Pengalaman Demostrasi Forum Terbuka Majlis Peguam (anjing DAP)

Saya berkesempatan untuk mencuri masa berharga saya untuk bersama-sama menyertai forum terbuka majlis peguam (anjing dap) yang bertajuk “Memeluk Islam”. Saya bertolak agak lewat dan sampai di Masjid Jamek sekitar jam 8:30 pagi.

Saya dapati ada sekumpulan penyokong PAS berhimpun di situ dan ketua mereka sedang memberikan kata-kata semangat kepada mereka. Jumlah mereka tak ramai dalam 40-50 org sahaja. Kelihatan majoriti mereka adalah pelajar perempuan IPTA yang bertindak memegang sepanduk. Saya berpendapat seolah-olah PAS hanya berhajat untuk menyertai demostrasi ini selepas Subuh tadi. Ini kerana persiapan yang dilakukan oleh mereka agak hambar dengan hanya 2 banner kain putih yang dicat dengan tulisan tangan. Manakala ada seorang lagi memberikan kertas A3 yang bertulis “Jangan Cabar Islam”.

Kecewa saya melihat jumlah penyokong PAS yang sedikit dan persediaan yang cukup sedikit. PAS yang sentiasa cakap mereka memperjuangkan agama Islam gagal membawa 100 orang ahli mereka. Jika demonstrasi BERSIH dulu, PAS berjaya membawa puluhan ribu pengikutnya, tetapi kerana agama Islam sendiri, mereka gagal mengumpulkan 100 orang.

Selepas ceramah dari ketua mereka, mereka bergerak ke arah Majlis Peguam. Saya turut serta mengikuti kumpulan penyokong PAS ini bergerak ke arah bangunan Majlis Peguam.

Sampai sahaja ditempat Majlis Peguam, saya memang kagum dengan banner-banner yang dibawa oleh GAMIS, GPMS, PPIM dan PEKIDA. Mereka kelihatan amat bersedia untuk menyertai demostrasi tersebut. Semasa saya sampai, ada beberapa pemimpin yang berada disitu memberikan ucapan. semangat. Yang pasti salah seorang daripada mereka memberitahu dia telah berbincang dengan pihak polis untuk mengarahkan Majlis Peguam menghentikan forum biaDAP itu. Yang pasti, orang tersebut bukan Zulkiffli PKR. Selepas itu Salahuddin PAS diberikan peluang membuat ucapan dan tidak lama kemudian giliran Zulkiffli PKR pula bercakap. Selepas Zulkiffli bercakap dia seolah-olah melantik dirinya sebagai ketua kumpulan demotrasi tersebut.

Terdapat lebih daripada 500 orang semasa saya tiba disitu dan jumlahnya bertambah sehingga hampir seribu orang menjelang pukul 10.00 pagi.

Dipendekkan cerita, beberapa wakil telah naik ke atas selepas Majlis Peguam tidak mempedulikan nasihat pihak polis. Saya rasa yakin yang naik ialah Zulfifilli, wakil PEKIDA dan beberapa orang lagi.

Masa berlalu, forum tidak juga dihentikan dan menjelang jam 10pagi, kumpulan kami dibawah tidak sabar lagi dan cuba merempuh POLIS FRU. Selepas cubaan merempuh itulah, Majlis Peguam mula akur untuk menghentikan forum tersebut. Saya melihat beberapa orang keluar mengikuti pintu belakang Majlis Peguam dan memanggil beberapa orang untuk meluru ke arah mereka. Beberapa orang daripada kami mengeluarkan kata-kata “pedas” kepada mereka. Mereka ini senyap sahaja kerana mungkin takut dengan kami.

Kemudian 2 orang perempuan Melayu keluar dan mendakwa mereka adalah Peguam Syariah dan ditemuramah oleh 2 orang wartawan mengenai suasana dalam forum tersebut. Saya agak meragui tujuan sebenar peguam melayu tersebut menyertai forum tersebut kerana gaya jawapannya seolah-olah penyokong PKR. DIa menuduh wakil kami yang masuk ke dalam dewan itu sebagai rasict dan sebagainya,

Untuk pengetahuan semua, terdapat lebih kurang 100 orang menyertai forum tersebut. Majoriti mereka adalah bangsa bukan Melayu. Tidak dapat dipastikan berapa orang Melayu yang menyertainya kerana ingin menyuarakan rasa tidak puashati kepada majlis Peguam.

Di dalam media disiarkan bahawa wakil demostrasi yang masuk ke dalam dewan mengeluarkan kata-kata “pedas” kepada majlis peguam. Namun, hakikat yang sebenarnya ialah semasa mereka berjalan merentasi dewan tersebutm bebeapa orang peserta bukan Melayu telah mengeluarkan kata-kata kesat ke atas mereka. Ini menyebabkan salah seorang daripada mereka mengeluarkan kata-kata kasar dengan lantangnya.

Saya sememangnya mengambil banyak gambar semasa menyertai demostrasi tersebut. Saya akan uploadkan apabila berkesempatan nanti.

Advertisements

19 Responses

  1. Terima kasih kerana berkongsikan pengalaman anda….
    yang sedihnya, kenapa wakil PAS terlalu sedikit, dan pemegang Banner, diberikan kepada muslimah PAS????
    Adakah PAS risau disound oleh Kapal Sink lagi???

    Kalau begini laaa gamaknya, PAS tidak layak lagi melabelkan parti mereka sebagai sebuah parti yg memperjuangkan agama ISlam….

  2. yup deng setuju ngan merah, puak laknat ni dah melampau… matlamat mereka untuk menjatuhkan maruah penganut islam. Ayuh bangsa ku bangun dari lena kita ada perjuangan suci yang belum di selesaikan lg…. Allahuakbhar…. Allahuakbhar……Allahuakbhar.

  3. “Di dalam media disiarkan bahawa wakil demostrasi yang masuk ke dalam dewan mengeluarkan kata-kata “pedas” kepada majlis peguam. Namun, hakikat yang sebenarnya ialah semasa mereka berjalan merentasi dewan tersebutm bebeapa orang peserta bukan Melayu telah mengeluarkan kata-kata kesat ke atas mereka. Ini menyebabkan salah seorang daripada mereka mengeluarkan kata-kata kasar dengan lantangnya.”

    Tolong highlight kan perkara ini kerana mereka menuduh saudara saudar yang ada di dana telah melampau. Tolong perbetulkan segera.Tengok siapa yang provoke siapa. Dia orang ini memang tak akan mengaku kesalahan mereka.

  4. Terima Kasih kepada HANG TUAH..

    Kerana penglibatan anda menunjukkan hati dan jiwa anda tidak mudah untuk dijajah….

  5. Terimakasih Hang Tuah krana bersama.Mana satu anda ye?Saya pun kesana bersama 2 anak bujang saya.Saya terkilan juga kerana tak ramai orang Melayu yg dtg.(Mungkin alasannya notis diberi terlalu singkat-itu jugalah alasan dari beberapa rakan saya yg saya panggil utk bersama) Bagi saya pejuang sejati tidak pernah beri alasan.Pejuangan bangsa & agama adalah priority. Dari pengalaman saya semasa demonstrasi “isu pribumi” pada tahun 90an dulu alasan yg sama juga diberi oleh rakan2. Mengenai PAS saya tabik juga pada mereka walau apapun komen sdra.Saya tetap bangga dgn kehadiran Ketua Pemuda mereka.Saya kecewa kerana saya tak nampakpun muka ketua2 UMNO WP.Saya ingin cadangkan : ada eloknya dikenakan kriteria bagi mereka yg ingin menjadi Ketua Pemuda/Wanita/ Bahagian mesti sanggup kedepan apabila isu bangsa & agama timbul.

  6. Mengenai Sdra Zulkifli sememangnya dari perhatian saya beliau melantik dirinya kerana semasa mula sesiapa saja diberi ruang untuk berucap.Beliau pandai mencari peluang dgn memenuhi ruang yg terluang.Bagi saya tak kira dari parti apa beliau tapi beliau sanggup kedepan atas kapasitinya sebagai org Melayu saya hormat.Tapi satu yg saya hairan dalam The Sun(ms 4) hari ini ada berita mengatakan beliau di tahan polis.Soalan saya: mungkinkah ini ploy politik PKR untuk kempen Permatang Pauh nanti , supaya dapat dijadikan isu-“Hah tengok kerajaan BN org perjuangkan Islam pun di tahan”Saya harap tidak!Saya penuh yakin Sdra Zul tidak di tahan Polis.Polis telahpun buat penafian.Bagaimanapun terima kasih kapada semua yg ambil bahagian hari itu & setinggi2 penghargaan untuk dua orang pakcik usia emas yang datang bertongkat semasa demonstrasi itu.Selamat berjuang utk agama & bangsa.

  7. well said bro..turun komen kat blog.limkitsiang.com sama…ramaikan komen orang melayu islam kat sana…nonmuslims cuba ugut PKR dan PAS konon,padahal mereka sendiri takut bila muslims bersatu.

    ini blog peguam islam,PKR,YB Zulkifli Nordin yg turun sama aritu..tolong komen sama.saya sudah ke sana.

    http://zul4kulim.blogspot.com/

  8. heh..memang sah plot politik PKR!!! hantar zulkifli nordin kononnya nak buat bantahan, kemudian hilangkan diri kononnya dia ditahan isa sebab buat perhimpuann haram membantah forum.. umum mengetahui majlis peguam didalangi org2 pkr sendiri..
    memang licik mereka ni..jahanam la anwar ibrahim..jgn kata mahathir..aku pon tak sanggup nak dudk kat malaysia ni lagi kalau anwar jadi PM..!!!!

  9. pemimpin2 umno kebetulan sibuk dengan tugasan masing2..lagi pun najib,pak lah, pirdaus(exco pemuda) zahid dan beberapa pemimpin lain dah bagi warning kat media supaya batalkan forum..takkan la pak lah sendiri nak turun buat bantahan..habis tu urusan negara sapa nak urus?pekida pon ada, gpms pon ada.. ok la tu

    yang aku hairan PAS antar org tak sampai 100 pon..adakah kerana mereka taknak bersama2 dgn org2 umno kat situ??hinggakan sanggup lihat islam dipermain2kan asalkan tidak berjuang dengan umno???

  10. di manakah penyokong umno ketika forum ini di adakan.adakah semuanya pengecut???? dimanakah umno yg mengatakan perjuangkan melayu dan islam. dimanakah keris yg dibanggakan dalam persidangan umno? semuanya pengecut

  11. lim kit siang, karpal & anak karpal patut dikenakan ISA seumur hidup @ dilucut kerakyatan. Mencetus keganasan. Menimbulkan kekacauan, dan cauvinis.

  12. ya lah… mana perginya pemimpin umno wp? penyokong mgkin ada yg pergi tapi org tak kenal.. harap pemimpin2 umno kat sana tu letak jawatan ajer… bagi kat org lain.

  13. Sedara Raja ali Haji….

    Sempat lagi sedara menunding2 jari dalam hal ni???Tak pa….Kita lupakan pasal politik parti UMNO + PAS or PKR….kalau kita Islam/Melayu, kita perlu bersama2 bersatu…skrg bukan masanya menunding jari kpd sesiapa….Dimana puak PAS???Sedangkan konsert PUNK, ramai depa boleh kumpol????

    Btw, kita dh dpt tahu permainan PKR….Pandai dn licik betolll mereka nie, mcm boss depa jugak….

  14. Helo raja ali haji, ramai orang UMNO yg pergi aku nampak & kenal tapi mereka cuma ahli grassroot. Memang pemimpin bahagian tak ada.Jangan lah sampai kata mereka pengecut itu tak baik & tak betul ! Isu kita ialah lawan majlis peguam jgn kita jadikan forum ini utk hentam sesama kita Melayu Islam.Sekadar ingat mengingati ok le! Aku pun tak setuju MP atau menteri Kabinet pergi kerana ini akan bercanggah dgn polisi ‘demonstrasi & rusuhan bukan budaya kita’ yg di laungkan pemimpin UMNO.Wallahualam

  15. setuju dgn mohdindera.. pemimpin kerajaan memang tak sesuai join sekaki dlm perhimpunan sebegini.. setuju juga dgn merah bukan waktu menunding jari.. komen saya pada pemimpin umno yg tidak berjawatan dlm kerajaan, depa patut tunjukan support sikit.

  16. Kalo dh pergi berhimpun kt sana tu biarlah atas dasar semangat Melayu & Islam.

    Seboleh² nk ckp politik gak. Niat dah terbabas, kurang pahala.

  17. Inilah masanya untuk kerajaan memperkasakan Mahkamah Syariah. Biar Mahkamah Syariah dipandang tinggi di negara ini.
    Dan inilah masanya untuk kerajaan mengajar penyalak-penyalak itu.
    Kebijaksanaan kerajaan menangani isu “Memeluk Islam” amat diharapkan oleh kalangan rakyat yang cintakan hikmah.
    Sewajarnya sirih naik junjung dan bukannya kaduk.

  18. x kira melayu umno,pas or pkr..mesti bersatu dgn nama Islam…xkan itu pun susah..pemimpin ke org biasa ke..mati nanti tetap di kebumi dlm tanah…tak tau la pulak kalau ada yg nak dibakar ke.. 🙂

  19. kesian Zulkifli kena hentam kat blog dia..haha tahniah! politik busuk PKR-PAS-DAP makin pecah tembelang..

    bagus umno-pas-pkr besatu time majlis peguam tu,tekejut org cina-india..hahaha.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: