Nazri Aziz si Pembelot Bangsa Melayu

Nazri pertahan dasar pengagihan biasiswa kerajaan
17/07/2008 3:18pm

KUALA LUMPUR 17 Julai — Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini diasak dengan soalan oleh beberapa anggota Parlimen semasa beliau mempertahankan cara pengagihan biasiswa kerajaan kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran di luar negara.

Mohamed Nazri berkata, sistem yang diguna pakai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sekarang dibuat mengikut nisbah penduduk Melayu/Bumiputera dengan kaum bukan Melayu pada nisbah 55:45, selain mengambil kira kecemerlangan pelajar tanpa mengambil kira latar belakang kewangan keluarga.

“Saya rasa formula 55:45 tersebut memang elok. Kerajaan memberi jaminan hak orang Melayu seperti yang tertakluk di bawah Perlembagaan tidak akan diabaikan,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2008) 2008 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.

Namun beberapa anggota Parlimen yang kurang bersetuju dengan nisbah itu meminta penjelasan. Mereka ialah Datuk Tajuddin Abdul Rahman(BN-Pasir Salak), Ahmad Maslan (BN-Pontian), Datuk Mukhriz Tun Mahathir (BN-Jerlun), M.

Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) dan Lim Guan Eng (DAP-Bukit Mertajam).

Tajuddin yang mencelah berkata, nisbah itu merupakan langkah populis yang tidak mencerminkan komposisi kaum yang sebenar dan boleh mengugat kepentingan kaum Melayu dan Bumiputera di negara ini.

Ahmad pula menegaskan bahawa biasiswa kerajaan tidak seharusnya diberikan kepada pelajar daripada keluarga kaya memandangkan mereka mampu untuk membiayai pembelajaran anak masing-masing .

Katanya, murid cemerlang dan miskin terutamanya dari luar bandar perlu diberi perhatian dan kelonggaran syarat.

Mohamed Nazri kemudian memberikan jaminan bahawa pemberian biasiswa kepada pelajar Melayu dan Bumiputera tidak akan kurang daripada 50 peratus.

“Kita bukan bersikap populis tetapi berlaku adil dan dalam soal kecemerlangan, ia tidak boleh dikompromikan. Namun saya menjamin pemberian biasiswa untuk golongan ini tidak akan kurang daripada 50 peratus,” katanya.

Sementara itu, Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) pula berkata biasiswa kerajaan sepatutnya diberikan hanya kepada orang Melayu.

Justeru, bagi keperluan kaum bukan Melayu, beliau mencadangkan agar kerajaan menubuhkan satu dana khas yang boleh diperolehi daripada syarikat milik kerajaan dan sektor korporat. – Bernama

Advertisements

12 Responses

  1. Melayu/Bumiputera perlu hapuskan pegkhianat bangsa.
    Mereka yang melupai penderitaan orang yg memilih mereka dan amanah kepada masyarakat yang terhimpit.

    Tak kira dlm UMNO, PAS, PKR bersatulah orang Melayu/Bumi memusnahkan pengkhianat ini.

    Jelas sekali ketika ini selepas Anwar, Hasan Ali, terbaru Nazri adalah pengkhianat.

    Kami tak akan lupa kepada pengkhianat2 ini yang menjadikan maruah bangsa dipijak kejamnya oleh pembangkang DAP & Hindraf.

  2. Pada pendapat saya, dalam hal bantuan biasiswa kepada pelajar seharusnya ada juga peruntukan utk non-bumi. mereka juga ada hak itu namum hak bumiputra tidak seharusnya dikurangkan.. mgkin kepada non-bumi syaratnya harus diperketatkan sedikit agar org yg benar2 memerlukan yg mendapat bantuan ini tidak kepada yg kaya raya, ini adalah soal membantu keluarga miskin rakyat malaysia agar mereka ini lboleh mengubah nasib keluarga kepada keadaan lebih baik.. kita semua pasti sedar dan tahu bahawa kemiskinan boleh membawa kepada kewujudan gejala buruk, perbuatan merompak mencuri menyamun.. Maaf saya cakap sbgai cthnya.. kegiatan haram sekarang ini yg berlaku dimalaysia kebanyakannya melibatkan org2 india dan saya rasa ini ada hubung kait dgn keadaan sosial ekonomi kaum india yg masih ramai lagi berada dibawah tahap miskin.. saya tidak ada statistik tapi itu yg kita nampak.. ramai jugak diantara mereka yg tercicir dlm pelajaran dan akhirnya terjerumus ke kancah kegiatan tidak sihat.. bukan maksud saya utk berkata org dari kaum lain tidak terlibat tapi yg saya cuba tunjukkan bahawa bantuan utk pelajaran seharusnya juga diberikan kepada semua rakyat yg memerlukan.. bila tercicir dlm pelajaran tak kira dari kaum mana pun mereka inilah yg kebanyakkan nya menimbulkan masalah kpada masyarakat.

  3. Pada pendapat saya pula, dalam hal ini…. sepatutnya nazri perlulah mendapatkan pendapat & pandangan utk mengurangkan biasiswa JPA kepada melayu/bumi dari semua pihak….. bagi saya, beliau adalah pengkhianat bangsa, menghapuskan keistimewaan kaum bumiputra n ketuanan melayu….

    washad, maaf jika saya mencelah… mmg benar kite perlu utk membantu kaum lain… jika kita lihat dari sudut perkapita pendapatan kaum2 di Malaysia… cina berada di tempat pertama tertinggi dan kedua pula dimiliki oleh kaum india… dan ke-3 pula kaum Melayu… (maaf saya tiada statistik tersebut) jadi bagi saya… yg perlu diberikan perhatian serius adalah kepada kaum melayu/bumi… sepatutnyer perlu diberikan perhatian yg lebih serius dlm kouta biasiswa…mengapa perlunyer dikurangkan? mengapa perlu mengikut kepada jumlah populasi penduduk sebagai ukuran? jika suatu hari nnti kaum melayu bukan lagi majoriti? apa akan terjadi?

    Secara tidak langsung, nazri telah menafikan hak2 yg sepatut diterima oleh kaum2 melayu…
    nazri telah melanggar perlembagaan negara…
    jika kite lihat, MRSM telahpun membuka 10% kemasukan kepada kaum2 non-bumi.. dan juga kepada kemasukan di Universiti, ia dikira dgn merit… betapa kite semua rugi dan leka untuk menjaga amanah anak2 n cucu2 kite semua…
    jika melayu membenarkan keistimewaan tersebut dibuka kepada kaum2 lain… tapi kenapa jika sekolah wawasan ditentang? walhal tidak sedikit konsep sekolah tersebut mengambil n melanggar keistimewaan non-bumi..

  4. Mungkin Nazri cuba2 untuk meraih sokongan bukan melayu kerana majoriti mereka telah bernaung di bawah P.R .. UMNO perlu segera kembali ke pangkal jalan seperti perpatah melayu berkata yang di kejar tak dapat yang kendong keciciran …

  5. penduduk Bumi 66%, bagila 66%. baru adil.

    Kalau istimewa 80-90%. hak istimewa.

    kalau 50% itu dikira rugi @ bodoh. macm mana kalau org2 yg layak jika jumlahnya lebih 50%.

  6. sebenarnya Melayu marah k UMNO bkn krana parti itu tetapi pendukung parti yang selalu mnyekat kenaikan bakat2 dari bawah dan tradisi ini terus barakar tunjang hingga k peringkat cawangan2.Mereka mngira bkan pnduduk asal kg sipolan jadi di sekat utk pencalonan jawatan tanpa memikirkan kekuatan bakat yg ada pada individu terbabit.Akibatnya hukum kejam dibayar dgn kejam.

  7. sebagai seorang pejuang survival melayu/Islam saya amat sedih dengan sedikit demi sedikit hak melayu-Islam diketepikan. Dulu, 1988 – UMNO terbunuh di mahkamah. 1990-an-Kuasa Raja Melayu dihakis. 1998-Kuasa Kepemimpinan Melayu dimalukan (kes tuduhan liwat TPM). 2000-Meritokrasi – kuota Melayu ke IPTA dihapuskan. 2000-an-10% kuota non Malay ke SBP, Matriks dan MRSM.2006- Kes Lina Joy (Cabaran terhadap mahkamah Syariah/Kehakiman Islam) 2008-Biasiswa pula nak dikurangkan kepada orang Melayu? Kini timbul pula cakap-cakap org bukan Melayu menuntut subsidi, kuota khas kontrak dsb….jadi apa akhirnya akan tertinggal kepada orang Melayu-Islam? Apakah kita nanti akan jadi orang Palestin……merempat di tanah air sendiri??????

  8. jgn lupa, apa-apa yang sudah diberi kepada bangsa itu, takkan dipulangkan kembali, takkan…

    berfikirlah dalam2, banyak2, sebelum memberi..

    Nak tarik sokongan mereka? jangan mimpi. mereka tak akan berterima kasih, “Dah itu memang hak kami”, kata mereka..

    mereka beria-ia tuntut biasiswa pun, bukannya mereka kerja dengan kerajaan lepas tamat pengajian, seperti dalam kontrak biasiswa. Semuanya bayar balik (dgn jumlah jauh lebih sedikit daripada jumlah biasiswa diperoleh), kemudian lari ke sektor swasta.

    hak Bumiputera tak terjejas?, Kalau dah diubah peratusan, memang jelas sekali hak Bumiputera terjejas. Matematik mudahnya, peratusan mereka naik, peratusan kita terpaksa turun.

  9. aku tak hairan kalau DAP anti Islam. Hangpa hairan ka ???? yg aku hairan Org Islam yg anti Islam. Ada org Islam kata Undang Undang Islam tak sesuai di Malaysia. Itu tak anti Islam lagi kah ???? org islam yg mempertikai fatwa fatwa mufti. Itu tak anti Islam kahhh ???

    UMNO ialah pejuang Islam sebenar!!! dengan sebab UMNO lah Islam dijulang tinggi, tak ada arak, tak ada hiburan yg berbentuk maksiat, tak ada kilang arak, tak ada zina .

    dengan sebab UMNO lah Mufti mufti kita disanjung dan dihormati….

    Cuba lihat carta hiraki atau darjah darjah kemuliaan di Malaysia

    No 1 : PARA ARTIS.
    NO2 : AHLI MUZIK
    NO3: AHLI AHLI SUKAN
    NO4: PENGUSAHA LOTERI/CASINO
    NO5: TAUKEH JUDI/ TAUKEH ARAK
    NO6:….
    NO7….
    NO8….


    NO 20: MUFTI
    NO 21 PENUNTUT PENUNTUT PENGAJIAN ISLAM

    PELAKON VS MUFTI = MUFTI KENA PECAT
    PEMABUK VS MUFTI= MUFTI KENA HINA

    sekian – itu lah yg dikatakan UMNO ada pendaulat ISLAM

  10. Mula2 tu kawan nak bagi komen pasal tulisan2 saudara perhati jauh, boyesen, rambo tapi bila baca tulisan anak kedah… fuhhhhh… tapi tak pe saya sabar dulu… saya teruskan niat asal saya.. terimakasih pada saudara2 yg mempertahankan hak utk bumiputra. Sebenarnya sya pun memang tak setuju bila peratusan kita turun dan peratusan non bumi naik.. ini tidak adil bagi bumi, apa yg saya maksudkan jumlah mereka patut dinaikkan dan jumlah kita juga dinaikkan.. dan utk menjadikan ia adil rasanya tidak patut di ukur dlm peratus sbb peratus adalah terikat dgn jumlah atau nilai kepada yg dibandingkan.. ia kadang2 memberi gambaran tidak tepat. Sebenarnya saya tidak jelas macamana perkiraan atau sistem yg JPA atau nazri tu pakai jd tak adil jika saya memberikan apa2 komen, risau tak kena dan membodohkan diri sendiri.. elok juga kalau perkara yg kita tak paham kita jadi pendengar aje biar mudah paham..
    berbalik pada anak kedah… ambo nak tanya beberapa soalan yg diharapkan anak kedah boleh jawap
    1. Mana hang dapat haraki dan darjah kemuliaan ni? hang reka sendiri ka? kalau hang reka sendiri hang tanggunglah dosa fitnah tu..
    2. Arak judi tu sebab UMNO ka? kalau sebab umno kenapa kat kelantan yg dah 20 tahun UMNO tak perntah ni ada arak, ada judi, ada zina, ada pelacur, kes buang bayi yg makin banyak, kalau hang kata kat kelantan ni tak de arak tak de judi.. hang tanggung lah dosa bohong.. hang tak percaya? hang datang sini, biar ambo tunjuk semua tu… ambo ore sini. hang pernah dgr apa yg MB pas kedah, Perak cakap ape? apa komen pasal arak judi ni…? setahun dua lagi hang akn sedar sendiri..
    3. Hang perli kata UMNO disanjung tinggi… ni kawan nak tanya ramai2 lepasan universiti yang dok sokong PAS tu tahu tak sapa yg menwajibkan silibus agama islam diajar kat universiti2.. harus diingat bhwa kecenderungan golongan pertengahan kearah memartabatkan agama islam adalah hasil dari mata pelajaran agama islam yg di ajar di univerti, ini tak boleh dinafikan.. kawan rasa hang takkan tahu sapa yg buat tu semua sebab bagi hang dia tu raja kejahatan dlm malaysia ni…
    4. Anti islam… org islam anti islam.. sapa tu? ohh ya lupa pulak nik aziz dan haji hadi tak mahu berkerjasama dgn UMNO.. mereka tak nak bersatu utk menegakkan islam.. bersama mempertahankan islam.. mereka lebih suka memeluk kafir harbi… jadi maksud saudara anak kedah org pas lah yang anti islam ya… tahniah saudara sedar… islam mengajar umatnya bersatu.
    5. Mempertikaikan fatwa mufti? Oh ya baru ingat org kat kedah ada yg tidak menerima fatwa mufti kata yg meninggal kat memali itu tidak syahid.. tapi mereka tetap kata syahid, bkn stkt kat kedah ajer.. kat ceramah2 diluar kelantan pun diorang dok kata syahid.. opp satu lagi… fatwa pasal amant hadi pun dah dikluarkan… org ni tolak jugak… bagi depa ulamak diarang aje betul… mufti tak boleh pakai…

    kecian…

  11. seburuk2 umno, ia orang Islam & melayu. ada hati perut.

    Yg hg agung2kan DAP yg taksuka melayu tu? apa yg hang dapat. Taik babi pun depa tak bagi.

    banyak anak2 kedah kerja dgn orang2 ni, jadi macai, tak boleh solat.

    Sesama Islam cari jalan berdamai. jgn

    pening2kan macam fatah lwn hamas.

    Musuh sebenar kafir harbi (zionis, DAP).

    Kecualila hang ni syaitan yg suka sesama is;am bergaduh tak tentu pasal, dan bagi pungkok kat DAP. atau hang memang kapiak

  12. Aku rasa hang nie (anak kedah) bukan anak jati kedah kot… ataupun hang nie hanyalah di pinggiran sahaja…

    mudah benar membuat penilaian dgn hirarki…. ia 1 fitnah….

    btul n berfakta dari apa yg Tuan Washad n Punggah2 katakan….

    Jgn terlalu berfikiran kolot… anda sendiri akan terjerumus kedalam mainan DAP…
    sekonyong2 UMNO pun… UMNO telah byk membawa perubahan pada ISLAM….

    lagi satu… adakah jenayah2 yg membabitkan zina, mencuri dll dari kalangan ahli2 UMNO?
    Sepatutnyer PAS mewujudkan satu ceramah keagamaan seperti yg dilakukan oleh TV1 & TV3(Forum Perdana dll) … PAS hanya tahu membuat ceramah agama yg berselitkan POLITIK….. yg bercampur-aduk dgn fitnah….
    ini semua akan membuatkan rakyat2 leka n lalai dgn ceramah yg tidak berfaedah…

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: