Syabas adik-adik di UiTM, teruskan perjuangan anda menentang boneka DAP kafir harbi

Kemarahan pelajar kian memuncak membantah

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Kemarahan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) ekoran isu membuka institusi itu kepada pelajar bukan bumiputera terus memuncak apabila lebih 20,000 lagi pelajar mengadakan bantahan di seluruh negara.

Rata-rata pelajar dari enam kampus cawangan UiTM di beberapa negeri di Semenanjung kesal dengan tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana sanggup mengemukakan syor itu yang dianggap menjual maruah bangsa di tanah air sendiri.

DI IPOH, 9,812 pelajar dari kampus UiTM Seri Iskandar di sini berarak ke bangunan pentadbiran untuk menyampaikan memorandum bantahan yang ditandatangani mereka kepada Pengarah Kampus, Prof. Dr. Abdullah Mohamad Said.

Memorandum itu akan disampaikan kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaludin, esok.

Mereka berkumpul sejak pukul 2.30 petang sambil menyanyikan lagu rasmi UiTM serta lagu patriotik seperti ‘Anak Kecil Main Api’.

Kumpulan pelajar yang kebanyakannya memakai baju berwarna hitam turut membawa pelbagai sepanduk bertulis ‘Hidup Melayu’, ‘UiTM Milik Melayu’ dan ‘Jangan Jual Bangsa Melayu’ sambil melaung- laungkan kemarahan terhadap Abdul Khalid.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Seri Iskandar, Abdul Qaiyum Abdul Razak ketika ditemui pemberita menegaskan:

”Kalau Khalid tidak tarik balik kenyataan beliau, semua warga UiTM akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di Shah Alam.

”Kami orang Melayu akan terus mempertahankan hak kami walaupun terpaksa menggadaikan nyawa. Jangan bermain api dengan hak orang Melayu.”

DI ARAU, 5,000 pelajar dari kampus UiTM di sini berhimpun secara aman diketuai Naib Yang Dipertua MPP UiTM Perlis, Ahmad Faiq Ahmad Fuat.

Mereka berarak sambil membawa sepanduk dari kolej kediaman sejauh dua kilometer sebelum berkumpul di Padang Rani di pekarangan kampus kira-kira pukul 5 petang.

Pengarah Kampus, Profesor Madya Dr. Hamidi Abd. Hamid serta pegawai-pegawai kanan UiTM Perlis turut menyertai perhimpunan selama sejam itu.

Ahmad Faiq berkata, pihaknya akan menyerahkan memorandum ditandatangani oleh pelajar universiti itu kepada Pengarah Kampus UiTM Perlis sebelum diserahkan pula kepada Naib Canselor UiTM.

“UiTM sahaja yang kita (orang Melayu) ada untuk dibanggakan. Kita seharusnya berusaha untuk mempertahankan apa yang kita miliki, bukan menjahanamkannya pula,” katanya ketika ditemui selepas perhimpunan berakhir.

DI BANDAR JENGKA, 3,000 pelajar UiTM cawangan Pahang diketuai oleh Yang Dipertua MPP UiTM negeri, Mohd. Shafie Absari berarak membantah cadangan Abdul Khalid yang disifatkan sebagai pengkhianat bangsa.

”Kami kesal Menteri Besar berbangsa Melayu ini sanggup bertindak sebagai ejen pihak lain dalam usaha menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di universiti ini,” tegasnya.

Mereka menyerahkan nota dan tandatangan bantahan kepada Pengarah Kampus UiTM Pahang, Prof. Madya Hilmi Ab. Rahman untuk disampaikan kepada Abdul Khalid.

DI MELAKA, lebih 2,000 pelajar UiTM cawangan Lendu mengadakan perhimpunan serupa diketuai Yang Dipertua MPP kampus, Mohd. Lokman Hakim Hamidon.

Mereka berkumpul di pekarangan masjid Al-Hikmah di universiti itu pukul 5.30 petang sebelum berarak sejauh kira-kira satu kilometer sambil menyanyikan lagu rasmi UiTM.

Kumpulan pelajar itu turut menyanyikan lagu-lagu patriotik sambil berarak membawa sepanduk berbunyi ‘Jangan Rampas Hak Kami’, ‘UiTM untuk Bumiputera’ dan Universiti Ini Tradisi Melayu’ sehingga ke Dataran Keris di kawasan universiti berkenaan.

”UiTM tembok pertahanan untuk Melayu,” katanya ketika ditemui selepas perhimpunan.

Perhimpunan berakhir selepas Mohd. Lokman menyerahkan memorandum yang ditandatangani oleh pelajar kepada Pengarah Kampus tersebut, Prof. Madya Dr. Mizan Hitam. Perhimpunan bersurai kira-kira sejam kemudian.

DI SUNGAI PETANI, Kedah, 700 pelajar UiTM cawangan Merbok, mengadakan perhimpunan secara aman di Dataran Ilmu diketuai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Kedah, Mohd. Nor Syafiq Abdul Majid.

”Kami berharap isu kuota bukan bumiputera untuk masuk ke UiTM sebagai pelajar tidak perlu dibincangkan lagi. Kami kesal Abdul Khalid membelakangkan hak kaum sendiri,” katanya.

Pada perhimpunan tersebut, MPP UiTM Kedah turut menyerahkan memorandum yang ditandatangani oleh pelajar kepada Pengarah Kampus, Profesor Madya Dr. Zaliha Hussin untuk dipanjangkan kepada pihak pengurusan.

DI KUALA TERENGGANU, lebih 500 pelajar UiTM di sini turut mengadakan demonstrasi diketuai Yang Dipertua MPP, Mohamad Asri Mohamad Yusoff.

Mereka berarak sejauh lima kilometer ke dewan besar kampus itu bermula kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

Mohamad Asri kemudian menyerahkan memorandum bantahan kepada Pengarah Kampus UiTM Dungun, Prof. Madya Tengku Yusoff Tengku Mahmud pada pukul 1.30 tengah hari.

”Abdul Khalid cuba membuka ruang kepada bukan bumiputera mencerobohi institut pengajian tinggi yang ditubuhkan kerajaan untuk golongan bumiputera,” katanya.

Kelmarin, lebih 5,000 pelajar UiTM di kampus induknya di Shah Alam mengadakan demonstrasi secara aman, diikuti 5,000 pelajar UiTM cawangan Machang, Kelantan.

5,000 pelajar UiTM Permatang Pauh berhimpun
15/08/2008 11:56am

BUKIT MERTAJAM 15 Ogos – Kira-kira 5,000 penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Permatang Pauh pula mengadakan perhimpunan aman memprotes cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar universiti itu dibuka kepada pelajar bukan bumiputera.

Kumpulan penuntut itu yang turut memakai pakaian serba hitam diketuai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti itu Mohd. Faizal Zainol di Padang UiTM Permatang Pauh sejak pukul 9 pagi selama sejam sambil menyanyikan lagu rasmi universiti serta lagu patriotik seperti ’Anak Kecil Bermain Api’.

Para penuntut itu turut membawa pelbagai sepanduk bertulis ’Hidup Melayu’, ’UiTM Milik Melayu’ dan ’Jangan Jual Bangsa Melayu’ sambil melaung-laungkan kemarahan terhadap Abdul Khalid.

Perhimpunan itu berakhir selepas Mohd Faizal menyerahkan memorandum yang ditandatangani mereka kepada Timbalan Pengarah Bahagian Akademik UiTM itu Dr. Mohd. Abdullah Hemdi. – Utusan

Kemarahan pelajar UiTM merebak ke Sarawak
15/08/2008 2:46pm

KOTA SAMARAHAN 15 Ogos – Kemarahan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengenai cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuka institusi itu kepada pelajar bukan bumiputera merebak hingga ke Sarawak.

Hari ini, seramai 1,500 pelajar UiTM Kampus Kota Samarahan berkumpul dan berarak bagi menyuarakan bantahan mereka itu mengenai cadangan itu yang disifatkan mereka mencabar hak istimewa kaum bumiputera.

Perhimpunan yang bermula pada pukul 11 pagi di Bangunan Pusat Pelajar itu kemudiannya berarak ke pintu hadapan kampus untuk menyerahkan memorandum bantahan yang ditandatangani oleh 3,834 pelajar kepada pihak pentadbiran universiti.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM itu, Dinie Zulhilmi Sulaiman berkata, mereka telah membuat dua salinan memorandum bantahan tersebut untuk diserahkan kepada Abdul Khalid dan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. – Utusan

Penuntut UiTM Segamat pula bantah
15/08/2008 5:24pm

SEGAMAT 15 Ogos – Bantahan terhadap kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuka pintu kepada pelajar bukan bumiputera menular ke selatan tanah air melibatkan penuntut UiTM Johor kampus Segamat di sini.

Hari ini seramai 3,000 penuntut tersebut berhimpun secara aman diketuai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Segamat, Mohd. Izhair
i Ibrahim.

Mereka berarak sambil membawa sepanduk dari hadapan pejabat pentadbiran kampus itu di Dataran Seri Bendahara sejauh dua kilometer sebelum berkumpul di pekarangan masjid kampus bagi menunaikan solat Jumaat.

Menurut Mohd. Izhairi, pihaknya akan menyerahkan memorandum yang ditandatangani oleh penuntut universiti itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) tidak lama lagi.

“Sebagai penuntut UiTM, kami kesal kerana tindakan Menteri Besar Selangor tersebut seolah-olah cuba merampas hak kaum Melayu. Sekiranya perlu diwujudkan persaingan, kenapa tidak diadakan antara 20 buah universiti yang terdapat di negara ini?

“Kami kesal kerana kenyataan orang terpelajar seperti Abdul Khalid itu bukan sahaja mencerminkan beliau tidak peka dengan maruah bangsanya sendiri, malah tindakannya itu seolah-olah cuba menjahanamkan maruah bangsa Melayu,” tegasnya.

Kumpulan penuntut UiTM Segamat itu turut menyanyikan lagu-lagu patriotik sambil membawa sepanduk berbunyi `Jangan rampas hak kami’, `UiTM untuk bumiputera’ dan `Universiti ini tradisi Melayu’.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: