Jom sama-sama kita turun ke Majlis Peguam Esok

Masa : 8:00 pagi -12:00 tengahari

Tempat: Bar Council Malaysia

No. 13, 15 & 17,

Leboh Pasar Besar

Kuala Lumpur


Cara terbaik untuk pergi ke Bar Council esok ialah dengan menaiki LRT Sri Petaling atau LRT Kelana Jaya. Kemudian berhenti di Masjid Jamek. Anda perlu berjalan menghala ke Leboh Pudu Besar.


Jika anda tidak dapat naik LRT, anda boleh menaiki bas dan berhenti di Kotaraya atau kawasan yang dahulunya dikenali sebagai Bangkok Bank.

Jumpa anda di sana.
Jika anda ingin mendapat maklumat lanjut sila hubungi
Sekretariat Mapan di talian 03-4256 6618, 019-3591000 dan 019-2384000.





KUALA LUMPUR 8 Ogos – Beribu-ribu orang dijangka menyertai demonstrasi Majlis Angkatan Antara NGO-NGO Islam (Mapan) di hadapan pejabat Majlis Peguam di Jalan Leboh Pasar Besar di sini pukul 8 pagi esok bagi membantah penganjuran forum Memeluk Islam.

Naib Presiden Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Rani berkata, kesemua ahli Mapan yang terdiri daripada 27 persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam telah bersetuju mengadakan demonstrasi kerana Majlis Peguam masih berdegil untuk meneruskan forum tersebut.

Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini, satu memorandum telah dihantar ke pejabat Majlis Peguam petang ini untuk menyatakan pendirian Mapan agar forum tersebut dibatalkan.

Jais berkata, orang ramai yang ingin turut serta esok dalam demonstrasi itu boleh menghubungi Sekretariat Mapan di talian 03-4256 6618, 019-3591000 dan 019-2384000.


– Utusan

Advertisements

7 Responses

  1. jom ramai2 pergi ke Majlis Peguam untuk menegakkan ISLAM…

  2. ya insyaALLAH…bila mana ia melibatkan agama islam kita wajib mempertahankan syiar islam…

  3. Hah ! ini lah masa semua Melayu yg sayangkan agama tak kira PAS UMNO PKR patut bersatu tunjuk yg kita menentang perbuatan Majlis Peguam yg semakin lama semakin kurang ajar.Kalau datuk nenek kita sanggup berhimpun menentang Malayan Union dalam keadaan yg daif jika dibanding dgn keadaan kita sekarang apalah sangat pengorbanan kita hari ini.Aku pastikan sedara aku serta rakan2 aku semua turun.Bagi aku ini juga satu ujian untuk mereka yg bakal menjadi pemimpin Melayu.

  4. agak lewat saya membaca jemputan ini..
    saya memang ke kl esok tp jadualnya malam bru tiba.. nak bertolak skrg dah pukul 11 mlm dan masih ada hal yg perlu diuruskan besok pagi.. apapun saya dari jauh mendoakan agar seluruh umat islam terpelihara dari fitnah yg melanda… pada saudara yg berkesempatan kesana.. ingatlah… doa sekelian umat islam bersama anda.. usah gentar pada pengkianat agama, semakin berani mereka… seharusnya diberi pengajaran. biar mereka tahu langit itu tinggi atau rendah…

  5. Nasib baik aku di perantauan orang..
    Takper dari jauh aku memberi sokongan..

    Lakhnat sunggoh dieorg nie..
    Ini sudah lebeh persoalkan islam lak…

  6. saya berdoa agar anda semua berjaya, melayu jangan takut dibumi sendiri,islam itu kamu. dimana lagi melayu dan islam selain di malaysia.

  7. RAMAI APANYER…ada la dalam 1000 org jer….org islam dalam malaysia ni yang benar2 nak mempertahankan agama..maner perginya samseng2 melayu yang kata terer sangat tuh????

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: