Jom sama-sama kita turun ke Majlis Peguam Esok

Masa : 8:00 pagi -12:00 tengahari

Tempat: Bar Council Malaysia

No. 13, 15 & 17,

Leboh Pasar Besar

Kuala Lumpur


Cara terbaik untuk pergi ke Bar Council esok ialah dengan menaiki LRT Sri Petaling atau LRT Kelana Jaya. Kemudian berhenti di Masjid Jamek. Anda perlu berjalan menghala ke Leboh Pudu Besar.


Jika anda tidak dapat naik LRT, anda boleh menaiki bas dan berhenti di Kotaraya atau kawasan yang dahulunya dikenali sebagai Bangkok Bank.

Jumpa anda di sana.
Jika anda ingin mendapat maklumat lanjut sila hubungi
Sekretariat Mapan di talian 03-4256 6618, 019-3591000 dan 019-2384000.





KUALA LUMPUR 8 Ogos – Beribu-ribu orang dijangka menyertai demonstrasi Majlis Angkatan Antara NGO-NGO Islam (Mapan) di hadapan pejabat Majlis Peguam di Jalan Leboh Pasar Besar di sini pukul 8 pagi esok bagi membantah penganjuran forum Memeluk Islam.

Naib Presiden Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Rani berkata, kesemua ahli Mapan yang terdiri daripada 27 persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam telah bersetuju mengadakan demonstrasi kerana Majlis Peguam masih berdegil untuk meneruskan forum tersebut.

Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini, satu memorandum telah dihantar ke pejabat Majlis Peguam petang ini untuk menyatakan pendirian Mapan agar forum tersebut dibatalkan.

Jais berkata, orang ramai yang ingin turut serta esok dalam demonstrasi itu boleh menghubungi Sekretariat Mapan di talian 03-4256 6618, 019-3591000 dan 019-2384000.


– Utusan

Advertisements

MBB Nizar menyalak lagi.. mungkin arahan DAP kafir harbi

Kenapa MBB Nizar ni tak bagi JKKKP guna kemudahan awam kampung. Dah nama kemudahan awam, semua orang boleh pakai ler.. ini tidak parti politik (merujuk pas ler tu kot) boleh pakai pulak.

Betul ke MBB Nizar nie ulamak? Kalau ulamak dia tak berdendam dan “double standard”. Atau ini arahan daripada Residen DAP kafir harbi….

Kalau macam ini, bukan ulamak namanya tapi ularmak.

JKKKP Perak dilarang guna kemudahan awam kampung

IPOH: Kerajaan Perak melarang Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) daripada mengguna kemudahan awam di kampung-kampung dan menjadikannya sebagai milik mutlak mereka.

Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata kerajaan negeri Perak tidak mengiktiraf pelantikan JKKKP yang didakwanya hanya memecah-belahkan perpaduan masyarakat kampung.

Bagaimanapun, kerajaan negeri tidak menghalang mana-mana pihak lain termasuk parti politik menggunakan kemudahan yang ada, katanya ketika berucap pada majlis penyerahan watikah pelantikan 817 ketua kampung seluruh Perak di Bangunan Darul Ridzuan di sini hari ini.

Mohammad Nizar juga berkata kerajaan negeri sedang mengkaji kemungkinan menaikkan elaun ketua kampung daripada RM200 kepada RM400 serta mewujudkan elaun Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung sebanyak RM200 untuk dilaksanakan pada tahun depan. – Bernama