PKR sebijik macam anjing DAP menyalak pokok yang salah

Syed Husin Ali: KeADILan Mengecam Tindakan Terhadap Seminar Majils Peguam

Pagi ini satu tunjuk perasaan kecil diadakan untuk membantah Seminar anjuran Majlis Peguam mengenai isu “memasuki Islam”. Tidak sampai 500 orang hadir walupun sebelumnya diwar-warkan 10,000 ribu orang akan menyertai demonstrasi tersebut.

Parti Keadilan Rakyat (keADILan) sangat kesal bahawa pasukan polis gagal mengawal keadaan, bahkan kelihatan seperti bersekongkol dengan sesetengah penunjuk perasaan yang mencerobohi masuk ke tempat seminar dan cuba memaksa ia diberhentikan. Keadaan ini mengingatkan peristiwa APCET beberapa tahun lalu manakala ahli-ahli Umno-Bn menceroboh masuk untuk menyuraikan seminar Timur-Timur waktu itu. Kami memandang berat tindakan segelintir orang yang bertindak kasar dan mengeluarkan kata-kata kesat serta biadap terhadap beberapa orang penganjur serta peserta Seminar itu. Apatah lagi apabila salah seorang dari mereka yang paling “garang” diketahui sebagai seorang peguam serta ahli parlimen pula, dan mendakwa dirinya sebagai “wakil orang Islam”.

keADILan menyokong penuh pandangan Ketua Umum Sdr Anwar Ibrahim, bahwa sepatutnya seminar anjuran Majlis Peguam itu diadakan secara tertutup, memandangkan reaksi sensitif dan persepsi salah dari sesetengah kalangan orang Melayu-Islam. Kami bersetuju diadakan majlis antara-agama yang boleh memupuk persefahaman daripada seminar sebelah pihak yang boleh menimbulkan perpecahan kaum dan agama.

Kami menentang golongan segelintir pemimpin Umno yang mengugut pihak penganjur seminar dengan bermacam-macam cara, termasuk menggunakan ISA supaya membatalkan seminar tersebut. Mereka tidak menghormati hak asasi untuk mengemukakan pendapat dan mengorganais seperti yang dijamin oleh Perlembagaan. Sebenarnya sesetengah dari mereka ini dengan sengaja mahu menimbulkan ketegangan bahkan kekacauan kaum/agama yang boleh digunakan untuk kepentingan Umno dan kerajaan pimpinannya.

Akan tetapi sebaliknya, lebih baik pihak Majlis Peguam tidak membenarkan diri terperangkap dengan rancangan kotor Umno ini. Ia sepatutnya bertindak bijak dengan segera mengumumkan seminar diadakan secara tertutup untuk menghindar sebarang kesan buruk ke atas hubungan kaum dan agama di negara ini. Majlis Peguam sudah tentu mengetahui betapa perlunya memastikan agenda anasir-anasir tidak bertanggungjawah yang hendak menimbulkan ketegangan dan perpecahan kaum itu gagal.

Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden keADILan
Parti Keadilan Rakyat

——–

Advertisements

3 Responses

  1. parti kepala rosak.

    Ini semua berpunca dari Nuar. Memecahkan Melayu, akhirnya jadi lemah dan mudah dipijak. Menuduh polis, mahkamah, semua menteri, guru jahat. dia saja baik, jujur dan ikhlas.

    Tapi? Apa bezanya Anwar dgn kenyataannya kepada menteri2 lain.

    Apa yang dituduhnya ialah apa yang dia lakukan ketika dia jadi TPM dulu;

    Ekonomi
    -YTL-berjoget meraikan keuntungan, DRB bolot perniagaan-melalui kroni arwahTansri yahaya> pengusaha bas mini tertindas
    -Abrar-Aminshah dsb.

    Media Korup:
    Utusan, TV3, NST group> semua orang Nuar. hampir sedekat mempopularkan nuar.
    Mahathir tak kacau pun, kecuali ketika cubaan gulingkan Mahathir.
    Ketika gulingkan Gafar-tv3 berpihak kpd Nuar.

    & banyak lagi janji kosong cuba nilaikan sendiri. Jasa cuma Bahasa baku, masyarakat Madani: kempen anti 2020 mahathir…

    Apa yang dikutuk kepada kabinet juga adalah rutin perlakuan beliau ketika berkuasa. tiada beza & mungkin lebih teruk lagi.

    Kalau benarlah nuar ni berbeza, tiada siapa yang boleh zahirkan.Cuma melayu yang terlalu baik, mudah simpati, mudah lupa dan digula2kan dgn isu yg kononya membela penindasan.
    Melayu diperdaya terpedaya seperti gadis sunti yang ditipu oleh mat romeo.

    Majoriti Melayu masih begitu. Di US orang mcm ni tak laku, ucapan tiada nilai intelek mcm Mahathir. yang ada: membangkit rasa memberontak, benci dan menuduh orang selain dirinya jahat.

    Sesiapa yang dengar ceramah Nuar ni kepala jadi biol.

    Patri Kepala Rosak- ingin popolar dan lebih suka jaga babi, karpal singh, hindraf, menolak negara Islam, membodohkan Melayu. Dengan janji harga minyak turun oleh janji pembohong & agen kacau no 1 negara ..

    Nuar.

    Saya ulang:
    1. Apa bezanya Anwar dgn kenyataannya kepada menteri2 lain.
    2.Apa yang dituduhnya ialah apa yang dia lakukan ketika dia jadi TPM dulu;

  2. dah nama pun pembangkang, keje dia membangkang aje la walaupun bende tu terang² nmpk betol.

    sengal mangkok jamban betol !!

  3. abg2… adik2… bila sebut pasal Anwar Ibrahim ni… boleh tak jangan tulis nama dia tu nuar, sbb nama saya anuar, nama dia anwa dieja dgn huruf W. Jadi bila abg2 adik2 tulis nama dia nuar… saya rasa semacam aje… sbb saya tak rela nama saya di samakan dgn nama nwar tu… eiiii…. nasib baik mak ayah dulu letak anuar.. bkn anwar… buat malu kaum ajer…

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: