Video Saiful Bukhari Bersumpah Mubahalah

Advertisements

Saiful dah bersumpah!! Anwar anak Ibrahim bila lagi??

Saiful bersumpah ‘mubahalah’ di Masjid Wilayah
15-08-2008 09:43:01 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ, ZIEMAN dan G. MANIMARAN


Saiful (kanan) yang berpakaian baju Melayu warna coklat dengan songkok sambil diperhatikan oleh ayahnya, Azlan yang berbaju Melayu biru telah melafazkan sumpahnya. -foto THE STAR oleh Azman Ghani

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR:
Selepas lebih seminggu kes diliwat disebut di mahkamah, Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan sumpah mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini petang ini.

Saiful, 23, memilih hari Jumaat untuk menyempurnakan upacara sumpahnya.

Pada pukul 6.23 petang, Saiful yang berpakaian baju Melayu warna coklat dengan songkok sambil diperhatikan oleh ayahnya, Azlan Mohd Lazim yang berbaju Melayu biru telah melafazkan sumpah.

Turut menyaksikan upacara itu ialah Imam Masjid Wilayah Persekutuan, bapa saudara Saiful, ‘Uncle Pet’, beberapa pegawai masjid berkenaan, ahli keluarga Mohd Saiful, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) iaitu
Datuk Che Mat Che Ali dan pegawai dari Jawi.

Sambil memegang al-Quran, Saiful yang duduk bersila di atas sejadah sambil mengadap kiblat dan diperhatikan bapanya, telah memulakan upacara ‘bermubahalah’ dimulai dengan mengucap dua kalimah Syahadah sebanyak tiga kali dan bacaan Al-Fatihah.

“Bismillahirrahman nirrahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan, No Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut….A’uzubilahiminasyaitanirrajim. Bismillahirrahman nirrahim. Wallahi…Wabillahi….Wata’alahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 hb Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta, atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat. Wallahualam.”

Sejurus selepas upacara bersumpah itu, Saiful memeluk bapanya, Azlan dan menerima ciuman bapanya di dahi kemudian terus bergegas meninggalkan masjid tanpa memberi peluang kepada pihak wartawan untuk menemuramahnya.


Saiful memeluk bapanya, Azlan dan menerima ciuman bapanya di dahi sejurus membacakan sumpah ‘mubahalah’.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada 7 Ogos lalu terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap Saiful pada Jun lepas.

Syabas adik-adik di UiTM, teruskan perjuangan anda menentang boneka DAP kafir harbi

Kemarahan pelajar kian memuncak membantah

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Kemarahan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) ekoran isu membuka institusi itu kepada pelajar bukan bumiputera terus memuncak apabila lebih 20,000 lagi pelajar mengadakan bantahan di seluruh negara.

Rata-rata pelajar dari enam kampus cawangan UiTM di beberapa negeri di Semenanjung kesal dengan tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana sanggup mengemukakan syor itu yang dianggap menjual maruah bangsa di tanah air sendiri.

DI IPOH, 9,812 pelajar dari kampus UiTM Seri Iskandar di sini berarak ke bangunan pentadbiran untuk menyampaikan memorandum bantahan yang ditandatangani mereka kepada Pengarah Kampus, Prof. Dr. Abdullah Mohamad Said.

Memorandum itu akan disampaikan kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaludin, esok.

Mereka berkumpul sejak pukul 2.30 petang sambil menyanyikan lagu rasmi UiTM serta lagu patriotik seperti ‘Anak Kecil Main Api’.

Kumpulan pelajar yang kebanyakannya memakai baju berwarna hitam turut membawa pelbagai sepanduk bertulis ‘Hidup Melayu’, ‘UiTM Milik Melayu’ dan ‘Jangan Jual Bangsa Melayu’ sambil melaung- laungkan kemarahan terhadap Abdul Khalid.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Seri Iskandar, Abdul Qaiyum Abdul Razak ketika ditemui pemberita menegaskan:

”Kalau Khalid tidak tarik balik kenyataan beliau, semua warga UiTM akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di Shah Alam.

”Kami orang Melayu akan terus mempertahankan hak kami walaupun terpaksa menggadaikan nyawa. Jangan bermain api dengan hak orang Melayu.”

DI ARAU, 5,000 pelajar dari kampus UiTM di sini berhimpun secara aman diketuai Naib Yang Dipertua MPP UiTM Perlis, Ahmad Faiq Ahmad Fuat.

Mereka berarak sambil membawa sepanduk dari kolej kediaman sejauh dua kilometer sebelum berkumpul di Padang Rani di pekarangan kampus kira-kira pukul 5 petang.

Pengarah Kampus, Profesor Madya Dr. Hamidi Abd. Hamid serta pegawai-pegawai kanan UiTM Perlis turut menyertai perhimpunan selama sejam itu.

Ahmad Faiq berkata, pihaknya akan menyerahkan memorandum ditandatangani oleh pelajar universiti itu kepada Pengarah Kampus UiTM Perlis sebelum diserahkan pula kepada Naib Canselor UiTM.

“UiTM sahaja yang kita (orang Melayu) ada untuk dibanggakan. Kita seharusnya berusaha untuk mempertahankan apa yang kita miliki, bukan menjahanamkannya pula,” katanya ketika ditemui selepas perhimpunan berakhir.

DI BANDAR JENGKA, 3,000 pelajar UiTM cawangan Pahang diketuai oleh Yang Dipertua MPP UiTM negeri, Mohd. Shafie Absari berarak membantah cadangan Abdul Khalid yang disifatkan sebagai pengkhianat bangsa.

”Kami kesal Menteri Besar berbangsa Melayu ini sanggup bertindak sebagai ejen pihak lain dalam usaha menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di universiti ini,” tegasnya.

Mereka menyerahkan nota dan tandatangan bantahan kepada Pengarah Kampus UiTM Pahang, Prof. Madya Hilmi Ab. Rahman untuk disampaikan kepada Abdul Khalid.

DI MELAKA, lebih 2,000 pelajar UiTM cawangan Lendu mengadakan perhimpunan serupa diketuai Yang Dipertua MPP kampus, Mohd. Lokman Hakim Hamidon.

Mereka berkumpul di pekarangan masjid Al-Hikmah di universiti itu pukul 5.30 petang sebelum berarak sejauh kira-kira satu kilometer sambil menyanyikan lagu rasmi UiTM.

Kumpulan pelajar itu turut menyanyikan lagu-lagu patriotik sambil berarak membawa sepanduk berbunyi ‘Jangan Rampas Hak Kami’, ‘UiTM untuk Bumiputera’ dan Universiti Ini Tradisi Melayu’ sehingga ke Dataran Keris di kawasan universiti berkenaan.

”UiTM tembok pertahanan untuk Melayu,” katanya ketika ditemui selepas perhimpunan.

Perhimpunan berakhir selepas Mohd. Lokman menyerahkan memorandum yang ditandatangani oleh pelajar kepada Pengarah Kampus tersebut, Prof. Madya Dr. Mizan Hitam. Perhimpunan bersurai kira-kira sejam kemudian.

DI SUNGAI PETANI, Kedah, 700 pelajar UiTM cawangan Merbok, mengadakan perhimpunan secara aman di Dataran Ilmu diketuai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Kedah, Mohd. Nor Syafiq Abdul Majid.

”Kami berharap isu kuota bukan bumiputera untuk masuk ke UiTM sebagai pelajar tidak perlu dibincangkan lagi. Kami kesal Abdul Khalid membelakangkan hak kaum sendiri,” katanya.

Pada perhimpunan tersebut, MPP UiTM Kedah turut menyerahkan memorandum yang ditandatangani oleh pelajar kepada Pengarah Kampus, Profesor Madya Dr. Zaliha Hussin untuk dipanjangkan kepada pihak pengurusan.

DI KUALA TERENGGANU, lebih 500 pelajar UiTM di sini turut mengadakan demonstrasi diketuai Yang Dipertua MPP, Mohamad Asri Mohamad Yusoff.

Mereka berarak sejauh lima kilometer ke dewan besar kampus itu bermula kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

Mohamad Asri kemudian menyerahkan memorandum bantahan kepada Pengarah Kampus UiTM Dungun, Prof. Madya Tengku Yusoff Tengku Mahmud pada pukul 1.30 tengah hari.

”Abdul Khalid cuba membuka ruang kepada bukan bumiputera mencerobohi institut pengajian tinggi yang ditubuhkan kerajaan untuk golongan bumiputera,” katanya.

Kelmarin, lebih 5,000 pelajar UiTM di kampus induknya di Shah Alam mengadakan demonstrasi secara aman, diikuti 5,000 pelajar UiTM cawangan Machang, Kelantan.

5,000 pelajar UiTM Permatang Pauh berhimpun
15/08/2008 11:56am

BUKIT MERTAJAM 15 Ogos – Kira-kira 5,000 penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Permatang Pauh pula mengadakan perhimpunan aman memprotes cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar universiti itu dibuka kepada pelajar bukan bumiputera.

Kumpulan penuntut itu yang turut memakai pakaian serba hitam diketuai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti itu Mohd. Faizal Zainol di Padang UiTM Permatang Pauh sejak pukul 9 pagi selama sejam sambil menyanyikan lagu rasmi universiti serta lagu patriotik seperti ’Anak Kecil Bermain Api’.

Para penuntut itu turut membawa pelbagai sepanduk bertulis ’Hidup Melayu’, ’UiTM Milik Melayu’ dan ’Jangan Jual Bangsa Melayu’ sambil melaung-laungkan kemarahan terhadap Abdul Khalid.

Perhimpunan itu berakhir selepas Mohd Faizal menyerahkan memorandum yang ditandatangani mereka kepada Timbalan Pengarah Bahagian Akademik UiTM itu Dr. Mohd. Abdullah Hemdi. – Utusan

Kemarahan pelajar UiTM merebak ke Sarawak
15/08/2008 2:46pm

KOTA SAMARAHAN 15 Ogos – Kemarahan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengenai cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuka institusi itu kepada pelajar bukan bumiputera merebak hingga ke Sarawak.

Hari ini, seramai 1,500 pelajar UiTM Kampus Kota Samarahan berkumpul dan berarak bagi menyuarakan bantahan mereka itu mengenai cadangan itu yang disifatkan mereka mencabar hak istimewa kaum bumiputera.

Perhimpunan yang bermula pada pukul 11 pagi di Bangunan Pusat Pelajar itu kemudiannya berarak ke pintu hadapan kampus untuk menyerahkan memorandum bantahan yang ditandatangani oleh 3,834 pelajar kepada pihak pentadbiran universiti.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM itu, Dinie Zulhilmi Sulaiman berkata, mereka telah membuat dua salinan memorandum bantahan tersebut untuk diserahkan kepada Abdul Khalid dan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. – Utusan

Penuntut UiTM Segamat pula bantah
15/08/2008 5:24pm

SEGAMAT 15 Ogos – Bantahan terhadap kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuka pintu kepada pelajar bukan bumiputera menular ke selatan tanah air melibatkan penuntut UiTM Johor kampus Segamat di sini.

Hari ini seramai 3,000 penuntut tersebut berhimpun secara aman diketuai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Segamat, Mohd. Izhair
i Ibrahim.

Mereka berarak sambil membawa sepanduk dari hadapan pejabat pentadbiran kampus itu di Dataran Seri Bendahara sejauh dua kilometer sebelum berkumpul di pekarangan masjid kampus bagi menunaikan solat Jumaat.

Menurut Mohd. Izhairi, pihaknya akan menyerahkan memorandum yang ditandatangani oleh penuntut universiti itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) tidak lama lagi.

“Sebagai penuntut UiTM, kami kesal kerana tindakan Menteri Besar Selangor tersebut seolah-olah cuba merampas hak kaum Melayu. Sekiranya perlu diwujudkan persaingan, kenapa tidak diadakan antara 20 buah universiti yang terdapat di negara ini?

“Kami kesal kerana kenyataan orang terpelajar seperti Abdul Khalid itu bukan sahaja mencerminkan beliau tidak peka dengan maruah bangsanya sendiri, malah tindakannya itu seolah-olah cuba menjahanamkan maruah bangsa Melayu,” tegasnya.

Kumpulan penuntut UiTM Segamat itu turut menyanyikan lagu-lagu patriotik sambil membawa sepanduk berbunyi `Jangan rampas hak kami’, `UiTM untuk bumiputera’ dan `Universiti ini tradisi Melayu’.

Nak buat macam mana dah Khalil Ibrahim IQnya 50 sahaja

Khalid cetek pemikiran – Ibrahim

SHAH ALAM 14 Ogos – Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Seri Ibrahim Abu Shah menyifatkan hanya golongan yang cetek pemikiran sukar menerima fakta mengenai pelbagai kejayaan yang dicapai oleh universiti itu sama ada di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar tidak terus mengeluarkan kenyataan sesuka hati sehingga dilihat menghina dan mengutuk kaum sendiri.

Beliau ternyata tidak dapat menahan rasa marah dengan kenyataan Abdul Khalid yang bukan sahaja angkuh kerana enggan memohon maaf berikutan cadangannya agar UiTM membuka ‘ruang’ kepada pelajar bukan bumiputera.

Malah, katanya, Menteri Besar Selangor itu turut memperkecilkan kemampuan institusi itu apabila meminta UiTM memberi fokus kepada usaha meningkatkan taraf dan kemudahannya untuk menjadi sebuah universiti disegani.

”Saya bukan orang politik, tetapi sebagai penjaga universiti ini, saya berasa kecil hati dan marah. Kalau ya pun, cakap biarlah berbudi bahasa dan berhemah sikit. Kalau bercakap biar fikir betul-betul, jangan cakap sesuka hati, kutuk dan hina kaum sendiri seolah-olah kaum Melayu ini sangat teruk.

”Ia tidak patut keluar daripada mulut seorang pemimpin Melayu. Walaupun sebelum ini ada pemimpin bukan Melayu bercakap mengenainya, ia dibuat secara berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Pelajar Melayu Merdeka – Mengupas Kemelut Pelajar Melayu – Satu Pemerhatian GPMS anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, di sini hari ini.

Semalam, Abdul Khalid enggan memohon maaf kepada UiTM atas alasan ia bukan mempersoalkan hak istimewa bumiputera dan penubuhan UiTM.

Mengulas lanjut, Prof. Ibrahim berkata, kenyataan Abdul Khalid itu menggambarkan graduan yang dihasilkan UiTM tidak bagus, tidak berdaya saing dan tidak global hanya disebabkan tidak membuka 10 peratus untuk pelajar bukan Bumiputera.

”Kalau tidak berkualiti, masakan 70 peratus produk UiTM memasuki sektor swasta dan berada pada kedudukan baik di sektor kerajaan,” katanya sambil menyebut beberapa nama besar siswazah UiTM yang mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Tegas beliau, bukti sememangnya cukup banyak tetapi hanya orang bodoh sahaja tidak mahu menerima fakta itu.

Beliau seterusnya menawarkan buku falsafah bertajuk ‘Falsafah Mim’ tulisannya dengan potongan harga istimewa 50 peratus khas untuk Menteri Besar itu.

Pas curiga Anwar

Oleh Ridzuan Yop, Shamsul Kamal Amaruddin, Mohd Feroz Abu Bakar, Nazura Ngah dan Nurhayati Abllah
bhnews@bharian.com.my

“Jangan dok kemaruk 16 September runtuhkan kerajaan jahiliah lama Umno diganti dengan kerajaan jahiliah

Perjuangan Penasihat PKR tidak dipercayai

IPOH: Pas mula mencurigai dan mempersoalkan perjuangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang diuar-uarkan akan menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan Kerajaan Pusat selepas 16 September ini.

Beberapa perwakilan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas di Stadium Indera Mulia di sini, semalam secara terbuka mengingatkan kepemimpinan serta ahli parti itu supaya jangan terlalu kagum dengan Anwar, sebaliknya mengambil sikap lebih berhati-hati dengan Penasihat PKR itu.

Wakil Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata banyak ucapan serta kenyataan Anwar, terutama selepas Pilihan Raya Umum ke-12 Mac lalu, mengelirukan dan seolah-olah tidak ingin melihat Islam menjadi ketuanan di negara ini.

“Kita semua jangan lupa hakikat bahawa selama 16 tahun Anwar pernah menjadi penghalang kebangkitan Pas. Ada yang kata jangan ungkit, tetapi kita perlu juga pandang ke belakang sekali sekala untuk mara ke depan,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda Pas.

Wakil Selangor, Zulkifli Ahmad, pula kesal kerana Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tidak disebut-sebut sebagai pemimpin utama jika Pakatan Rakyat menubuhkan Kerajaan Pusat.

Paling menyedihkan, katanya, lidah rasmi Pas ? Harakah sendiri sudah menjadi ‘berita Anwar’ manakala Abdul Hadi dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak menerima liputan sehebat Penasihat PKR itu.

“Sanggupkah pemimpin dan ahli Pas melihat Timbalan Perdana Menteri diisi oleh bukan Islam dan Abdul Hadi hanya diberi jawatan menteri biasa menjaga belia atau kebudayaan? Kenapa Abdul Hadi tidak disebut-sebut sebagai pemimpin yang harus didaulatkan? Mana slogan Kepemimpinan Ulama?,” tegasnya.

Wakil Pulau Pinang, Mohd Radzuan Ramli, menghangatkan lagi suasana apabila mengingatkan Pas supaya jangan meruntuhkan kerajaan jahiliah lama dan menggantikan pula dengan kerajaan jahiliah yang baru.

“Jangan dok kemaruk 16 September runtuhkan kerajaan jahiliah lama Umno diganti dengan kerajaan jahiliah baru yang jayakan kepentingan luar seperti Amerika,” katanya sambil meminta Pas keluar daripada Pakatan Rakyat jika kerajaan yang dibentuk kelak meminggirkan Islam.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohd Daud Iraqi, berpendapat Abdul Hadi adalah tokoh paling sesuai dilantik sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat memerintah negara ini.

“Jika kita berjaya membentuk kerajaan baru selepas 16 September ini, kita berpendapat Presiden Pas paling layak menjadi Perdana Menteri.

“Itu pandangan Dewan Ulama. Tentulah kita kata presiden kita yang layak. Kalau parti lain akan mengatakan presiden mereka yang layak,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah, juga mahukan Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan.