Syabas kepada pelajar UiTM, teruskan perjuangan menentang Menteri Besar Boneka DAP

Pelajar UiTM berarak protes – Serah memorandum bantah keras cadangan Menteri Besar Selangor

Oleh AZIAN AZIZ

LEBIH daripada 5,000 pelajar UiTM mengadakan perarakan aman ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di Shah Alam, semalam bagi menghantar memorandum bantahan kepada Menteri Besar Selangor. – Gambar MOHD. SHAHARANI SAIBI

——————————————————————————–

SHAH ALAM 12 Ogos – Lebih 5,000 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) berarak sejauh dua kilometer di sini hari ini untuk membantah keras cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar universiti itu dibuka kepada bukan bumiputera.

Kumpulan pelajar itu yang sebahagian besarnya memakai kemeja-T berwarna hitam mula berkumpul di Dataran Shah Alam pada pukul 9 pagi sebelum berarak sambil memegang sepanduk menuju ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.

Sebaik tiba di luar pagar utama bangunan SUK yang menempatkan pejabat Abdul Khalid, mereka berdemonstrasi selama sejam.

Di samping menyanyikan lagu rasmi UiTM, mereka turut mengangkat sepanduk, antaranya bertulis ‘Jangan rampas hak kami’ dan ‘Selamatkan UiTM’.

Perhimpunan itu berakhir selepas Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, Luqmannulhakim Mohamad Idris yang mengetuai perhimpunan menyerahkan memorandum tujuh muka surat kepada pegawai SUK, Hasril Abu Hassan untuk disampaikan kepada Menteri Besar Selangor.

Luqmannulhakim ketika ditemui pemberita berkata, kandungan memorandum itu merakamkan rasa kesal para pelajar UiTM terhadap cadangan Menteri Besar kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas itu.

Menurut beliau, memorandum tersebut turut menyatakan wujud unsur politik dalam cadangan yang dikemukakan oleh Abdul Khalid.

Para pelajar UiTM meminta kerajaan negeri tidak lagi membincangkan cadangan tersebut sekiranya ia bertujuan semata-mata untuk meraih undi pelbagai kaum.

“Janganlah dipolitikkan UiTM kerana penubuhan universiti ini telah termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak untuk bumiputera demi membantu menaikkan taraf ekonomi mereka,” katanya.

Luqmannulhakim menambah: “Insya-Allah kami akan buat susulan bantahan fasa kedua dan ketiga. Kami akan memohon sendiri kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya baginda menitahkan soal pengambilan pelajar UiTM tidak dibincangkan lagi.”

Ahad lalu, Abdul Khalid mencadangkan agar 10 peratus daripada kuota pelajar UiTM dibuka kepada bukan bumiputera serta pelajar asing bagi mempertingkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajarnya.

Sementara itu, seorang penuntut UiTM, Sheikh El-Ash Shaff Shaik Daud, 22, melahirkan kebimbangan sekiranya cadangan tersebut diteruskan, nasib UiTM akan menjadi seperti universiti-universiti lain.

“Mula-mula diminta kemasukan 10 peratus tetapi lama-kelamaan kadar itu dipertingkatkan. Akhirnya golongan bumiputera lenyap dan tertindas di universiti sendiri,” ujarnya.

Bagi Khairul Ashraf, 19, pula, UiTM perlu mengekalkan dasar penubuhannya untuk bumiputera agar lebih ramai anak Melayu berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi.

“Bukan kami takut saingan kaum bukan bumiputera, namun penubuhan UiTM sendiri mempunyai matlamat tersendiri untuk menunjukkan pembangunan intelektual bumiputera selain meningkatkan daya ekonomi bangsa kita,” ujarnya

Advertisements

22 Responses

  1. Syabas Persatuan Pelajar UiTM.Pakcik & berpuluh ribu Melayu bersama kamu !

  2. TAHNIAH!!! Tindakan anda mmg kena pada masanya…
    Begitulah semangat yg perlu ada pada kaum Melayu…

  3. Dalam kenyataan Si Tanggang Khalid tu dia kata usulnya adalah supaya dapat mewujudkan persaingan supaya pelajar bumiputra boleh menjadi lebih baik.. Cuba renung dlm sikit. Tidakkah ini memberi gambaran atau bermaksud graduan UiTM selama ini tidak bagus? Apakah ini tanggapan si tanggang tu pada graduan UiTM? Tidakkah dia sedar bhwa kenyataan dia ini ibarat meludah pada graduan2 UiTM.. Saya sebagai hasil didik ITM (shahAlaM) amat terasa dgn kenyataan ini, ibaratkan satu penghinaan kepada UiTM, utk pengetahuan saudara2 saya slepas di ITM saya menyambung pelajaran di UTM.. apa yg saya dapat rasakan UiTM adalah jauh lebih hebat dari UTM ( pada masa itu – maaf bkn bermaksud merendahkan UTM tapi apa yg saya dapati dan rasai bhawa UiTM lebih baik).
    Berbalik kepada isu asal, apakah ini juga adalah agenda tersembunyi DAP dab harbi2 dlm pkr supaya graduan itm dilihat sebagai tidak berkualiti dan seterusnya mengurangkan peluang mereka mendapat tempat di syarikat2 besar? yg maknanya anak peribumi makin terhimpit dlm merebut peluang walaupun ada kelayakan. Wahai Khalid.. semakin hari wajah2 hodoh sifatnya semakin menonjol.. teruskan usaha anda biar anak melayu peribumi ini terus mendiami pondok2 usang di celah2 dan lereng2 bukit. Tutup peluang mereka utk menjadi seperti anda kerana takut nanti bila anak2 melayu ini diberikan peluang seprtimana yg anda dapat, mereka akan jadi lebih senang dari anda. Tamankan hasad dengki tu dlm2 dlm hati anda..

  4. Tahniah..
    Inilah generasi muda yg kiter perlukan..

    Teruskan Perjuangan….

  5. UiTM benteng terakhir orang Melayu..runtuh uitm runtuhlah orang melayu..

  6. Bagi saya, kewujudan UiTM adalah persis sebagaimana kewujudan Matrikulasi dan SBP serta MRSM, institusi-institusi yang diwujudkan atas nama membela hak orang Melayu/Islam untuk terus bertapak, bertahan, perkasa di buminya sendiri. Dengan wujudnya institusi-institusi keilmuan inipun, menurut buku RMK 9, EPU, JPM, daripada sejumlah 109,352 ahli profesional berdaftar iaitu akauntan, arkitek, doktor, jurutera, jurukur dan peguam; hanya 38.8 % bumiputera, 48.7% Cina, 10.6% India dan lain-lain, 1.9%. Kepada Tan Sri Khalid, beliau wajar BERMUHASABAH dari mana beliau mendapat peluang pendidikan, di institusi mana beliau menjadi juara sebelum masuk PKR? Jika dengan wujudnya institusi khusus untuk merancakkan peningkatan profesional Melayu inipun kita hanya dapat melahirkan tak sampai 40% (itu adalah kohort lulus minima, dpt gred E!), apatah lagi jika kesemuanya ditumbangkan atas nama meritokrasi! Pada tahun 1988 lagi, saya sudah mendengar khabar parti politik Cina telah membeli beberapa universiti di luar negara….dan umum mengetahui siapa paling ramai di UTAR. Saya setuju bahawa golongan berbangsa Melayu yang tak sedar diuntung dan memperjuangkan meritokrasi dan liberalisasi sama macam Tanggang. Mereka ini wajar berhijrah ke Singapura dan RASAI NIKMAT MERITOKRASI di negara bersimbol Singa kehausan itu!

  7. wat apa minta 10% minta lah 50 % baru betul2 ada persaingan….apa yg dia fikir aku pun x faham dgn melyu nii…boleh lagi ke nak panggil MB nii melayu…kan byk universiti org bukan melayu boleh belajar…

  8. teruskan berjuang melayu Islam dalam UITm dan jadi yang terbaik dengan cara Islam bukan dengan cara kafir..Allahu akbar. Melayu boleh kalau ikut macam cerdik pandai islam dahulu..Bersama2 kita munuju perjuangan yang sejati..ameen!

  9. Apa ni. Masih nak gadai hak Melayu lagi ke. Sepatutnya berilah cadangan yang lebih baik yang boleh memartabatkan lagi nilai Melayu. Misalnya cadangkan hanya 10% diberikan kepada bukan Melayu (bukan bumiputera) di setiap institusi pengajian tinggi yang beroperasi di negara ini. Itu baru dikatakan menuntut hak. Bukannya menggadai hak kita. Dan ini bersesuaian dengan kehendak perlembagaan negara. Ini bukan soal pro-Melayu atau soal perkauman tetapi hakikat yang mesti kita akui seperti terkandung dalam perlembagaan kita.
    Kerana konsep ketuanan Melayu itu mesti kekal sampai bila-bila. Itulah situasi negara kita, cara kita dan jangan disamakan dengan negara lain. Masing-masing negara ada undang-undang dan peraturan yang tersendiri yang perlu dihormati.
    Sikap tidak tahu hak dan biadap inilah yang perlu ditentang dan tidak boleh dikompromi. Kita perlu hormat cara kita, budaya kita, warisan kita, dan bukannya menjadi pengagum budaya dan warisan asing.

  10. tengok.. satu persatu kemunafikan PKR akan terbongkar buat tatapan rakyat. Tahniah pada mereka yang mengundi PKR pada PRU12 yang lepas..

    Adakah mereka layak untuk mentadbir kerajaan pusat? sedangkan sekarang mempunyai kerajaan negeri sendiri, hal ehwal yang luar dari kekuasaan kerajaan negeri, mereka kalut nak laksanaan..

  11. baru aku paham apsal kerajaan marah dan tak kasi bila pakatan rakyat buat perhimpunan jalanan..aku pon terasa jugak bila dah terkene batang idung sendiri sebab nak jalan tak boleh pasal ramai orang..selama ni aku pikir kerajaan tak kasi buat perhimpunan jalanan sebab dengki kat kitorang.. apa apa pun aku terpaksa sokong jgn dibukak uitm pada bukan melayu..walaupon aku bukan pro kerajaan tapi UITM tetap DIHATIKU…

  12. Pasal apa yg MB tu sibuk nk jd jaguh suh bukak kuota Uitm 10% utk bangsa lain.

    Bangsa lain tak mintak pun. Dia plak ‘baik hati’ nk offer.

    Hidup Uitm !!

  13. pasal apa? pasal cari sokongan dan ikut telunjuk DAP kafir laknatullah…apa yg difikirkan oleh penyokong2 PKR & PAS….

  14. apalah bodo sgt MB selangor ni..Dia tu bukan melayu ke..Ingatlah masa depan anak dan cucu kita..Jangan baik hati sgt nak tolong bangsa lain..Tolonglah bangsa MELAYU dulu….

  15. Maybe anak2 si khalid tuh x belajar disana kot…
    x guna btui anak melayu sorang nie(khalid)…. merosakkan peluang yg sepatutnyer dimiliki oleh kaum melayu,,,

  16. syabas

  17. SYABAS PELAJAR UITM.. ANDA MEMBUATKAN SAYA TERUS BERBANGGA SEBAGAI BEKAS ANAK DIDIK UITM ( EX NAIB PRESIDEN KOLEJ ANGGERIK 1993)

  18. Kalau ikhlas n jujur ingin mewujudkan bangsa MALAYSIA, hapuskan dulu sekolah jenis kebangsaan cina n tamil…cina n india bukan pandai sgt…depan mata aku masa kt UTM dulu student pompuan cina bertukar2 kertas jawapan exam…kes meniru n pecah masuk bilik lecturer bangsa depalah yg juara…dorg pun bodoh jugak..cuma pandai n amat teror menipu dalam bisnes,taiko cd cetak rompak…xpayah citer banyak2..sendiri boleh fikir..

  19. SYABAS PELAJAR2 UITM TERUSKAN PERJUANGAN MEMERTABATKAN BANGSA MELAYU DAN MEMPERTAHANKAN HAK BUMIPUTERA.

    TENTANG HABIS2AN MB SELANGOR (KHALID) YANG BAHALOL DAN BACUL

  20. Syabas student UiTM, aku pun alumni UiTM, hmmm 15,16 n 17 hb Ogos ni setau aku ada alumni UiTM, pada bekas2 pelajar UiTM meh kita ramaikan alumni ni..

    Masa dengar cadangan Khalid Ibrahim tu menyirap darah aku…
    kalau cina india yang minta logik la jugak, ni org MELAYU sendiri. memang x cukup akal. Cilaka punya pengkhianat!

    ini mengingatkan aku pada ZAMAN MELAKA kena serang dulu, sape yg bg masuk kalau bukan orang MELAYU KHIANAT yang BUKA PINTU.

    Sampai beratus tahun baru boleh merdeka.. dapat balik tanah sendiri .. tu pun kena berkongsi dgn pendatang.

    Si Melayu Khalid mmg dah lupa…

    Semata2 nak dapatkan kepercayaan bangsa lain, sanggup gadaikan peluang anak bangsa sendiri yang diperjuangkan berpuluh-puluh tahun.

    ….hanya semata2 nak pertahankan sedudukan.
    Khalid.. Khalid..

    Pada aku sendiri, kalau aku la jadi org cina dan india, x respek dah kat Khalid ni. Pengkhianat bangsa, kalau dlm masyarakat cina org mcm ni boleh ke dibiarkan hidup? Sendiri mau pikir la..

    Rasanya kat belakang puas mereka ketawakan khalid sebb jadi pak turut mereka. Mcm kerbau dicucuk idung, Bengap alias buduh teramat.

    Mula2 masuk terus pasal babi, sekarang nak kurangkan pelajar Melayu dlm IPTS, pilih UiTM dihatiku pulak tu. Memang kurang ajar.

    Untuk orang melayu yg duk sibuk sokong PKR tu.. Sedarlah ooiiii, Bangun!, Bangun!, Bangun!. Jangan biarkan undi anda diperkudakan oleh DAP harbi ni…Jangan sampai masa depan anak2 tergadai.

    Menyesal kemudian x guna lagi. Sedarlah diri woiiii!!!!!!!

  21. sempoi! budak UITM pun marah.depa kata media..dulu majlis peguam depa kata media,tapi bila Salahuddin Pemuda PAS ada,Zulkifli Nordin PKR ada barula nampak..

    hahah dah ramai orang melayu dah mula sedar!! bukan retorik.PKR tak bela melayu,sibuk nak dapat sokongan bukan bumi yg 33% tu semata-mata nak terus berkuasa.yg PAS pulak,bodoh,sanggup jadik pak turut asalkan dapat jawatan,boleh jadi modal kat orang kampung..”apa kita nak takut..pemimpin melayu islam jadi PM,jadi menteri besar..”padahal smua menteri,exco bangsa lain.yang UMNO plak,si jahanam paklah ngan KJ dok pelingkup saja.

    Alhamdulillah setelah meneliti blog2 orang Cina dan orang2 melayua,ada improvement dah,lbey baik kita bersatu! segera.bangsa lain dah berani pijak kepala..

  22. Benarkah semuanya bermotifkan politik..??

    Bukannya MB selangor tu tak tahu yg pilihanraya pematang pauh akan diadakan dalam masa terdekat..

    Kalau bermotifkan politik sudah tentu MB selangor tu tak akan berani mengeluarkan kenyataan sedemikian.. kerana risikonya amat tinggi kerana boleh mengurangkan undi org2 melayu di pematang pauh terhadap anwar ibrahim…

    Saya rasa DAP pun tak paksa MB selangor buat kenyataan tersebut.. kerana mereka tahu bahaya yg bakal mengundang kepada pakatan rakyat dalam pilihanraya tersebut…

    Saya amat menghormati pandangan serta kenyataan MB selangor kerana berani mengeluarkan kenyataan yg di anggap terlalu sensitif kpd bangsa melayu..

    Beliau sanggup menerima kutukan serta cacian dari pada segelintir org2 melayu yg terlalu taksub terhadap faham Assobiyah dan terhadap org2 melayu yg berjiwa kecil..

    Semoga usaha beliau ini akan diberkati demi menbangunkan suatu bangsa melayu islam yg mampu bersaing di dalam persada dunia angtarabangsa…

    Semoga bangsa melayu menjadi suatu bangsa dan umat yang unggul suatu masa nanti di rantau sebelah sini..

    Melayu islam wajib bangkit semula ( ini adalah jihad kita di dalam pendidikan ) bagi menempuh segala dugaan
    serta bersaing dgn bangsa2 lain agar mampu menawan semula semua gugusan kepulauan melayu yg dahulunya menjadi milik nenek moyang kita di mana ketika ini ianya hampir terlacur semuanya bangsa serta agama lain..

    Hampir separuh dari gugusan kepulauan melayu yg suatu masa dahulu menjadi milik bangsa kita telah dikuasai malah telah dimiliki oleh mereka2 yg bukan sebangsa dan seagama dgn kita..

    Kerana apa semua ini berlaku…

    Kerana pemimpin yang kita letakkan kepercayaan selama ini telah melacurkan segala amanah yg kita berikan… !!

    Kerana kita terlalu mengharapkan segala keistimewaan yg ada selaku anak peribumi.. ( sampai bila..?? ) adakah selepas 50 tahun bangsa melayu moden dilahirkan bangsa kita masih lagi bayi dan belum mampu utk menyuap nasi ke mulut sendiri..

    Tidak malukah kita selaku bangsa yg kononnya gah di Nusantara ( Empayar Majapahit dan Melaka) tetapi sebenarnya masih lagi bergayut di tetek ibu masing2

    Sedangkan dalam masa yg sama bangsa lain sudah berlari2 ke sana ke mari mengejar kejayaan..tetapi bagi bangsa melayu bila saja terlucut puting susu tetek ibu kita sekejap sahaja terus menangis dan melalak sehingga menjadi biru muka kita..

    Bagi sayaTan Sri Khalid adalah seorang pemimpin yg berjiwa besar kerana beliau sanggup terima segala cacian demi membangunkan anak bangsanya sendiri.

    Fikirkanlah semuanya..!!
    kerana berfikir itu adalah pelita hati..

    Islam melarang umatnya berputus asa..!!

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: