Kenapa Zaid tak nak dedah wang ex-gratia pada hakim

Bayaran ex-gratia tetap tidak didedah – Zaid
15/07/2008 6:41pm

KUALA LUMPUR 15 Julai – Kerajaan tetap tidak akan mendedahkan jumlah ex-gratia yang dibayar kepada enam bekas hakim yang dipecat semasa krisis badan kehakiman dua dekad lalu walaupun menerima desakan daripada pelbagai pihak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim sebaliknya berharap semua pihak dapat menerima dan menghormati keputusan yang telah dibuat itu.

“Biar apa pun, persetujuan telah dibuat untuk tidak mendedahkan jumlahnya. Ini seperti mana yang saya jelaskan beberapa kali sebelum ini iaitu berdasarkan permintaan bekas hakim-hakim itu sendiri.

“Mereka (bekas hakim) buat permintaan, jika kerajaan hendak beri (bayaran ex-gratia) jangan pula ia didedahkan kepada umum. Sebab itu kita tidak boleh beritahu kerana kita dah bersetuju dengan mereka.

“Lagi pun mereka ini semua dah tua, ada yang 85 tahun, 82 tahun dan yang telah meninggal dunia pula, keluarga mereka turut membuat permintaan yang sama. Jadi tak bolehkah kita hormatinya,” katanya.

Zaid berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai gesaan pelbagai pihak termasuk beberapa anggota Dewan Rakyat pada sesi penggulungan perbahasan Laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) malam tadi supaya didedahkan jumlah bayaran ex-gratia kepada enam bekas hakim itu.- Utusan.

Advertisements

One Response

  1. Soalannya:
    1.kenapa perlu dibayar ex-gratia
    2.adakah bekas hakim yg minta atau zaid sendiri yg nak bagi ex-gratia
    3.wang siapakah yg digunakan utk bayar ex-gratia. sekiranya duit zaid sendiri maka tak perlulah dia beritahu kpd umum. tetapi sekiranya wang kerajaan maka adalah hak rakyat utk tahu
    4. apakah bekas hakim2 merasakan wang itu halal sedangkan mereka telah didapati bersalah.
    Akhir sekali saya merasakan ex-gratia itu hanya perlu diberi sekiranya hakim2 tersebut telah didapati bebas dari tuduhan melalui satu perbicaraan yg baru.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: