MBB Nizar yang kemaruk jawatan masih setia diperkuda dan diperbodoh DAP Kafir harbi

Nizar tolak jalin kerjasama dengan UMNO

IPOH 28 Julai – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin memberi jaminan Pas negeri akan kekal dalam pakatan pembangkang dan sama sekali tidak akan bekerjasama dengan UMNO.

Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri itu berkata, pihaknya sentiasa memberikan komitmen untuk terus bersama-sama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menerajui kerajaan pembangkang di negeri ini.

”Tidak mungkin Pas negeri bekerjasama dengan UMNO negeri ini kerana rakyat telah memilih kita dan kami akan bersama-sama untuk berkhidmat kepada penduduk selama-lamanya,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Air Perak di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tawaran Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali kepada Pas untuk bekerjasama dengan UMNO bagi menubuhkan kerajaan negeri yang baru.

Mohammad Nizar menjelaskan, beliau tidak dimaklumkan mengenai tawaran tersebut dan hanya mengetahuinya selepas diberitahu oleh pemberita.

”Dia (Tajol Rosli) boleh sudi macam-macam tetapi kita tidak setuju dan sama sekali tidak akan menjalinkan kerjasama dengan UMNO.

”Kami tidak akan melayan mana-mana tawaran daripada parti politik di luar pakatan dan kami akan kekal dalam pakatan ini,” katanya.

Ketika ditanya, apakah Pas akan bekerjasama dengan UMNO di Perak jika diminta berbuat oleh pimpinan peringkat Pas pusat, beliau berkata:

”Pas adalah sebahagian daripada pakatan pembangkang dan perlu mendapat persetujuan daripada pakatan untuk menimbang sebarang bentuk kerjasama dengan UMNO.”

Beliau turut ditanya kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh yang mahu pakatan pembangkang menimbang secara serius keanggotaan Pas dalam pakatan.

”DAP tidak seharusnya meragui Pas kerana parti kita belum mengadakan sebarang muzakarah dengan UMNO. Muzakarah yang diperkatakan itu hanya pertemuan biasa atau muqabalah,” katanya.

Advertisements

One Response

  1. Macam bodoh je web nih..xde org lawat ke?….hmm, kesian…camna KJ nak jadi PM nanti

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: