Nik Aziz hina Islam dan Nabi – Nabi benarkan kronisme katanya!

Islam benarkan kronisme – Nik Aziz

KOTA BHARU 9 Ogos – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan amalan kronisme dibenarkan dalam Islam selagi pihak yang terbabit mempunyai kelayakan bagi menjawat jawatan penting dan tinggi dalam sesebuah organisasi atau syarikat.Beliau berkata, amalan berkenaan tidak salah kerana pelantikan Khulafa’ Rashidin iaitu khalifah empat selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W secara dasarnya adalah amalan kronisme.

“Mereka semua adalah kroni nabi kerana Abu Bakar, Usman, Omar merupakan bapa mentua dan Ali pula adalah menantu serta anak saudara kepada baginda. Mereka semua ada kaitan dengan nabi, kroni boleh dalam Islam selagi mereka ada merit,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Forum Rangkaian Perniagaan Muslim Antarabangsa di sini hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu mengulas gesaan Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad supaya beliau menjelaskan pelantikan menantunya, Ariff Fahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Semalam, akhbar melaporkan mengenai anggota Badan Pencegah Rasuah memasuki premis PMBK di sini untuk meneliti beberapa dokumen berhubung beberapa isu berbangkit termasuk salah guna kuasa setelah badan itu menerima surat layang mengenainya.

Advertisements

PKR sebijik macam anjing DAP menyalak pokok yang salah

Syed Husin Ali: KeADILan Mengecam Tindakan Terhadap Seminar Majils Peguam

Pagi ini satu tunjuk perasaan kecil diadakan untuk membantah Seminar anjuran Majlis Peguam mengenai isu “memasuki Islam”. Tidak sampai 500 orang hadir walupun sebelumnya diwar-warkan 10,000 ribu orang akan menyertai demonstrasi tersebut.

Parti Keadilan Rakyat (keADILan) sangat kesal bahawa pasukan polis gagal mengawal keadaan, bahkan kelihatan seperti bersekongkol dengan sesetengah penunjuk perasaan yang mencerobohi masuk ke tempat seminar dan cuba memaksa ia diberhentikan. Keadaan ini mengingatkan peristiwa APCET beberapa tahun lalu manakala ahli-ahli Umno-Bn menceroboh masuk untuk menyuraikan seminar Timur-Timur waktu itu. Kami memandang berat tindakan segelintir orang yang bertindak kasar dan mengeluarkan kata-kata kesat serta biadap terhadap beberapa orang penganjur serta peserta Seminar itu. Apatah lagi apabila salah seorang dari mereka yang paling “garang” diketahui sebagai seorang peguam serta ahli parlimen pula, dan mendakwa dirinya sebagai “wakil orang Islam”.

keADILan menyokong penuh pandangan Ketua Umum Sdr Anwar Ibrahim, bahwa sepatutnya seminar anjuran Majlis Peguam itu diadakan secara tertutup, memandangkan reaksi sensitif dan persepsi salah dari sesetengah kalangan orang Melayu-Islam. Kami bersetuju diadakan majlis antara-agama yang boleh memupuk persefahaman daripada seminar sebelah pihak yang boleh menimbulkan perpecahan kaum dan agama.

Kami menentang golongan segelintir pemimpin Umno yang mengugut pihak penganjur seminar dengan bermacam-macam cara, termasuk menggunakan ISA supaya membatalkan seminar tersebut. Mereka tidak menghormati hak asasi untuk mengemukakan pendapat dan mengorganais seperti yang dijamin oleh Perlembagaan. Sebenarnya sesetengah dari mereka ini dengan sengaja mahu menimbulkan ketegangan bahkan kekacauan kaum/agama yang boleh digunakan untuk kepentingan Umno dan kerajaan pimpinannya.

Akan tetapi sebaliknya, lebih baik pihak Majlis Peguam tidak membenarkan diri terperangkap dengan rancangan kotor Umno ini. Ia sepatutnya bertindak bijak dengan segera mengumumkan seminar diadakan secara tertutup untuk menghindar sebarang kesan buruk ke atas hubungan kaum dan agama di negara ini. Majlis Peguam sudah tentu mengetahui betapa perlunya memastikan agenda anasir-anasir tidak bertanggungjawah yang hendak menimbulkan ketegangan dan perpecahan kaum itu gagal.

Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden keADILan
Parti Keadilan Rakyat

——–

Anjing DAP, Majlis Peguam telah mengetepikan janji pemimpin terdahulu

Oleh nor aziah jaafar

KUALA TERENGGANU 9 Ogos – Majlis Peguam telah mengetepikan perjanjian yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin terdahulu daripada pelbagai kaum supaya setiap perkara yang berkaitan dengan kaum dan agama perlu dibincang secara tertutup apabila menganjurkan Forum Memeluk Islam secara terbuka hari ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pemimpin terlibat telah berjanji demi kesejahteraan negara, perkara-perkara yang dianggap sensitif tidak harus dibincang secara terbuka kerana boleh menyebabkan perasaan yang meluap-luap sehingga menyebabkan rusuhan.

”Mereka telah berjanji dan bersetuju jika perkara sebegini hendak dibincangkan, kena buat secara tertutup, tetapi malangnya janji ini telah diketepikan,” katanya.

Beliau berucap pada forum bertajuk Cabaran Melayu Masa Kini: Memperkasakan Melayu anjuran Barisan Bertindak Akar Umbi Melayu Terengganu di sini hari ini.

Menurutnya, beliau pelik dengan keadaan yang berlaku hari ini iaitu jika orang Melayu membangkitkan tentang perkara berkaitan kaum itu termasuk hak keistimewaan mereka di negara ini, ia dianggap sebagai perkauman.

Sebaliknya menurut Dr. Mahathir, kaum lain bebas untuk memperkatakan tentang kepentingan kaum mereka termasuk mencabar hak keistimewaan orang Melayu dan ia tidak dianggap sebagai isu perkauman.

Beliau berpendapat perkara itu berlaku kerana orang Melayu kini semakin lemah malah parti yang selama ini mewakili orang Melayu sudah tidak lagi mampu mempertahankan kepentingan kaum itu.

”Sebab itu hari ini Majlis Peguam membincangkan tentang pengislaman. Mereka tahu ini sensitif dan tidak harus dibincangkan secara terbuka. Tetapi demikian lemahnya kerajaan maka tiada apa-apa tindakan diambil terhadap mereka,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, kenyataan ini bukan bertujuan mahu menidakkan hak kaum lain kerana orang Melayu rela berkongsi negara ini, namun kepentingan kaum itu perlu dipertahankan.

Menurutnya, pemimpin dahulu seperti Tun Tan Siew Sin dan Tun Dr. Sambathan memuji orang Melayu adalah kaum yang murah hati kerana memberi kerakyatan kepada orang Cina dan India tanpa perlu mereka mengubah identiti masing-masing seperti yang disyaratkan di negara jiran.

”Tapi sekarang, bila orang Melayu nampak lemah mereka kecam dan abaikan perjanjian berkenaan,” ujarnya.