DAP kafir harbi monopoli kerusi Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor

KUALA SELANGOR :
Sudah jelas dan terbukti DAP mengambil peluang dan memanipulasi dalam pemilihan Ahli Majlis Daerah khususnya Kuala Selangor. Tindak tanduk DAP ini secara sengaja memperkecilkan kredibiliti parti sejawat PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat.

DAP mengambil peluang untuk memberi hadiah kepada sekutu dan kroninya dengan mengorbankan hak pembayar cukai tempatan. Prinsip asas berkerajaan tempatan diketepikan dengan mudah. Malah, unsur kronisma mula terserlah.

DAP sudah mula bermain api. Manakala MB Selangor tidak kisah dan membiarkan api itu marak menyala.


Dalam pilihanraya umum yang lalu, Parlimen Kuala Selangor menawarkan 3 kerusi DUN. Satu memihak kepada Barisan Nasional di Jeram, manakala Bukit Melawati dan Ijok memihak kepada PKR dan PAS mengungguli Parlimen Kuala Selangor.

Apabila Selangor jatuh ke tangan PR, di Kuala Selangor, seperti ribut bekas ahli-ahli MCA menubuhkan cawangan DAP terutamanya Pasir Penambang dan Jeram.

Pengamat politik daerah ini tahu benar siapa sebenarnya yang benar-benar DAP dan siapa sebenarnya sesumpah. Dengan anggaran awal DAP akan mendapat 3 atau 4 kerusi Ahli Majlis di anggap memadai dan bersesuaian dengan kehadirannya yang kecil.

Kejutan demi kejutan berlaku. Kini DAP mendapat 7 kerusi. PKR 6 kerusi dan PAS 6 kerusi, selebihnya diisi dari NGO dan profesional. Terdapat sedikit pertukaran saat akhir dimana Azmi Ahmad ditukar menggantikan Dr Idris manakala Hj Kudus digantikan dengan En Zainal dari Permatang.

Hanya 2 wakil DAP anak tempatan ia itu Low Tan dan Tan Hon Li, manakala Kwi Ai Mei juga dikenal pasti mewakili DAP tetapi diletakkan atas tiket NGO. Ketika pertemuan menerima watikah, Kwi Ai Mei tersasul menyatakan ia wakil DAP.

Kalangan DAP tempatan sendiri sukar mempercayai Kwi Ai Mei boleh terpilih.

Selain mengisi kouta nya dengan memberi laluan kepada Khairul Anwar Ahmad Nor, Ang Boon Teck, Ahmad Bongsu Hamid Tuah, Selvandran Ponglidian semuanya adalah dari luar. Ang Boon Teck diberitakan seorang sepupu YB Sekinchan Ng Sue Lim (kronisma).

Ini bermakna DAP mendapat 7 kerusi kesemua melalui manipulasi NGO.

Ahmad Bongsu pernah bertanding dalam Pilihanraya atas tiket DAP, Khairil Anwar adalah anak kepada bekas pengerusi DAP Ahmad Nor. Jelas sekali DAP mahu membalas jasa pemimpin lama mereka dengan mengorbankan hak pembayar cukai Kuala Selangor.

Adalah amat mengelirukan mengapa DAP mengambil tindakan ini dan tidak menghormati pembayar cukai Kuala Selangor.

Tindakan ini akan mencalarkan perasaan PKR dan PAS. Tindakan ini adalah permulaan kepada kehancuran Pakatan Rakyat. Sudah nampak kegelisahan beberapa pihak. Ada juga pendapat yang mahukan PAS tarik ‘hand brake’ untuk menghentikan gelagat lucu DAP dan Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim. – Selangortoday.

Advertisements

Tak habis-habis DAP kafir harbi nak tindas Melayu!!

SHAH ALAM 11 Julai – Penangguhan projek Pengukuhan Sistem Kawasan
Tengah (CAR) oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Sungai
Terentang, Rawang membuktikan kerajaan campuran negeri Selangor
terpaksa tunduk kepada desakan DAP dalam membuat sebarang keputusan
mengenainya.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo
berkata, beliau dimaklumkan bahawa kerajaan campuran Parti Keadilan
Rakyat (PKR), DAP dan Pas Selangor akan memindahkan projek berkenaan ke
lokasi lain melibatkan Kampung Sungai Samak, Kampung Sungai Bakar dan
Taman Tun Perak yang dihuni oleh orang Melayu.

Menurutnya, adalah tidak adil projek yang hampir siap itu
dipindahkan semata-mata kerana mendapat bantahan penduduk Kampung
Sungai Terentang yang didiami hanya kira-kira 40 keluarga Cina
sedangkan di lokasi baru tersebut jumlah penduduknya jauh lebih besar.

“Kerajaan negeri dilihat berdepan tekanan DAP sehingga memaksa
projek CAR tertangguh dan akan dipindahkan ke kawasan penduduk Melayu.

“Tidak adil projek ini dipindahkan kerana di Kampung Sungai
Terentang sudah ada talian elektrik, TNB cuma mahu meningkatkan jumlah
voltan,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan UMNO di sini semalam.

CAR merupakan projek menaik taraf talian voltan daripada 33 kilovolt
(kV) kepada 275kV sepanjang 60 kilometer bertujuan menangani masalah
gangguan bekalan elektrik di kawasan tengah Semenanjung terutama Lembah
Klang.

Projek tersebut sepatutnya siap pada 31 Ogos tahun lalu tetapi
tergendala disebabkan bantahan penduduk kampung berkenaan terhadap
kerja-kerja menaik taraf talian penghantaran yang melalui kawasan itu.

Mohamad Khir memberitahu, beliau bimbang sekiranya projek itu dipindahkan ke lokasi baru, ia boleh mencetuskan isu perkauman.

Selain itu, katanya, jika ditangguh lagi, Lembah Klang dijangka menghadapi masalah bekalan elektrik yang serius.

PR lantik Penagih Dadah Sebagai Ahli Majlis

Ketua
Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini
mempersoalkan perlantikan ahli-ahli Majlis yang tidak diselidiki dengan
teliti latar belakang mereka.

Setelah beberapa nama ahli majlis
yang digugurkan di saat-saat terakhir, hari ini Dr. Khir mendedahkan
satu lagi nama ahli Majlis yang telah mengangkat sumpah tetapi
mempunyai pelbagai rekod jenayah dari penagihan dadah sehingga disyaki
mengedar dadah dan merompak sejak 15 tahun lalu.

Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor tersebut, Zainal Abidin Abdul Samad merupakan Timbalan Ketua PKR Bahagian Tanjung Karang.

Apakah rahsia besar PKR yang Ezam ada?

Ezam sedia dedah ‘rahsia besar’ PKR

KOTA BHARU 11 Julai – Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan
Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor bersedia mendedahkan satu ‘rahsia
besar’ mengenai kepincangan parti itu sekiranya pimpinan tertinggi PKR
terus-menerus mencabar maruah dan prinsip beliau.

Menurutnya, sejak menyertai UMNO, banyak pihak yang menyerangnya
secara peribadi termasuk melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada
isterinya dengan melontarkan pelbagai tuduhan dan fitnah.

“Jika mereka terus-menerus berbuat demikian, saya tidak akan
teragak-agak mendedahkan satu rahsia besar dengan bukti yang disimpan
selama ini, tunggulah sampai masa ia akan didedahkan,” katanya yang
enggan mengulas lanjut mengenainya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada
ceramah ‘Mengapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri’ di
Melor dekat sini malam tadi.

Hadir sama ialah bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Hamdan Taha dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Azmi Ishak.

Ezam berkata, penentangannya terhadap PKR bukan bersifat peribadi
tetapi berasaskan kepada prinsip perjuangan berlandaskan kepentingan
bangsa dan agama yang dilihatnya tersasar daripada perjuangan asal
parti itu.

Bagi menegakkan prinsip perjuangannya, beliau menegaskan sanggup
berhadapan dengan sesiapa sahaja termasuk berdebat dengan Penasihat PKR
demi kepentingan dan kesejahteraan bangsa dan agama.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai cadangan PKR untuk membawa
usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi di Dewan Rakyat Isnin ini, Ezam mendakwa, ia hanya gimik
politik parti itu.

”Langkah itu adalah untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu
liwat yang membabitkan Anwar dan bagi membolehkannya mencapai cita-cita
untuk menjadi Perdana Menteri dalam masa terdekat,” jelas Ezam.

Beliau berkata, ia tidak lebih usaha untuk menyelamat kemelut yang
dihadapi oleh PKR yang kini semakin tidak dipercayai oleh rakan-rakan
pakatan pembangkang seperti Pas dan DAP.

“Untuk menyelamat keadaan yang semakin rapuh itu mereka sengaja
menimbulkan isu itu seolah-olah negara sedang menghadapi masalah yang
lebih besar dan perlu diberi perhatian segera,” katanya.

Beliau bagaimanapun yakin cadangan usul tidak percaya itu tidak akan
memberi kesan kepada kestabilan negara kerana rakyat pada masa ini
sudah pandai menilai kebenaran.

Sehubungan itu, Ezam mengingatkan pemimpin Pas supaya berwaspada dan tidak bertindak menyokong Anwar dan PKR.

“Tak semestinya setiap pemimpin itu bercakap benar, salah juga jika percayakan Anwar 100 peratus.

”Ia bertentangan dengan prinsip Islam dalam mencari kebenaran dan penyelesaian sesuatu masalah,” katanya