Pesanan Bekas Pengikut Setia Anwar kepada Nurul Izzah

Dear Nurul Izzah,

Saya masih ingat lagi kejadian tahun 1998 (10 tahun lepas) lalu di mana DS Anwar Ibrahim berucap di rumahnya selang dua tiga hari selepas dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Jalan Kilang Ubi, Tok Kun Bawah, Bukit Mertajam selepas isu sodomi ini pertama kali dibangkitkan.

Oleh kerana saya dan isteri amat suka kepada kepimpinan DS Anwar Ibrahim (kami orang Penang juga dan berbangga DS Anwar Ibrahim orang Melayu Pulau Pinang pertama akan menjadi PM Malaysia) kami bersusah payah bersama anak kecil datang ke rumah berkenaan yang letaknya mengadap kubur di belakang Majid Tok Kun Atas itu hanya untuk mendengar penjelasan dari DS Anwar Ibrahim sendiri.

Tentu Izzah masih ingatkan kerana Izzah dan adik-adik berada depan tingkap memerhatikan kami sekalian? Kerana saya suami isteri amat bersimpati dengan isteri dan anak-anak DS Anwar Ibrahim yang dikatakan mengamalkan perbuatan sodomi (satu perbuatan kaum Sodom yang dikeji oleh Allah s.w.t. hinggakan Nabi Muhamadd s.a.w. sendiri tidak mengaku sebagai umatnya) semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa itu dan pada masa yang sama kami juga ingin menentukan sama ada isu sodomi ini hanya ‘tohmahan’ atau ‘konspirasi’ politik semata-mata.

Saya dan isteri menjangkakan isu sodomi ini akan senang sahaja dipatahkan / diselesaikan oleh DS Anwar Ibrahim sendiri. Saya dan isteri pada masa itu mengjangkakan DS Anwar Ibrahim akan bersumpah dengan nama Allah s.w.t. (tuhan kepada penganut agama Islam sahaja) bahawa DS Anwar Ibrahim tidak melakukan perbuatan sodomi ke atas Azizan Abu Bakar (ataupun tidak pernah melakukan perbuatan sodomi dalam hidupnya).

Jika DS Anwar Ibrahim bersumpah demikian maka secara tidak langsung ianya telah membuktikan isu sodomi DS Anwar Ibrahim itu hanya rekaan semata-mata (pandangan mula kami).

Tapi sehingga selesai ucapan berapi-rapi itu, DS Anwar Ibrahim tidak pula bersumpah dengan nama Allah mengatakan tidak melakukan perbuatan sodomi itu, sebaliknya bersumpah dengan nama Allah mengatakan tuduhan sodomi hanyalah ‘konspirasi’ sahaja. Sebagai pengaut agama Islam, kami amat percaya bahawa sejahat mana sesorang Muslim itu tapi dalam hatinya masih lagi takut membohongi Allah s.w.t. sendiri dan juga pembalasanNya di hari akhirat.

Apakah batu-batu nisan kubur orang-orang Islam Kg Ceruk Tok Kun Atas yang berhadapan itu mengingatkannya DS Anwar Ibrahim yang kita manusia ini hanya hidup sementara sahaja dan akan kembali kekal jua kepada Allah s.w.t. dan tidak harus melafaskan satu pembohongan terhadap Allah???

Sejak hari itu kami suami isteri mula mempercayai yang ada sesuatu yang tidak kena atas peribadi DS Anwar Ibrahim itu sendiri, dan kami berdua dengan penuh minat mengikuti segala perbicaraan kes tuduhan liwat DS Anwar Ibrahim sama ada perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan maupun Mahkamah Persekutuan walaupun ianya memakan masa bertahun-tahun. Keputusan Mahkamah mengesahkan segala kesangsian pertama kami selama ini.

Kepada sahabat-sahabat saya yang berketurunan Melayu dan beragama Islam saya berharap kita semua dapat bersabar dan jangan terlalu emosi dan berharap undang-undang Malaysia dapat dijalankan dengan sempurna dan adil kepada semua rakyat sebagaimana saranan DS Anwar Ibrahim sendiri pada hari ini agar kita semua hendaklah bersifat profesional bagi menangani isu ini.

Percayalah kepada Allah kerana itu adalah ketentuan Allah s.w.t.. Yang baiknya semuanya dari Allah dan yang tidaknya dari manusia sendiri. Marilah kita berdoa supaya Allah membantu kita dalam menyelesaikan isu ini dengan secepat mungkin.

“ALLAH MAHA ADIL”

Nota: Dalam kes ini (seperti kes sebelumnya), bukannya pihak ketiga (orang lain yang tidak terlibat secara fizikal dalam kes ini) yang membuat tohmahan yang mengatakan pihak pertama (DS Anwar Ibrahim) melakukan perbuatan liwat, tetapi pihak kedua orang yang diliwat – sidomised (Mohad. Saiful Bukhary) sendiri yang membuat aduan pihak kedua (DS Anwar Ibrahim) meliwatnya.

Jangan kita jadi Yahudi atau ulama Yahudi yang cuba mempermainkan ayat Allah An-Nur:4 itu demi kepentingan kita sendiri kerana Allah amat murka kepada kedurjanaan umatNya yang memutarbelitkan dan memberi tafsiran sebagaimana maksud ayat Allah s.w.t. itu diturunkan kepada Nabi Muhamad s.a.w.

Ayat An-Nur:4 itu adalah mengenai tuduhan pihak ketiga terhadap wanita mukminah melakukan zina (adultery).

Apakah gadis sunti yang telah dirogol memerlukan 4 saksi yang melihatnya dirogol bagi membuktikan aduannya itu?

Advertisements

3 Responses

  1. boleh anda buktikan dengan lebih jelas?

  2. YA BETUL NAK CARI 4 ORANG SAKSI TENGOK ORANG RODOK ORANG MANE ADA. XKAN NEK BUAT JAHAT AJAK KAWAN2 BAGUS TU SAPE NAK BUAT BEB LAGI2 BENDE BEST MACAM TU XKAN NAK AJAK KAWAN TENGOK KOT BUAT LA HUKUM MEMANG NAK EMPAT ORANG SAKSI KALU BERZINA KENE TANGKAP MEMANG NAK SAKSI TU KAT DUNIA, KAT AKHIRAT SAPE TAU…

  3. Kita yg tidak terlibat secara lansung takmungkin ada bukti, tidak mugkin boleh berkata dgn pasti, semua yg terlintas difikiran hanyalah anggapan berdasarkan apa yg diberitahu dan perlakuan tindakan serta tindaktanduk mereka yg mendakwa serta didakwa sebelum dan selepas peristiwa ini didedahkan kpd umum,.namum sebgai umat islam, kita mempercayai Allah tuhan yg maha berkuasa lagi maha mengetahui oleh itu utk bersumpah adalah cara trbik utk kita menyerahkan kepada Allah secara total.. wallahuallam

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: