Ucapan Terima Kasih kepada Penyumbang Artikel dan Pelawat Setia Anti DAP

Sebelum saya mengucapkan terima kasih, saya ingin tegaskan bahawa antidap.wordpress.com bukan laman pro-UMNO dan saya tidak ingin laman ini dikenali sebagai laman pro-UMNO. Laman website ini juga bukan laman website perkauman. Kami adalah golongan anak muda Melayu yang berusaha mempertahanankan Artikel 153 Perlembagaan Negara Malaysia. Jika Perlembagaan Negara sudah dipertikaikan oleh DAP kafir harbi, maka DAP harbilah yang bersifat perkauman. Jangan pula kami yang mempertahankan Perlembagaan Negara dituduh bersifat perkauman.

Laman website ini adalah khusus untuk membela nasib bangsa Melayu dan agama Islam. Saya ada menerima “invite” sama ada melalui email atau mesej mempelawa saya menyertai blogger pro-UMNO. Saya harap anda lupakannya kerana saya selaku pengasas laman website ini akan kekal dengan agenda asal saya. Mungkin ada di antara penyumbang artikel antidap.wordpress.com kecil hati dengan kenyataan saya ini kerana saya tahu ada diantara mereka pro-UMNO tetapi saya ingin tegaskan pendirian saya.

Tidak lupa juga kepada pengunjung laman website ini yang menuduh laman website ini adalah pro-UMNO. Hanya kerana kami menentang DAP kafir harbi dan kuda tunggangan mereka seperti PKR dan PAS tidak bermakna kami ini pro-UMNO. Untuk pengetahuan semua penyokong PAS dan PKR tegar, dalam politik Malaysia ini bukan hanya ada BN (UMNO) dan PR (PAS dan PKR) sahaja, malah ramai orang yang mempunyai pendirian yang sama seperti saya.

Berbalik kepada isu asal, sememangnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyumbang setia artikel di antidap.wordpress.com. Saya sememangnya menganggap semua penyumbang setia antidap.wordpress.com sebagai pemilik bersama laman ini. Saya memang agak sibuk sejak kebelakangan ini dan tidak mampu untuk menyumbangkan artikel yang baik dan berkualiti untuk dijadikan bahan bacaan pengunjung laman website ini.

Walaubagaimanapun, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Tamin Sari yang telah banyak menulis artikel yang bermutu dan berkualiti sejak kebelakangan ini. Saya amat berterima kasih kerana saudara Tamin Sari yang sudi meluangkan masa berharga beliau menulis artikel demi kebaikan bangsa dan agama. Saya sebenarnya tidak kenal dan tidak pernah berbicara dengan saudara Tamin Sari dari Shah Alam ini tapi saya berharap kami dapat bersua muka dan sama-sama berdiskusi untuk meningkatkan mutu perjuangan bangsa dan agama kami.

Tidak lupa juga saya ucapkan kepada Iqbal, ayi, ptit, boyesen dan hangjebat yang turut menyumbang artikel ke laman ini. Mereka juga telah banyak menyumbangkan banyak artikel yang berkualiti dan berguna untuk tatapan umum.

Ada di antara mereka amat aktif semasa awal penubuhan laman web ini, tetapi mungkin disebabkan kesibukan tugasan kerja masing-masing ataupun urusan peribadi mereka kurang aktif. Tetapi, saya yakin mereka sentiasa setia mengunjungi laman website ini.

Jika anda tertanya-tanya siapakah penulis artikel yang anda baca, sila lihat baca bawah tajuk artikel tersebut.

Tidak lupa juga untuk saya ucapkan terima kasih kepada pengunjung setia serta pengulas setia antidap.wordpress.com. Mereka ialah washad, Perhati Jauh, shahrul, pikir pikirkan, Panglima Perang Cyber, takapalah, anti-DAP, awang , laksemana bentan dan ramai lagi. Tanpa kehadiran anda semua, laman antidap.wordpress.com tidak akan semeria hari ini. Saya benar-benar menghargai komen anda semua.

Advertisements

Lebih 200 keluarga Melayu bakal ditindas kerana nak selamatkan kurang 40 keluarga penyokong DAP harbi

Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas Selangor akan memindahkan projek berkenaan ke lokasi lain melibatkan Kampung Sungai Samak, Kampung Sungai Bakar dan Taman Tun Perak yang dihuni oleh orang Melayu.

Sumber: agendaselangor.com

HEBAT dan bertuah sungguh penduduk Kampung Sungai Terentang, Rawang kerana mereka berjaya menangguhkan pelaksanaan Projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) yang merentasi kampung berkenaan sejak setahun lalu.

Bantahan mereka bukan sahaja menyulitkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerana projek itu sudah 98 peratus siap tetapi kerajaan negeri Selangor diheret sama selepas gagal menangani perkara tersebut.

Awal bulan lalu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yakin isu itu dapat diselesaikan dalam tempoh dua minggu sahaja.

Bagaimanapun, selepas habis tempoh berkenaan dan selesai mengadakan perjumpaan dengan penduduk kampung itu, Sabtu, Abdul Khalid memaklumkan kerajaan negeri memerlukan tempoh sebulan lagi bagi membolehkan mendapatkan pandangan daripada perunding bebas.

”Kerajaan negeri telah memaklumkan kepada penduduk bahawa kita mesti mencari jalan untuk membolehkan TNB menyambung talian kabel pencawang elektrik untuk kegunaan di Lembah Klang,” katanya..

Menurutnya, kajian itu bagi melihat kesan jalan digunakan penduduk kawasan berkenaan, berapa ramai terlibat serta keupayaan teknikal jika mengalihkan pencawang.

Menteri Besar itu juga membayangkan kemungkinan projek itu diteruskan melalui pembinaan kabel bawah tanah.

Projek CAR adalah usaha TNB untuk meningkatkan bekalan elektrik ke Lembah Klang daripada 33 kiloVolt (kV) dan 125kV kepada 275kV.

Selepas bantahan penduduk Sungai Terentang, Rawang, dan kerajaan negeri bercadang mengalihkan laluan kabel pencawang elektrik itu ke kawasan lain.

Cadangan laluan baru projek CAR itu melibatkan penduduk di Taman Tun Perak, Kampung Dusun Melayu, Kampung Sungai Samak, beberapa pengusaha kilang di Batu 17 dan Batu 15 1/2 dan sebuah stesen minyak di Rawang.

Pasti sesuatu yang hebat apabila kerajaan Pakatan Rakyat akur dan menuruti bantahan penduduk Kampung Sungai Terentang sedangkan projek CAR adalah projek besar bagi kepentingan memastikan bekalan kuasa di Lembah Klang mencukupi.

Projek pemasangan talian penghantaran elektrik berkenaan juga merupakan sebahagian daripada projek CAR yang turut meliputi projek menyalurkan bekalan elektrik ke perkampungan nelayan di Pulau Ketam melalui kaedah kabel bawah laut yang menelan kos kira-kira RM70 juta.

Dengan pengumuman terbaru Menteri Besar itu, bermakna kerajaan negeri harus mengeluarkan kos lagi bagi melantik perunding bebas mengkaji projek berkenaan selain TNB terpaksa menunggu lagi sebelum menyiapkan CAR.

Kenapa kerajaan negeri tidak bertegas dengan meminta penduduk Kampung Sungai Terentang menerima cadangan kerajaan Selangor dan TNB yang bersedia membayar pampasan kerana sebahagian tanah milik mereka diambil bagi laluan CAR?

Dari aspek perundangan, pihak TNB menggunakan hak izin lalu seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 13 Akta 447 Akta Bekalan Elektrik (ABE) 1990 dan telah mematuhi segala prosedur yang digariskan.

Penduduk Kampung Sungai Terentang, bagaimanapun telah mengambil tindakan mahkamah dengan memfailkan permohonan untuk mendapatkan semakan kehakiman terhadap isu ini tetapi ditolak.

‘Mereka juga mencadangkan beberapa jajaran baru tetapi setelah mengambil kira kajian TNB dan Pentadbir Tanah Daerah Gombak, ia tidak dapat dilaksanakan kerana faktor geografi yang tidak sesuai.

Kerajaan negeri Selangor sebelum ini, sudah mewartakan pengambilan balik tanah pada bulan Disember 2007. Cuma Notis Panggilan Perbicaraan (Borang E) yang masih belum dikeluarkan Pejabat Tanah Daerah Gombak kepada pemilik tanah untuk menentukan pembayaran pampasan turut menyebabkan kakitangan TNB tidak dapat memasuki kawasan itu.

TNB juga telah bersetuju membayar pampasan tambahan sekali ganda daripada nilaian yang dibuat Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Kewangan dan membina semula bangunan dan kemudahan awam seperti balai raya dan perpustakaan kepada penduduk yang terlibat.

Selain itu, TNB juga akan menjadikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di kampung itu sebagai sekolah anak angkat dengan memberi bantuan dan melaksanakan program kemasyarakatan dan mempertimbangkan kegunaan menara jenis monopole yang mempunyai empat menara.

Pasti yang ditawarkan kerajaan negeri dan TNB adalah sesuatu yang terbaik harus diterima penduduk Kampung Sungai Terentang.

Perkara lain yang perlu diberi perhatian serius adalah mengenai projek CAR yang mempunyai kepentingan kepada penduduk Lembah Klang dan tidak seharusnya penduduk Kampung Sungai Terentang, Rawang menolaknya.

Jelas, sikap berlembut kerajaan negeri yang tidak kena pada tempatnya diambil kesempatan oleh penduduk kampung terbabit atau mungkin kepentingan politik rakan dalam Pakatan Rakyat, mereka menjadi anak emas pula kepada kerajaan negeri sekarang.

Anjing DAP kafir harbi (Majlis Peguam) pernah menyalak menghina laungan Azan

Oleh Fazallah Pit dan Sazarina Shahrim

SHAH ALAM:
Umno Bahagian Shah Alam semalam membuat laporan polis berhubung satu rencana dalam buletin rasmi Majlis Peguam Malaysia, Infoline yang didakwa menghina Islam kerana menyifatkan laungan azan sebagai ‘pencemaran bunyi dan mengganggu jiran’.

Aduan dibuat seorang Ahli Jawatankuasa Umno bahagian itu, Mohd Azhar Othman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) di sini, kira-kira jam 10 pagi.

Ia membabitkan perenggan ketiga rencana bertajuk Local Authorities Ought To Be Sensitive To Individual Rights’ (Pihak Berkuasa Tempatan Perlu Sensitif Terhadap Hak Individu) dalam edisi Infoline Mei/Jun 2004.

Perenggan yang didakwa menghina Islam itu berbunyi:

“True, dogs may be noisy at times but that is a different issue.

“As in the case of those developers building mosque in the vicinity of a non-Muslim community, while one recognises that any community’s right to perform its religious obligation by way of using a loudspeaker, to some, it is noise pollution created to the annoyance of those residing in the neighbourhood.”

(Benar, anjing mungkin bising pada ketika tertentu tetapi itu isu berlainan).

(Dalam kes pemaju membina masjid di kawasan kediaman bukan Islam, sementara setiap orang mengiktiraf hak sesuatu komuniti melaksanakan kewajipan agama dengan menggunakan pembesar suara, kepada sesetengah orang pula, ia adalah pencemaran bunyi dilakukan hingga mengganggu penduduk sesuatu kawasan kediaman).

Mohd Azhar berkata, rencana itu secara tidak langsung menyindir laungan azan dan secara terus menghina Islam.

“Artikel itu menghina penggunaan pembesar suara oleh sesuatu komuniti untuk menjalankan ibadat dan dalam konteks artikel itu, yang merujuk kepada pembinaan masjid, ia ditujukan terhadap laungan azan.

“Artikel itu menyatakan secara tidak langsung bahawa panggilan azan adalah pencemaran suara atau bunyi. Ia juga mempersoalkan pembinaan masjid di kawasan yang kononnya ‘komuniti bukan Islam’. Rujukan ‘komuniti bukan Islam’ tidak wujud di Malaysia, negara berbilang kaum,” katanya.

Pengerusi Pusat Khidmat Masyarakat Umno bahagian itu, Ahmad Sharizal Jimin, yang hadir sama ketika laporan itu dibuat berkata, rencana itu menyamakan laungan azan dengan salakan anjing yang menghasilkan pencemaran bunyi.

Beliau kesal kerana Majlis Peguam, yang ditubuhkan selaras dengan Akta Profesion Guaman 1976, tidak mengambil kira perasaan orang Islam dan status Malaysia sebagai negara berbilang kaum ketika menerbitkan rencana berkenaan dalam buletin rasminya.

“Umno Shah Alam mahu polis dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri menyiasat penulis terbabit dan artikel berkenaan,” katanya.

Mengulas perkara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo meminta anggota masyarakat agar tidak sewenang-wenangnya mengecilkan hati orang lain dengan menyentuh isu berkaitan keagamaan sehingga boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.

“Rakyat Malaysia perlu mengamalkan toleransi yang lebih memandangkan masyarakat negara ini berbilang kaum dan menganut pelbagai agama. Kita harap orang ini sedar bahawa kita telah hidup sekian lama dalam keadaan aman dan baik kerana sikap toleransi yang baik.

“Kita harap perbuatan tidak berfaedah ini tidak berulang hingga boleh sebabkan ketegangan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Negeri semalam.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Peguam, Kuthubul Zaman Bukhari, ketika dihubungi menegaskan rencana yang dianggap menghina Islam itu tidak mencerminkan badan berkenaan, sebaliknya ia hanyalah pendapat individu dan tidak mewakili mana-mana pihak.

“Majlis Peguam percaya kepada kebebasan bersuara dan beragama yang diamalkan di negara ini. Apa yang disiarkan dalam Infoline itu adalah pendapat
individu sama ada dari kalangan peguam atau orang awam sendiri,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedia menyiarkan maklum balas daripada mana-mana pihak terutamanya Umno Shah Alam mengenai artikel berkenaan.

“Artikel itu hanyalah pendapat dan biarlah pembaca menghakimi kandungan artikel berkenaan. Jika mereka merasakan ia salah, kita bersedia menyiarkan artikel balas daripada pihak mereka.

“Kami alu-alukan jika ada artikel yang ingin membalas semula isu yang dibangkitkan oleh penulis artikel berkenaan yang dikatakan menghina Islam itu,” katanya.

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datin Paduka Zaitoon Othman meminta Majlis Peguam menapis rencana yang disiarkan supaya perkara seperti itu tidak berulang.

Katanya, isu garis panduan membela haiwan peliharaan terutamanya anjing yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Subang Jaya tidak seharusnya disamakan dengan isu azan kerana ia adalah sesuatu berbeza dan membabitkan amalan beragama yang diperakui sendiri Perlembagaan negara.

“Penulis seelok-eloknya memohon maaf kepada orang Islam di negara ini kerana dia tidak sensitif dan secara terang menulis mengenai masjid walaupun kita tahu agama lain juga mempunyai cara mereka sendiri yang boleh dikatakan sama ‘bisingnya’,” katanya ketika dihubungi.

Artikel Asal yang disiarkan dilaman rasmi Majlis Peguam

Local authorities ought to be sensitive to individual rights
—————————————————————–

Bei Fang

The guidelines issued by Subang Jaya Municipal Council well illustrate the insensitivities on the part of the local authority. It shows no respect for the fundamental right of local residents to raise pets. Why discriminate against those who keep dogs as pets?

True, dogs may be noisy at times, but that is a different issue.

As in the case of those developers building mosques in the vicinity of a non-Muslim community, while one recognises that any community’s right to perform its religious obligation by way of using a loudspeaker, to some, it is noise pollution created to the annoyance of those residing in the neighbourhood.

Following the argument of the local authority, prior consent ought to have been obtained from the local residents before permitting any developer to put up any mosque in their neighbourhood. However, this has never been an issue so far, simply because the non-Muslim community recognises the Muslim community’s right to freedom of religion.

One fails to understand why a local authority, which is duty-bound to look after the well-being of the local residents, is oblivious of the right of the local residents to keep pets of their liking? The residents are merely exercising their
fundamental human right to keep pets, whether they be cats, birds or dogs.

Perhaps a human rights course for the municipal council official concerned may be of help.

Short-term solution
————————-
The short-term solution to the problem created by the municipal council may take the form of a demand for the withdrawal of the so-called guidelines, which require dog-owners to obtain prior consent from their neighbours when applying for dog licences.

To insist upon such consent is far from reasonable. This may be interpreted by some to be a subtle way of implementing Islaminsation process by the local authority, which is adversely Affecting the right of the local residents’s right to keep pets.

If the Islamic way of life ought not to apply to non-Muslims, as often advocated by the ruling elite, then it is incumbent upon the local authority to withdraw such guidelines since it is encroaching upon the fundamental right of local residents.

Long-term solution
————————-

Unfettered powers breed arrogance. Today, members of the local authorities are appointed by the ruling party. They are not elected by the people. As a result, they can be complacent and arrogant. Th
ey wield unbridled powers in total disregard for the interests of the local residents. There are no checks and balances in the municipal council.

Therefore, the long-term solution to the problem is to advocate for the re-introduction of local council elections. If municipal council members are elected, they will be slow at acting according to their whims and fancies.

They would hesitate to turn a deaf ear to the grievances voiced by the residents. They will always be on the alert and ever willing to attend to the complaints of the local residents, to rectify their errors and to make amends, lest they may be voted out of power in the next local election.

DALAM KENANGAN : Janji PAS Selangor kepada umat Islam