Anjing DAP, Majlis Peguam telah mengetepikan janji pemimpin terdahulu

Oleh nor aziah jaafar

KUALA TERENGGANU 9 Ogos – Majlis Peguam telah mengetepikan perjanjian yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin terdahulu daripada pelbagai kaum supaya setiap perkara yang berkaitan dengan kaum dan agama perlu dibincang secara tertutup apabila menganjurkan Forum Memeluk Islam secara terbuka hari ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pemimpin terlibat telah berjanji demi kesejahteraan negara, perkara-perkara yang dianggap sensitif tidak harus dibincang secara terbuka kerana boleh menyebabkan perasaan yang meluap-luap sehingga menyebabkan rusuhan.

”Mereka telah berjanji dan bersetuju jika perkara sebegini hendak dibincangkan, kena buat secara tertutup, tetapi malangnya janji ini telah diketepikan,” katanya.

Beliau berucap pada forum bertajuk Cabaran Melayu Masa Kini: Memperkasakan Melayu anjuran Barisan Bertindak Akar Umbi Melayu Terengganu di sini hari ini.

Menurutnya, beliau pelik dengan keadaan yang berlaku hari ini iaitu jika orang Melayu membangkitkan tentang perkara berkaitan kaum itu termasuk hak keistimewaan mereka di negara ini, ia dianggap sebagai perkauman.

Sebaliknya menurut Dr. Mahathir, kaum lain bebas untuk memperkatakan tentang kepentingan kaum mereka termasuk mencabar hak keistimewaan orang Melayu dan ia tidak dianggap sebagai isu perkauman.

Beliau berpendapat perkara itu berlaku kerana orang Melayu kini semakin lemah malah parti yang selama ini mewakili orang Melayu sudah tidak lagi mampu mempertahankan kepentingan kaum itu.

”Sebab itu hari ini Majlis Peguam membincangkan tentang pengislaman. Mereka tahu ini sensitif dan tidak harus dibincangkan secara terbuka. Tetapi demikian lemahnya kerajaan maka tiada apa-apa tindakan diambil terhadap mereka,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, kenyataan ini bukan bertujuan mahu menidakkan hak kaum lain kerana orang Melayu rela berkongsi negara ini, namun kepentingan kaum itu perlu dipertahankan.

Menurutnya, pemimpin dahulu seperti Tun Tan Siew Sin dan Tun Dr. Sambathan memuji orang Melayu adalah kaum yang murah hati kerana memberi kerakyatan kepada orang Cina dan India tanpa perlu mereka mengubah identiti masing-masing seperti yang disyaratkan di negara jiran.

”Tapi sekarang, bila orang Melayu nampak lemah mereka kecam dan abaikan perjanjian berkenaan,” ujarnya.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: