Pusrawi nafi Saiful buat pemeriksaan kes liwat

Oleh Sazarina Shahrim

KUALA LUMPUR: Hospital Pusrawi semalam menjelaskan, laporan perubatan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang dikatakan bocor, sebenarnya hanya membabitkan pemeriksaan biasa, bukannya berkaitan kes liwat.

Malah, Dr Muhammad Osman Abdul Hamid, 56, yang membuat pemeriksaan itu, bukan pakar yang boleh mengesahkan sesuatu kes liwat sebaliknya hanya pegawai perubatan biasa di klinik kemalangan dan kecemasan hospital berkenaan.

Pengurus Besar Hospital Pusrawi, Wan Mahmud Wan Yaakob, berkata Mohd Saiful pula mendapat rawatan di hospital itu pada 28 Jun lalu kerana sakit perut serta sukar buang air besar dan bukannya berkaitan aduan liwat.

Advertisements