibawah adalah keratan akhbar mengenai isu ini.

KUALA LUMPUR 3 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Mohd. Saiful Bukhari Azlan telah menemui beliau untuk mengadu hal bahawa dirinya diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim…..

Timbalan Perdana Menteri berkata, Mohd. Saiful berjumpa di rumahnya beberapa hari sebelum dia membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

‘‘Saya mula-mula tak berapa yakin dan skeptikal, sama ada cerita ini benar ataupun tidak, jadi saya serah kepada dia dan serah kepada polis untuk menentukan apa-apa tindakan selanjutnya…..

Ditanya bagaimana keadaan Mohd. Saiful ketika pertemuan itu, Najib yang percaya pemuda itu memilih untuk menemui beliau kerana mengenali pegawai khasnya (Khairil Anas Yusof), berada dalam keadaan trauma dan ketakutan serta ‘seram sejuk.’
———————————————————

Apabila Saiful menemui Najib dia mendakwa telah diliwat oleh Anwar Ibrahim 2-3 hari sebelum membuat laporan polis pada 28/06/2008. Ini bermakna bahawa Saiful memberitahu bahawa dia pernah diliwat berkali-kali oleh Anwar anak Ibrahim iaitu sebelum 26/06/2008. Kali terakhir Saiful diliwat ialah 26/06/2008 iaitu selepas Saiful menemui Najib dan kemudian Saiful membuat laporan polis pada 28/06/2008. Sekali lagi ianya konsisten.

5. Saiful diliwat pertama kali apabila disoal oleh wartawan. Apabila menjawab soalan wartawan adakah dia pertama kali diliwat. Ianya bukan bermaksud bahawa pada 26/06/2008 adalah kali pertama dia diliwat. Apa yang cuba disampaikan oleh Saiful ialah Anwar adalah orang pertama yang pernah meliwatnya. Kenyataan Saiful ini dibuat adalah bertujuan untuk membersihkan namanya yang dikatakan “gay” oleh pengikut Anwar anak Ibrahim. Jadi sekali lagi tiada percanggahan disini. Ianya bermaksud bahawa Anwar anak Ibrahim adalah manusia pertama yang pernah meliwatnya dan bukan bermaksud pertama kali diliwat pada 26/06/2008.

Berikut adalah sedutan soalan tersebut:
Wartawan: Ada yang kata lebih daripada sekali.
Mohd Saiful: Itu saya akan beri keterangan di mahkamah.
Wartawan: Betul kamu buat pemeriksaan di Pusrawi?
Mohd Saiful: Itu saya akan jawab di mahkamah.
Wartawan: Kenapa pada mulanya kamu pergi ke Hospital Pusrawi?
Mohd Saiful: Itu keterangan di mahkamah nanti.
Wartawan: Tapi betul Saiful pergi ke Pusrawi hari itu?
Mohd Saiful: Keterangan di mahkamah. Saya akan bagi keterangan. Dan iyalah, saya bukan seperti Datuk Serri Anwar Ibrahim ingin melaksanankan media trial, jadi saya akan memberikan keterangan saya dan bekerjasama semasa di mahkamah nanti.
Wartawan: Ini kali pertama kamu diliwat?
Mohd Saiful: Ya, pertama kali.

6. Ada yang mempersoalkan kenapa Saiful yang muda dan gagah berusia 23 tahun boleh diliwat oleh Anwar anak Ibrahim yang berusia 61 tahun. Saya rasa pertama kali Anwar meliwat Saiful apabila membuat Saiful ke luar negara. Saiful yang mungkin tidak pernah keluar negara sudah tentu berasa terhutang budi kepada Anwar apatah lagi dia hanyalah “coffee boy”. Dengan ketrampilan Anwar yang tampak berkarisma dan sentiasa menjadi pujaan Saiful, maka apabila Anwar “slow talk” maka Saiful menjadi serba salah untuk menolak permintaan Anwar tersebut. Tambahan pula, Saiful berada di luar negara dan tidak tahu ke mana hendak mengadu perkara tersebut. Jika berlaku di Singapura atau Hong Kong, aktiviti homeseks ini telah diterima secara tidak langsung disana. Jadi, Anwar menggunakan kelebihannya dan kelemahan Saiful pada masa itu untuk menguasai Saiful dan seterusnya berjaya meliwat Saiful. Jadi, tidak timbul isu gagah perkasa atau tidak yang pasti semasa perkara tersebut berlaku, minda Saiful amat lemah sekali sehingga berjaya dikuasai oleh Anwar.

Kenapa penyokong tegar PAS, tidak menyoal kenapa ramai perempuan IPTA bertudung yang berzina sehingga melahirkan anak luar nikah. Kenapa mereka ini dengan rela mengadaikan diri mereka kepada kekasih mereka. Kenapa gadis yang mempunyai cukup didikan agama dan berjaya dalam akedmik ini tidak melawan semasa kejadian tersebut. Hakikatnya sama, mereka lemah iman dan tergoda dengan nafsu dan tiada kaitan dengan sama ada mereka mempunyai didikan agama yang cukup dan minda yang pintar ataupun tidak.

Beruntung sungguh Saiful ini, walaupun hanya “coffeboy” dia dapat layan an yang cukup istimewa daripada majikannya. Bukan hanya dibawa ke luar negara dan tinggal di hotel mewah, malah Saiful mampu pula tinggal di kondominium mewah yang hanya mampu didiami oleh mereka yang berpendapatan RM5 ribu ke atas. Tidak cukup dengan itu, dia juga mempunyai majikan yang cukup prihatin kerana sentiasa mengambil berat tentang dirinya dengan meliwati… ops melawatinya selalu.

Majikan orang lain tidak prihatin seperti Anwar ini, anda mungkin pernah membuat jamuan besar-besaran untuk meraikan sesuatu upacara. Tidakkah anda rasa kadang-kadang agar susah untuk majikan anda memenuhi jemputan anda. Majikan anda mungkin lebih sibuk daripada Anwar yang merupakan Ketua Umum Pakatan Rakyat kerana mereka sentiasa tidak dapat memenuhi undangan anda.

Advertisements

Sumpah Laknat Saiful memang terkandung dalam Al-Quran

Surah An Nuur
——————————————————

null

[24:6] Dan orang-orang yang menuduh isterinya (berzina), padahal mereka tidak ada mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah, bersungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar.

null
[24:7] Dan (sumpah) yang kelima: bahawa la’nat Allah atasnya, jika dia termasuk orang-orang yang berdusta
null
[24:8] Istrinya itu dihindarkan dari hukuman oleh sumpahnya empat kali atas nama Allah sesungguhnya suaminya itu benar-benar termasuk orang-orang yang dusta.

[24:9] dan (sumpah) yang kelima: bahwa la’nat Allah atasnya jika suaminya itu termasuk orang-orang yang benar

null
[24:10] Dan andaikata tidak ada kurnia Allah dan rahmat-Nya atas dirimu dan (andaikata) Allah bukan Penerima Taubat lagi Maha Bijaksana, (niscaya kamu akan mengalami kesulitan-kesulitan).

Cabar Ulama/Pemimpin PAS bersumpah Mubahalah

Saya sudah bosan mendengar kenyataan-kenyataan tidak masuk akal daripada pemimpin PAS mengenai banyak isu dalam negara ini.

Untuk mengurangkan keserabutan saya dan umat Islam di Malaysia, saya mencabar ulamak dan pemimpin PAS bersumpah Mubahalah (sumpah laknat) dengan mengatakan bahawa mereka berjuang kerana agama Allah dan bukan kerana kepentingan peribadi dan kekuasaan politik. Mereka patut bersumpah bahawa mereka dan pengikut mereka akan di timpa bala bencana yang teruk sekiranya mereka ini menipu dan menggunakan agama Islam demi kepentingan politik yang sempit.

Saya ingin sekali melihat pemimpin PAS terutama sekali MBB Nizar dan Hassan Ali melakukan sumpah mubahalah ini.

Lebih baik lagi jika Nik Aziz, Hadi Awang dan Haron Din turut serta melakukan sumpah laknat ini. Saya berjanji jika pemimpin PAS ini melakukan sumpah laknat ini, saya akan menyokong perjuangan PAS dan akan memastikan laman web antidap.wordpress.com ini bebas daripada sebarang artikel yang mengkritik PAS.

Bukti Anwar Tolak Negara Islam dan sebarang tuntutan Islam

Isyarat lucah, samseng cemari kempen Permatang Pauh

Oleh ZULKIFLI JALIL

KEMPEN pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada hari pertama semalam yang diharapkan tenang bagaimanapun tidak seperti mana diinginkan.Sebaik selesai penamaan calon di Institut Perguruan Tuanku Bainun, Bukit Mertajam pada pukul 12 tengah hari semalam, langit di Permatang Pauh lima minit kemudian mula mendung diikuti hujan lebat.

Ketika bersesak-sesak para penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) meninggalkan pusat penamaan dengan berjalan kaki hampir setengah kilometer, bermulalah provokasi yang ditimbulkan oleh para penyokong mereka.

Dengan berteduh di bawah jejambat Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE), rata-rata mereka yang terdiri dari kalangan pemuda berusia dalam lingkungan 20 hingga 45 tahun begitu agresif memekik setiap kali melihat penyokong Barisan Nasional (BN) termasuk ahli Puteri.

Penulis yang berada di situ mendapati keadaan keadaan tidak terbendung menyebabkan beberapa anggota Unit Polis Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa mengiringi anggota penyokong kerajaan ke laluan yang selamat.

Kata-kata nista seperti ‘anjing polis dan makan rasuah’ terpacul daripada beberapa kumpulan penyokong PKR terbabit.

Ketika sibuk melaungkan reformasi sambil menjerit memaki hamun, tiba-tiba mereka terlihat seorang lelaki India memakai kemeja berwarna yang mempunyai lambang BN.

”Buka, buka,” jerit salah seorang penyokong PKR terbabit menyebabkan lelaki berkenaan terpaksa menenangkan mereka. Dengan raut wajah penuh bimbang, dia lantas menanggalkan bajunya sebelum disambar oleh dua lelaki lalu memijak dan melemparkannya dalam takungan air berhampiran.

Lebih awal dari itu, ketika para pemimpin BN yang diketuai Pengarah Pilihan Raya BN Pusat, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mengiringi calon Datuk Arif Shah Omar Shah memasuki perkarangan pusat penamaan, pelbagai laungan perkataan kesat, pedih dan maki-hamun dilemparkan kepada Najib.

Bukan saja beliau tetapi ramai lagi yang terkena ‘bahangnya’. Antaranya, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

”Belum pernah rekod pilihan raya kecil seburuk ini… teruk… teruk sungguh. Mereka mencarut, maki hamun dan buat isyarat lucah terhadap kaum wanita dan ibu. Malu saya apabila ada ibu dan bapa yang bawa anak kecil juga melihat perlakuan mereka tu,” katanya yang tidak dapat menyembunyikan kemarahannya.

Tengah hari semalam juga, seorang jurugambar Kumpulan New Straits Times, Mohammed Sairen Nahfis dan jurugambar HBL Press News, Halim Berba turut menerima bahana apabila dipukul oleh sekumpulan penyokong PKR.

Nasib Mohammed Sairen bak ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ apabila kameranya dilarikan.

Kelmarin juga, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Johari Baharom turut ditimpa musibah apabila kereta yang dinaikinya dikepung oleh para penyokong PKR disamping diketuk dan dihenyak – ketika melalui Kubang Semang.

Bertindak ganas Penyokong PKR serang jurugambar, maki hamun pada penamaan calon P. Pauh


Oleh ZULKIFLI JALIL dan ABDUL MUIN SAPIDIN

BEBERAPA penyokong PKR menyerang kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki penyokong BN sebelum memukul dan merampas kamera jurugambar akhbar New Straits Times, Mohamed Sairen Mohamed Nahfis yang cuba merakamkan insiden itu padahari penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Pematang Pauh, semalam.


BUKIT MERTAJAM 16 Ogos – Hari penamaan calon pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh hari ini dicemari insiden ganas dan kempen agresif para penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Di Lebuh Raya Kulim-Butterworth berdekatan pusat penamaan calon Institut Perguruan Tuanku Bainun (IPTB) di sini, dua jurugambar termasuk seorang dari agensi berita asing dibelasah oleh sekumpulan penyokong parti itu ketika kedua-duanya sedang membuat liputan.

Dalam insiden kira-kira pukul 1.30 petang itu, jurugambar akhbar New Straits Times, Mohamed Sairen Mohamed Nahfis, 26, dan Halim Berbar, 28,dari HBL Press News, Perancis, bukan sahaja teruk dipukul malah mangsa kehilangan kameranya yang dilarikan kumpulan terbabit.

Kejadian itu berlaku sejurus selepas berakhir proses penamaan calon yang mana para penyokong PKR bertindak mengepung dan menyerang sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki oleh penyokong BN.

Mohamed Sairen yang menyaksikan kejadian itu cuba merakamkan insiden tersebut dari atas kenderaan berkenaan kemudiannya turut diserang.

Terdahulu, tindakan provokatif dapat dilihat apabila penyokong PKR membanjiri perkarangan pusat penamaan calon dengan mereka menghamburkan kata-kata kesat seperti ‘anjing, barua dan anak haram’ ke atas para penyokong dan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang mengiringi Datuk Arif Shah Omar Shah.

Antara yang turut dilemparkan kata-kata nista itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Tindakan agresif penyokong PKR itu bertentangan dengan jaminan Setiausaha PKR Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim pada 3 Ogos lalu yang meminta pengikut parti itu menjaga perlakuan mereka termasuk memberi layanan yang baik kepada semua petugas media sepanjang kempen pilihan raya tersebut.

Perilaku tidak bertanggungjawab penyokong PKR tidak berhenti setakat itu sahaja apabila pagi ini sekumpulan lelaki yang memakai baju-T berlogo parti tersebut tanpa segan silu meraba sekumpulan ahli Puteri UMNO malah bertindak liar meludah mereka.

Kejadian kira-kira pukul 10 pagi ketika anggota Puteri itu sedang menuju ke pusat penamaan calon hampir mencetuskan pergaduhan di antara penyokong kedua-dua parti tetapi keadaan tegang itu dapat dikawal oleh pasukan polis yang bertugas.

Najib yang mengulas insiden ganas penyokong PKR itu menyatakan rasa kesal sambil menyifatkan mereka tidak menghormati undang-undang sedia ada.

Nada sama turut disuarakan oleh Shahrizat yang menganggap pengalaman beliau melewati laluan menuju ke pusat penamaan calon hari ini sebagai bukan sahaja menakutkan malah memalukan.

‘‘Mereka mencarut, maki hamun dan buat isyarat lucah terhadap kaum wanita dan ibu.

‘‘Malu saya apabila ada ibu dan bapa yang bawa anak kecil juga melihat perlakuan itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad berkata, kejadian penyokong PKR meraba ahlinya tidak sepatutnya berlaku terutama membabitkan penyokong Melayu beragama Islam.

‘‘Ini belum apa-apa lagi dah tunjukkan kekasaran. Budaya samseng di kalangan pemuda pembangkang sudah ada, pada hal ini baru hari penamaan calon.

‘‘Kumpulan lelaki yang meraba dan meludah jentera Puteri UMNO itu kena hormat dan melindungi golongan wanita, bukannya melakukan perkara tidak senonoh,” katanya.

Bukti Anwar anti Islam dan hanya menyebelahi kafir harbi

Anwar ingin mengambil tindakan ke atas Zulkiffli Nordin yang memperjuangkan agama Islam semasa menentang Hindraf dan DAP kafir harbi yang cuba menghina dan memcerca agama Islam melalui forum terbuka “Memeluk Islam”.

Zulkiffli yang merupakan ahli parlimen PKR akan dikenakan tindakan kerana membelakangi (Anwar ini memang suka main belakang) polisi parti tersebut yang memperjuangkan agama selain agama Islam.