Anwar takut disiasat polis?

Kenapa agaknya Anwar takut disiasat polis? Saya tertanya-tanya sejak Anwar bersembunyi di Kedutaan Turki selepas selepas Saiful membuat dakwaan bahawa Anwar telah meliwatnya.

Pada pandangan pertama saya, oleh kerana kejadian liwat ke atas Saiful berlaku 2 hari sebelum laporan polis dibuat. Maka saya berpendapat jika Anwar ditangkap pada hari yang sama, maka dia tidak mungkin dapat menghapuskan bukti-bukti perbuatan liwatnya ke atas Saiful. Jika polis berjaya membuat ujian klinikal ke atas Anwar pada masa tersebut, maka Anwar tidak lagi dapat menafikannya kecuali memanipulasikan isu tersebut dengan mengatakan ianya konspirasi.

Oleh sebab itu, apabila Anwar terus bersembunyi di Kedutaan Turki ianya adalah untuk memberikan Anwar masa menghapuskan bukti-bukti kegiatan liwat yang masih ada pada dirinya.

Kenyataan terbarunya dalam Harakah menyebabkan saya berfikir perkara yang sama sekali lagi. Kenapakah Anwar takut sangat dengan polis?

Protes tindakan polis, Anwar tidak mahu ke IPK
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Hrkh) – Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengambil keputusan tidak akan menghadirkan diri ke IPK Kuala Lumpur, hari ini, seperti yang dilaporkan semalam.

Menurut peguam Anwar, Sankara Nair, keputusan itu diambil memandangkan tindakan pihak polis mendatangi rumah Anwar bagi menyerahkan suatu perintah di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah pada Sabtu, 12 Julai lalu.

Malah, katanya pada Ahad, 13 Julai, pihak polis sekali lagi datang ke rumah Anwar dan mengganggu serta menuntut keluarganya menerima penyerahan perintah tersebut.

Pihak polis,mendakwa beliau enggan meninggalkan rumah Anwar dan menyebabkan keluarga Anwar berada di dalam ketakutan.

“Pihak polis dan anakguam saya (Anwar) telah mengambil kata sepakat untuk hadir di IPK hari ini, bagaimanapun dengan tindakan intimidasi ini, anakguam saya tidak akan hadir kerana terlalu kecewa dengan sikap tidak profesional polis,” tegas beliau dalm kenyataannya, kepada Harakahdaily, hari ini.

Anwar juga, menurut Sankara bersedia bekerjasama dengan pihak polis sekiranya polis bertindak secara profesional dan mematuhi persefahaman baik tersebut dan undang-undang.

“Walau apa pun, anakguam kami mengulangi kedudukan beliau bahawa anakguam kami bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis sekiranya pihak polis tidak mengganggu beliau atau mengintimidasi keluarganya dan tidak memungkiri persefahaman baik tersebut, ” tegas beliau lagi.

Sankara juga berkata jika syarat agar tidak mengganggu keluarga Anwar dipatuhi polis, maka pihaknya memohon agar suatu tarikh baru ditetapkan supaya Anwar boleh hadir ke IPK KL untuk meberi keterangan.

“Di dalam keadaan intimidasi yang dilakukan oleh pihak polis seperti ini, anakguam kami tidak dapat menghadirkan ke IPK Kuala Lumpur pada 14 Julai ini sehingga keadaan intimidasi ini lenyap sama sekali. Anakguam kami juga ingin memaklumkan bahawa beliau pada hari Rabu 16-7-2008 akan hadir ke pejabat Agensi Anti-Rasuah untuk memberi keterangan,” kata Sankara lagi. – mr_

Advertisements

6 Responses

  1. Penipu betul anwar niii…. sajer jer nak bg poliss marah…pastu bila polis marah…mesti pi tangkap anwar. Anwar pun…mula laa buat muka kesian…kononnya..polis jahat pi tangkap dierr.. Jahat tulllll kau anwar…. Penipu..Hancur laa malaysia kalau dpt PM mcm hampehhh niii

  2. Byk dolak dalih nye.. suruh sumpah pun kata bersedia tapi tak nak layan, polis nak ambil keterangan pun kata bersedia tapi dalih lagi..
    lama sgt nak ambil masa ni utk apa? kalau memang tak salah buat apa nak tunggu tunggu… kalau kawan lah… kawan tak buat salah tak payah polis datang bagi surat… subuh2 lagi kawan dah tunggu kat balai…
    Dah la… pergi la cepat bersihkan nama kalau benar..
    Nanti org kata ni sengaja nak amek masa nak reka dan karang cerita.. sengaja buat kecoh nanti polis dah tak sabar ambil tindakan keras sikit mula nak tuduh macam2…
    Kawan sokong KPN dulu tumbuk muka anwar tu… kalau betul la dia kata member tu anjing..
    Ni org dah buat baik2 byk songeh pulak… dah la… makin lama makin byk perkara terdedah…

  3. Saya berpendapat dia nak tunggu polis pergi tangkap dia lepas tu dia akan buat laporan polis kata polis dah salah guna kuasa. Lepas itu mulalah penyokong-penyokong dia buat demostrasi besar-besaran at the end dia akan meraih kembali sokongan orang ramai …

    Entahlah sampai bilalah Anwar Ibrahim nak main sorong papan tarik papan. To me dia sengaja nak drag this issue as long as he can because if no issue he can’t attract people to support him ..

  4. Mari keluar ramai2, dengar ceramah, tak payah kerja, hari2 kita demo,

    modal keluar sendiri aa..

    yg penting saya jd menteri aa..

    itu saiful kita tangkap aa..

    kepala biol aaa..

  5. Anuar besar kepala sebab Amerika dan Yahudi ada bantu dia ingat dia hebat sangat tu sebab dia selalu melarikan diri, itu sikap orang bersalah dan pengecut kalau dia benar kenapa macam2 alasan diberi melalui peguam dia yang kafir haprak tu.

  6. teman suka musa saman anwar .biar padan dgn mukanya ,dia ingat dia sorang jer yg pandai saman org .hambek kau sebiji saman dr kpn muhahaha…

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: