Apakah rahsia besar PKR yang Ezam ada?

Ezam sedia dedah ‘rahsia besar’ PKR

KOTA BHARU 11 Julai – Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan
Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor bersedia mendedahkan satu ‘rahsia
besar’ mengenai kepincangan parti itu sekiranya pimpinan tertinggi PKR
terus-menerus mencabar maruah dan prinsip beliau.

Menurutnya, sejak menyertai UMNO, banyak pihak yang menyerangnya
secara peribadi termasuk melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada
isterinya dengan melontarkan pelbagai tuduhan dan fitnah.

“Jika mereka terus-menerus berbuat demikian, saya tidak akan
teragak-agak mendedahkan satu rahsia besar dengan bukti yang disimpan
selama ini, tunggulah sampai masa ia akan didedahkan,” katanya yang
enggan mengulas lanjut mengenainya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada
ceramah ‘Mengapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri’ di
Melor dekat sini malam tadi.

Hadir sama ialah bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Hamdan Taha dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Azmi Ishak.

Ezam berkata, penentangannya terhadap PKR bukan bersifat peribadi
tetapi berasaskan kepada prinsip perjuangan berlandaskan kepentingan
bangsa dan agama yang dilihatnya tersasar daripada perjuangan asal
parti itu.

Bagi menegakkan prinsip perjuangannya, beliau menegaskan sanggup
berhadapan dengan sesiapa sahaja termasuk berdebat dengan Penasihat PKR
demi kepentingan dan kesejahteraan bangsa dan agama.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai cadangan PKR untuk membawa
usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi di Dewan Rakyat Isnin ini, Ezam mendakwa, ia hanya gimik
politik parti itu.

”Langkah itu adalah untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu
liwat yang membabitkan Anwar dan bagi membolehkannya mencapai cita-cita
untuk menjadi Perdana Menteri dalam masa terdekat,” jelas Ezam.

Beliau berkata, ia tidak lebih usaha untuk menyelamat kemelut yang
dihadapi oleh PKR yang kini semakin tidak dipercayai oleh rakan-rakan
pakatan pembangkang seperti Pas dan DAP.

“Untuk menyelamat keadaan yang semakin rapuh itu mereka sengaja
menimbulkan isu itu seolah-olah negara sedang menghadapi masalah yang
lebih besar dan perlu diberi perhatian segera,” katanya.

Beliau bagaimanapun yakin cadangan usul tidak percaya itu tidak akan
memberi kesan kepada kestabilan negara kerana rakyat pada masa ini
sudah pandai menilai kebenaran.

Sehubungan itu, Ezam mengingatkan pemimpin Pas supaya berwaspada dan tidak bertindak menyokong Anwar dan PKR.

“Tak semestinya setiap pemimpin itu bercakap benar, salah juga jika percayakan Anwar 100 peratus.

”Ia bertentangan dengan prinsip Islam dalam mencari kebenaran dan penyelesaian sesuatu masalah,” katanya
Advertisements

9 Responses

  1. Tak tahulah apa rahsia besarnya. Tapi yang confirm Anwar tidak layak jadi pemimpin, dia penakut. Adake biar Wan Azizah jumpa Pak Lah untuk jamin keselamatan dia. Dia menyorok di rumah orang!.

  2. You’re Tina, since Anwar kena tangkap Wan Azizah round satu Malaysia pertahankan Anwar. Now after he realeased from prison, Wan Azizah still need to backup him..

    Orang Melayu said Perjuangan yang belum selesai, Anwar said dendam yang belum selesai.

    So, to all PKR member, pls think what your Party ojectives, for justice or revenge ..?? Pls think about it …. think about yourself, your family, your religon and race and nation … R U sure Anwar can give what he promised … ??

  3. hahaha.. tina… kalau jantan begitu, nak ke awak buat laki? memang tak patut minta isteri buaat keja gitu kan… jantan jenis ape tah la….

  4. kesian kat anwar, dalam semua laman web yang aku lawat, semua tembak anwar. konfius. yang tembak anwar semua bagi hujah yang dengar dari media bukan dari anwar sendiri. nak tau cerita pi jumpa dia. tanya dia sendiri. aku dah pi jumpa lepas dua hari dia bebas dari penjara dulu. hanya aku saja tahu cerita dia. dengar apa dari media. cuba kalau kamu semua kena macam dia. macam mana kamu nak lepas lari. cakap tak pandai. cuba kita duduk diam2. pi kat hutan mana pun. fikir cuba andai kan kita tu anwar. kena tuduh liwat. lepas ada anak dan cucu. mana nak letak muka. orang tuduh benda kita tak buat. orang yang tuduh lepas dan kita yang kena tahan. tahan pulak macam la kita gengstar. saya tak berani nak komen. cuma kesian tengok dia yang kena tuduh. tapi ingat allah tu ada, kat padang mahsyar mari kita lihat sapa yang betul. tak untung pun buat jahat kat dunia, kalau beban dia dapat kat akhirat. ooi minta simpang. kalau betul anwar liwat biar dia tanggung. jangan kita dok tumpang sekaki. thanks

  5. People Press.. Mulut manusia papapun diorang leh ckp.. Bg aku, Anuar mmg tak layak jd PM. Kegawatan ekonomi, kalu tak kerana Tun, abislah Malaysia. Anuar siap mintak bantuan tabung IMF lagi. Mcm ni nak jd PM, cakap pong pang pong pang nak turunkan minyak.. tp nak pertahankan ekonomi negara pun blurr. Kamonlah, kalu betullah Anuar tu terrer sangat kuarkan formula tu formula ni, Kegawatan ekonomi 1997 dia leh handle sepatutnya sbbnya dia menteri kewangan.. dah lah dpt backing dari USA Iblis. Kalu ko betul sayangkan negara Malaysia dan rakyatnya, ko takkan mintak bantuan campur tangan mana2 pihak. Berani kerana benar, takut kerana salah dan tak perlu mintak bantuan luar. Berdiri atas kaki sendiri dan lawan. ni mintak bantuan luar, dayus dan lemah namanya. DAP aku mmg takmo nak cakap apa mmg kafir Harbi.. PAS, entahlah, dulu aku mmg respek, tp semenjak sanggup jilat ludah sendiri join Barisan Rakyat aku tak respek langsung. Sebelum ni kata DAP itu DAP ini, tp sekarang? Mcm ni jugak ke nak pimpin negara? cakap tak serupa bikin.. Penyokong PAS bangunlah, lihat apa dah jadi sekarang. Penyokong Anuar, biarlah korang bermimpi dengan angan2 korang. penderhaka!!… No respek to you at all, aku letak korang bawah tapak kaki aku…

  6. People Press adalah made in PKR jadi susah nak ubah cop lain. .. tapi beliau masih ada masa untuk buat rebranding sebelum terlambat ..

  7. Bosan dah dengan kerenah Anwar ni… Kenapalah melayu senang sangat tertipu.
    Patutnya PM masukkan Anwar ni dalam ISA saja. Banyak sangat buang masa orang melayu, terutamanya polis untuk melayan kerenahnya. Huru-hara negara kerana dia ni. Masalahnya ramai orang melayu tak sedar-sedar.

    Orang lain dah sibuk cari rezeki, melayu masih usung dan junjung anwar. Tak sedar-sedar lagi. Tolong la fikir dengan baik…. dulu masa dia dalam kerajaan, kutuk habis PAS, DAP dan siapa saja yang membangkang kerajaan. Keran masa itu dia berpangkat dan berkuasa…
    Orang Pas ni pun satu macam aje, dah kena kutuk teruk dulu, boleh pula kawan dengan Anwar ni. Tak kisah siapapun, asalkan pembangkang dan ada potensi boleh menang halal bergabung. Opportunis politik macam ini yang “menangguk di air keroh”, bukan nak bela agama dan bangsa sangat.

    Anwar ni pula, kalaulah dia ni baik sangat sampai nak jadi PM, tak la dia boleh berkawan dengan tauke judi dan berdangdut. Sekejap dia boleh jadi Khatib Jumaat, sekejap lagi dia kawan baik dengan kafir. Ni.. apa orangnya. Sekarang ni tauke judi pun tinggalkan dia. Kalau kafir ni pun tinggalkan dia, orang melayu yang sokong dia sekarang ni nak jadi apa.

    Lu orang fikir la sendiri.. “track-record” Anwar memang lah pandai bercakap. Janganlah senang sangat terpengaruh oleh dakyah yang ditaburkan. Jangan nanti Melayu tergadai oleh orang-orang yang pandai mengekploitasi isu-isu semasa yang dihadapi sekarang.

    Lu fikir-fikir la sendiri….

  8. Buat People press..
    org berak tepi jalan.atau org kentutpun tak nak mengaku inikah pulak org wat liwat…
    Saya tak menuduh dan tak berani nak kata tidak… kalau awak pikir menuduh berdosa awak kena inggat membela org bersalah juga berdosa… subahat namanya… kalau nak suruh kita fikir… eloklah kita fikir sama2… tak boleh jadikan rasa kasihan sebagai alasan nak bela dan kata dia tak buat… ambil dan fikirkan tindakan dia selepas si saiful buat laporan… apakah itu semua tindakan org tak bersalah… dia dah reka macam2 alasan… minta pergi balai pun tak nak pergi.. cabar minta waran.. minta dna tak nak bagi… cabar minta waran… bukankah semua itu tindakan utk dijadikan alasan provokasi nanti? kalau benar dia tak percaya pada kerajaan… pergilah bersumpah mahabalah tu… apakah beliau tak percaya pada tuhan sehingga tak nak pergi, itulah satu2 nya cara utk menyakinkan rakyat… rakyat melayu islam percaya pada Allah SWT…
    Kalau saya ini penyokong beliau… saya akan minta dia pergi bersumpah… barulah hati boleh tenang…

  9. aku bersyukur masih ada rakyat malaysia yg mampu berfikir tentang tindakan anwar yang bakal merosakkan negara …anwar adlah salah seorang ahli amerika..(bush) segala kewangan ditaja oleh diorg tau..perasan x mana dtg kewangan beliau….tujuan dia nak jatuhkan negara islam mcm negara kiter… ingat bush nak biar kiter maju mcm diorg so dia hantar someone utk jatuhkan negara kiter dan paling penting manusia 2 adalah bangsa kita sendira (anwar) so bangasa) di jahanamkan oleh tangan bangsa nya sendiri (anwar + penyokong dia)

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: