Nik Aziz hina Islam dan Nabi – Nabi benarkan kronisme katanya!

Islam benarkan kronisme – Nik Aziz

KOTA BHARU 9 Ogos – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan amalan kronisme dibenarkan dalam Islam selagi pihak yang terbabit mempunyai kelayakan bagi menjawat jawatan penting dan tinggi dalam sesebuah organisasi atau syarikat.Beliau berkata, amalan berkenaan tidak salah kerana pelantikan Khulafa’ Rashidin iaitu khalifah empat selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W secara dasarnya adalah amalan kronisme.

“Mereka semua adalah kroni nabi kerana Abu Bakar, Usman, Omar merupakan bapa mentua dan Ali pula adalah menantu serta anak saudara kepada baginda. Mereka semua ada kaitan dengan nabi, kroni boleh dalam Islam selagi mereka ada merit,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Forum Rangkaian Perniagaan Muslim Antarabangsa di sini hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu mengulas gesaan Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad supaya beliau menjelaskan pelantikan menantunya, Ariff Fahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Semalam, akhbar melaporkan mengenai anggota Badan Pencegah Rasuah memasuki premis PMBK di sini untuk meneliti beberapa dokumen berhubung beberapa isu berbangkit termasuk salah guna kuasa setelah badan itu menerima surat layang mengenainya.

Advertisements

13 Responses

  1. Saya percaya sebahagian orang kurang senang bila Nik Aziz ditegur. Nik aziz, dianggap mcm dewa bagi sesetengah ahli masyarakat.

    Segala kenyataannya pada mereka mcm hadith.
    mempunyai kasyaf. Dia mengata

    ” UMNO menolak Islam”, kenapa tidak “fahaman tentang Islam berbeza”.

    Saya bukan UMNO atau PAS. Tapi bila dia cakap begitu- seolah olah Paklah, Mahathir, dan pemimpin serta ahli2 UMNO tak solat, berpuasa, zakat dan percaya taghut.

    Kecualilah Paklah main judi, minum arak dan tak puasa. benar itu nyata:

    ” UMNO menolak Islam”

    Kenyataannya mengambarkan beliau adalah Islam sebenar tidak bijak sebagai ulama. Lebih buruk lagi menyanjungi DAP, lebih dari rakan Islam yang lain.

    Wahai umat islam, adakah Nik Aziz ini tidak akan tersilap atau mementingkan politik DAP?
    Adakah dia seorang sahaja Ulama didunia yang rational?

  2. TOK GURU BOLEH BUAT APA SAJA…. APA YANG TOK GURU BUAT SEMUANYA BETUL DAN MENURUT KEHENDAK ISLAM……

  3. jadi jika kronisme boleh, tak peliklah mencarut boleh…

    bahkan Tuhan gedebe pun boleh…

    Cuma bagi saya, siapa dia nik aziz dibandingkan dengan Rasulullah ?

    darjat tinggi mana dia ?

    menantu saya layak, kenyataan tidak masuk akal dan mengatasi pertimbangan.

    PAS akan cukup malu denga perkara ini, tidak disangka menantu Pak Lah yang teruk dikutuk selama ini, akhir sekali menantu nik aziz juga yang membawa tsunami politik baru di Kelantan.

    Adakah PAS akan bersuara mengkritik Nik Aziz ?

    kita tunggu siapa akan bersuara !!!!

  4. adeh..aku tak tau nak kata apa la..aku pandang tinggi nik aziz ni sebab banyak baiknya yg aku dengar..tapi pada realitinya, memang dia pun manusia biasa je..tak lari dari kesilapan…walaupun pada hakikatnya, ramai di luar sana yang pekakkan telinga dan halalkan kalau ada benda buruk dilakukan dia nih, sedarlah yang dia ni hanya orang biasa..nak kata ulamak tersohor, tak boleh la..kita pun nampak jugak dia nih kekadang main islam utk politik..hehe

  5. bagi aku istilah kronisme ni hanya mainan politik je. bagi satu nama pemimpin dalam dunia ni yg hidup mahupun yg mati yg x pakai kroni. betul jugak apa nik aziz kata. yg penting kelayakkan. cuma yg x bestnye pas pun asik hentam kerajaan pasal kronisme. yg sialnya pengikut2nya pun mengiyakan je seolah2 kroni tu sesuatu yg jijik dan kotor. rasanya diorang ni x faham apa maksud kroni ni. bg aku kroni sama mcm bakteria. dlm bidang perubatan, ada bakteria baik dan x baik utk tubuh kita. sama la jugak kroni. ada baik dan x baik. mustahillah kita boleh dpt semua kroni baik tp kalau seseorang pemimpin boleh dpt 80% kroni yg baik kira oklah tu.

  6. nak tahu berita di atas dari mana ? saya sekadar nak petik utk artikel di blog saya…

    tq

    oh ye, anak saudara nabi ke Saidina Ali tu ? bukan sepupu ?

    apa nak jadi dah …

  7. haha perlu diingat,Nik Aziz bukan maksum.saya menyanjung tinggi ilmu agamanya,tapi beliau bukanlah 100% betul.tapi peliknya semua penyokong PAS tidak mengakui silap Nik Aziz,apa dia kata semua betul! sokong buta tuli.

    kalau UMNO buat,kata kroni.kalau dia buat,kelayakan! Khairy bertanding salah, tapi kalau anak beranak bertanding pilihanraya pun tak apa! sungguh prejudis.kalau UMNO berpakat dgan MCA,MIC (menguasai mereka) katanya kafir,kalau PAS berpakat dgan DAP (dikuasai ditunggangi) tak apa pulak..kalau bekerjasama dengan UMNO bersyarat hudud dan qisas,kalau dngan DAP tak laksana negara Islam pun tak apa..sungguh memalukan politik PAS hanya kerana kuasa! menang sorak kampung tergadai..

    panglima perang cyber;haha Saidina Ali tu sepupu Rasulullah dan juga menantu..kan,apa nak jadi dah..siapa berani tegur?

  8. Biaslah bagi nik aziz kalau kena pada hidung sendiri kronisme dibenarkan yang jadi mangsa Nabi kita SAW dan Islam. bila orang2 kafir menghina Islam tak cakap apa2 jadi macam tunggul buruk tempat DAP buang najis.

  9. Kepada Pak Lah saya saran cubalah menjadi seorang PM yang tegas keran apa yang berlaku sepanjang beliau menjadi PM, orang2 kafir begitu berani untuk mencabar Ketuanan Melayu, contoh Hendraf(hindu yang tak sedar diri) berani menuntut yang bukan2 bergitu juga dengan DAP berani menidakkan hak orang2 melayu. BERTINDAKLAH DARI SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT. INI TANAH TUMPAH DARAH KITA ORANG2 MELAYU.

  10. Maka setelah sekian lamanya diperdengarkan kepada sekalian rakyat jelata bahawasanya PAS mengamalkan haramungbuat walhalallo akubuat.. Rakyat yang selama ini memekakan telinga akhirnya dapat melihat bukti yang jelas… sayugia diharapkan agar rakyat kelantan akan melihat dgn jelas…. Apakah tak ade org lain yang layak yg lebih baik dari menantunye?.. jawatan khalifah alrashidin dulu tu nabi ke pilih? kawan tak byk ilmu sejarah islam tapi yang kawan tahu khalifah tu smua dipilih oleh umat islam melalui musyawarah.. nabi dah wafat masa org lantik khalifah… Apapun memang pada dasarnya kawan setuju yg tidak salah kalau dilantik sedara mara yg layak.. takkan kelebihan dan kelayakan seseorang itu terpaksa dinafikan hak disebabkan dia adalah sedara pemimpin.. Cuma yg tak puas hatinya bila org lain buat dia sumpah seranah dihukum nya sbagai org yg zalim dan neraka sedang menanti mereka yg zalim ini… satu persatu apa yg ditomahkan kpd UMNO / krajaan dahulu skrg ni PAS kata halal pulak… pelik pelik pelik….

  11. tu la..kata orang dia yang lebih.. last skali dia yang buat benda tu.. memang la.. pemimpin pkr semua tak guna..kata kat orang tapi depa yang buat..

    karpal singh dan anaknya..
    lim kit siang dan anaknya lim guan eng yang cuba berlakon baik..yuck

    sekarang ni nik aziz plak..

    last skali besaq punya pengkhianat bangsa.. anwar ibrahim, anak dia.bini dia..skit hari cucu dia plak..

    semua apa yang depa dok caci orang..last last depa yang buat.. memalukan sahaja!

    at least masa tun mahathir ,, family dia memang tak dibenarkan involve..lepas dia keluaq..baru boleh..

  12. opsss..pemimpin pkr dap dan pas..

  13. kenapalah dari dahulu kala lagi dia tak cakap islam halalkan kroni…
    bile kena tang dia baru kuar ‘fatwa’…
    pelikbinajaib…

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: