Pemimpin PAS yang waras semakin bosan dengan DAP kafir harbi

Pas kaji kedudukan dalam Pakatan Rakyat

Oleh Zulkiflee Bakar dan Saifulizam Mohamad

KUALA LUMPUR 12 Julai – Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP semakin retak apabila Pas dijangka mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang itu.

Difahamkan langkah Pas tersebut berikutan beberapa perkembangan politik yang berlaku terutamanya tindak-tanduk PKR dan DAP yang dilihat sering membelakangi Pas dalam membuat keputusan.

Malah menurut sumber, usul tidak percaya yang diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia oleh Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen pada Khamis lalu dikatakan turut tidak mendapat restu Pas.

Turut mendorong Pas mengkaji semula kedudukan dalam Pakatan Rakyat ialah timbulnya perasaan tidak puas hati di kalangan pemimpin parti itu yang melihat pakatan berkenaan hanya memperalatkan Pas bagi mendapat kuasa tetapi tidak menghargai sumbangan mereka selepas pilihan raya.

Ini jelas apabila di Perak dan Selangor, PKR dikatakan hanya ‘berkongsi’ dengan DAP dalam membuat keputusan biarpun Pas turut berada dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Mingguan Malaysia diberitahu, pemimpin-pemimpin Pas juga sudah mencapai kesepakatan bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menyelesaikan dakwaan liwat yang dihadapinya secara bersendirian tanpa perlu melibatkan Pas.

Selain itu, demi perpaduan Melayu dan kepentingan Islam, Pas juga telah memberi ‘amaran’ kepada pemimpin-pemimpin PKR dan DAP agar tidak menghalang sebarang usaha untuk mengadakan rundingan dengan UMNO.

Pendirian Pas itu sudah dinyatakan secara terbuka oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu wawancara dengan lidah rasmi parti itu, Harakah minggu lalu.

Malah dalam wawancara berkenaan, Abdul Hadi juga dengan tegas menyatakan bahawa dalam Pakatan Rakyat tiada sesiapa yang menjadi ketua.

Kenyataan itu menurut sumber parti berkenaan, secara jelas membuktikan bahawa Pas tidak pernah mengiktiraf Anwar sebagai ketua atau pemimpin utama Pakatan Rakyat.

‘‘Abdul Hadi membuat kenyataan berkenaan kerana melihat Anwar acap kali menonjolkan diri sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat sedangkan tidak pernah ada kesepakatan berhubung perkara itu.

“Bagi Pas, kerjasama dalam Pakatan Rakyat adalah berdasarkan kerjasama kolektif dan bukannya sesiapa menjadi ketua,’’ kata sumber berkenaan ketika dihubungi.

Mingguan Malaysia juga difahamkan, ketegasan Pas untuk mengkaji semula hubungan dengan Pakatan Rakyat adalah berikutan desakan kuat generasi muda Pas yang beranggapan kehadiran parti itu dalam pakatan berkenaan hanya membantutkan usaha mereka memperjuangkan Islam.

Selain itu, mereka berpendapat, Pas perlu mengadakan rundingan dengan UMNO demi kepentingan orang Melayu dan Islam yang kini dikatakan semakin tergugat.

“Beberapa pemimpin Pemuda Pas juga sudah menyuarakan hal ini dengan lantang, mereka tidak mahu Pas terlalu hendak mengejar kuasa sehingga sanggup mengorbankan matlamat perjuangan parti itu untuk menegakkan Islam,’’ kata sumber itu lagi.

Pas juga kata sumber itu, yakin jika mereka hendak mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Islam, ia hanya boleh dilakukan dengan kerjasama UMNO dan bukannya bersama PKR.

“Ini bukan bermaksud Pas akan bergabung dalam BN atau sebaliknya tetapi sekadar bermuzakarah bagi mencari titik persamaan dalam memperjuangkan kedua-dua perkara berkenaan,’’ kata sumber itu.

Advertisements

One Response

  1. syabas PAS dan UMNO kerana dapat duduk semeja bertentang mata untuk kepentingan ISLAM dan MELAYU….moga selepas ini media UMNO dan media PAS tidak mengkritik sesama sendiri hingga melampaui batas….kerana apa pun yang kita buat…kita tetap BERSAUDARA yang berasal usul dr ADAM dan HAWA yang menyembah satu tuhan iaitu ALLAH serta syahadah yang sama….ALLAH TIDAK AKAN MENGHANCURKAN SESUATU KAUM ITU KECUALI KAUM ITU SENDIRI YANG MEMBINASAKAN DIRI SENDIRI….Renung2 lah…..

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: