Laporan Perubatan Saiful daripada Pusrawi: Usaha terdesak RPK/Anwar

Sumber http://mykmu.net
Oleh: Dr. Muzi

Pada pandangan saya usaha RPK dan puak-puak PKR menimbulkan isu laporan perubatan Saiful di Pusrawi hanya sebagai usaha terdesak, untuk PRE-EMPT apa sahaja kemungkinan yang akan wujud apabila Pihak Hospital mengeluarkan laporan mereka yang merupakan sebuah laporan RASMI, yang akan diterima oleh MAHKAMAH.

Usaha, RPK dan PKR ini hanya sebagai satu PUBLIC PLOY dengan niat untuk mencetuskan DILEMA dan mengukuhkan teori KONSPIRASI mereka dikalangan rakyat dan penyokong parti mereka.

Di dalam bidang PERUBATAN, di dalam senario dinegara kita, MAHKAMAH akan bergantung kepada laporan perubatan yang disahkan oleh Hospital KERAJAAN.
Apa-apa laporan yang dikeluarkan selebihnya oleh mana-mana pengamal perubatan, contohnya SWASTA akan dianggap sebagai sebuah laporan bagi SECONDARY OPINION (pandangan kedua).

Ini di perkukuhkan dengan kenyataan Kementerian Kesihatan hari ini 29/7/08 di mana Kementerian akan hanya bersandarkan kepada Laporan Perubatan yang diberikan oleh para doktor di Hospital Kuala Lumpur.

Berbalik kepada apa yang dikatakan sebagai laporan perubatan Saiful yang dikeluarkan oleh Pusrawi.

Adakah ia sebuah laporan perubatan?

Apa yang dikeluarkan dan dipaparkan oleh RPK hanya nota ringkasan pesakit yang dirawat di A&E ataupun Klinik Pesakit Luar sesebuah hospital atau klinik. Ia tidak menepati langsung ciri-ciri sebuah laporan perubatan yang mempunyai FORMAT nya yang tersendiri.

Ia kekurangan dari aspek formaliti dan juga aspek KETERPERINCIAN yang diharapkan di dalam sebuah laporan perubatan.

Adakah doktor yang membuat laporan perubatan tersebut , mempunyai kepakaran yang diperlukan untuk mengeluarkan sesebuah laporan perubatan untuk dipersoalkan di MAHKAMAH?

Pada pengamatan saya, doktor tersebut hanyalah seorang PEGAWAI PERUBATAN biasa yang bertugas di unit kecemasan/klinik pesakit luar PUSRAWI. Beliau tidak mempunyai sebarang kelayakan untuk melakukan sebarang pemeriksaan untuk mengesahkan samada SAIFUL disahkan di SODOMI atau pun tidak.

Laporan perubatan beliau jika dibawa ke mana-mana mahkamah seluruh dunia akan dipersoalkan KREDIBILITI, kerana beliau bukan seorang yang pakar di dalam BIDANGnya.

Laporan perubatan untuk mengesahkan samada SODOMI sah berlaku ataupun tidak , hanya layak diketengahkan oleh mereka yang AHLI di dalam bidangnya iaitu PAKAR FORENSIC ataupun sekurang-kurang PAKAR PEMBEDAHAN.

Maka
laporan perubatan yang dikeluarkan oleh seorang pegawai perubatan biasa
di Pusrawi tidak langsung mempunyai sebarang kredibiliti jika
dihujahkan di Mahkamah berbanding dengan laporan perubatan RASMI dari
pakar-pakar yang AHLI di dalam bidangnya.

Apakah rumusan yang dikeluarkan oleh laporan perubatan PUSRAWI?

Mana-mana nota pesakit ataupun laporan perubatan jika kita masih mahu menganggap apa yang dikeluarkan RPK ini sebagai sebuah laporan perubatan, ia mestilah mempunyai rumusan ataupun konklusi.

Di dalam nota pesakit yang dikeluarkan oleh Pusrawi ini rumusannya terletak di bahagian terakhir iaitu di ruang DIAGNOSIS.

Apa yang dimaksudkan oleh DIAGNOSIS?

Diagnosis merupakan apa yang difikirkan oleh doktor sebagai kebarangkalian yang paling layak untuk seseorang yang mendapatkan rawatan di sesebuah hospital atau klinik.

contohnya:

Seorang pesakit ke klinik dengan muntah-muntah dan cirit-birit, setelah di periksa dan dilakukan penyiasatan yang sepatutnya, Doktor mungkin akan mencapai konklusi, dan menulis di nota pesakitnya:

Diagnosis: Gastroenteritis

Begitu jugalah dengan doktor yang merawat dan memeriksa Saiful di PUSRAWI , beliau juga sudah tentu akan mencapai sesuatu konklusi setelah merawat dan memetiksa pesakitnya.

Mari kita lihat apa konklusi beliau di dalam nota pesakitnya mengenai Saiful:

Dalam laporan beliau di nota pesakit beliau setelah memeriksa Saiful, tertera : DIAGNOSIS: TO RULE OUT ASSAULT-SODOMY, advised to go to hospital.

Apa yang dimaksudkan TO RULE OUT ASSAULT-SODOMY?

TO RULE OUT di dalam bidang perubatan bermaksud: Kemungkinan berlaku tetapi perlu disahkan…

Bermakna konklusi doktor tersebut di dalam nota pesakitnya bermaksud:

KEMUNGKINAN SERANGAN/GANGUAN SEKSUAL-SODOMI, DINASIHATKAN ke HOSPITAL untuk PEMERIKSAAN dan RAWATAN LANJUT.

Disini tidak harus saya tekankan, tiada langsung di dalam KONKLUSI beliau yang mengatakan pada bila-bila masa, tiada SODOMI ke atas SAIFUL.

Pertanyaan saya , dimana RPK mendapat konklusi tersebut, sedangkan doktor tersebut tidak langsung membuat rumusan sedemikian rupa seperti yang dinayatakan oleh RPK?

Adakah RPK ambil sekerat-sekarat berdasarkan kepada keputusan pemeriksaan fizikal terhadap Saiful pada muka surat satu nota pesakit tersebut?

Mengapa RPK langsung tidak menyentuh KONKLUSI doktor tersebut di muka surat 2 nota pesakit tersebut.

Kerja ambil sesuatu sekerat-sekerat ini adalah kerja orang orang yang mahu mencetuskan kekeliruan kepada masyarakat.

Disini dahulu penerangan saya mengenai laporan perubatan Saiful….selebihnya jika ada isu isu berbangkit akan saya terangkan di dalam komentar-komentar seterusnya.

not noticed any PR bleed
– Tiada pendarahan PR (per rectal/rectum) dikesan.

Adakah ini boleh disamakan dengan ‘tiada liwat’?

Terpulanglah kepada pandangan masing-masing. Mahu cakap ada pendarahan baru ada liwatkah, ada liwat yang tidak mengakibatkan pendarahankah, terpulang.

Doktor hanya mencatat apa yang beliau nampak. Apa status kesahihan laporan? Juga belum tahu.

Yang kita sama-sama sudah tahu, pesakit meneruskan tindakan untuk membuat laporan polis walaupun setelah menayangkan duburnya yang tiada pendarahan per rectal. Setakat ini sahaja yang kita sudah tahu.

Diagnosis: TRO Assault (sodomise)
– Diagnosis: untuk menentusahkan serangan (liwat)

Rawatan: Advise to go to the gov. hosp. (plan to do police report.)

– Rawatan: Menasihatkan (pesakit) untuk pergi ke hospital kerajaan (bagi membuat pemeriksaan lanjut). (Pesakit) bercadang untuk membuat laporan polis.

Itu sahaja.

Jadi macamana pula ‘Penerangan Laporan Perubatan Saiful’ yang dihebahkan di laman Suara KeADILan Online mengatakan ayat:

TRO Assault (sodomise) Advise to go to the gov. hosp. (plan to do police report.)’

maknanya:

To rule out assault or sodomy. Pemeriksaan membuktikan pesakit tidak diliwat.’?

Siapakah yang boleh membuat kesimpulan sehingga begini dengan berdasarkan semata-mata daripada laporan tersebut? Adakah beliau doktor? Atau doktor fiksyen House?

Jika beliau sememangnya seorang doktor, nasihat saya kepada beliau: minta tolong berfikir dengan tenang dahulu
sebelum melaksanakan apa-apa tindakan yang boleh memalukan profesion pengamal perubatan dengan menambah-nambah perkara yang tiada dalam laporan.

Untuk menghakimi: bukan tugas kita. Ia tugas para hakim, peguam dan juri.

Tenesmus x 1/52
– Masalah/kesakitan ketika membuang air besar x satu minggu

Apa yang boleh disimpulkan daripada kenyataan ini?

1. Pesakit mengalami masalah/kesakitan ketika membuang air besar bermula seminggu yang lepas;

2. Pesakit diliwat bermula seminggu yang lepas;

Terpulanglah  mana satu. Jika mahu diteliti laporan bahawa kononnya pesakit diliwat kali terakhir pada 26 Jun 2008 sebelum membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, boleh juga membuat kesimpulan bahawa:

1. Sebarang pendarahan akibat liwat sudah tidak dapat dikesan setelah dua hari; atau

2. Pendarahan akibat liwat mustahil tidak dapat dikesan walaupun setelah dua hari berlalu;

Jadi banyak kesimpulan boleh dibuat. Terpulang.

Kesimpulan tidak semestinya menghadirkan fakta. Setakat ini fakta yang kita tahu:

1. Pesakit membuat pemeriksaan duburnya di PUSRAWI pada 28 Jun 2008;

2. Pesakit kemudiannya membuat pemeriksaan duburnya di Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun 2008;

3. Pesakit kemudiannya membuat laporan polis;

4. PUSRAWI tempat di mana pesakit membuat pemeriksaan pertama bukanlah milik kerajaan.

Advertisements

15 Responses

  1. syabas..teruskan usaha anda untuk membuktikan RPK munafik dan penipu besar dan ANWAR si sesumpah dan putar pembelit besar..

  2. salam….walau apapun saudara, berbaliklah kepada kaedah Islam. Membuat satu pertuduhan sebegini berat, harus berkemampuan mendatangkan 4 saksi (jangan pertikaikan mengapa 4 saksi)…jika tidak sipenuduh boleh dikenakan hukuman qazaf! Terlepas kat dunia kat akhirat belum tentu!! Saya bukan memihak kepada sesiapa, tetapi berdiam diri lebih baik daripada silap buat tuduhan!

  3. percaya pulak anwar ni pd doktor ya.cepat jer dia buat sidang akbar.nk bagi dna kata doktor tk boleh di percaya nnt takut di kelong pulak.lapuran ini tidak kah sudah di kelaong oleh rpk.bolehkah org lain berfikiran seperti anwar pula.

    encik bentayan..yg memerlukan 4 saksi tu bila org lain menuduh sipolan 2 berzina.kl tuan badan sendiri yg mengatakan diri dia sendiri di liwat ..bagaimana…ikut la seperti saranan mufti perlis.bersumpah laknat la.sbb yg kena tuduh tk percaya pd polis,pd peguam,pd doktor kecuali doktor pusrawi ler gamaknyapd negara dia sendiri pun dia tk percaya.berbalikla pd yg maha esa .tentu dia percaya pd ALLAH sbb dia pun org islam.tk kan ALLAH tk berlaku adil kot.bknkah ALLAH itu maha melihat dan maha mengetahui apa yg manusia tidak tahu.kerana kita ini hamba

    saipol dh setuju bersumpah…tp si anu tu tk mau banyak pula dalihnya.

  4. Apa citer ni? Lagi2 pasal ti Nuar, tak ada ka kerja lain? Semua ni media hype, trick lama, ni cara untuk merosakkan fikiran melalui mob – typical mind control agenda. Ni yang cakap pasal 4 saksi pun tak pernah baca Qur’an dan kalau baca pun tak faham. Dah tanya ulama ka?

    Kita lihat trick si Nuar ni:
    1) Nak lari ke kedutaan Turki? Kenapa?
    2) Tak mahu bersmpah, kenapa? Kemudian beri macam2 alasan dan hukum-hakam, come on lah. Susah ke nak buat?
    3) Nak ke Mahkamah Syari’ah… ha! sebab dia tahu la sebab konon nak cari 4 saksi, siapa kata? Hukum 4 saksi tu adalah bagi mereka yang menuduh seseorang itu berzina, jadi yang menuduh adalah pihak ketiga, dan dia perlu bawa 4 saksi. Jadi kalau fahaman salah ni diteruskan, semua orang akan keliru. Jadi prosedur ini tidak relevan, sebab itu Nuar nak guna Mahkamah Syariah. Memang dia pintar, dia headboy kat sekolah MC tu, bukan saya tak tau perangai some of the budak2 kat situ.
    4) Surat doktor? he he, ya ka? ni trick lama da! saya pun pernah buat2 sakit, merahkan mata saya uat2 lemah, dan minta surat cuti – sebab nak ponteng kerja… ini semua orang boleh buat.

    Kenapa mesti seseorang yang nak jadi PM suka buat gempar? Kalau ini perangai PM kita, hancur lah negara, huru hara sok mo.

    Kamu orang kajilah siapa yang backing Nuar kat lar sana. Kuasa asing nak lihat negara kita hancur. Jadi hi Nuar, sudah lah. Kalau kamu betul saya nak lihat sendiri.

    I love you Nuar, tetapi janganlah gadai negara ini.

  5. Tadi kawan ditunjuk salinan surat penerangan kes liwat anwar ibrahim yg dikeluarkan oleh pejabat setiausaha agong PKR.. panjang berjela diaorang tulis siap dgn salinan laoran perubatan lagi.. Bersunguh sunguh diarang hantar salinan surat kpd semua ahli PKR.. menekankan teori konspirasi tp tak perlulah kawan huraikan.. semuanya macam biasa lah yg rasanya semua org boleh agak.. CUMA yang kawan nak bagitahu… menurut member tu doctor yg namanya tertera pd laporan ni pun dah hilang.. katanya bersembunyi takut di kipnap macam Bala.. so sekarang ni makin susah lah… rasanya doctor tu pun dah tak senang duduk.. risau ada org tembak ke sembelih ke.. ye lah… anwar pun kata org nak bunuh dia apata lagi doctor ni… dua2 pihak ada motis utk tamatkan riwayat doctor ni.. pas tu saling tuduh… emmm… risau melihat perkembangan yg makin tidak sihat.. kalau sikafir harbi tu niatnya nak tgk huruhara kucar kacir dlm malaysia… nampaknya matlamatnya tercapai… diharapkan kes ini diselesaikan secepat mungkin… kalau dah kedua2 pihak saling tidak mempercayai maka diharapkan pihak ketiga cuba selesaikan… di cadangkan pihak ULAMA PAS cepat2 tekan anwar supaya bersumpah… rasanya cuma mereka ini yg mampu memberi tekanan pd anwar… stkat nik aziz dan mufti asri dia belum nak mengalah tapi kalau ditekan oleh PAS atas kapaciti parti utk mencari kebenaran… anwar pasti tidak boleh elak dan bedolak dalih lagi… BERANIKAH ULAMA PAS?

  6. nampak sangat saudara bentayan tak memahami qazaf, qazaf itu apabila orang ketiga menuduh orang lain berzina ataupun liwat memerlukan 4 saksi, tapi ini yang teraniaya, jadi tak boleh guna qazaf….pahami dulu baru bercakap.

  7. bentayan mungkin dah pernah rogol org kot. si mangsa tak boleh mengadu, kerana menurut ustaz Bentayan & nuar tayan, kena ada 4 saksi.

    cakap2 begini biasanya dari orang yg takut. Kalau fatwa ustaz tayan ni di gunapakai;

    seluruh perogol & peliwat akan terlepas. mangsa kena sebat, termasuk mangsa liwat lelaki.

  8. ulamak PAS????..
    doa je la supaya dorang berani..hehehe..
    nuar nih, memang macam ular..dok belik sana sini mcm ape je..nanti bila saiful dah bersumpah, kita tengok apa reaksi dia nih…nak belit lagi??..ular..ular..

  9. congratulations…for your good job, esp on the write-up on pusrawi medical report on saiful.I am one of the few people who hated anwar ibrahim and that bloodly RPK..dont understand why there are so many malays who want to believe them..HIDUP MELAYU….

  10. thanx to a very2 good explaination to the whole ppl in Malaysia about this case..

    as a health personel, i totally agreed 100% of wut u’ve elaborate…maybe those who did not have the knowledge about medical report and jurgan misinterpret it..but this will clear it all

    (but penyokong fanatik anwar will defend him till death – kesian org2 yg xde arah tujuan sebenar ni)

  11. senario politik malaysia amat melucukan.. yang wujud disini adalah.. fanatik BN/UMNO, fanatik BA/RPK.. Kalau pemikiran anda tidak kritis anda akan hanyut dalam arus tsunami politik mereka. Yang berkuasa taksub mempertahankan kuasa, yang lemah taksub mendapatkan kuasa.

  12. BNrevo… ya ka kat sini fanatik bnumno @ fanatikBA/PKR? hahaha…. ehh leh pnjangkan sikit ceramah macamana nak kritiskan fikiran? kawan kurang sekolah la….

  13. saya musykil

    kalau kerajaan buat konpirasi liwat.. kenapa kerajaan tak sediakan dr pakar untuk sah kan saiful diliwat dari awal2..tak perlu la dia jumpa dr yang dia tak kenal.

    kalau konspirasi.. kalau saiful tak pernah diliwat..kenapa dia pergi kat dr yang dia tak kenal untuk sahkan dia diliwat…sah sah la kantui tak kena liwat. (budak darjah satu pun tak buat cam nih..)

    logik ke nih konspirasi? budak skolah menegah bleh buat konpirasi lagi bagus kalau cam nih..kui kui kui…

  14. aku baru saje nak masuk blog ni… selama ni aku asyik tengok blog DSAI, bukan apa …kesian kat diaorang dapat ketua yang bukan dari umat Nabi Muhammad SAW.

    Aku dah lama percaya DSAI ni peliwat sebab korang perasan tak selepas aje Mufti Perlis suruh bersumpah (aku tak ingat tarikh…tapi beliau orang pertama cakap kat TV3)..DSAI tak hadir press conference, hanya 2 lawyer aje nak jawab soalan… sebab apa??? sebab dia nak observe dan nak pikir apa nak jawab. then next day barulah dia guna nama fatwa ulamak-ulamak luar.

    Masa dia ceramah kat Stadium Melawati,.. bila orang tuduh dia agen asing… dia dengan bergaya dan tegasnya menjwab ” Walillahi saya bukan agen US” tapi untuk kes liwat ni

    1. ” saya tak boleh jawab… ganggu mahkamah”

    2. ” U know wat happen kalau suma orang bersumpah”

    Kita nak dia bersumpah tak kira macamana pun simple dia.
    bersumpah tapi.. yiilek

    Kalau betul pun ada konpirasi kita nak tau sama ada dia termakan dengan konspirasi tersebut…itu aje

  15. samaada ini konspirasi kerajaan bn atau tidak,itu terpulang kpd rkyt utk menilai.yg benar tetap akn beroleh kejayaan.cuma yang teruknya ialah anuar ibrahim putar belitkn hukum agama utk kepentingan sendiri.saiful sudah buat apa yg dituntut oleh agama.kenapa anuar ibrahim tak buat.yang hairannya org yg kononnya perjuangkn islam(pas)tidak pula suruh anuar ibrahim buat mengikut syariat islam.sebaliknya sokong anuar ibrahim membuta tuli!.mcm tu ke pemimpin yg kononya perjuangkn islam!

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: