Anwar sah meliwat

Anwar ditahan untuk siasatan kes liwat: Bakri
oleh Jalal Ali A Rahim

KUALA LUMPUR: Polis petang tadi mengesahkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap bagi membantu siasatan kes liwat kepadanya yang dilaporkan bekas pembantunya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zinin, berkata Anwar ditangkap jam 1 tengah hari di sekitar Segambut.

“Ketika ini, beliau sedang membantu dalam siasatan satu kes liwat yang dilaporkan kepada polis,” katanya pada sidang media tergempar di Bukit Aman, petang tadi.

Mohd Bakri berkata, polis tidak mahu membuat tangkapan terhadap Anwar di dalam rumahnya kerana boleh menimbulkan kekecohan serta tidak mahu timbul keraguan waran tangkap yang disempurnakan ke atasnya.

“Polis mahu memberi kepastian kepada semua bahawa Anwar ketika ini dalam selamat dalam tahanan polis,” katanya.

Beliau berkata, Anwar dibenarkan berjumpa dengan peguam yang dipilihnya dan peguam itu bersama beliau ketika ini.

Selain itu, ahli keluarganya beliau juga dibenarkan untuk bertemunya.

Katanya, polis mengambil kira sudut keselamatan ketika menjalankan operasi sama ada terhadap pegawai atau anggotanya atau individu yang dikenakan tindakan.

“Dalam melaksanakan tangkapan itu polis menggunakan cara profesional berdasarkan kepada keperluan ini. Tangkapan dilaksanakan Jabatan Siasatan Jenayah Khas (JSJK) Bukit Aman dan tidak melanggar sebarang keperluan yang ditetapkan,” katanya.

Advertisements

One Response

  1. xde pun Result Anwar meliwat mane ni kasi tau la, biar orang tau buat press confrent terbuka macam kat Debat tu, tunjukkan result serta pakar2 yang ada kat Malaysia ni dari Kerajaan & dari pembangkang.. baru tau masyuk….

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: