Nazri Aziz si Pembelot Bangsa Melayu

Nazri pertahan dasar pengagihan biasiswa kerajaan
17/07/2008 3:18pm

KUALA LUMPUR 17 Julai — Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini diasak dengan soalan oleh beberapa anggota Parlimen semasa beliau mempertahankan cara pengagihan biasiswa kerajaan kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran di luar negara.

Mohamed Nazri berkata, sistem yang diguna pakai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sekarang dibuat mengikut nisbah penduduk Melayu/Bumiputera dengan kaum bukan Melayu pada nisbah 55:45, selain mengambil kira kecemerlangan pelajar tanpa mengambil kira latar belakang kewangan keluarga.

“Saya rasa formula 55:45 tersebut memang elok. Kerajaan memberi jaminan hak orang Melayu seperti yang tertakluk di bawah Perlembagaan tidak akan diabaikan,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2008) 2008 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.

Namun beberapa anggota Parlimen yang kurang bersetuju dengan nisbah itu meminta penjelasan. Mereka ialah Datuk Tajuddin Abdul Rahman(BN-Pasir Salak), Ahmad Maslan (BN-Pontian), Datuk Mukhriz Tun Mahathir (BN-Jerlun), M.

Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) dan Lim Guan Eng (DAP-Bukit Mertajam).

Tajuddin yang mencelah berkata, nisbah itu merupakan langkah populis yang tidak mencerminkan komposisi kaum yang sebenar dan boleh mengugat kepentingan kaum Melayu dan Bumiputera di negara ini.

Ahmad pula menegaskan bahawa biasiswa kerajaan tidak seharusnya diberikan kepada pelajar daripada keluarga kaya memandangkan mereka mampu untuk membiayai pembelajaran anak masing-masing .

Katanya, murid cemerlang dan miskin terutamanya dari luar bandar perlu diberi perhatian dan kelonggaran syarat.

Mohamed Nazri kemudian memberikan jaminan bahawa pemberian biasiswa kepada pelajar Melayu dan Bumiputera tidak akan kurang daripada 50 peratus.

“Kita bukan bersikap populis tetapi berlaku adil dan dalam soal kecemerlangan, ia tidak boleh dikompromikan. Namun saya menjamin pemberian biasiswa untuk golongan ini tidak akan kurang daripada 50 peratus,” katanya.

Sementara itu, Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) pula berkata biasiswa kerajaan sepatutnya diberikan hanya kepada orang Melayu.

Justeru, bagi keperluan kaum bukan Melayu, beliau mencadangkan agar kerajaan menubuhkan satu dana khas yang boleh diperolehi daripada syarikat milik kerajaan dan sektor korporat. – Bernama

Advertisements

Lagu DAP (versi babi) khas untuk Hassan Ali dan Khalil Ibrahim