Pas ‘melukut di tepi gantang’ dalam pakatan

SHAH ALAM 14 Julai – Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo berkata, Pas kemungkinan tidak lagi relevan pada masa depan sekiranya terus kekal dalam pakatan pembangkang di Selangor.

Beliau berkata, ini kerana peranan Pas Selangor seperti dipinggirkan oleh kerajaan negeri yang sebenarnya dikuasai DAP dan Parti keadilan Rakyat (PKR) dalam perkara tertentu.

Sebaliknya, kemasukan Pas dalam pakatan pembangkang tidak lebih hanya untuk mencukupkan bilangan kerusi majoriti bagi membentuk kerajaan negeri.

‘‘Pas di Selangor hari ini ibarat ‘melukut di tepi gantang’. Mungkin mereka (Pas) ingat dengan menyertai pakatan pembangkang, mereka berjaya mentadbir negeri ini, tetapi sebenarnya mereka dipinggirkan oleh DAP dan PKR,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, Pas terpaksa ‘melupakan’ prinsip perjuangan yang kononnya memperjuangkan Islam hanya kerana mahu kekal dalam pakatan pembangkang meskipun wujud rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin mahupun penyokong parti itu.

“Sebagai contoh, dalam kes konsert Mas Idayu dan Ella di Stadium Shah Alam serta persembahan sempena perhimpunan protes bantah kenaikan harga minyak di Kelana Jaya baru-baru ini, menggambarkan sikap Pas yang seolah-olah membenarkan perkara itu berlaku walaupun kedua-duanya (persembahan) mendapat bantahan mereka sendiri,’’ jelasnya.

Tambah Mohamad Khir, sekiranya Pas terus bersikap sedemikian, parti itu sebenarnya tidak selari dengan prinsip Islam dan kedudukan orang Melayu yang kononnya merupakan asas perjuangan mereka.

Malah, katanya, keadaan sedemikian menunjukkan seolah-olah sesetengah pemimpin Pas di Selangor menutup mulut dan mata mereka hanya kerana mahu mengekalkan jawatan dalam kerajaan negeri.

‘‘Keadaan seperti inilah akan menjadikan Pas tidak lagi relevan pada masa depan,’’ katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang ketika ditanya pendirian UMNO untuk bekerjasama dengan Pas sekiranya parti itu keluar daripada pakatanpembangkang berkata, pihaknya tidak ada masalah mengenai perkara itu.

Jelasnya, UMNO mempunyai pendirian terbuka dalam setiap perkara terutamanya dalam soal yang membabitkan agama Islam serta kepentingan orang Melayu.

‘‘Jika Pas mahu bekerjasama, kita sedia pertimbangkan sekiranya ia membabitkan kepentingan Islam dan orang Melayu.

‘‘Sungguhpun begitu, jika mereka mahu berbuat demikian (bekerjasama), mereka perlulah keluar daripada pakatan pembangkang terlebih dahulu, barulah kita boleh bincang,’’ ujarnya.

Advertisements

One Response

  1. Tepat sekali, penyertaan PAS di dalam PR seperti melukut di tepian gantang dan pencukup kuota kerajaan PR.

    Kepada PAS baliklah kepada asas perjuangan anda kerana anda semakin hanyuuut . Sekutu-kutu kamu memperkudakan kamu untuk melaksanakan agenda mereka.

    Sedarlah sebelum terlambat kerana ternyata perjuangan anda dan sekutu anda seumpama langit dan bumi ..

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: