Anwar sah meliwat

Anwar ditahan untuk siasatan kes liwat: Bakri
oleh Jalal Ali A Rahim

KUALA LUMPUR: Polis petang tadi mengesahkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap bagi membantu siasatan kes liwat kepadanya yang dilaporkan bekas pembantunya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zinin, berkata Anwar ditangkap jam 1 tengah hari di sekitar Segambut.

“Ketika ini, beliau sedang membantu dalam siasatan satu kes liwat yang dilaporkan kepada polis,” katanya pada sidang media tergempar di Bukit Aman, petang tadi.

Mohd Bakri berkata, polis tidak mahu membuat tangkapan terhadap Anwar di dalam rumahnya kerana boleh menimbulkan kekecohan serta tidak mahu timbul keraguan waran tangkap yang disempurnakan ke atasnya.

“Polis mahu memberi kepastian kepada semua bahawa Anwar ketika ini dalam selamat dalam tahanan polis,” katanya.

Beliau berkata, Anwar dibenarkan berjumpa dengan peguam yang dipilihnya dan peguam itu bersama beliau ketika ini.

Selain itu, ahli keluarganya beliau juga dibenarkan untuk bertemunya.

Katanya, polis mengambil kira sudut keselamatan ketika menjalankan operasi sama ada terhadap pegawai atau anggotanya atau individu yang dikenakan tindakan.

“Dalam melaksanakan tangkapan itu polis menggunakan cara profesional berdasarkan kepada keperluan ini. Tangkapan dilaksanakan Jabatan Siasatan Jenayah Khas (JSJK) Bukit Aman dan tidak melanggar sebarang keperluan yang ditetapkan,” katanya.

Advertisements

Anwar tipu rakyat lagi!!!

Debat semalam membuktikan Anwar menipu rakyat dengan mengatakan bahawa subsidi bernilai RM 5 billion boleh menurunkan harga petrol sebanyak 30 sen.

Jika diikut dengan kadar semasa pada 3 Julai 2008 menunjukkan harga minyak per barrel ialah US 145.00. Pakar analysis minyak, Matthew Simmons turut membayangkan bahawa harga minyak akan naik sehingga US 300 se barrel menjelang 2013. Ini bertentangan dengan fakta yang dinyatakan oleh Anwar bahawa minyak akan kekal pada kadar semasa untuk selama-lamanya. Malah akan turun, ini hanya cakap-cakap orang yang tidak tau mengenai ekonomi minyak.

Jika menggunakan ulasannya, bahawa dengan wang RM 5 billion itu selama manakah pengurangan subsidi sebanyak 50 sen akan kekal ?

Jika dilihat pada kenyataan Anwar sebelum PRU-12, dia berjanji akan menurunkan harga minyak pada ketika itu dari RM 1.92 ke RM 1.62 seliter. Tetapi, hari ini semua rakyat Malaysia dapat melihat bahawa Anwar cuba memanipulasi fakta dengan mengatakan petrol akan dikurangkan kepada RM 2.20 seliter. Ini menunjukkan bahawa Anwar tidak konsisten dan akan menaikkan harga sehingga 68 sen seliter (berbanding RM 1.62 yang dijanjikan). Ini bermakna Anwar dengan kerajaan sekarang tidak jauh bezanya.

Wang yang dikatakan dapat digunakan untuk membayar susbidi pun di ambil dari mana dan seolah-olah di keluarkan mengikut sedap mulut sahaja. Dia bercakap seolah-olah wang RM 5 billion itu wang simpanan tetap yang tidak akan digunakan. Hakikatnya wang tersebut dapat digunakan pembangunan negara yang lebih penting seperti pembangunan infrastruktur, pendidikan dan kesihatan.

Anwar sepatutnya membuat kajian lebih terperinci sebelum membuat kenyataan seperti orang yang tidak berilmu. Tetapi, Anwar memang ternyata bijak berhujah kerana walaupun kekurangan fakta yang tepat dia mampu menpengaruhi rakyat kebanyakan.

Anwar sedar ramai rakyat Malaysia kurang minat membaca serta tidak mengetahui fakta sebenar. Kata-kata yang sedap didengar lebih mudah mempengaruhi emosi rakyat dan ‘fakta-fakta’ rekaan diluahkan dengan nada serius menyebabkan ramai orang mudah tertipu.

Taktik Anwar ini tidak ubah seperti peniaga-peniaga ubat di kaki lima yang cakap berdegar-degar tetapi fakta kosong. Orang yang mendengarnya pula kurang pengetahuan kerana kurang membaca dan menyelidik, maka terus mudah tertipu.

Sila lihat jadual subsidi dibawah untuk perbandingan.