Lagi bukti kewujudan Perjanjian Pangkor II

Perihal ‘Pangkor II’ dan perjuangan Pas

KETIKA perhatian diberikan kepada pelbagai isu hangat sejak kebelakangan ini, daripada penstrukturan semula subsidi minyak, pengakuan bersumpah berhubung kes Altantuya, tuduhan terbaru liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sehinggalah proses peralihan kuasa Umno, yang nampaknya semakin jelas sejak Khamis lalu, ramai terlepas pandang dengan satu lagi isu yang turut mewarnai senario semasa politik tanah air.

Sehinggalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir menimbulkan isu ‘Perjanjian Pangkor II’ antara Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan pemimpin DAP, tidak ramai mengetahui apa yang berlaku sebelum pembentukan kerajaan campuran antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu, walaupun dakwaan dan perdebatan mengenainya disiarkan oleh beberapa lama web.

DAP mempunyai 18 kerusi di Dewan Undangan Negeri Perak, tujuh PKR dan enam Pas, termasuk yang diwakili Mohammad Nizar. Kepada sebahagian besar rakyat negara ini, Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari 1874 antara Sir Andrew Clarke dengan Raja Abdullah ibni Sultan Ja’afar Mua’azzam Shah untuk memberi kebenaran kepada Inggeris mencampuri urusan negeri Perak.

Perjanjian yang ditandatangani di atas kapal HMS Pluto itulah membuka kepada campur tangan Inggeris secara rasmi dalam urusan negeri Melayu. Perak ketika itu adalah pengeluar utama timah menyebabkan Inggeris, yang sudah menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura, memang menunggu masa merampas negeri itu.

Perang Larut dan pergaduhan kongsi gelap Cina antara Ghee Hin dengan Hai San, yang memaksa Raja Abdullah mendapatkan bantuan Inggeris, membuka ruang kepada kuasa penjajah itu.

Dengan persetujuan Sultan Abdullah juga, Gabenor Clarke berani menurunkan Sultan Ismail yang bersemayam di Tanjung Belanja, Parit daripada pangkat Sultan ke pangkat ‘Sultan Muda’ dengan bayaran pencen seribu ringgit sebulan, manakala Ngah Ibrahim tidak lagi diakui sebagai pemerintah Larut.

Perjanjian Pangkor II pula, seperti yang disebut oleh Dr Zambry dan beberapa laman web sebelum itu, ialah perundingan antara Pas Perak dengan DAP menjelang penubuhan kerajaan campuran di negeri itu yang kemudian menyaksikan wakil Pas, Mohamad Nizar, menjadi Menteri Besar.

Walaupun latar belakang, suasana dan tokoh Perjanjian Pangkor sebenar jauh berbeza dengan apa berlaku di Perak lebih tiga bulan lalu, rundingan yang diberikan jolokan ‘Perjanjian Pangkor II’ itu dari segi prinsipnya mempunyai persamaan.

Jika Perjanjian Pangkor 134 tahun lalu, menyaksikan pembesar Melayu rela mengorbankan kedaulatan bangsa untuk mengekalkan kuasa ketika itu, Pas dilihat rela mempertaruhkan hasratnya melaksanakan hukum hudud dalam rundingan dengan DAP bagi memastikan orangnya menerajui kerajaan negeri.

Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang, dalam ucapannya menyambut kejayaan parti itu mentadbir Perak seperti disiarkan Harakahdaily dan kemudian dipetik oleh Malaysiakini pada 4 Jun lalu, dilaporkan berkata:

“Selepas kira-kira tiga jam perbincangan antara pihak Pas yang diketuai saya dengan DAP yang diketuai pengerusi negeri, Ngeh Koh Ham, pemimpin pusat DAP bersedia mengubah pendiriannya dengan mengenakan syarat supaya DAP diberi lapan jawatan Exco dan Pas berjanji tidak melaksanakan hukum hudud dalam kerajaan campuran ini.”

Ahmad bagaimanapun, dilaporkan berkata, selepas campur tangan istana yang mengubah senario awal politik, tuntutan DAP agar Pas menggugurkan hudud tidak lagi berbangkit.

“Bagaimanapun, syarat-syarat itu gugur kira-kira jam 11 malam selepas wakil Pas dan DAP dititah menghadap Tuanku di Istana Kinta. Yang paling penting, syarat yang mereka kenakan iaitu lapan Exco dan isu hudud gugur dengan sendirinya,” kata Ahmad.

Isu ini bagaimanapun, lenyap seketika sehinggalah Dr Zambry mempersoalkan prinsip perkongsian kuasa yang dilaksanakan kerajaan campuran antara Pas, DAP dan PKR itu. “Selama ini, Pas menyatakan pembentukan kerajaan campuran itu berasaskan konsep ‘Tahalluf Siyasi’ atau persefahaman politik, tetapi adakah ia sampai Mohammad Nizar terpaksa berjanji dan mengorbankan prinsip perjuangan parti semata-mata untuk berkuasa,” katanya.

Kepada mereka yang sudah lama mengikuti perkembangan Pas, apa yang berlaku di Perak itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Pas, walaupun mendakwa perjuangannya berlandaskan Islam, tidak banyak berbeza dengan parti-parti politik lain di negara ini, kerana matlamat utama mereka ialah mendapatkan kuasa. Seperti kata Machiavelli, matlamat menghalalkan cara. Bezanya, Pas agak pandai ‘menyimpan’ kelemahan atau masalah dalaman mereka berbanding parti lain, terutama Umno.

Hakikatnya, Pas sebagai parti politik turut melakukan tindakan yang didorong oleh kepentingan politik, bukannya berlandaskan idealisme perjuangan. Malah, pendekatan Pas sejak kebelakangan ini dilihat berbeza antara negeri. Contoh terbaru ialah pendirian parti itu mengenai hiburan khususnya konsert yang membabitkan kumpulan rock dan penyanyi wanita.

Sementara kerajaan Pas di Kelantan dan Kedah (juga di Terengganu ketika Pas memerintah pada 1999-2004), tidak membenarkan sebarang konsert, terutama membabitkan artis wanita dan kumpulan rock, parti itu dilihat sedia bertolak ansur dengan persembahan seumpamanya di Lembah Klang sehingga menimbulkan kemarahan penyokongnya sendiri.

Perbuatan seorang penyanyi melakukan aksi lucah selepas mengadakan persembahan di depan ribuan peserta Perhimpunan Gabungan Memprotes Harga Minyak di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya pada Ahad minggu lalu, yang mana Naib Presiden Pas, Dr Hatta Ramli menjadi penyelarasnya, pasti tidak berlaku jika Pas tetap dengan pendirian tegasnya mengenai persembahan artis rock.

Memang sah 200 ribu babi dibawa masuk ke Sepang

Memang DAP kafir harbi ini dasar tak sedar diuntung. Apabila Dr Khir meluluskan sistem permodenan ladang babi, dia berkali-kali mengatakan bahawa jumlah babi di ladang itu ialah 250 ekor setahun dan bukan pada satu-satu masa. Malah lokasi sebenarnya pun boleh diputuskan secara rasmi kerana menunggu laporan JAS dan persetujuan penduduk.

Ini berbeza dengan apa yang hendak dilakukan oleh MBB Khalil yang mahu babi itu berjumlah 250 ribu pada satu-satu masa. Jika 25 ribu babi disembelih/dijual setiap bulan, maka setahun akan terdapat sebanyak 550 ribu ekor babi di Sepang.

Sekarang ini, selepas DAP kafir harbi memerintah Selangor, jumlah babi telah bertambah ke 600 ribu ekor iaitu 3 kali ganda dari jumlah penduduk setempat yang sebanyak 20o ribu sahaja.

Pada pengikut PAS dan PKR, anda fikirkanlah sendiri kecelakaan yang anda telah hadiahkan kepada penduduk Sepang.

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor perlu berbincang dulu dengan persatuan penduduk dan mendapat nasihat Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebelum memulakan projek penternakan babi bernilai RM100 juta yang sedang dirancang di Kampung Tumbuk, Sepang.

Presiden Pertubuhan Pergerakan Perpaduan Islam Malaysia (PPPIM) Datuk Zulkifli Mohamad mendakwa sejak projek itu diumumkan pada April lalu, kerajaan negeri tidak pernah datang berbincang dengan persatuan penduduk kawasan terbabit, serta tidak pernah berhubung dengan JAS mengenai projek itu.

“Sekurang-kurangnya mereka sepatutnya berbincang dulu dengan penduduk.

“Sebab sekarang ramai yang resah dan tertanya-tanya bagaimana projek itu akan berjalan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalami.


Zulkfili mendakwa sebanyak 200,000 ekor babi dibawa ke situ dari Bukit Pelanduk, Port Dickson, walaupun projek penternakan babi teknologi tinggi yang dirancang itu belum dimulakan pembinaannya.

Katanya, jumlah babi yang diternak di sekitar kawasan itu sekarang berjumlah 600,000 ekor menimbulkan perasaan tidak selesa dalam kalangan kira-kira 20,000 penduduk kampung itu serta kawasan sekitarnya.

Zulkifli mendakwa penternakan babi di kawasan itu dibuat secara berselerak dan tidak tersusun, menyebabkan penduduk merungut tentang bau busuk dan pencemaran air.

“Keadaan ini memberikan kesan negatif kepada kawasan itu yang diwartakan sebagai kawasan pelancongan memandangkan ia akan menjejaskan pendapatan penduduk yang terbabit dalam sektor pelancongan,” katanya.

Beliau berkata, persatuan itu merancang mengadakan demonstrasi sekiranya memorandum terhadap projek penternakan babi yang dihantar kepada kerajaan Selangor bulan depan tidak mendapat tindakan.

Bagaimanapun, beliau berharap perbincangan dengan kerajaan Selangor dapat diadakan terlebih dahulu sebelum meneruskan rancangan mengadakan demonstrasi.

“Tapi pendapat peribadi saya, daripada kerajaan Selangor teruskan projek itu di Kampung Tumbuk lebih baik pindahkan projek itu ke kawasan lain yang tidak ada penduduk,” katanya. — Bernama