Memang sah 200 ribu babi dibawa masuk ke Sepang

Memang DAP kafir harbi ini dasar tak sedar diuntung. Apabila Dr Khir meluluskan sistem permodenan ladang babi, dia berkali-kali mengatakan bahawa jumlah babi di ladang itu ialah 250 ekor setahun dan bukan pada satu-satu masa. Malah lokasi sebenarnya pun boleh diputuskan secara rasmi kerana menunggu laporan JAS dan persetujuan penduduk.

Ini berbeza dengan apa yang hendak dilakukan oleh MBB Khalil yang mahu babi itu berjumlah 250 ribu pada satu-satu masa. Jika 25 ribu babi disembelih/dijual setiap bulan, maka setahun akan terdapat sebanyak 550 ribu ekor babi di Sepang.

Sekarang ini, selepas DAP kafir harbi memerintah Selangor, jumlah babi telah bertambah ke 600 ribu ekor iaitu 3 kali ganda dari jumlah penduduk setempat yang sebanyak 20o ribu sahaja.

Pada pengikut PAS dan PKR, anda fikirkanlah sendiri kecelakaan yang anda telah hadiahkan kepada penduduk Sepang.

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor perlu berbincang dulu dengan persatuan penduduk dan mendapat nasihat Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebelum memulakan projek penternakan babi bernilai RM100 juta yang sedang dirancang di Kampung Tumbuk, Sepang.

Presiden Pertubuhan Pergerakan Perpaduan Islam Malaysia (PPPIM) Datuk Zulkifli Mohamad mendakwa sejak projek itu diumumkan pada April lalu, kerajaan negeri tidak pernah datang berbincang dengan persatuan penduduk kawasan terbabit, serta tidak pernah berhubung dengan JAS mengenai projek itu.

“Sekurang-kurangnya mereka sepatutnya berbincang dulu dengan penduduk.

“Sebab sekarang ramai yang resah dan tertanya-tanya bagaimana projek itu akan berjalan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalami.


Zulkfili mendakwa sebanyak 200,000 ekor babi dibawa ke situ dari Bukit Pelanduk, Port Dickson, walaupun projek penternakan babi teknologi tinggi yang dirancang itu belum dimulakan pembinaannya.

Katanya, jumlah babi yang diternak di sekitar kawasan itu sekarang berjumlah 600,000 ekor menimbulkan perasaan tidak selesa dalam kalangan kira-kira 20,000 penduduk kampung itu serta kawasan sekitarnya.

Zulkifli mendakwa penternakan babi di kawasan itu dibuat secara berselerak dan tidak tersusun, menyebabkan penduduk merungut tentang bau busuk dan pencemaran air.

“Keadaan ini memberikan kesan negatif kepada kawasan itu yang diwartakan sebagai kawasan pelancongan memandangkan ia akan menjejaskan pendapatan penduduk yang terbabit dalam sektor pelancongan,” katanya.

Beliau berkata, persatuan itu merancang mengadakan demonstrasi sekiranya memorandum terhadap projek penternakan babi yang dihantar kepada kerajaan Selangor bulan depan tidak mendapat tindakan.

Bagaimanapun, beliau berharap perbincangan dengan kerajaan Selangor dapat diadakan terlebih dahulu sebelum meneruskan rancangan mengadakan demonstrasi.

“Tapi pendapat peribadi saya, daripada kerajaan Selangor teruskan projek itu di Kampung Tumbuk lebih baik pindahkan projek itu ke kawasan lain yang tidak ada penduduk,” katanya. — Bernama

Advertisements

3 Responses

  1. terima la hadiah dr pr wahai penduduk selangor.ba alif ba ya…bagitula kl mau sgt yg baru.allah bagi kuasa pd bangsa melayu islam..tp manusia selalu tk puas hati dan tk mau bersyukur.sekarang ambil saja….kl itu yg di mahu

    mata melihat ba alif ba ya yg gemuk montok berkeliaran….otak fikir balik adakah untungnya memangkah roket bulan mata dulu?????

  2. Saya pasti MBB Selangor ni lepas ini akan keluar statement sambil tersengih-sengih cakap tidak ada masalah, hal ini telah selesai dan etc.. etc ..

    Eloknya babi-babi tu kita hantar kat rumah dia untuk transit dan barulah dia boleh bagi jawapan yang lebih cerdik ..

  3. Mengapa sepang? sebab ada F1, sebab ada KLIA dan LCCT.

    Harga tanah tengah naik. Mencanak-canak naik.

    Prospek cantik tanah ni. 5 tahun lagi confirm harga akan naik gila2.

    Tapi tanah siapa kat sana tu? oo..orang melayu. Banyak melayu kat sana.

    Macam mana nak buat ye. Nak rebut macam tu ye payah lak. Nanti ada kena parang. Isu politik lagi.

    Payah2 sangat gunakan je la babi. Orang Melayu geli dan tak suka ngan babi ni. Confirm dorang akan berambus dari sana. Pasti Melayu akan jual tanah dengan harga murah. Mudahlah nak dapatkan tanah harga murah.

    Tak payah nak guna FRu. Tak payah nak timbulkan hal politik.

    L

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: