Lebih 200 keluarga Melayu bakal ditindas kerana nak selamatkan kurang 40 keluarga penyokong DAP harbi

Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas Selangor akan memindahkan projek berkenaan ke lokasi lain melibatkan Kampung Sungai Samak, Kampung Sungai Bakar dan Taman Tun Perak yang dihuni oleh orang Melayu.

Sumber: agendaselangor.com

HEBAT dan bertuah sungguh penduduk Kampung Sungai Terentang, Rawang kerana mereka berjaya menangguhkan pelaksanaan Projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) yang merentasi kampung berkenaan sejak setahun lalu.

Bantahan mereka bukan sahaja menyulitkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerana projek itu sudah 98 peratus siap tetapi kerajaan negeri Selangor diheret sama selepas gagal menangani perkara tersebut.

Awal bulan lalu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yakin isu itu dapat diselesaikan dalam tempoh dua minggu sahaja.

Bagaimanapun, selepas habis tempoh berkenaan dan selesai mengadakan perjumpaan dengan penduduk kampung itu, Sabtu, Abdul Khalid memaklumkan kerajaan negeri memerlukan tempoh sebulan lagi bagi membolehkan mendapatkan pandangan daripada perunding bebas.

”Kerajaan negeri telah memaklumkan kepada penduduk bahawa kita mesti mencari jalan untuk membolehkan TNB menyambung talian kabel pencawang elektrik untuk kegunaan di Lembah Klang,” katanya..

Menurutnya, kajian itu bagi melihat kesan jalan digunakan penduduk kawasan berkenaan, berapa ramai terlibat serta keupayaan teknikal jika mengalihkan pencawang.

Menteri Besar itu juga membayangkan kemungkinan projek itu diteruskan melalui pembinaan kabel bawah tanah.

Projek CAR adalah usaha TNB untuk meningkatkan bekalan elektrik ke Lembah Klang daripada 33 kiloVolt (kV) dan 125kV kepada 275kV.

Selepas bantahan penduduk Sungai Terentang, Rawang, dan kerajaan negeri bercadang mengalihkan laluan kabel pencawang elektrik itu ke kawasan lain.

Cadangan laluan baru projek CAR itu melibatkan penduduk di Taman Tun Perak, Kampung Dusun Melayu, Kampung Sungai Samak, beberapa pengusaha kilang di Batu 17 dan Batu 15 1/2 dan sebuah stesen minyak di Rawang.

Pasti sesuatu yang hebat apabila kerajaan Pakatan Rakyat akur dan menuruti bantahan penduduk Kampung Sungai Terentang sedangkan projek CAR adalah projek besar bagi kepentingan memastikan bekalan kuasa di Lembah Klang mencukupi.

Projek pemasangan talian penghantaran elektrik berkenaan juga merupakan sebahagian daripada projek CAR yang turut meliputi projek menyalurkan bekalan elektrik ke perkampungan nelayan di Pulau Ketam melalui kaedah kabel bawah laut yang menelan kos kira-kira RM70 juta.

Dengan pengumuman terbaru Menteri Besar itu, bermakna kerajaan negeri harus mengeluarkan kos lagi bagi melantik perunding bebas mengkaji projek berkenaan selain TNB terpaksa menunggu lagi sebelum menyiapkan CAR.

Kenapa kerajaan negeri tidak bertegas dengan meminta penduduk Kampung Sungai Terentang menerima cadangan kerajaan Selangor dan TNB yang bersedia membayar pampasan kerana sebahagian tanah milik mereka diambil bagi laluan CAR?

Dari aspek perundangan, pihak TNB menggunakan hak izin lalu seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 13 Akta 447 Akta Bekalan Elektrik (ABE) 1990 dan telah mematuhi segala prosedur yang digariskan.

Penduduk Kampung Sungai Terentang, bagaimanapun telah mengambil tindakan mahkamah dengan memfailkan permohonan untuk mendapatkan semakan kehakiman terhadap isu ini tetapi ditolak.

‘Mereka juga mencadangkan beberapa jajaran baru tetapi setelah mengambil kira kajian TNB dan Pentadbir Tanah Daerah Gombak, ia tidak dapat dilaksanakan kerana faktor geografi yang tidak sesuai.

Kerajaan negeri Selangor sebelum ini, sudah mewartakan pengambilan balik tanah pada bulan Disember 2007. Cuma Notis Panggilan Perbicaraan (Borang E) yang masih belum dikeluarkan Pejabat Tanah Daerah Gombak kepada pemilik tanah untuk menentukan pembayaran pampasan turut menyebabkan kakitangan TNB tidak dapat memasuki kawasan itu.

TNB juga telah bersetuju membayar pampasan tambahan sekali ganda daripada nilaian yang dibuat Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Kewangan dan membina semula bangunan dan kemudahan awam seperti balai raya dan perpustakaan kepada penduduk yang terlibat.

Selain itu, TNB juga akan menjadikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di kampung itu sebagai sekolah anak angkat dengan memberi bantuan dan melaksanakan program kemasyarakatan dan mempertimbangkan kegunaan menara jenis monopole yang mempunyai empat menara.

Pasti yang ditawarkan kerajaan negeri dan TNB adalah sesuatu yang terbaik harus diterima penduduk Kampung Sungai Terentang.

Perkara lain yang perlu diberi perhatian serius adalah mengenai projek CAR yang mempunyai kepentingan kepada penduduk Lembah Klang dan tidak seharusnya penduduk Kampung Sungai Terentang, Rawang menolaknya.

Jelas, sikap berlembut kerajaan negeri yang tidak kena pada tempatnya diambil kesempatan oleh penduduk kampung terbabit atau mungkin kepentingan politik rakan dalam Pakatan Rakyat, mereka menjadi anak emas pula kepada kerajaan negeri sekarang.

Advertisements

One Response

  1. mendidih darah gua dengar berita ni !!!

    Flinstone jadi MB … memang tertukar semua.

    Melayu entah ke mana….

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: