Saiful dah bersumpah!! Anwar anak Ibrahim bila lagi??

Saiful bersumpah ‘mubahalah’ di Masjid Wilayah
15-08-2008 09:43:01 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ, ZIEMAN dan G. MANIMARAN


Saiful (kanan) yang berpakaian baju Melayu warna coklat dengan songkok sambil diperhatikan oleh ayahnya, Azlan yang berbaju Melayu biru telah melafazkan sumpahnya. -foto THE STAR oleh Azman Ghani

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR:
Selepas lebih seminggu kes diliwat disebut di mahkamah, Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan sumpah mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini petang ini.

Saiful, 23, memilih hari Jumaat untuk menyempurnakan upacara sumpahnya.

Pada pukul 6.23 petang, Saiful yang berpakaian baju Melayu warna coklat dengan songkok sambil diperhatikan oleh ayahnya, Azlan Mohd Lazim yang berbaju Melayu biru telah melafazkan sumpah.

Turut menyaksikan upacara itu ialah Imam Masjid Wilayah Persekutuan, bapa saudara Saiful, ‘Uncle Pet’, beberapa pegawai masjid berkenaan, ahli keluarga Mohd Saiful, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) iaitu
Datuk Che Mat Che Ali dan pegawai dari Jawi.

Sambil memegang al-Quran, Saiful yang duduk bersila di atas sejadah sambil mengadap kiblat dan diperhatikan bapanya, telah memulakan upacara ‘bermubahalah’ dimulai dengan mengucap dua kalimah Syahadah sebanyak tiga kali dan bacaan Al-Fatihah.

“Bismillahirrahman nirrahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan, No Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut….A’uzubilahiminasyaitanirrajim. Bismillahirrahman nirrahim. Wallahi…Wabillahi….Wata’alahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 hb Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta, atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat. Wallahualam.”

Sejurus selepas upacara bersumpah itu, Saiful memeluk bapanya, Azlan dan menerima ciuman bapanya di dahi kemudian terus bergegas meninggalkan masjid tanpa memberi peluang kepada pihak wartawan untuk menemuramahnya.


Saiful memeluk bapanya, Azlan dan menerima ciuman bapanya di dahi sejurus membacakan sumpah ‘mubahalah’.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada 7 Ogos lalu terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap Saiful pada Jun lepas.

Advertisements

10 Responses

  1. huh..jambu nyeee si saiful ni..patutlah zakar anwar gatal2..pandai dia carik pembantu yg jambu2..nak ambik kesempatan..

  2. anwar masih berdolak-dalik lagi lps saiful bersumpah. nmpak sgt dia takut. kalau aku kena tuduh dgn tuduhan berat meliwat org aku tak akan berdolak dalik tak nak bersumpah. org mcm anwar ni pndai nak tutup keburukan dia dan menyalahkan org lain. aku yakin anwar tak akan brani bersumpah kalau di suruh penyokong kuat dia pun. kalau dia mmg tak bersalah dah lama dia bersumpah. aku tak pasti anwar ni pengecut atau munafik, tp yg pasti dia boleh menyebabkan negara ni jadi makin kacau bilau. penyokong2 dia yang emosional dan takde otak tu suka je buat demostrasi smpai merosakkan harta benda awam. patut penyokong2 dia tu kena hukum sebat

  3. ANWAR A/L IBRAHIM.
    Apalagi?????? Kalau rasa diri anda difitnah dek Saiful….. Sumpah depan Al-Quran la! Sumpah yang anda tak buat perkara terkutuk tu. Semua orang Islam PAS, UMNO & PKR nak tau.

  4. Kalau tak bersalah, kenapa berdolak dalih.. memang benar barangkali bila dah dok dgr nasihat peguam kafir ni memang tak boleh pakai lagi dah…

  5. X faham la ngan Anwar ni.
    Klau betul x salah, wat pe nak takut? Saya masa sekolah dulu pon bersumpah macam ni jugak sbb kena tuduh mencuri. Alhamdulillah xde apa2 pon sbb saya x mencuri! Klau Anwar benar, tunggu pe lagi? Anwar takut bersumpah sama macam DAP takut kat hudud. Belum apa2 dah kecut..byk wat salah la tue…..

  6. Saya bersetuju sangat dengan pendapat Datuk Dr Harun Din ni. Banyak sangat persoalan yg melingkari sumpah yg dibuat oleh Si Saiful ni. Mengapa ia dibuat disaat pilihanraya Permatang Pauh, mengapa ianya masih dibuat sedangkan tiada nas atau dalil-dalil yg boleh disandarkan (hatta Nabi Muhammad SAW sendiripun tidak meminta Aisyah atau Safuan bersumpah setelah difitnah melakukan zina, yg ada hanyalah sumpah suami isteri iaitu dalm kes Li’an) dan mengapa tidak bersumpah di dalam Mahkamah Syariah kelak kalau diyakini bahawa Anwar benar-benar meliwat beliau? Tetapi yg pelik bin ajaibnya mengapa pula ada tokoh-tokoh agama hatta yang bergelar mufti seolah-olah bersetuju bahkan sesetengahnya turut hadir sama menyaksikan sumpah yang dibuat oleh Si Saiful ni? Kenapa tidak dinasihati sahaja Saiful agar mengikuti nas-nas agama dan undang-undang syariah yang sewajarnya? Atau adakah mereka sendiri sudah terheret sama dalam permainan politik yg jijik dan kotor ini? Wallahualam bissawab! Hanya tuhan yang tahu mana yg benar dan mana yg salah…..

  7. Bersumpah dengan nama Allah/tuhan bukannya suatu perkara yang mudah….terutamanya bagi kita Umat Islam.

  8. Sebelom kita membuat ape2 keputusan, eloklah kita melihat kita kaji kenapa Saiful sanggup bersumpah. Aku sendiri pon tak sanggup bersumpah laknat, walaupon aku yakin aku betul.

    Tapi dlm kes Saiful, beliau tlh dihukum sblm seblm mahkamah membuat keputusan. Saiful tlh menderita dan mengalami tekanan emosi renteten daripada cacian, kejian, penghinaan dan tohmahan yg diterimanya setiap hari.

    Sebagai manusia biasa, siapa yg sanggup menerima semua tu. Setakat ini takde sesiapa yg sanggup mempertahankan Saiful hatta UMNO sekalipon. Ini kerana, UMNO tidak mahu dilihat sebahagian dari konspirasi ciptaan PKR. Oleh itu, sebenarnya Saiful hanya bersendirian dlm mempertahankan dirinya sendiri.

    Tekanan demi tekanan yg diterima Saiful diserap dan akhirnya pada hari Jumaat 15 Ogos 2008 Saiful melepaskan tekanan tersebut. Memandangkan Saiful tlh melaksanakan tugasnya, sekarang terserahlah kpd Allah utk menentukan siapa yg benar dan siapa yg batil.

  9. Penulisan saya ini adalah reaksi terhadap Isu “Anwar Liwat Saiful”. Ini sudah membuka lembaran baru bagi semua pihak, terutama sekali ummat Islam di Malaysia. Apakah kaitannya dengan hukum-hakam Islam. Saya, sebagai seorang Muslim mengambil kira hal ini kerana ia menyentuh soal aqidah dan ugama. Maka ia hangat diperkatakan. Secara rengkas, sungguhpun Saiful bersumpah untuk menghapus “fitnah” terhadap dirinya, tapi dia telah membuat satu kesilapan besar. Ini kerana dalam percaturan tuduh-menuduh, Anwar Ibrahim telah mendapat -the upperhand- lebih logik dan berwibawa.

    Ketika Saiful mendakwa “Anwar Meliwat” itu dalam hukum Islam masuk dalam bab QAZAF. Sekiranya Anwar betul-betul liwat, dan dikira bersalah seperti mana yang didakwa oleh Saiful, tapi Anwar untuk mengelak dia di hukum, dia lebih cerdik kerana cepat-cepat melaporkan perkara tuduhan liwat ke Mahkamah Syariah. Kemudian pihak Mahkamah Syariah kenalah menyiasat perkara ini. Ya, Anwar bersalah kerana meliwat pada pandangan dzahir, tapi pada hukum syara’ dia dikira tidak bersalah …kerana Saiful kena bawa 4 orang saksi yang melihat dengan mata mereka sendiri perbuatan liwat itu. Dalam hal hukum QAZAF, Saiful dikira bersalah walaupun dia bersumpah diluar Mahkamah bahawa Anwar benar-benar telah meliwatnya.

    Ya, Anwar telah berjaya memerangkap Saiful. Nanti Mahkamah Syariah akan memanggil Saiful atas laporan adakah benar atau tidak dia menuduh Anwar buat kerja liwat ? Maka Saiful boleh menarik balik tuduhan dia itu (sebab dia tak dapat cari saksi-saksi menurut hukum syara’), maka kes ini boleh digugurkan. Itu, sekiranya Saiful menarik balik atau menafikan sebelum kes itu bersabit di Mahkamah Syariah, dan Anwar boleh menarik balik laporan yang dibuat terhadap Saiful.

    Perbuatan Saiful bersumpah di khalayak ramai sudah menjadi bukti bahawa dia menuduh Anwar liwat dan Mahkamah Syariah sudah mendapat bukti yang kukuh bahwa laporan Anwar itu benar, “terlaknatlah” Saiful mengikut hukum Islam, yang Saiful meminta dirinya dilaknat. Sumpahnya telah memakan dirinya mengikut hukum dan kaedah Islam. Saiful dikira bersalah dari segi shara’ , dia patut disebat 80 kali ..atau di penjara 3 tahun, lebih-lebih lagi dia kira sebagai “pembohong” yang kita tidak boleh berkawan dengan atau menyokong Saiful.

    In the Islamic sense, Saiful will be outlawed , considered a vile man and a liar …even if he thinks or declares he is telling the truth. We have Islamic laws. Jangan sekali-kali tuduh orang berzina atau liwat. Kita ada hukum-hakam Islam yang melindungi maruah seseorang Islam. Saya percaya Anwar liwat, tapi saya TIDAK BOLEH mengisytiharkan secara terbuka kerana itu QAZAF namanya. Saya boleh dihukum mengikut undang-undang Islam, fahamlah dan berimanlah.

    Sekali lagi, mungkin Anwar di pihak yang salah, tapi kita dikira oleh syara’ sebagai pembohong kerana tidak berjaya membuktikan di Mahkamah Syariah. Dalam isu ini Anwar telah berjaya memerangkap Saiful …dan mengusik jiwa kita, apakah kita ini, beriman atau kufur ?

    Tambahan pula ramai orang Melayu di Malaysia ini jahil tentang Islam itu sendiri. Suka mempersenda hukum-hakam Islam. Sila renungkan:

    Macam tersebut dalam Al-Qur’an: ” a fa tu’minuna bi ba’dhi _l-kitab wa ta’furuna bi _l-ba’dh ” = adalah kamu beriman kepada sebahagian kitab dan kamu kufur kepada bahagian yang lain ? [Al-Baqarah (2) : 85]. Kalau betul sekalipun Anwar meliwat dia, adalah lebih baik dia diam kerana perbuatannya ialah hukum QAZAF. Kalau dia engkar hukum QAZAF, ertinya dia menolak hukum Islam. Fahamlah sendiri.

    Apa yang Saiful buat, bersumpah di masjid bukan MUBAHALAH namanya. Dalam majlis mubahalah, kedua pihak yang saling menuduh mesti berdepan, berhujjah atas perkara ilmiah dan akhirnya bersumpah laknat jika kedua-kedua pihak menemui jalan buntu.

    Anwar tidak perlu bersumpah kerana dia sudah buat laporan di mahkamah syariah. Lagipun secara terbuka dia berkata dalam salah satu ceremahnya:

    Dia membaca ayat “wa makaruu wa makar ALLAH, wa ALLAHu khairu l-maakireen” = dan mereka mengatur tipu muslihat, dan ALLAH pula mengatur, dan ALLAH adalah yang sebaik-baik pengatur – tipu muslihat ..[Ali Imran (3) : 54]. Oleh itu secara tidak langsung Anwar bermaksud Allah akan bakal menghukum orang yang menipu. Jika Anwar yang menipu dia sendiri akan menerima akibatnya umpama dirinya sendiri akan dilaknat

  10. Saudara Tiger Chan..
    Dari penulisan saudara saya mengandaikan saudara mendalami ilmu hukum. Disini saya nak tanya sikit.
    1. Dalam kes seseorang dirogol dan tidak dapat membawa 4 saksi, bgaimana dia nak menuntut keadilan bagi pihaknya? Adakah kaedah pendakwaan dlm islam utk memberikan keadilan kpd mangsa? Bleh tolong jelaskan..
    2. Dalam kes seorang anak yg lahir 7 bulan dari tarikh mereka berkahwin, maka anak2 ini di bin kan Abdullah dgn erti kata majlis agama menganggap mereka ini anak zina.. maka tidakkah mereka ini sebenarnya menuduh ibu dan ayah melakukan zina sbljm berkahwin.. maka adakah pasangan ini boleh mendakwa pagawai majlis agama ini ddn tuduhan Qazaf? Saya pasti org majlis agama tidak akan dpt membawa 4 saksi aini dlm kes ini..
    Tolong huraikan
    Terina Ksih..

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: