Salahlaku Regim DAP Pakatan

Sumber: PerakBangkit.blogspot.com

Advertisements

Syabas Hadi, anda telah mula menyedari agenda jahat DAP kafir harbi

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Haji Hadi Awang kerana telah menyedari agenda jahat yang senang diusahakan oleh DAP kafir harbi untuk menjatuhkan maruah bangsa Melayu dan agama Islam.

Saya tidak mengharapkan bahawa sebarang hubungan politik antara UMNO dan PAS. Cukup sekadar kedua-dua parti ini bersatu dalam mempertahankan maruah bangsa Melayu dan kedaulatan agama Islam daripada serangan jahat DAP kafir harbi. Jika PAS ingin terus berada dalam PR itu adalah hak mereka. Tetapi , saya harap PAS mula menunjukkan sikap tegas dan menentang segala usaha yang sedang dijalankan oleh DAP kafir harbi.

Biarlah PAS di dalam PR bertindak sebagai ‘watchdog’ yang kuat dan bukannya sebagai pak turut yang hanya menguatkan lagi DAP kafir harbi. Jika PAS telah mula sedar agenda DAP kafir harbi yang sebenarnya, ia sesuatu yang amat bagus.

Sayang kerana terdapat 2 orang pemimpin PAS yang masih tidak sedar diri mereka sedang diperkudakan dan diperbodohkan oleh DAP kafir harbi, iaitu MBB Nizar dan Hassan Ali. Saya harap kedua-dua ini sedar kesilapan mereka dan kembali berjuang ke jalan yang betul.

Pas sedia teruskan muzakarah – Hadi
25/07/2008 6:34pm

Oleh Nor Aziah Jaafar

MARANG 25 Julai – Pas bersedia untuk meneruskan muzakarah dengan UMNO jika pertemuan antara kedua-dua parti itu yang mewakili orang Melayu dan Islam di negara ini dapat memberi kebaikan kepada rakyat dan agama.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perkara yang boleh membawa kepada kebaikan dan persefahaman di antara rakyat perlu diteruskan untuk kebaikan bersama.

“Kita akan tengok dulu, yang baik kita ikut, yang baik insya-Allah kita teruskan,” katanya ketika ditemui di Masjid Rusila di sini hari ini.- Utusan.